CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15274|Reply: 79

PRK PARLIMEN SIBU

[Copy link]
Post time 25-4-2010 11:22 PM | Show all posts |Read mode
UTUSAN MALAYSIA - 25/04/10

SUPP pilih sepupu mendiang MP Sibu jadi calon BN
25/04/2010 9:44pm



KUCHING 25 April – Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) sebulat suara memilih peguam Robert Lau Hui Yew sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu akan datang, kata Presiden SUPP, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam.

"Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti bersetuju Robert Lau Jr. dipilih sebagai calon pada pilihan raya kecil Sibu kerana beliau merupakan calon terbaik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat CWC selama tiga jam di ibu pejabat parti di sini hari ini.

Dr. George Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, sebagai pelan kontingensi, parti itu juga mempunyai calon pilihan kedua “jika pucuk kepemimpinan BN berpendapat, Hui Yew masih belum mempunyai merit untuk menjadi calon BN.

"Kami telah memilih satu lagi nama jika sesuatu berlaku... lebih baik mempunyai seorang lagi (calon) sebagai langkah bersiap sedia,” katanya tanpa mendedahkan nama calon berkenaan.

Dr. George Chan berkata, nama kedua-dua calon itu telahpun diserahkan kepada Ketua Menteri dan Pengerusi BN negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Jumaat untuk diputuskan.

PRK Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Robert Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei ini sebagai hari penamaan calon dan pengundian diadakan pada 16 Mei. – Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2010 10:13 AM | Show all posts
nak tgk DAP boleh tawan tak kerusi ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 10:16 AM | Show all posts
inilah masanya PR balas balik kekalahan kat H. Selangor...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 10:53 AM | Show all posts
inilah masanya PR balas balik kekalahan kat H. Selangor...
gede-bab Post at 26-4-2010 10:16



    Nak tunggu TGNA turun Sibu, kempen untuk calon DAP.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 11:03 AM | Show all posts
Reply 3# gede-bab

Nak tunggu TGNA kempen kat sibu, sokong DAP.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 12:56 PM | Show all posts
harapan cerah di sibu ikut firasat aku lahh......pasal...Pkr daa lama....kempen di Sarawak ni..
kebanyakan org sarawak pun mahukan perubahan arus politik.....supaya boleh kuat bersuara di parlimen.....org sarawak pun sudah pandai berpolitik....jgn main2...aku sudah berada di sarawwk sudah hampir 4thn...aku perhatikan kali ni pilihan raya....mengarah ke PR..
dan parti snap pun sudah join PR...ni menambahkan keyakinan....org di sini....agi idup agi ngelaban.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2010 12:57 PM | Show all posts
hidupppppppppp  sarawaakk kitak boleh maju dgnnnnnnn PR....kamik bleh nolong.....kitak
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 01:33 PM | Show all posts
Di Hulu Selangor rakyat dah bantai 100 juta duit BN, so di Sibu apa kata kita double the figure to 200 ratus juta...kalah pun tak pe, janji duit masyuk. Jentera Pakatan Rakyat dah bergerak di Sibu...mesej yang Pakatan Rakyat sampaikan kepada penduduk Sibu senang je. Satu undi = RM25,000, kalau tak bagi..kami undi orang lain.

Pakatan kalah tak pe, janji Barisan parah..heh heh heh..bijakkk bijakkk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2010 01:49 PM | Show all posts
penceramah luar mana boleh masuk malaysia timur................imigresen pun tak lepas, sangkut kat airport, patah balik jeee laaa................
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 02:02 PM | Show all posts
Kawan baru call..RM25,000 sikit bro..katanya, kat Hulu selangor RM65,000 seorang kata DSAI, so kat Sibu kita mintak up sikit lagi la...apa kata RM120,000 seorang @ bot pukat tunda @ banglo lima bilik sorang satu..heh heh heh..., ... kalau tak bagi, UNDI PAKATAN!
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 02:04 PM | Show all posts
BN duit banyak oii..ber beliyun beliyun duit depa...apalah sangat RM120,000 satu undi..celah gigi jer broo!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 02:46 PM | Show all posts
bagus, dah BN nak pakai sangat cara ni untuk menang
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 03:51 PM | Show all posts
Di Hulu Selangor rakyat dah bantai 100 juta duit BN, so di Sibu apa kata kita double the figure to 2 ...
Temantidox Post at 26-4-2010 13:33


Yang semakin parah adalah Pakatan Rakyat, dahlah pemimpinnya satu persatu keluar parti, hilang pulak satu kerusi di Hulu Selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 04:03 PM | Show all posts
politik mmg la main janji2
janji wat jambatan la , sekolah la, peruntukan itu ini.
kedua PR & BN menabur janji2 memasing...
yg jadi isunya, mampukah mereka menunaikan janji?

tetiba teringat zaman study2 dulu... ada la parti2 bertanding... klo menang janji nk buat astaka pon ada tau? ahaha <-- ops sory off topik kejap
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 04:15 PM | Show all posts
Sama de pemimpn PKR blah @ mati lemas @ mati kena patuk ular @ mati kena arsenik @mati pucuk kita tak kisah..tak pedulik pun, yang penting BN berubah..berubah jadi baik dan pemurah kepada rakyat, bukan jadi beruk dapat bunga...

Rakyat kena celik, buka mata luas-luas, kita mahu kerajaan yang telus dan berwawasan bukan kerajaan jerlus dan cakap tak serupa bikin.

