CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: karlreef

ALL ABOUT MENTOR 4 -- ZZ & MOHD --

[Copy link]
Post time 26-4-2010 11:14 AM | Show all posts
takde gambar ker? atau kita yang tak nampak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2010 04:33 PM | Show all posts
dah nguper ZZ muke protege die ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 11:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by elbee at 27-4-2010 12:23

Dah baca pasal mentor & protege kat paper hari nih...



Cantik sangat Ziana Zain...



Kat Mentor, Ketty diperkenalkan sebagai Thalia... ermm ok... tapi kalau dah jadi artis nanti i prefer Ketty pakai nama penuh Ketty Natalia...    


Sama seperti Kelly Clarkson, Jaclyn Victor, Carrie Underwood, Siti Nurhaliza dan lain-lain...


Nama penuh nampak lebih Diva... Ketty Natalia...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 12:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by elbee at 27-4-2010 12:28

Well, disebabkan under ZZ... so peminat setia ZZ pun nak jadi mentor kpd Thalia ni... hehehe...



Kata orang, Thalia ni bersuara lantang...    Good... harap dapat tonjolkan suara yg sangat hebat & dahsyat yea...




Bersuara lantang tak semestinya akan jadi klon Ziana Zain... Cuba lihat contoh artis lain yg bersuara lantang yg mampu mencipta identiti tersendiri...   seperti --> Safura , Ramlah Ram, Aida Agil, Nurul, dan lain-lain




Safura kalau menjerit tinggi, fuh mengalahkan Ziana Zain, sampai leh pecah cermin gitu...   


(Lagu best dia --> Sedalam Mana Cintamu, Rinduku Semakin Kuat, Cinta Bersulam Dusta, Dulu Sayang Kini Benci, Kemarau Berpanjangan, dll)  


Cuma dia tak diberi peluang untuk tonjolkan dirinya di Juara Lagu, sama le seperti Siti Sarah... suara Safura kalau digilap/dibentuk/diolah dengan lebih lagi dengan lagu-lagu yg lebih mencabar vokal & melodi, fuh memang boleh terbang lebih tinggi lagi...   But still dia ada rezeki sebab banyak tawaran berlakon... dia pun bagus sgt2 dalam lakonan...




* Kesimpulannya penyanyi yg bersuara lantang harus punya/cari identiti tersendiri... pasti akan dapat identiti itu kalau berusaha...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 03:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by elbee at 27-4-2010 16:00

Well, sebagai sumber rujukan :




Untuk part vokal bernada rendah, kita suka suara ZZ dlm lagu Tika Naik Tika Jatuh... "Yaang amat pahit, dalamm hiidupku ini..."   memang suara nada rendah yg JELAS, KUAT & PENUH PENGHAYATAN... vokal perfect 100% sama seperti vokal perfect 100% dlm lagu Anggapanmu...




Untuk part korus, kita suka refer kepada suara Liza Hanim dlm lagu Siapa Sangka Siapa Menduga...   Vokal nada tinggi yang menjerit sangat-sangat tinggi, BOLEH bersambung-sambung part korus tinggi dlm tempoh yg lama, penuh penghayatan & perasaan, DAN JUGA bernada tinggi yang sungguh indah & sedap didengar... tak sakit telinga bila dijerit tinggi & kedengaran indah sangat-sangat...   No wonder Liza Hanim boleh menang Vokal Terbaik dlm Juara Lagu...





Untuk part tarik panjaaaaaang, of course kita refer suara Ziana Zain dlm lagu Lembah Asmara... "Bergeloraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"  dan  "Selamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"...


Juga dlm lagu Tiada Kepastian... "Akuu menanti... Kiniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"


Juga dlm lagu Satu Persatu... "Ehh heyyyyyyy yeaaaaaaaa yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayeaaaaaaaaaaaaayeaaaaaaaaayyeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayeaaaaaaaaaa"  
dan  "Salam kasihmuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuwuuuuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu"


Juga boleh refer tarikan suara Ning Baizura dlm lagu Curiga... "A'aaaabaadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"


... hebat sangat2...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 01:10 AM | Show all posts
macam2 idea. good2  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2010 12:29 PM | Show all posts
Reply 27# easiswitch


hehehe...


Yang penting nak tengok Ziana Zain tiap-tiap minggu... Yeeeeehaaaaaaaaa...



ZZ faktor pemeriah Mentor musim ni, gitu... Kat forum Zianafolks, dah ramai yg tempah tiket...



