Semalam ada berlangsungnya PC tuk memperkenalkan protege masing- masing di berjaya times square. So pada hari tu juga ZZ telah memperkenalkan protege nya iatu Ketty Natalia Rasul atau di panggil Talia.
So bacalah ape yang ZZ cakap mase PC tu..
Ziana Zain - Protege, Ketty Natalia Rasul, 23 "SUSAH hendakmencari protege kerana ramai boleh menyanyi dengan baik, tetapi sayamahukan protege yang bersuara jelas. Sebagai mentor, saya akanberkongsi ilmu dan pengalaman dengan Talia. Kita kena bagi dia masauntuk menjadi penyanyi yang baik. Macam saya juga dulu, banyak perkarakena belajar barulah jadi macam sekarang.
Saya mengadakanuji bakat mencari protege selama dua hari, tetapi hari kedua baruberjumpa dengan Talia. Dia seorang yang 'straight forward', ada rupa,tinggi lampai dan ada imej. Yang lain itu boleh digilap lagi. Sayasudah sediakan guru vokal dan guru tarian kerana saya tiada kemahiranuntuk mengajarnya. Dulu saya belajar sendiri jadi lebih baik sayaserahkan Talia kepada mereka yang layak. Latihan itu diadakan padawaktu siang dan malam bolehlah dia berehat.
Kita tidak bolehmengajar orang menyanyi kerana bakat itu hadir secara semula jadi.Setiap penyanyi ada gayanya sendiri. Sebagai mentor saya hanya bolehmembimbingnya dan berkongsi pengalaman dengannya. Saya tidak tahuberapa panjang nafasnya, itu hanya dia yang tahu. Untuk menjadipenyanyi yang baik mesti ada 'feel' tetapi jangan pula terlebih'feeling'. Seorang penyanyi perlu merasai dan menghayati lagunya. Zamansaya dulu, saya buat pandai sendiri, mana ada belajar vokal. Orangsekarang beruntung kerana semua kemudahan disediakan. Saya beritahuTalia, jangan jadi penyanyi kerana hendak kejar glamor atau mengejarpopulariti kerana ia tidak akan bertahan lama dalam industri. Merekakena faham penyanyi kerjanya menghiburkan orang dan ia adalah satutanggungjawab. Selain itu, mereka mesti menjaga suara, tingkah laku danimej serta selalu merendah diri. Mereka juga mesti ingat bukan semuaorang suka jadi mesti pandai bawa diri. Apa jua kritikan sama adamengutuk atau memuji, ambil yang positif. Dengan itu kita akan menjadiorang yang lebih. Selama 15 tahun dalam industri banyak yang sudahdilalui, tetapi saya mengambilnya sebagai cabaran. Walaupun sayadiambil sebagai mentor, saya bukanlah sempurna, sambil Talia belajarvokal dapatlah saya menumpang belajar sama."
sumber : Harian Metro :http://www.hmetro.com.my/myMetro ... ajarprotege/Article
Dari petikan di ats, nyata Ziana seorang mentor yang sentiasa merendah diri. Malah beliau juga sanggup sama-sama belajar vokal bersama protege nya. Japi apa-apa pun, jangan lupa saksikan Jurnal mentor Ahad ini pukul 7 Mlm untuk menyaksikan sendiri pemilihan akhir di buat oleh Ziana. hanya di TV3.... |