CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3996|Reply: 44

Guru edar pil khayal

[Copy link]
Post time 30-4-2010 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Guru edar pil khayal  kena tahan
Oleh M Hifzuddin Ikhsan

       Suspek berusia 24 tahun guna rangkaian pelajar  sebagai  orang tengah

BETONG:Kegiatan seorang guru lelaki dari Semenanjung menjual dadah dan pilkhayal kepada pelajar di sebuah sekolah menengah di sini, terbongkarapabila polis menahannya bersama 1,862 pil nospan, di sini, petangsemalam.

Dalam tangkapan di Jeti Sungai Saribas, Pusa, kira-kira jam 4.30 petangsemalam, suspek yang berusia 24 tahun dan berasal dari Kedah dalamperjalanan pulang ke Beladin bersama isteri dan seorang anaknya selepasdipercayai mengambil bekalan dadah dari Kuching.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai,berkata suspek yang bertugas di sebuah sekolah di Beladin, dipercayaimenjadi pengedar dadah kepada pelajar sekolah sekitar kawasan berkenaan.

“Ketika ditahan, suspek cuba melawan dan cuba melarikan diri namunterpaksa menyerah selepas dikepung anggota polis yang mendapat maklumatmengenai kegiatan pengedaran dadah.

“Selain sejumlah pil nospanyang dianggar bernilai lebih RM1,000, turut ditemui dadah jenis ganjaseberat 10 gram. Suspek dan keluarganya dibawa ke Ibu Pejabat PolisDaerah (IPD) Betong untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungiBerita Harian, semalam.

Difahamkan, suspek yang berkahwin dengan isterinya, seorang wargatempatan, bertugas lebih lima tahun di sekolah berkenaan selain kerapke Kuching bagi mendapatkan bekalan dadah pelbagai jenis bagi dijualkepada pelajar sekolah.
Bukhori berkata, berdasarkan siasatan awal, polis mempercayaisuspek menjalankan kegiatan mengedar dadah di Beladin sejak setahunlalu dan mempunyai rangkaian pelajar yang dijadikan orang tengah.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan akan menahan beberapa individutempatan lagi yang dipercayai menjadi orang tengah kepada suspek.

“Siasatan ke atas suspek sedang dilakukan mengikut Seksyen 6 dan 30Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan perintah tahanan reman akan dibuatesok (hari ini) di Mahkamah Majistret Betong,” katanya.

   Tangkapan ini adalah yang pertama di Betong membabitkan guru yang bertugas di kawasan pedalaman mengedar dadah.

Bulan lalu, seorang bekas guru berasal dari Kedah ditahan di Kuching kerana cuba menyeludup daun ketum

Sumber : Berita Hariaon Online

------------------------------------------------

Tercari2 berita pasal nih... apa la cikgu2 nih. Tanggunjawab mendidik anak bangsa tapi dia ni lak berusaha hancurkan anak bangsa sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2010 11:52 AM | Show all posts
musykil, camne la dia leh jd cikgu.....

tapi mude nye umo 24 dh jadik cikgu,.....siap dh ada anak bagai dah
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 12:00 PM | Show all posts
isk ckgu pn bleh mngedar..bhya ni tuk anak2...ckg skg pn da xbleh pecaya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2010 12:01 PM | Show all posts
jauh2 merantau dari kedah sampai ke sarawak... alih2 jual pil khayal..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 12:02 PM | Show all posts
Kalau aku jadi hakim... pesalah sebegini akan 2x ganda hukuman maksimum...

Kalau patut penjara seumur hidup... aku akan kasi penjara 2x umur hidup...

Kalau patut kena gantung.. aku akan gantung 2x...

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 01:06 PM | Show all posts
org beginilah perosak bangsa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2010 01:22 PM | Show all posts
lahanat sungguh orang camni kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2010 01:56 PM | Show all posts
Kalau guru ni dulu masuk maktab perguruan/KPLI dan mendapat elaun bulanan sepatutnya dia dikehendaki membayar balik semula elaun2 tsb.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2010 02:09 PM | Show all posts
nospan ni ramai budak skolah amek..tp bukan dadah..cume ubat batuk jenis pil..bile amek byk2 baru khayal..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 02:17 PM | Show all posts
urghhhhh...*terkedu* (actually dah beberapa hari terkedu)

aku kenal mamat nie..dan aku tau sejarah dia kawin dgn warga tempatan tu...ingatkan dah insap...rupa2nya upgrade!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2010 02:19 PM | Show all posts
urghhhhh...*terkedu* (actually dah beberapa hari terkedu)

aku kenal mamat nie..dan aku tau sejara ...
leylapple Post at 30-4-2010 14:17


kes cucuk dolok ka leylapple...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 02:21 PM | Show all posts
Reply 2# iza_yuss he is 26/27...married to a local - muda sesangat isteri
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 02:23 PM | Show all posts
tak cukup duit ke ........
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 02:26 PM | Show all posts
Reply 11# zach2008


kes 'serah diri' dan 'menyerah'...girl tu time tu baru form2..yg kesian, si guru lelaki ada tunang di kedah...last2 girl beladin 1st wife, girl kedah 2nd wife..lama dah tak jumpa cikgu nie...jadi tak tau sgt la..ingatkan dh insap..

tapi kan, maybe jugak dia buat keje nie sebab tak cukup bagi nafkah kat 2-2 bini dia...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 02:27 PM | Show all posts
cikgu lagi.... macam2 hal pasal cikgu skrg, dari isu pukul n maki anak org standard setinggan, suka complain pasal keja ke hulu ke hilir, pemalas keja, menipu psl mc, beniaga bagai buat MLM, jual kopok lekor..,  sekarang ni dah ke tahap jual pil khayal kat students...:@ hermm....macam manalah studsents skrg tak teruk2, tengoklah cikgu pun macam mana...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2010 02:29 PM | Show all posts
Reply  zach2008


kes 'serah diri' dan 'menyerah'...girl tu time tu baru form2..yg kesian, si gu ...
leylapple Post at 30-4-2010 14:26


Girl Beladin... oh zaman silam ku. Selalunya girl2 dari sia memang ummmph.. Dolok2 boleh dikategorikan sbg org2 kaya... hensem gilak kah mamat tok leylapple?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2010 02:30 PM | Show all posts
apa2 pun, benda dah berlaku..harap2 kes nie jadi panduan utk bakal2 guru @ guru...mengajar lah dr hati yang tulus ikhlas utk membimbing anak2 generasi muda utk masa depan yg cerah.....yg mak bapak ada anak gadis muda remaja, jagalah anak dgn sebaik2 mungkin..

sekian, terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 02:37 PM | Show all posts
Reply  iza_yuss  he is 26/27...married to a local - muda sesangat isteri
journey7148 Post at 30-4-2010 14:21



wife dia pon terlibat sama ker?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 02:37 PM | Show all posts
tambah pendapatan......

alasannya tak cukup gaji......:@
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 02:37 PM | Show all posts
cikgu2 pun ramai yg bermasalah skang ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.134916 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list