* Tak sabar juga nak menilai suara Thalia... kihkihkih...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 01:41 PM | Show all posts
Mentor 4 janji lebih saingan

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREYKUZAIREY SALIM

BERSEDIA... Enam peserta Mentor musim keempat bersedia berentap memberikan saingan.

SETELAH tiga musim bersiaran, rancangan realiti nyanyian yang telah berjaya mengangkat nama Pija, Fiq dan Black di arena seni suara tempatan, Mentor kini kembali untuk musim yang keempat.

Menyemarakkan lagi persada seni tempatan, enam mentor, iaitu Ziana Zain, Dayang Nurfaizah, Joe Flizzow, Mas Idayu, Mus May dan Azmeer dengan satu matlamat mengembangkan bakat protege masing-masing dalam bidang seni suara.

Memulakan sesi perkenalan peserta, konsert pengenalan bakal diadakan pada 2 Mei ini bersiaran langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan turut disiarkan di TV3 pada pukul 9 malam.

Antara 3,000 peserta yang hadir ke peringkat uji bakat di seluruh tanah air pada 21 Februari hingga 21 Mac lalu, hanya enam peserta sahaja berjaya diserap ke pertandingan tersebut.

Mereka ialah Nurhadzwani Salleh, 24, (Nani); Haimie Napsun, 19, (Ayim); Ila Damiaa Johar, 21, (Ila); Adi Hamiz Johar, 23, (Adi); Mohd Shabini Ibrahim, 25, (Shaq); dan Ketty Natalia Rasul, 23, (Thalia).

Dengan mengekalkan tiga bahagian format pemarkahan iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS), manakala 20 peratus lagi merupakan undian daripada juri awam yang terdiri daripada pelajar jurusan muzik, wartawan serta golongan semi-profesional dalam bidang muzik.

Seperti musim-musim yang telah lalu, keenam-enam peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Oleh itu, setiap protege berpeluang membuat tiga persembahan mengikut kumpulan masing-masing.

Berdasarkan konsert yang diadakan secara berselang-seli setiap minggu antara kumpulan A dan B, markah daripada tiga persembahan akan digabungkan bagi menentukan dua peserta yang memperoleh markah tertinggi untuk bertarung di peringkat separuh akhir.

Penerbit Eksekutif dan Pengarah Mentor 4, Mohamad Sufian Isa memberitahu, sejak rancangan itu diperkenalkan, pemilihan peserta untuk musim kali ini dibuat lebih sistematik memandangkan peserta sendiri menjalani uji bakat berdasarkan penyanyi kegemaran mereka.

"Dengan itu, secara tidak langsung mentor sendiri dapat melihat sejauh mana kebolehan dan kualiti yang dimiliki oleh protege mereka.

"Apa yang kami harapkan, hubungan antara mentor dengan peserta yang berjaya terpilih iaitu Nani, Ayim, Ila, Shaq, Adi dan Thalia akan lebih serasi setelah mengadili sesi saringan penilaian dan uji bakat dari kaca mata mereka (mentor) sendiri," katanya.

Mentor 4 sekali lagi menampilkan pengacara yang tidak asing lagi, Ally Iskandar sebagai hos program dan Jurnal Mentor manakala wartawan sensasi, Nas Ahmad pula bakal mencungkil kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir Mentor 4 pada konsert mingguan.

Antara lain, turut memeriahkan Mentor 4 ialah bekas mentor untuk musim yang ketiga iaitu Ajai yang kali ini bertindak sebagai penasihat vokal manakala Sazlan Mat Adnan sebagai penasihat persembahan dan Faizal Uzir atau Loq-U sebagai pengarah muzik.

Ayu tidak tertekan

Berbanding mentor-mentor lain yang bertanding untuk musim kali ini, Mas Idayu atau lebih mesra disapa Ayu sudah punya pengalaman mendidik protegenya pada musim lalu.

Apatah lagi, bakat Black yang dahulunya menurut Ayu begitu sukar mendapat perhatian ramai berikutan tiada pakej dari segi rupa kini sudah mampu berdiri atas kakinya sendiri.

Tidak mahu menganggap tugasan dalam menggilap bakat anak didik sebagai sesuatu yang mendatangkan tekanan, Ayu sebaliknya menerima amanah yang diberikan seikhlas hati.

"Pada peringkat awal ditawarkan sekali lagi sebagai mentor untuk musim kali ini, saya sebenarnya sudah menolak.

"Sebabnya saya tidak mahu ada sebarang spekulasi atau tanggapan negatif orang ramai terhadap saya yang kononnya sudah menang masih mahu bertanding.

