CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

update: tuanku muhammad faris petra - Sultan Muhammad V!!

  [Copy link]
Post time 14-9-2010 11:16 PM | Show all posts
aku nk dgr komen org kelantan psl kes ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2010 11:25 PM | Show all posts
aku tak persoalkan perlantikan, mahu pun majlis perajaan, obviously sultan faris ni lebih canggih. soalan aku tu berkenaan dengan
peruntukan undang2, andainya bekas sultan kembali sihat dan fit, siapakah yang akan menjadi sultan? sebab based on material yang almodpecan letak tu, artikel tu cover segala kecacatan yang bersifat kekal, sebab tu tak der provision untuk menilai semula kedudukan sultan bila bekas sultan kembali sihat.

mungkin almondpecan expert dalam hal ni. kalau ikut the star hari ini, shad faruqi and khoo kay kim cakap undang2 tubuh negeri2 boleh diperjelaskan oleh mahkamah persekutuan. tapi keadaan akan jadi lebih chaotic kalau bekas sultan sembuh. moral hazard dia, mungkin akan ada yang akan memastikan bekas sultan terus tidak sihat.
arnauld Post at 14-9-2010 17:39


Saya tidaklah expert dalam hal ni tapi kebetulan bidang undang2 perlembagaan pernah menjadi salah satu bidang kajian saya dulu dan juga bidang yang menjadi subjek dalam cadangan kajian Ph.D yang diura2kan sedikit masa dulu tapi tak diteruskan sebab rasa tak berapa selesa dengan uni yang berkenaan setelah interview dan meninjau2.


Perlembagaan negeri ataupun negara memang penafsirannya jatuh di bawah bidangkuasa mahkamah persekutuan. Kalau ada pertelingkahan tentang pindaan Undang2 Tubuh Negeri Kelantan misalnya, atau prosedur pemindaan artikel 23A dan sebagainya, isu ini harus dibawa ke Mahkamah Persekutuan untuk ditafsir dan dijelaskan.


Namun, kalau ada pihak (yang ada locus standi atau hak untuk membawa kes ke mahkamah) yang mempertikaikan perlucutan jawatan Sultan Ismail atau perlantikan Tuanku Faris, ini sudah jadi isu yang berlainan. Kalau Sultan Ismail sembuh misalnya dan mempersoalkan perlantikan Tuanku Faris oleh Majlis Perajaan. Pendapat saya, kuasa melantik itu pada pandangan saya ialah satu prerogatif Majlis Perajaan dan tidak boleh dipersoal di mahkamah (iaitu non-justiciable). Namun, fakta yang terlibat dalam proses perlantikan yang dilakukan oleh Majlis Perajaan itu mungkin boleh dipersoalkan. Ertinya question of law tak boleh dipertikaikan tetapi question of fact mungkin ada ruang untuk mempersoalkan.


Contohnya begini: Kalau ada pihak yang mempersoal kenapa Majlis Perajaan boleh melantik Tuanku Faris sedangkan Tuanku Ismail sendiri yang perlu melantik baginda atas kesukarelaan Tuanku Ismail sendiri, isu ini tidak boleh dipersoalkan kerana memang Majlis Perajaan ada kuasa untuk melantik Sultan baru mengikut artikel 23A dan menjadi prerogatif Majlis Perajaan dalam hal2 pewarisan takhta. (Question of law)


Tapi kalau pihak yang mempertikaikan perlantikan Sultan bertanya begini contohnya: Memang Majlis Perajaan ada kuasa melantik Sultan dan kita bukan mempersoalkan kuasa tersebut. Cuma kita hendak beritahu bahawa ahli2 Majlis Perajaan telah bertindak atas maklumat yang salah dan palsu dalam membuat perlantikan sbb ada penjenayah yang telah merancang pemalsuan info termasuk laporan perubatan dan menyebabkan Majlis Perajaan, Pemangku Raja, kerabat diraja, kerajaan negeri semuanya tersilap menyangka Sultan sakit walaupun baginda tak sakit, saya rasa mungkin ada ruang mempersoalkan. (Question of fact)


