CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19680|Reply: 91

Keadilan Untuk Adik AMINULRASHID

[Copy link]
Post time 29-4-2010 12:36 AM | Show all posts |Read mode
Diceritakan sendiri oleh Ahli Perlimen Khalid Samad

Pada hari Isnin 26 April, jam 4petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, PemangkuKetua Pemuda PAS kawasan Shah Alam.

Dia memberitahu saya bahawaseorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis diSeksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di SurauSeksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidakpuasan hati atas tindakan Polis.

Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali.


Mendengarberita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan danmendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antaramereka terdiri daripada remaja belasan tahun.

Sebahagian darimereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lainberada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat SalatAsar telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan.


Sayamengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat,saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yangtelah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasantermasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwaberkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumahbeliau.

Mengikutketerangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa dastembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapatisebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaanyang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya,Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorangpenumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Sayakemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua PolisNegeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskanbahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telahdipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuatoleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan.Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah KanunKeseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihakpolis ke atas kes ini.

Dalamkeadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada diSurau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan sayasambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”.Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaansemakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat laindahulu dan ‘stay low profile’.

Sayamengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnyakemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteramuntuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripadabeliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahanpolis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polisuntuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka.

Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi“seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakansebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remajatersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknyapada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau.Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalamikerosakan motorsikal di situ.

Dalamperjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’scorner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkirdi situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terusmembawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapatiada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, dijalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaanterlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terusterbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan.

Daribulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasukisimpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tibakedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayartelah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayarditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya.Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelaharwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalihmayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Taksempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambilmendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana.Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kataabangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkanabangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya.Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kamiikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan.Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukanpenyamun.

Seterusnyasaya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudahhampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya samaseperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubahceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnyabertemu pegawai yang bertugas.

Sayabertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembakorang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawaorang lain terancam.

Remajasaksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YBGobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Diaberjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasajam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepasitu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan.Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengarpercakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, sayamerasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramaidatang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esokpagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalamsidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1.Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliaudan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihaksekalipun.

2. Arwahtidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telahditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundurkereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimanajuga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3.Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perludiberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanyadiubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Sayameminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan janganberusaha untuk melindungi anggotanya.

ShahAlam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini.Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati didalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya.

Harapjangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kesyang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak manalagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apayang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahansebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersamaorang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.

Dipetik dari anaksungaiderhaka.blogspot.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 05:22 PM | Show all posts
fuyoo...byk cite d sebalik rpenye...kt berite,lain cerite nye...
takziah wat keluarge arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 05:27 PM | Show all posts
al-fatihah...
ermm...tak berapa nak agreed dengan penulisannya ini
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 08:18 PM | Show all posts
Salam..

Ini hanya pendapat saya sahaja.. untuk remaja2 diluar sana..

1 - jangan keluar rumah tanpa pengetahuan ibu bapa, kerana kejadian yang tidak diingini mungkin boleh berlaku, apabila kita melanggar perintah ibu bapa kita, maka dengan mudah kita ditimpa bala.

2- janganlah kita mengambil harta benda orang lain tanpa kebenaran, walaupun harta abang atau kakak sendiri, kerana bila kita dah buat sekali, kita akan rajin nak buat banyak2 kali.. ini pon akan jadi masalah bila dah dewasa kelak.

3- janganlah keluar lewat2 malam dan bercampur dengan budak2 yang suka keluar malam, kerana akan mengundang 1001 masalah yang akhirnya menyusahkan orang tua kita juga.

saya simpan nasihat ini untuk diri saya dan juga sesiapa yang sudi mempersetujui kebenaran pendapat saya ini, kerana hal seperti itu telah terjadi kepada adik lelaki saya, yang keluar senyap2 dari rumah, pada pukul 1 pagi keluarga kami menerima panggilan bahawa adik saya kemalangan didepan pertama kompleks kerana motorsikalnya dilanggar perempuan mabuk, mujur nyawanya panjang dan menerima 7 jahitan di kepala, dan cedera dibahagian belakang badan.. sebulan tido melungkup..
sejak tu dia tak berani lagi keluar curi2 selagi tidak mintak kebenaran ibu bapa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 08:31 PM | Show all posts
Salam..

Ini hanya pendapat saya sahaja.. untuk remaja2 diluar sana..

1 - jangan keluar rumah  ...
danfreez Post at 29-4-2010 20:18



setuju sangat2 dengan danfreez...kdg2 malang tak berbau...dan ajal di tangan tuhan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 08:51 PM | Show all posts
lgpun bhaya klau bnarkan bdk bwh umur bwa kenderaan tanpa lesen.pd pendapat aku, perkara ini tdak akan berlaku jika ibu bapa x benarkan anak2 bwa kenderaan tanpa lesen.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2010 08:55 PM | Show all posts
betul..betul..apa la nak jadi ngan anak2 sekarang kan..yang kita larang tu la nak dibuatnya sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 09:01 PM | Show all posts
berat kes ni.. mungkin masa arwah ni drive laju2 tu masa nak lari dr polis tu mmg nampak mcm style perompak ganas tgh escape kot.. tu yg kena tembak tu..

