CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42063|Reply: 253

Rahsia Hati Sofia 2

  [Copy link]
Post time 27-4-2010 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Salam all,
Sofia dan teman-temannya kembali ke ruangan ini untuk berkongsi kisah hidup mereka yang penuh dengan dugaan. Pada mereka yang mengenali JIHANNUR SOFIA, IKHMAL HISHAM dan MOHD. NIZAM, marilah kita dengarkan sambungan luahan hati tiga insan ini.

Pada mereka yang tidak mengenali siapa Sofia, Ikhmal dan Nizam... carilah RAHSIA HATI SOFIA di kedai buku

BTW, tajuk cerita ini mungkin ada ditukar berikutan konsep penyampaiannya yang berbeza dari RHS.

Selamat melayan jiwa!

PERMINTAAN SAYA: TOLONGLAH JANGAN COPY CERITA INI DAN KONGSI DI FORUM LAIN SEBAGAIMANA TERJADI PADA CERITA SAYA YANG TERDAHULU. BACALAH DI SINI AJE, YA.

-----------------------------------------------------------------

Bab 1

“MAL,mari makan nak…” panggil Hajah Jamilah. Kepalanya digerakkan beberapa kali, kekiri dan ke kanan,perlahan. Sejak mahkamah mengesahkan perceraian Ikhmal dengan Sofia sebulan yang lalu, Ikhmal lebih banyakdiam dari bercakap. Dia hanya berbual dengan Sharah, permata hatinya. Dia jugaketawa hanya dengan Sharah. Kadang Hajah Jamilah terdengar tawa Ikhmal diakhiri dengan tangis. Hatinya bagai dilapah-lapah, pilu tidak tertafsir laginamun semua ini kemahuan Ikhmal, dia yang mahu bercerai dengan Sofia. Sebagai ibu HajahJamilah tidak pernah lupa pada tanggungjawabnya untuk terus memberi sokonganpada Ikhmal. Cukuplah oranglain menyalahkannya, Hajah Jamilah tetap berdiri di belakang Ikhmal meniupkata-kata semangat agar anak bongsunya itu tidak hanyut dalam kesedihan yangdia cipta.


“Tak lapar lagi bu.” Jawab Ikhmaldari atas kerusi rodanya. Sebuah buku tertangkup di atas ribanya. Pandangannyaterbang ke laman rumah. Di situ ada banyak kenangan antara dia dan Sofia. Di situlah merekabergaduh, di laman itulah juga Sofiamenangis tatkala kereta Wajanya tidak mahu hidup.


“Kau dah kurus sangat dah Mal,asyik tak mahu makan aje.”


“Hari ni Mal puasa bu.” BalasIkhmal pendek. Dia segera menyeka airmatanya bila melihat ibunya berjalanperlahan mendekatinya.


“Puasa apa hari Selasa ni Mal?”


“Puasalah bu…” tidak perludijelaskan lagi akan niatnya berpuasa, ibunya lebih arif darinya.


“Semalam petang pun kau tak makan,ni puasa pulak. Entah sahur entah tidak… mesti kau tak sahurkan Mal? Larat kebadan tu Mal? Jangan seksa dirilah nak. Ibu tak sanggup tengok kau macam ni,Mal. Kau yang sakit… nanti ibu yang mati dulu Mal.” Rintih Hajah Jamilah.Ikhmal spontan memegang tangan ibunya. Dipandang wajah ibunya yang sudahmenginjak tua.


“Jangan cakap macam tu, bu. Malmintak ampun. Ibu jangan susahkanMal. Mal okey.”


“Kau ingat ibu tak tahu apa yangada dalam hati kau Mal? Kau jangan ingat ibu tak tahu kau menangis, kaumenyesal bercerai dengan Sofiabukan?”