Saudara arnauld bertanya kalau Sultan sihat semula bagaimana. Ini bermakna assumption dalam pertanyaan ini ialah memang benar Tuanku sakit pada waktu ini dan telahpun mengalami keadaan tersebut sepanjang setahun lebih yang lalu. Jadi, kalau Sultan Ismail sihat semula pada masa hadapan, saya rasa tidak menjadikan perlantikan Tuanku Faris tidak sah dan tidak pula menimbulkan satu hak untuk mempertikaikan perlantikan di mahkamah (lihat contoh question of law di atas). Ini kerana, Majlis Perajaan bertindak atas keadaan Tuanku Ismail pada waktu membuat lantikan tersebut, yakni Tuanku Ismail benar2 mengalami kecacatan yang berat (mengikut perkataan dalam artikel 23A) dan telahpun sakit sedemikian lebih setahun dan saya jangka mungkin sekali Majlis Perajaan membuat keputusan ini berdasarkan laporan perubatan dan pendapat pakar juga. Kalau Sultan Faris hendak menaikkan semula ayahanda baginda jika baginda sihat semula, ini adalah atas budibicara Tuanku Faris sendiri selaku Sultan kerana Undang2 Tubuh Negeri Kelantan membenarkan Sultan melepaskan jawatan (abdicate).


Ini pandangan peribadi saya saja dan contoh2 yang diberi di atas adalah contoh rekaan semata2 sebagai ilustrasi dalam menjelaskan kedudukan undang2.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 11:46 PM | Show all posts
artikel tu cover segala kecacatan yang bersifat kekal, sebab tu tak der provision untuk menilai semula kedudukan sultan bila bekas sultan kembali sihat.
arnauld Post at 14-9-2010 17:39


Kalau betul kecacatan yang disebut dalam artikel 23A harus bersifat kekal, dalam undang2 biasanya standard untuk mentafsir kekekalan kecacatan bukanlah bersifat mutlak, tetapi atas dasar reasonableness (kemunasabahan). Kalau pakar2 perubatan kebanyakan bersepakat bahawa kecacatan ini mempunyai peratusan tinggi untuk berkekalan, maka ia mencukupi. Ini kerana, tiada siapa pun dalam dunia boleh tau atau dapat menjangka pada masa hadapan, adakah seseorang yang sakit atau cacat itu boleh sembuh. Dan untuk menunggu saja tanpa bertindak melantik pemerintah baru yang sihat sebab tunggu kalau2 baginda sihat semula akan menyebabkan pemerintahan negeri tidak terurus dan ini tentulah keadaan yang kurang membawa faedah kepada rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 12:07 AM | Show all posts
aku nk dgr komen org kelantan psl kes ni..
plasterhati Post at 14-9-2010 11:16 PM



komen aku...

- malas nak komen -
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 01:35 AM | Show all posts
Many read the law in different ways and its up to the judge to decide which way
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 01:58 AM | Show all posts
bagus jugak tengku faris ni yang diangkat jadi sultan... kurang scandal kalo compare putra ke-3 tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2010 02:04 AM | Show all posts
Many read the law in different ways and its up to the judge to decide which way
tom5190 Post at 15-9-2010 01:35



    Yup, that's indeed the bottom line. It's ultimately up to the judge(s) to interpret the law. As you would have known, even if the judges do err in their judgment, the judgment is still binding until changed by a higher court or, in rarer cases, a court of coordinate jurisdiction. That's why I always stress that my opinion on any legal issue is mine alone and I stand corrected.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 02:21 AM | Show all posts
Sebarang pindaan pada perlembagaan negeri mengikut prosedurnya kena melalui dewan undangan neg ...
cmf_almondpecan Post at 14-9-2010 22:51


mengikut pembacaan saya,melainkan saya terlepas pandang...pindaan terhadap perlembagaan negeri membabitkan artikel 23a tidak melalui dewan undangan negeri....jadi boleh kah kesahihan artikel 23a ini dipersoalkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2010 02:45 AM | Show all posts
mengikut pembacaan saya,melainkan saya terlepas pandang...pindaan terhadap perlembagaan negeri m ...
saudagar_mimpi Post at 15-9-2010 02:21