"Bagaimanapun, pihak TV3 sendiri mengharapkan satu lagi kerjasama dengan saya untuk musim kali ini," kata Ayu.

Memilih protege Shaq, mampukah memberi saingan sehebat Black yang berjaya menjuarai pertandingan itu pada musim lalu.?

Namun, bagi penyanyi bertubuh kecil ini, dalam mendidik matlamatnya hanya satu iaitu berkongsi bakat.

"Saya akui tahap keyakinan Shaq amat rendah sebab dia kosong pengalaman dan tidak pernah langsung mencuba untuk memasuki mana-mana pertandingan sebelum ini berbanding Black.

"Bagaimanapun, ada sesuatu dalam diri Shaq yang boleh diketengahkan. Dan saya percaya jika kebolehan seseorang itu bagus dengan sendirinya akan menutupi segala kelemahan yang ada," kata Ayu lagi mengulas tentang protegenya.

Selain mengajar sendiri vokal kepada protegenya, Ayu turut mencari seorang penasihat muzik bagi membantu sesi latihan protegenya dengan iringan piano.

Platform untuk berkongsi pengetahuan - Ziana

Berbanding Ayu, pertama kali berpeluang menjadi mentor tentunya bakal memberi pengalaman baru buat penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain ini.

Memilih Thalia, seorang peserta yang juga mempunyai vokal lantang, Ziana bagaimanapun tidak menafikan ada bahagian-bahagian tertentu yang perlu diperbaiki pada diri protegenya.

"Saya memang mencari protege yang mempunyai suara yang lantang.

"Pada sesi uji bakat tidak lama dahulu, memang saya tak nafikan ramai yang berkebolehan menyanyi tetapi nak mencari seperti apa yang saya inginkan memang susah.

"Saya telah carikan guru vokal dan guru tari untuk memantapkan lagi persembahan dan mutu nyanyian Thalia nanti.

"Saya nak mengajar pun agak susah sebab saya sendiri pun belajar sendiri bagaimana cara nak mencuri nafas dan menyampaikan sesebuah lagu," katanya.

Bagi penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak, Dayang Nurfaizah inilah kali pertama dia berhadapan situasi berkongsi pengetahuan dalam menggilap bakat nyanyian seseorang.

Memilih Adi sebagai protege, kata Dayang, protegenya itu sudah boleh menyanyi cuma yang tinggal perlu memberi tunjuk ajar tentang teknik-teknik tertentu dalam nyanyian.

Biarpun dikatakan seorang yang lemah lembut dan sukar marah, ia bukan halangan kepada pelantun lagu Dayang Sayang Kamu itu dalam berkongsi pengalaman.

"Saya rasa sebagi mentor bukanlah begitu tertumpu pada mengajar menyanyi semata-mata, tetapi bagaimana kita berkongsi pelbagai pengalaman dan cara menyanyi.

"Selain itu, saya akan ajar bagaimana untuk menyeimbangkan stamina serta meningkatkan keyakinan diri protege saya," kata Dayang lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2010 01:44 PM | Show all posts
Mentor lebih sistematik

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR
afifi.nor@kosmo.com.my

PERSAINGAN bermula. Dari kiri, Shaq (protege Mas Idayu), Ayim (protoge Mus May), Adi (protege Dayang Nurfaizah), Ila (Protege Joe Flizzow), Nani (protege Azmeer) dan Thalia (protege Ziana Zain).

Sudah tiga musim program realiti televisyen terbitan TV3, Mentor, bersiaran. Sepanjang tiga musim juga, program tersebut telah melahirkan banyak muka baru dalam persada seni tanah air termasuklah juara musim lalu, Black, yang telah menggondol pelbagai pengiktirafan.

Memasuki musim keempat, Mentor kini disifatkan lebih sistematik dan memuaskan dari segi pemilihan pesertanya.

Ini kerana, para pesertanya boleh memilih penyanyi kegemaran mereka sebagai mentor. Para pendidik musim terbaru ini Jeo Flizzow, Mas Idayu, Dayang Nurfaizah, Ziana Zain, Azmeer dan Mus May pula berhak memilih protege masing-masing.

"Mentor mereka boleh menilai sendiri sejauh mana kebolehan dan kualiti yang dimiliki peserta itu memandangkan mereka yang akan bertanggungjawab untuk mengasah bakat protege pilihan mereka.

