CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anak_minang

Laporan polis kawan AMINULRASHID. Apa sebenarnya yang berlaku??

  [Copy link]
Post time 28-4-2010 04:28 PM | Show all posts
Ain   ....   dgr   kata     bapa  saudara     budak    ni   org  kuat   UMNO   ....
sebab   tu    ...
mahathirGX Post at 28-4-2010 16:24


patot lah dan dan tros buat penyiasat khas lah bagai.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2010 04:30 PM | Show all posts
masayarakat kita ni semakin gila.,.......kalau kes langgar je sikit mulala duk pakat call kawan2 pi hentam orang tu..duk kejar....dasar...menag jenis.....kalau dah tahan ramai2 tu pasti kena pukul la org yang terlanggar tu..dasar tak

adik ni pun...kenapala  buang tabiat  pi bawak laju2 tanpa hiraukan org awam....tp pukul 2 pagi  mana ada ramai org dah...nak mintak tolong pun susah.....tu yang agaknya dia pi menonong bawak laju nak balik rumah....

polis punya tak..duk tembak bertalu2......mcm ..sesuka hati pi tembak org ..lepas tu duk tendang n pijak2 lagi org lain....mentang2 atas nama polis....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:31 PM | Show all posts
pusing2 report tu cemane pon.tetap budak tu yg salah...tiada dakwa dakwi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:34 PM | Show all posts
tu la... aku pun pelik... mcmana mak pak budak 15 thn ni boleh bagi anak dia memandu kete tanpa lesen!!...  mungkin betul la anak dia bukan penjenayah... tapi still anak dia buat salah memandu tanapa lesen...

sbb tu bila cuak kena kejar polis... dah tak tentu hala bwk kete... alih2 jadi camni...hmmm haru je....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:36 PM | Show all posts
jangan risau

kejap lagi ada la menteri2 umno ambik budak ni jadi anak angkat ppprprprprprpffttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:37 PM | Show all posts
pusing2 report tu cemane pon.tetap budak tu yg salah...tiada dakwa dakwi lagi
MetalFire Post at 27-4-2010 22:31


SETUJU SANGAT. Apa kejadah budak UMUR 15 TAHUN melilau di jalanraya
pada pukul 2 pagi? Budak yang baik tengah tido kat rumah, bukan pi ke
kedai mamak dengan geng nak minum kopi konon. Umur 15 belom boleh
bawak keta. Dah sah memang dua budak tu ada tujuan tertentu melilau
pada pukul 2 pagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2010 04:38 PM | Show all posts
Apa la yang nak di harapkan dari seorg remaja yg baru berumur 15 tahun…akal baru sejemput…
Yang setua2 kita ni pun…..kalau dah kena kejar polis sedangkan diri tahu bawa kereta tak berlesen plus baru lepas langgar kereta org..mesti la menggelabah bagai nak gila…silap2 ada yg terkencing dalam seluar…
Yang sepatut lebih rasional…encik2 polis kita yang telah di latih secara professional tu la…takkan la sikit2 nak tembak….
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:38 PM | Show all posts
obviously memang budak ni salah, bawak kereta macam pelesit, takde lesen lagik. aku rasa wajar jek kalau polis nak lepaskan tembakan. dia bawak kereta dahlah bahaya, main rempuh semua lagik. nak rempuh berapa banyak kereta sebelum dia sampai rumah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2010 04:40 PM | Show all posts
mane TT dapat artikel ni? sumber nye tang mane? da la cite a friend of a friend of mine..bukan tanak caya.tapi banyak speculation nanti jadi fitnah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:41 PM | Show all posts
Reply 22# noor2


byknyerr tuuttt.....tuuttttt......gerammm kannn.

......suka suki  jer assume penjenayah n then main tembakk jerr..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:42 PM | Show all posts
teringat yang kena langgar budak uitm dan askar malayu apa cerita ..skang..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:43 PM | Show all posts
setimpal ke kesalahan budak tu memandu tanpa lesen dgn hukum tembak sampai mati?


korang pernah terfikir tak situasi2 lain

contohnya, seorang budak takde lesen pandu kereta sebab:

emergency, mak dia dah nak bersalin

atau

nenek dia nak bersalin

atau

dia nak matikan time bom di rumah Khir Toyo... tak sempat tunggu polis dah (alah, macam dlm citer omputeh la)


moral of the story,

ada 1001 sebab yg tak berkaitan dgn jenayah kenapa seseorang tanpa lesen akan memandu kereta

dlm keadaan camtu, bijak ke polis tembak mati org tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:43 PM | Show all posts
mane TT dapat artikel ni? sumber nye tang mane? da la cite a friend of a friend of mine..bukan tanak caya.tapi banyak speculation nanti jadi fitnah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:44 PM | Show all posts
SETUJU SANGAT. Apa kejadah budak UMUR 15 TAHUN melilau di jalanraya
pada pukul 2 pagi? Budak ya ...
natashism Post at 28-4-2010 16:37



    kalu aku drive kul 2 pg... kena tembak gak ke??
mmg btl bdk tu slh sbb bwk keta xde lesen....
tp dr segi lepaskan tembakan sbb bawk laju tu x perlu rasanye...
kalu mcm tu... ramai lah lps ni mat rempit kena tembak... diaorg pn biasnye merempit kul 2-3 pg gak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:45 PM | Show all posts
Kalau takder lesen jangan bawak keter la.. bawak pun agresif gila, polis mana tak suspect diaorang nih lari dari kesalahan/berniat jahat. Dah berkali2 minta berhenti, tak nak jugak tu dah kira menghalang penjawat jawatan kerajaan melakukan tugas... so, akibat jadi camni lah.

budak tu at the wrong place at the wrong time.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:47 PM | Show all posts
Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

camne polis boleh terlepas budak tu... ape punye polis la, ramai2 pon takleh handle budak sorang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2010 04:48 PM | Show all posts
Tembak Juvana : Satu Berita Tiga Cerita..Posted byAnak Sungai Derhakaat10:41:00 PM
Malam tadi, saya mengikuti berita di televisyen tentang arwah adik Aminulrasyid (15 tahun) yang ditembak mati oleh pasukan polis. Ketika ditemu ramah, pegawai polis ada menyatakan bahawa arwah disyaki suspek PENJENAYAH. Ketika diperiksa, polis menemukan sebilah PARANG! Sehingga pagi tadi masih terngiang-ngiang lagi perkataan PARANG dan PENJENAYAH.