“Ibu… benda dah lepas jangandisebut. Mal cuma perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan baru ni.”Dalam hidupnya yang baharu ini, sesal dan terkilan sedang cuba dipadamkan dari daftar katajiwanya. Dia sedang belajar bagaimana untuk tidak memikirkan tentang wanitayang paling dia kasih sejak dia berusia 16 tahun. Berulang kali dia mencuba,berulang kali jugalah hatinya menyebut sepasang nama manis milik JihannurSofia. Sedetik itu jugalah wajah Sofiayang tenang bagai tertebar di layar fikirannya biarpun Ikhmal sudah pejamrapat-rapat matanya.


“Tadi ibu telefon Mama Salmi, tanyakhabar. Dia kata Hilman demam, Sofiapun tak berapa sihat. Nanti bila mak hantar Sharah ke sana, kau ikut sekali ya Mal. Hilman tu mestinak jumpa ayahnya. Kesian dia Mal, dia bukan anak yatim tak berbapak… tapi kautak pernah sekalipun datang tengok dia.” Tutur Hajah Jamilah perlahan. Ikhmalmembisu.


“Dari budak tu lahir… tak pernahdia rasa kasih sayang kau.”


Ikhmal memejamkan matanya seketika.Rasa pilu meresap ke segenap jiwanya. Dia sudah jadi ayah yang gagal pada IzzHilman. Ketika Sofia dalam kesakitan melahirkan Hilman, berkali-kali HajahJamilah memujuknya agar pergi ke hospital menemani Sofia, paling tidak pun tunggu sahaja di luarwad bersalin. Ikhmal berkeras mahu tinggal di rumah sahaja kerana lahirnya IzzHilman ke dunia maka putuslah iddah Sofialalu berakhirlah hubungan mereka berdua. Dia bukan benci Izz Hilman, dia tetapsayangkan anak itu sebagaimana dia mengasihi Irdinanur Sharah namun hanya Tuhansahaja yang tahu mengapa dia bertindak sedemikian.


“Mal belum solat bu… tolong tolakMal masuk ke dalam boleh?”


“Kau nak solat apa Mal, Zuhur jauhlagi?”


“Dhuha…”


Tiada bicara lagi, Hajah Jamilahmenolak kerusi roda anaknya masuk ke dalam rumah. Dia cuba untuk fahami apa yang adadalam hati Ikhmal. Dia pasti, Ikhmal Hisham sudah habis menimbang segala yangbaik mahupun yang buruk atas tiap-tiap keputusan yang diambil.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2010 12:16 PM | Show all posts
Salam all,
Sofia dan teman-temannya kembali ke ruangan ini untuk berkongsi kisah hidup mereka yang  ...
nazurah Post at 27-4-2010 12:12
NO. 1..................sendu aja cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 12:19 PM | Show all posts
Salam nazurah, i love this story...
dah lama bermungkin dalam minda ni apa kesudahan dia orang.....
thanks thanks....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 12:20 PM | Show all posts
ye ye..
ade sambungan lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2010 12:42 PM | Show all posts
TALI BIDAI rotan ditarik. Puas dia cari, di belakang rumah rupanya anak lelakinya membawa diri. Datin Nik Ardini mengintai Nizam bersama suaminya yang baru sahaja pulang bermain golf. Kalau dulu ke mana dia pergi, Nizam pasti akan menemaninya namun kini hubungan mereka seakan dingin. Nizam keluar ke pejabat sebelum ibunya sempat menyiapkan sarapan pagi. Pulangnya pula nanti selepas mereka makan malam. Nizam benar-benar merajuk.

“Dalam ramai perempuan kat dunia ni, isteri orang yang dia nak. Sampai cerai-berai orang
tu bang, mana saya nak letak muka ni?”

“Kalau dah yang itu juga dia nak Dini, kita nak buat macam mana. Kita bukan boleh bedah dan keluarkan hati dia atau kita bedah otaknya dan diprogramkan semula supaya dia sukakan orang lain.”

“Saya malu dengan Kak Milah bang. Nak tunjuk muka di rumahnya pun saya tak sanggup.”