pengalaman aku sendiri, aku pernah tengok patrol car kejar satu moto ni kat lebuh silikon, upm... memang ngeri!! sbb patrol car & motor tu lawan arus.. nasib baik x bnyk keta.. mmg ngeri bile ko tgh drive kat hiway, alih2 ade moto & keta dtg dr arah depan dgn full speed.. (nsb baik patrol car tu ade siren & lampu lip-lap, jd sume org dah alert dr jauh & berhentikan/perlahankan keta..).. berdesup masa patrol car tu lalu sebelah aku..

pastu aku xpasti plak ape berlaku.. aku pun terus gi alamanda, tengok wayang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 09:03 PM | Show all posts
ermmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 09:22 PM | Show all posts
pengajaran kepada remaja2 nakal

polis jaga keamanan, jangan salahkan mereka , mereka menjalankan tugas sentiasa berdepan dengan kejadian yang tak disangka2 sedangkan orang ramai pada waktu itu sedang nyenyak tidur.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 09:25 PM | Show all posts
Salam..

Ini hanya pendapat saya sahaja.. untuk remaja2 diluar sana..

1 - jangan keluar rumah  ...
danfreez Post at 29-4-2010 20:18



    disokong 100%
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 10:27 PM | Show all posts
kalau polis kejar kita pecut memanglah polis akan sangka kita ni penjenayah .... polis tembak tayar kalau terkena kepala bukan salah polis ... peluru pistol  bukan boleh dikawal macam peluru berpandu ... pada aku polis tu tak salah budak tu yang malang ... kenapa umor 15 dah keluar pintu belakang tengah malam buta pastu ambik(dibaca ... curi) kereta kakak pastu gesel kete orang caut lari pastu eksiden dengan moto cabut lari lagi ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 10:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 04:51 AM | Show all posts
....semakin ramai yg meneguk di air keruh....

mcm2 cite timbul.....

tgkla lepas nie camne...demo sane sini...

takziah utk keluarga arwah ....kita doakan byk2....semoga tuhan ampunkan segala dosa kita...

dan utk kelurga arwah jgn terlalu exposed...mmg betul utk menuntut keadilan tp ingt terima yg telah detentukan-Nya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 06:27 AM | Show all posts
X nak dengar citer sebelah pihak, kalau melibatkan orang politik kes ni jadi celaru, banyak lauk tambah nak sedapkan makan ngan nasi.. btw, tembak si mangsa memang x patut, kat kepala lak tu, nak kata polis tembak secara rambang pon x logik, tapi memang sesuatu sangat kes ni, harap betul2 ada siasatan menyeluruh dan tubuhkan suruhanjaya bebas siasat kes ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 07:41 AM | Show all posts
agree dgn danfreez..arwah ni pun salah sbb driving tanpa lesen. police is doing part of their job...tetibe pecut kete depan patrol car mmg nak kena la, kalo saya jadi polis pun saya kejar. dah duk kejar2 tak mo berenti mmg sah2 tembak tayar. maybe polis yang tembak tayar tu terlepas dua tiga tembakan yang mana satu terkena kepala arwah.Hanya Allah yang tahu apa yang telah berlaku...apapun takziah. smg roh dicucuri rahmat. Moral of the story: Jangan driving tanpa lesen dan jgn potong n pecut depan patrol car...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2010 09:07 AM | Show all posts
Reply 16# Edleyn


    aku agree gak kot dgn statement ni.
jangan kira aaa dia budak sekolah ke, anah Qariah ke, dia baik sangat..
budak2 zaman skang ni, nak tau dia jahat @ nakal cemana, tgk dgn siapa dia berkawan n macam mana masa dia berkawan..
hmmm...
aku pikir masing2 salah la ni..
budak tu pun, ko dah gesel keter mahal org, lg nak lari mcm baru lepas membunuh..
gesel je pun...
adoi laaa....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 09:18 AM | Show all posts
ye bawa keta tanpa lesen mmg salah. lebih2 lagi untuk budak bawah umur. rasanya ada undang-undang yg akan penjarakan ibubapa bagi anak2 yg memandu keta n moto tanpa lesen ni ( bawah umur). ini kes tersalah percaturan.
dah salah bawak keta tak de lesen, tgh2 malam pulak tu n langgar keta org pulak. jadi mngkin budak ni dah panik bila nampak polis.
polis pulak, bila dia nampak keta tu mencurigakan jer tentulah dia kejar.....
keluarga allahyarham jaganlah emo sangat. kenapa biarkan dia kuar malam2 cam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 09:37 AM | Show all posts
KALAU AKU JADI POLIS AKU PUN TEMBAK BUDAK TU, UMUR 15 TAHUN, CURI KERETA KAKAK, TAK ADA LESEN MEMANDU - SEBENARNYA BUDAK NI DAH MEMANG SELALU BAWA KERETA TAK ADA LESEN, MAK BAPAK BUAT TAK TAHU, BILA DAH ARWAH BARU TUDUH POLIS JAHAT - BANGANG ...............
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 09:52 AM | Show all posts
bile plak kuargenye benarkan arwah kua mlm2.........??
especially maknye.....kan arwah kua senyap2....waktu sume famili dah tidur..ikot pintu blakang lg....

aku rase pasni baik pihak sekolah menengah/kebangsaan anjurkan 1 sesi bersama Polis...supaya budak2 skolah tau bende2 camni salah disisi undang2..n ape akibatnya kalo dilanggar peraturan tersebut..
kadang budak remaje nih diorg tau seronok je.....taktau ape akibatnye nanti........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.069244 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list