Jika dibandingkan laporan awal yang dikeluarkan oleh Utusan dengan laporan susulan oleh media lain memang anda akan dapat mengesan pelbagai pencanggahan yang begitu jelas sekali. Kenyataan awal polis kepada pihak media amat-amat meragukan.

Kata mereka, ada PARANG di dalam kereta itu, sedangkan hal itu disanggah oleh Khalid Samad yang turut membawa rakan arwah yang berada di dalam kereta itu membuat laporan polis. Malah, budak itu mendakwa turut dibelasah oleh pihak polis sebelum berjaya melarikan diri ke rumah.


Banyak sangat perkara yang meragukan berdasarkan kenyataan awal yang dikeluarkan oleh pihak polis. Hal itu mencetuskan persoalan: Adakah perbuatan "cover up" seperti yang kita tonton dalam filem Barat dipraktikkan di sini? Sebelum ini kita sering kita membaca berita tentang suspek penjenayah yang ditembak mati oleh polis, benarkah begitu realitinya? Bukan mahu menuduh, adakah tindakan pang..pang...pang begitu mudah diambil sedangkan banyak prosedur yang perlu diambil sebelum sebarang tembakan dilepaskan?

Saya berkongsi pendapat dengan orang lain bahawa arwah mungkin panik kerana tidak memiliki lesen memandu. Oleh sebab takut, dia memecut kereta dengan laju untuk pulang ke rumahnya. Itu hanyalah andaian. Biar apa-apapun, 1Malaysia mengharapkan siasatan telus dibuat untuk menyelesaikan kes ini.

Sampai ke pejabat, saya membaca laporan kes yang sama di Utusan Malaysia: (Sila perhatikan ayat yang dimerahkan ketika membaca beberapa siri laporan berita tentang kes ini.)

Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis

SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah  berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya memecut laju.

Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua anggota.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.

"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.

"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.


Bandingkan pula dengan laporan Harian Metro:

'Adik Bukan Penjenayah'

KLANG: “Saya tak tahu bila adik tahu bawa (memandu) kereta. Walau apa pun saya tak puas hati dengan apa yang berlaku,” kata Nor Azura Amzah, 39, kakak sulung kepada Aminulrasyid, 15, yang mati terkena tembakan ketika cuba melarikan diri daripada polis di Seksyen 11 di sini, awal pagi semalam.

Nor Azura berkata, adik bongsu daripada lapan beradik itu bukan seorang penjenayah sehingga perlu ditembak mati.

Adik saya bukan penjenayah. Mungkin dia panik dan tak tahu apa nak buat selepas lihat rakannya lari menyebabkan dia bertindak sedemikian.

“Walaupun sukar menerima kejadian ini, ia sudah berlaku dan saya pasrah,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam.

Aminulrasyid mati di tempat kejadian selepas terkena sedas tembakan di belakang kepalanya...


Harakah Daily:

Bunuh juvana: Khalid minta polis lindungi saksi

SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid Hamzah, 15, yang membabitkan empat pegawai polis, pagi semalam.

"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.

Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.

"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.

"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."

Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.

Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.

Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.

"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.

Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.

Manakala, Monaliza Mokhtar Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.

Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana terbabit.

Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.

Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:48 PM | Show all posts
nieler akibat budak2 x de lesen bawa kerete....baru excident skit jer dah kaput, pastu hilang arah d ...
LangBuana Post at 28-4-2010 16:16



    Budak2 nih masih bawah umur lagi...yg polis satu hal yg main tembak jer pe hal.....kesiaaannnn dgn arwah dan kawan nyer nih...bagi keluarga arwah bersabar dan berdoa lah...semoga mendapat balasan setimpal...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:48 PM | Show all posts
Kalau takder lesen jangan bawak keter la.. bawak pun agresif gila, polis mana tak suspect diaorang n ...
Caranthir Post at 28-4-2010 16:45



polis tu berhak tahan dorang
tapi jangan la senang2 pi tembak unless ditembak dulu atau penjenayah clearly keluarkan objek yg berupa senjata api

(tapi kena berhati2 gak sebab penyo pun suka keluarkan senjata kecik dia bila nak ngurat lelaki)
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:52 PM | Show all posts
masih ade lg suara2 yg berbunyi :

"bapak sedara budak ni org kuat UMNO la, sbb tu buat penyiasatan.. kalo Pas dah lama kena cop penjenayah"

bodoh:@ kalo betul2 nak tegak keadilan utk budak ni, apsal nak kaitkan UMNO-PAS-PKR sume..?

kalo mcm ni, sama je la penyokong2 PKR-PAS ni dgn UMNO.. kalo yg kena bukan dr side die, mula la xnak sokong.. kalo UMNO yg bangsat selalu buat mcm tu, sepatutnye parti 'alternatif' ni mesti lebih baik (adil kepada semua pihak, jgn jd mcm umno)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.067477 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list