“Hajah Jamilah tak apa-apa, awak sahaja yang berlebih.”

“Mahunya tidak bang, dah anak kita sendiri mengaku memang dia cintakan menantu Kak Milah. Abang pun dengar kan?”

“Bekas menantu, dah bercerai pun Mal dengan Sofia.”

“Hisyyy abang ni, macam suka aje budak berdua tu bercerai.”

“Laaaa… habis tu awak nak suruh saya cakap macam mana lagi Dini? Kalau kita tak pinangkan Sofia kot-kot nanti Nizam suruh orang lain pinangkan, lagi kita malu.”

“Tak berapa hari budak berdua tu bercerai bang. Awak jangan nak menyokong kehendak Ijam tu. Saya kata tak mahu, tak mahulah.”

“Ijam ada cakap dengan saya dia nak ke UK semula, dia ada bagi tahu awak?”

“Biar dia ke UK, nak sambung belajar sampai langit 7 lapis pun tak mengapa asal dia tidak mintak kita pinangkan Sofia.”

Datin Nik Ardini melihat anak bujangnya sedang berbuai di laman kecil di belakang rumah. Di situ memang tempat lepak kesukaan Nizam. Asal sahaja dia pulang dari kerja, di situlah dia menghabiskan petangnya, termenung.  Bukan dia tidak mahu pinangkan Sofia untuk Nizam, dia juga sukakan Sofia tetapi bukan untuk dijadikan menantunya. Sofia dan Ikhmal baharu sahaja bercerai nanti apa pula kata Hajah Jamilah, apa pula kata jiran-jirannya yang lain. Datin Nik Ardini berkeras tidak mahu menghantar wakil meminang Sofia sebagaimana yang diminta Nizam. Merayulah macam mana sekalipun Datin Nik Ardini tetap dengan keputusannya.

“Kesian Ijam tu mummy, dia memang betul-betul sayangkan Sofia. Mummy sendiri dengar kan masa dia terus terang dengan kita dulu. Dia sukakan Sofia sejak hari dia datang interviu kat Rapid.” Tambah Doktor Najihah yang turut sama mengintai.

“Jihah pun sama dengan daddy.”

“Mummy pilih, nak tengok Ijam bahagia atau tutup rasa malu kita.” Tokok  Doktor Najihah sebelum menuju ke arah pintu. Dia tidak mahu biarkan adiknya sendirian dalam melalui saat-saat getir dalam hidup. Datuk Karim dan Datin Nik Ardini lihat dari tingkap dapur, Doktor Najihah memujuk adiknya. Begitulah mereka berdua sejak akhir-akhir ini. Najihah cuba luangkan masa untuk bersama adiknya.

“Jihah tak mahu kahwin, Ijam nak kahwin tapi awak tak setuju dengan pilihannya. Karang dua-dua anak awak tak kahwin awak jangan menyesal pulak Dini.”

“Abang ni, ke situ pulak.  Ijam tu dulu dah elok bertunang diputuskan, saya tak kisah berapa umur bekas tunangnya tu bang, lima tahun, enam tahun tua dari Ijam pun saya terima. Bukannya saya memilih nak menantu yang cantik, anak Datuk-Datin… tapi Sofia tu bekas menantu Kak Milah bang, jiran-jiran semua kenal dia. Apa saya nak cakap kalau orang  tanya nanti, anak Datin Dini nikah dengan bekas menantu Kak Milah.” Utai Datin Nik Ardini.

“Kita pindah la, nak tak?”

“Hisyy! Mengarutlah awak ni bang. Saya suka duduk sini, jiran kita baik-baik semuanya.”