"Jadi dengan pemilihan bakat-bakat baru seperti Nani, Ayim, Ila, Shaq, Adi dan Thalia, kami berharap agar hubungan antara mentor dan protege akan lebih serasi. Ini kerana pemilihan yang dibuat adalah atas dasar penilaian sendiri," kata Pengarah Mentor, Mohamad Sufian Isa ketika ditemui pada sidang media memperkenal peserta program tersebut.

Mereka yang terpilih ialah Ila (Joe Flizzow), Shaq (Mas Idayu), Adi (Dayang Nurfaizah), Thalia (Ziana Zain), Nani (Azmeer) dan Ayim (Mus May).

Menjadi pilihan kepada mentor masing-masing, Shaq, Thalia, Nani, Ayim serta adik-beradik Ila dan Adi telah melalui pelbagai cabaran dan kesukaran semasa sesi uji bakat.

JOE FLIZZOW, Dayang Nurfaizah, Ziana Zain dan Mas Idayu bersedia membimbing anak didik mereka.

Menurut Joe, Ila atau nama sebenarnya, Ila Damiaa Johar, 21, yang berasal dari Sarawak menarik perhatiannya kerana mememiliki vokal yang baik. Selain daripada itu, sikap berdisiplin juga menjadi keutamaan Joe.

"Bagi saya Ila mempunyai ciri-ciri yang saya cari terutama dari segi suara. Saya akan mengasah bakat Ila dan yakin dia akan menyinar. Ila juga boleh membawa lagu orang lain dengan gaya tersendiri," kata Joe.

Bagi Dayang, dia yang memilih Adi Hamiz Johar, 23, atau dikenali dengan sebagai Adi juga atas kehebatan suaranya. Maka, Dayang tidak akan melakukan banyak perancangan untuk anak didiknya itu.

"Bakatnya perlu diasah lagi tapi Adi mempunyai bakat besar. Saya juga akan berkongsi pengalaman dan menurunkan ilmu terutama semasa membuat persembahan yang boleh dipakai ketika dia bertanding kelak," jelasnya.

Mas Idayu yang merupakan mentor kepada juara musim ketiga, Black, memberitahu dia pada mulanya agak sukar untuk memilih protege. Namun, kredibiliti Mohd. Shabini Ibrahim atau Shaq dari Kota Bharu, Kelantan telah mencuit hatinya.

"Ada sesuatu dalam persembahan Shaq yang membuatkan saya kagum lalu memilih dia sebagai protege saya," ujarnya.

Ingin ketahui siapa bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000? Ikuti konsert mingguannya pada setiap Ahad bermula 2 Mei ini, pukul 9 malam di TV3.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 01:46 PM | Show all posts


Nilah Gambar Ziana masa PC tu.. Chantikkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 01:52 PM | Show all posts


Ni gambar ZZ and Thalia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 09:35 PM | Show all posts
Off topik jap... as usual...




Di sebalik kecedihan kita syemua kerana ZZ dah tak jadi duta tilam Vono lagi, ada juga pihak2 yg mahu menjaga hati kita semua...


Cuba pegi kat The Mall, dkt PWTC tu... kat tepi jalan TERPAMPANG BESAR-BESARAN gambar Ziana Zain sbg duta SlimWorld...


Terima kasih kepada pihak2 yg menjaga hati kita semua itu... Terima kasih...




* Terima kasih juga kepada pihak semua stesen radio yg setiap hari memutarkan lagu-lagu ZZ... tak terkira banyaknya sana-sini ...








Waaaahhhh... dah jadi ucapan terima kasih dari fans ZZ pulaks yer... hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 11:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by zeonite at 28-4-2010 23:41

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 09:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by sweetsgt at 29-4-2010 09:26

YEEEEHAA  ANGGRE  YIBBA YIBBA  
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 04:20 PM | Show all posts
Reply 35# sweetsgt





amboiii... dah jadi mcm Ikhwan Hot FM yebba yebba la pulaks... hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 08:53 AM | Show all posts
Reply 36# elbee


Mestilah.. excited sgt khennn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2010 06:20 PM | Show all posts
Reply 37# sweetsgt



Kaannnnn...



                  
                  
                  
                  
                  


Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 01:26 AM | Show all posts
Happy Birthday Ziana Zain 2 Mei ini  
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 10:22 AM | Show all posts
happy besday
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 10:27 AM | Show all posts
Sempena B'day Ziana Zain ini, aku hadiahkan blog istimewa buat Ziana iaitu the bedazzling Ziana Zain. Blog ini menceritakan tentang pencapaian, penghargaan Ziana di arena antarabangsa. so guys take a look at http://thegreatavatar23.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.067637 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list