CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nazurah

Rahsia Hati Sofia 2

  [Copy link]
Post time 28-4-2010 09:25 AM | Show all posts
akhirnya dapat gak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2010 09:26 AM | Show all posts
tq nazurah, nak n3 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 10:21 AM | Show all posts
Naz, aku nak happy ending.... cinta pertama tak rela dilepaskan begitu sahaja...
dlm hati Sofia dan Ikhmal hanya diri masing2 yg tau tapi disebabkan dua2 ego melangit...
dua2 tgh merana dalam diam..... Nizam sakit.... and then....he's gone... pastu Ikhmal
pulih after several therapy and berubat kampung... disebabkan Hilman n Sharah, mereka bersatu kembali
after kecelaruan hati dan perasaan yg maha hebat... dua2 mengaku masih hangat mencintai antara satu sama lain....
Hope so....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 10:52 AM | Show all posts
LBN sudah...RHS sudah...skrg RHS 2...sgt2 menantikan buah tgn kak naz..

w/pun buah tgn kak naz x penah membuatkan aku ceria ~ of course la sbb everytime aku baca sure aku nangis tersedu2..hehe ~ tp x sabar nk baca tulisan kak naz yg sgt meruntun jiwa..huhuhu..

tengkiu kak naz

tetiba aku jd jiwang..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 10:53 AM | Show all posts
Reply 1# nazurah

Naz,

Igt lagi masa baca Rahsia Hati Sofia 1..pukul 4 pagi dok
nangis beria...mata bengkak2..sampai skrg masih lagi tak dpt terima hakikat,
saling mencintai..tapi berpisah..sungguh tak paham...

1st part Rahsia Hati Sofia2 dah sedih...aduhai Naz...tlg la bagi happy ending..
taknak la happy ending depa kawin ngan org lain..tapi nak depa bersatu balik..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 11:49 AM | Show all posts
Naz, aku nak happy ending.... cinta pertama tak rela dilepaskan begitu sahaja...
dlm hati Sofia dan ...
Jaza2008 Post at 28-4-2010 10:21



    Jaza....mcm mana jln cite dia x kisah...yg penting ending mesti hepi......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2010 12:00 PM | Show all posts
akak pun dah baca dah RHS tu..
yg tak boleh tahan tu...anak dara akak dok membebel berdua
pasal tak puas hati dgn endingnya....
drg pun berharap sangat ada RHS2.. dgn happy ending.....
...macam Jaza2008
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 12:06 PM | Show all posts
Kalau aku mahu bahagiakan dia, aku harus bahagiakan diriku dahulu… barulah kebahagiaan itu dapat dikongsi bersama….

Dear statement ni buat akak leleh lagi laju........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2010 12:28 PM | Show all posts
Jaza....mcm mana jln cite dia x kisah...yg penting ending mesti hepi......
Ju'a Post at 28-4-2010 11:49



jalan cite yg menarik dgn babak2 konpius leh membuat jantung kita semua berdegup laju...
mcm2 persoalan yg timbul... akan bersamakah.... akan bahagiakah... akan jauhkah.... dan semua perkataan
andaian...  sbb tu aku pentingkan jln cerita... sbb ia boleh memesongkan fikiran kita kemana????
hehehehehe
jua kita tggu dan lihat ye.... apakah idea Naz tu akan melebatkan airmata kita...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2010 12:46 PM | Show all posts
Reply 47# awan

kak awan, anak2 buah saya pun marah...heheheyg sulung tu ckp kalau jumpa ikhmal...dia nak terajang...
yg sepupunya pulak cakap...ikhmal jahat nak mampus, pi rogol sofia...


bebudak tu kata ikhmal mati lagi baik.... heroku!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 01:51 PM | Show all posts
Reply  awan

kak awan, anak2 buah saya pun marah...heheheyg sulung tu ckp kalau jumpa ikhmal...di ...
nazurah Post at 28-4-2010 12:46


Sokong anak buah Naz....

Kali ni...biarlah kisah Sofia ngan Nizam plak...kisah Sofia ngan Ikhmal dah berlalu...sian Nizam...dia baik sangat...Jaza sampai hatinya nak matikan Nizam....ohhhhh tidakkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2010 03:38 PM | Show all posts
“JIHAN, botol susu Hilman dah kosong tu.” Seru mama. Aku tersentak. Suara mama buat aku tersedar dari lamunan. Kasihan Hilman, entah sudah berapa lama agaknya aku biarkan dia menyedut botol susu yang sudah kosong. Sudah tidak berbaki langsung air masak yang kuisi tadi, habis kering disedut Hilman. Aku angkat dia dari ribaku dan aku letak dia dibahuku lalu aku tepuk perlahan belakang badannya.

“Fikir apa sampai lupa pada anak yang diriba tu?” Tanya mama lembut.

“Ingatkan Sharah ma.” Jawabku pendek. Bukan Sharah seorang, sambungku dalam hati.

“Sharah dengan ayah dan nenek dia kat sana baik-baik aje, Jihan tak usah risau. Tahulah Ikhmal nak jaga anak dara dia tu macam mana.” Jawab mama, seolah-olah tahu apa yang sedang aku fikirkan. Sedang apa agaknya Ikhmal tika ini. Bagaimanalah agaknya dia menjaga Sharah sendirian, dengan timbunan tugasannya mana hendak mentelaah pelajaran. Aku bimbangkan Ikhmal tidak terbuat semua itu tanpa aku. Aku tidak mahu Ikhmal keciciran dalam pelajarannya. Jika dia berjaya dalam hidupnya, aku turut tumpang gembira dan bangga. Kasih aku buat Ikhmal tidak pernah pudar biarpun antara kami sudah tidak ada apa-apa ikatan. Aku masih sayang padanya biarpun dia tidak lagi membalas email-emailku apatah lagi SMSku. Pengantara aku dan Ikhmal adalah ibunya.