Awal tadi saya menyatakan general rule kepada prosedur pindaan perlembagaan sesuatu negeri atau negara. Taktau la kalau Undang2 Tubuh Negeri Kelantan sendiri ada memberi kuasa khas kepada Raja, Majlis Perajaan atau pihak2 lain untuk membuat pindaan kepada sebahagian atau keseluruhan perlembagaan negeri. Kalau ada peruntukan tersebut, bolehlah depart dari general rule tersebut dan pihak2 yang dibenarkan itu bolehlah membuat pindaan. Persoalan yang timbul kalau ada peraturan sedemikian, adakah peruntukan seperti ini akan membawa kepada arbitrariness?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 02:57 AM | Show all posts
Semua pendapat saya kat sini cuma pandangan peribadi yang tak seberapa dan berdasarkan sedikit pengetahuan tentang undang2. Kalau ada yang tersilap atau ada fakta lain yang saya tak ambil kira, mintak maaf la ye, dan silalah bagitau. Tq.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 02:59 AM | Show all posts
Reply 250# cmf_almondpecan


    pandangan almond salah
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 03:01 AM | Show all posts
Reply  cmf_almondpecan


    pandangan almond salah
kucingTomey Post at 15-9-2010 02:59



    Oh ye ke Yang mana satu tu kucingTomey? Mungkin boleh tunjukkan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 03:04 AM | Show all posts
Reply 252# cmf_almondpecan


       alah almond ni,,nak guraw2 kol 3 pagi pon tak leh
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 03:04 AM | Show all posts
Reply  cmf_almondpecan


       alah almond ni,,nak guraw2 kol 3 pagi pon tak leh
kucingTomey Post at 15-9-2010 03:04



Heheh mana la tau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2010 03:22 AM | Show all posts
Gelaran ayah bonda ditarik

Oleh ZAID MOHD. NOOR



ISTANA Mahkota, Kubang Kerian merupakan tempat Sultan Ismail Petra bersemayam.



KOTA BHARU – Sehari selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra semalam bertindak menarik balik gelaran ‘Tuanku’ daripada ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra.

Turut ditarik balik ialah gelaran ‘Tengku’ yang diberikan kepada bondanya, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd. Shukri Mohamed berkata, penarikan kedua-dua gelaran itu dibuat kerana ia hanya diberikan kepada Sultan dan Raja Perempuan.

TUANKU ISMAIL PETRA



Bagaimanapun, kata beliau, tindakan tersebut tidak menjejaskan segala kemudahan yang diterima oleh Sultan Ismail Petra sepanjang memerintah Kelantan selama ini.

“ Penggunaan gelaran ini termaktub dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan negeri, namun apa-apa keputusan bagi menetapkan gelaran untuk ayahanda dan bonda baginda selepas ini adalah terserah kepada Sultan Kelantan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 03:31 AM | Show all posts
Gelaran ayah bonda ditarik

Oleh ZAID MOHD. NOOR



ISTANA Mahkota, Kubang Kerian merupakan te ...
amazed Post at 15-9-2010 03:22


Alamak. Gitu ke. Tapi pasal gelaran Tengku untuk ibu Sultan ditarik balik, bukan ke Tengku tu sebahagian dari nama baginda dalam surat beranak dan IC? Mcm nama Tengku Razaleigh misalnya atau Tengku Iskhan Shah (Que Haidar). Mungkin ini Tengku yang dalam undang2 tubuh la kot. Kalau katakan balu Sultan apa gelarannya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2010 07:17 AM | Show all posts
Tariklah apa2 yang patut di tarik . Sebelum Allah swt tarik nikmat Nya di dunia
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 07:23 AM | Show all posts
Alamak. Gitu ke. Tapi pasal gelaran Tengku untuk ibu Sultan ditarik balik, bukan ke Tengku tu se ...
cmf_almondpecan Post at 15-9-2010 03:31



    hehehee..  takkan nama lam IC ada tuanku sendiri almond....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 07:37 AM | Show all posts
Reply 256# cmf_almondpecan

tarik gelaran ni je-'TUANKU'....anyway,thanks almond 4 ur explanations.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 07:39 AM | Show all posts
Reply 257# AboNawas

ehem...ehem.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.067016 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list