“Hah! Kata baik, jadi apa yang nak dirisaukan. Kena terimalah qada dan qadar yang ditentukan Tuhan, bakal menantu kita bekas menantu jiran belakang rumah.” Kata Datuk Karim dalam nada bergurau namun dia serius dengan kata-katanya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 12:45 PM | Show all posts
Ada RHS 2 erk...best2..sambung lagi

Since tukang tulis dah ada kat sini..nak tanya sketla...actually RHS tu refer RHS kat Nizam ke...Sofia pun ada gak suka2 kat Nizamkan...cuma dia pendam kat lubuk hati dia yg paling dalam ...betul ke Naz
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2010 12:49 PM | Show all posts
Hu hu hu kena sponser tisu nazz...or eye mo mata hakak dah sakit ni....
Ikhmal puasa???? dejavu lee naz ...org tu puasa sampai gastrik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2010 12:59 PM | Show all posts
Reply 6# allamanda

allamanda, Rahsia hati sofia bukan untuk nizam aje. Dia memang sukakan nizam sejak mula mereka kenal malah dalam hatinya dulu pun pernah terdetik perasaan (time ikhmal macam layan tak layan dia jek). tapi lepas sofia kahwin, dia pendam apa yang dia pernah rasa untuk nizam sbb dia tahu kat mana letak dirinya selepas itu.

rahsia hati tu lebih kepada apa yang sofia pendam sendiri, kena paksa kahwin biarpun dia tidak suka. terpaksa benci lelaki yang dia sayang. apa yang dia rasa lepas kena halau dengan bapak dia...  rahsia hati yang dia tak kongsi dengan orang lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2010 01:05 PM | Show all posts
mmg kena sedia tisu pas ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 01:07 PM | Show all posts
Reply  allamanda

allamanda, Rahsia hati sofia bukan untuk nizam aje. Dia memang sukakan nizam se ...
nazurah Post at 27-4-2010 12:59


Ok faham..klu tak sampai hari saya masih cari2 apa rahsia hati Sofia tuh....hehehe...thanks Naz

Tak sabar nak tau camner Nizam leh lak kawin ngan Sofia tuh...kan mak nizam cam berat jerrr...diaorg ada anak tak nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 01:10 PM | Show all posts
n3 citer nie makin sedih je...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 01:24 PM | Show all posts
Naz.. ni sambungan RHS yer... akan dipublishkan juga ke???  Jangan la asyik sedih jer cite naz  nih akak tak sanggup nak berendam air mata...:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 01:50 PM | Show all posts
selamat kembali Naz....
RHS 2... ni agak2nya masih ada rahsia lagi antara 2 hati Ikhmal dan Sofia?
Naz... byk speku dlm otak ni.... harap2 cinta pertama berpaling semula....
Nizam dah sihat ke? ending no 1 terlalu sedih smpaikan 3 kali baca pun tetap sedih...
bagai hasrat hati sendiri yg tak kesampaian.....hehehehehe
teruskan dgn RHS2... sbb nak gak tau apa yg masih terbuku dihati Sofia smpai akhirnya....
nex..next..next.... hehehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2010 01:56 PM | Show all posts
asyriqa, memang ni sambungan RHS... publish ke tak wallahualam... saya tulis aje
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 01:57 PM | Show all posts
citer RHS tu kena siapkan tisu bebanyak... part 2 ni pun sama gak ker?..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 02:03 PM | Show all posts
bestnyer.... terubat rindu aku kat sofia, ikhmal ngan nizam....TQ naz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2010 02:22 PM | Show all posts
jgn laaa dok buat sedih memanjang naz.....masa baca RHS tu akak
nizam kan sakit, ikhmal dah jadi doktor ikhmal.....izzhilman , sharah ...aduh.....
buat depa happy yer naz....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 02:25 PM | Show all posts
tapi ending RHS tu nizam ngan sofia dan nikahkan... tak sabar nak tau mcm mane kehidupan ikhmal lepas neh... harap cepat sambung naz..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 02:26 PM | Show all posts
sedeynya starting cite nie...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 03:03 PM | Show all posts
sedeynya starting cite nie...
mikoodette Post at 27-4-2010 14:26

Mikoo ni sbg dari RHS 1.....camner sofia kenal nizam and ikhmal...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.079915 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list