“Selalu waktu macam ni Sharah dah makan, Jihan suapkan…” tambahku lagi.

“Sharah dah makan, Jihan tak usah pening-peningkan kepala. Hajah Jamilah tu baik orangnya, tak akan dia sia-siakan cucunya sendiri, darah daging dia.”

“Jihan tahu tu ma… tapi tanggungjawab Jihan untuk jaga Sharah bukan ibu.” Ya, aku masih memanggilnya ibu. Tidak tergamak untuk aku menukar panggilan buatnya…bagiku Hajah Jamilah tetap ibuku sampai bila-bila. Gelaran bekas mertua tidak pernah terbit dari bibirku. Dia ibuku, cucu kepada dua orang cahaya mataku, anak-anak Ikhmal Hisham… yang aku rindu.

“Mama tahu Jihan sebenarnya fikirkan Mal kan?”

Mama! Kalau sudah tahu mengapa ditanya lagi? Soalan itu bagai sembilu buatku.

“Buat apalah kita fikir orang yang dah tak sudi pada kita ma. Dia dah campak Jihan jauh-jauh sampaikan nak dating sini pun dia tak sudi.” Nah! Sebenarnya aku sangat mengharapkan agar dia bertandang ke mari menemui aku. Ikhmal, bercerai bukan bermaksud kita harus memutuskan segala-galanya. Bercerai tidak bererti kita harus bina tembok tinggi umpama Berlin yang pernah memisahkan Jerman Timur dengan saudaranya di Barat. Andai dia tidak mahu menemui aku, datanglah demi Izz Hilman. Anak ini juga ingin merasai belaian seorang ayah. Dia juga ingin ditimang dan dimanja sebagaimana kakaknya. Kenapa tergamak Ikhmal menjauhi anak kandungnya sendiri? Apa dosa Hilman pada ayahnya?

“Hati Jihan kata macam tu ke? Atau sekadar bibir Jihan yang menafikan?” soal mama.

“Mama, kita cakap benda lain la ya.”

“Betulkan apa yang mama cakap?”

“Kalau Jihan sayang dia setinggi langit sekalipun ma, tak ada makna dah mama. Ikhmal dah ceraikan Jihan, dia dah tak mahu pandang Jihan lagi. Jihan seorang yang masih berharap tapi Ikhmal tak pernah fikirkan pasal Jihan langsung. Jenguk Hilman pun dia tak sudi.” Luahku pada mama. Terdiam mamaku. Apalah yang boleh aku buat selain mengenang kisah silamku bersamanya. Aku tidak ada hak untuk merujuk, aku tidak mampu berbuat apapun agar kami kembali bersama. Berhari-hari aku luahkan rasa terkilanku pada Ikhmal namun tak satu pun yang dia balas. Andai Ikhmal tidak sudi membacanya, biar aku abadikan ia menjadi novel biar seluruh Tanah Malaya ini berendam airmata seperti aku.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:45 PM | Show all posts
  nak tisu.......
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:55 PM | Show all posts
Sokong anak buah Naz....

Kali ni...biarlah kisah Sofia ngan Nizam plak...kisah Sofia ngan Ikh ...
allamanda Post at 28-4-2010 13:51



    hahahaha.... aku cuma ckp Nizam gone je.... byk maknanya...
mana la tau bila bersama Nizam, Sofea jadi sekeras batu or sedingin salju or sehambar rasa...
no hot feelling.... no warmest love.... no creative action.... so Nizam give up dan lepaskan Sofia...
Nizam pegi London membawa hati.... kekadang cinta tak leh dipaksa... kekadang hati degil tak terkata...
kekadang rindu susah nak ditutup... so tak kan nak makan hati tgk isteri cam tu....hehehehe

Naz... nak happy ending tau.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:59 PM | Show all posts
Naz semua org nak happy ending.........
So kita semua kena doakan yg kehidupan naz pun "ada happing ending juga"
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 05:13 PM | Show all posts
hahahaha.... aku cuma ckp Nizam gone je.... byk maknanya...
mana la tau bila bersama Niza ...
Jaza2008 Post at 28-4-2010 16:55


Creatif betulla Jaza nie....tak kiralah warm ke...hot ke...nak gak Sofia ngan Nizam...biar padan muka Ikhmal....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2010 05:17 PM | Show all posts
Naz semua org nak happy ending.........
So kita semua kena doakan yg kehidupan naz pun "ada happi ...
qimi08 Post at 28-4-2010 16:59


AMIIIIIIIIINNN
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 06:17 PM | Show all posts
adus mana tisu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 06:39 PM | Show all posts
Haaa betul tu, tapi happy ending only happens in books, jangan la sendu lagi serious xlarat nak beli tissue
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 06:57 PM | Show all posts
salam utk nazurah penulis buku2 yg sgt best

saya pun nak sofia dgn nizam
ikhmal dah dapat peluang dia ( wpun dgn cara memaksa)  tapi dia sendiri yg sia sia kan peluang tu padahal Sofia masih cintakan dia.
jadi  bagi saya biarlah kali ni happy ending utk nizam pula
A happy ending may not be a perfect ending :
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.146243 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list