Bagi aku, kes Najib dengan Altantunya..itu Najib punya hal, Anwar dengan Saiful..Anwar punya hal..setahu aku, ahli politik ni semuanya bahlul sebab tak ikut syariat Islam. Cuma yang aku tak tahan ketawa pecah perut tu bila si mangsa Sodomi 1 dah mengaku 3 kali tak kena liwat..hakim masih tak mau tutup kes...SATU PAKISTAN KETAWA TAU TAK..

Mana aku nak letak muka bila kawan kawan Sepanyol, Turki, Jepun, Vietnam, Korea, China, Mexico, Brazil email aku tanya..apa punya court la Malaysia ada. So aku jawab slumber jer, badminton court...lawan smash tengah belakang..kahhhhhh kah kah kah...member Jerman tutuh gelak!! Lawakk lawak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 04:26 PM | Show all posts
Gajah lawan gajah, ulat gonggok mati terpenyek di tengah...kita jangan jadi bodoh. Orang BN jangan jadi bodoh. Ketua Cawangan sapu sepuluh ribu ringgit, korang sapu peluh merambu basah baju sampai singlet...dapat la 20 hengget, riuh satu kampung BN baik, bodoh punya mat rempit..20 hengget nak pakai taya tubeless pun jauh panggang dari api...bodoh bin piang!

PKR pulak, susah payah tinggal anak bini sebab kempen raih undi, las las dapat surat pejabat kadi, bini mintak cerai sebab tak tahan hari hari "main sendiri" kah kah kah, banggali karpet juga sangatlah beruntung..bini kita yang cantey yitu saya kebas bawak balik kampung. Apa lu dapat bro....dapat pisang kelat kah kah kah!!! Beruk atas pokok lagi pandai dari puak PKR, lembu kambing kat hujung kampung tu lagi pandai dari BN punya balaci pekung!

Dah la...sibu kita mintak RM120,000 satu undi, NO MONEY NO TALK!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2010 05:38 PM | Show all posts
itulah masalahnya, org Melayu UMNO tak reti2 lagi
bg sikit dah sokong BN
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 08:15 PM | Show all posts
tudia aihhh
tv3 n bn attack kedah plakk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2010 10:27 PM | Show all posts
BERITA HARIAN - 26/04/10

DAP jangka pilihan raya kecil Sibu lebih sengit

2010/04/26

GEORGETOWN: DAP hari ini menjangkakan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu di Sarawak bulan depan lebih sengit daripada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor semalam, yang menyaksikan calon rakan gabungan parti pakatan, Parti Keadilan Rakyat (PKR), tewas kepada Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata kawasan Parlimen Sibu mengandungi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri - Nangka, Pelawan dan Bawang Assan - yang dikuasai BN.
"Kami menjangkakan pertandingan sengit di Sibu tetapi kami tidak akan mengalah dan akan terus berjuang ke arah mencapai keadilan bagi semua rakyat Malaysia," katanya kepada wartawan di sini, hari ini.

Kerusi Parlimen Sibu kosong berikutan kematian Ahli Parlimen lima penggalnya Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, pada 9 April kerana barah hati.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 8 Mei dan 16 Mei sebagai hari pengundian.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mendakwa BN berjanji memperuntukkan kira-kira RM160 juta bagi projek-projek di Hulu Selangor dan beliau meramalkan jumlah serupa atau mungkin lebih besar dijanjikan bagi Sibu.

Beliau berkata calon PKR bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim memperoleh lebih undi daripada yang diperoleh oleh penyandang kerusi, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada pilihan raya umum 2008.

Zaid mendapat 23,272 undi berbanding 24,997 undi yang diperoleh pemenang kerusi itu, P. Kamalanathan daripada BN.  Dr Zainal memeperoleh 23,177 undi pada 2008. - Bernama

**nak termuntah aku dengar kata2 LGE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2010 10:29 PM | Show all posts
BERITA HARIAN - 26/04/10

DAP jangka pilihan raya kecil Sibu lebih sengit

2010/04/26

GEORGETOWN: DAP hari ini menjangkakan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu di Sarawak bulan depan lebih sengit daripada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor semalam, yang menyaksikan calon rakan gabungan parti pakatan, Parti Keadilan Rakyat (PKR), tewas kepada Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata kawasan Parlimen Sibu mengandungi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri - Nangka, Pelawan dan Bawang Assan - yang dikuasai BN.
"Kami menjangkakan pertandingan sengit di Sibu tetapi kami tidak akan mengalah dan akan terus berjuang ke arah mencapai keadilan bagi semua rakyat Malaysia," katanya kepada wartawan di sini, hari ini.

Kerusi Parlimen Sibu kosong berikutan kematian Ahli Parlimen lima penggalnya Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, pada 9 April kerana barah hati.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 8 Mei dan 16 Mei sebagai hari pengundian.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mendakwa BN berjanji memperuntukkan kira-kira RM160 juta bagi projek-projek di Hulu Selangor dan beliau meramalkan jumlah serupa atau mungkin lebih besar dijanjikan bagi Sibu.

Beliau berkata calon PKR bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim memperoleh lebih undi daripada yang diperoleh oleh penyandang kerusi, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada pilihan raya umum 2008.

Zaid mendapat 23,272 undi berbanding 24,997 undi yang diperoleh pemenang kerusi itu, P. Kamalanathan daripada BN.  Dr Zainal memeperoleh 23,177 undi pada 2008. - Bernama

**nak termuntah aku dengar kata2 LGE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.182775 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list