CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49534|Reply: 453

SimplySiti Terima Anugerah Produk Halal Terbaik

  [Copy link]
Post time 29-5-2010 03:49 PM | Show all posts |Read mode
SimplySiti Terima Anugerah Produk Halal Terbaik         
                     
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI        Siti Nurhaliza ketika majlis perasmian Festival Belia Terbesar Malaysia bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam. Turut kelihatan Pengarah Urusan Belia Asia, Joel Neoh, Timbalan Presiden Pemasaran Celcom Axiata Berhad Zalman Aefendy Zainal Abidin dan Datin Norjuma Habib Mohamed. - Foto SIA HONG KIAU

KUALA LUMPUR: Kurang dari dua bulan produk SimplySiti dilancarkan, perkhabaran gembira sudah menjengah ke telinga penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza apabila produk itu menerima anugerah Produk Halal Terbaik yang diberikan oleh Majalah Halal Journal.
Siti Nurhaliza ketika ditemui selepas sidang media Festival Belia Terbesar Malaysia 'Youth 10' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini melahirkan rasa syukur di atas pengiktirafan itu.
"Pada mulanya Siti dan rakan kongsi agak terkejut dengan berita itu dan ternyata usaha kami terbayar selama ini. Dengan anugerah ini diharap dapat menaikkan lagi semangat Siti untuk memperluaskan empayar produk SimplySiti," katanya.
Menurut Siti lagi, dengan penganugerahan itu dapat menutup mulut sesetengah pihak yang meragui status halal dan kebersihan produk keluaran syarikatnya.
"Apabila mendapat status produk halal terbaik itu diharap produk ini akan lebih diterima ramai kerana ia telah terbukti Halal dan bersih.
"Sudah tentu produk yang dikeluarkan mendapat kelulusan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dengan anugerah ini diharap dapat meyakinkan lagi orang ramai terhadap produk ini," katanya.
Jelasnya, misinya kini satu, ingin menjadikan produknya sebaris dengan jenama antarabangsa yang lain dan akan melipat gandakan usaha untuk mencapai misinya itu.        Siti bersama produk kosmetik SimplySiti ketika majlis pelancaran di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, pada Mac lalu. - Foto oleh AZMAN GHANI

Ini dibuktikan apabila Siti memberitahu beliau dan dua rakan kongsinya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datuk Normaziah Sheikh Mohamed akan berangkat ke Korea Ahad ini untuk perbincangan lanjut mengenai produk terbarunya yang dijangka akan berada dipasaran sebelum hujung tahun ini.
"Lawatan kami ke Korea pada Ahad ini adalah untuk melihat teknologi terbaru dan memilih bahan-bahan yang sesuai untuk keluaran akan datang selain perbincangan lanjut mengenai produk SimplySiti," katanya.
Dalam pada itu juga, penyanyi berusia 31 tahun itu memberitahu, satu rangkaian produk edisi khas untuk hari raya dan pewangi akan dilancarkan khas untuk peminatnya.
Sementara itu, Siti memberitahu pada 6 Jun ini beliau akan melakukan lawatan ke Kuching, Sarawak bagi mempromosikan produk SimplySiti.
Pelancaran produk itu yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental Mac lalu menggunakan tagline 'Rahsiaku kini milikmu...',.
Rangkaian kosmetik dan penjagaan kulit wanita itu menampilkan produk seperti SimplySiti C Bright , SimplySiti New Age, SimplySiti Acne Solution.
Rangkaian kosmetik SimplySiti termasuklah rangkaian Wajah Sempurna, rangkaian mekap mata SimplySiti Mata Bercahaya dan rangkaian mekap bibir SimplySiti For Your Lips Only.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2010 03:57 PM | Show all posts
nak ucap tahniah ke tak ni? apa2 pun ok la tu ... camna la nk menghakimi produk halal ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 04:16 PM | Show all posts
CONGRATS!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 04:21 PM | Show all posts
ahaha, xde plak nak kata yg siti bayar or ada kabel utk dpt anugerah ni ??
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 04:23 PM | Show all posts
uikss.. baru kuar baper ari dah dpt anugerah???
so brand2 tempatan yg lain tu xhalal ke???
ermmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 04:23 PM | Show all posts
ahaha, xde plak nak kata yg siti bayar or ada kabel utk dpt anugerah ni ??
rendevous Post at 29-5-2010 16:21



   



busuk nye ati u olsss.....


congrats simplisiti.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2010 04:24 PM | Show all posts
cepatnya dapat anugerah
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 04:26 PM | Show all posts
Reply 6# micha


   ahaha, jgn salah faham... bukan apa, b4 dis, kalo baca thread lama2 dorang kata siti bayar juri ar, siti ada kabel kuat ar....... anyway, congrats....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2010 04:27 PM | Show all posts
iols suke je ramai melayu buat bisnes

jgn nanti jd keparat sudeh...insyaAllah siti boleh!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 04:30 PM | Show all posts
alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 04:38 PM | Show all posts
eddyshadow ada try eyeshadow simplisiti x? komen r sikit
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 04:40 PM | Show all posts
eddyshadow ada try eyeshadow simplisiti x? komen r sikit
makhluk Post at 29-5-2010 16:38



    i tak pakai eyesahdow
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 04:41 PM | Show all posts
nape aku rasa CT dah makin kurang cantik xseperti sebelum ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 04:51 PM | Show all posts
wakaupon aku x minat ct ni..tp aku bangga dengan keyajaan dia..
bertambah kaum melayu makin berjaya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 05:14 PM | Show all posts
Tahniah tokti..
Tuhan tu Maha Adil & Maha kaya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 05:19 PM | Show all posts
aku bukan fan CT..

tapi produk Simplysiti memang best!!! Congrats Ct !!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2010 05:28 PM | Show all posts
tahniah siti and simplisiti........
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 05:29 PM | Show all posts
aku bukan fan CT..

tapi produk Simplysiti memang best!!! Congrats Ct !!!
agydeyn Post at 29-5-2010 17:19



mmg betul..lipstik SS hebat dari maybeline....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 05:32 PM | Show all posts
congrats ct!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 05:39 PM | Show all posts
mmg betul..lipstik SS hebat dari maybeline....
nabs Post at 29-5-2010 17:29



really? wanna give a try soon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.485360 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list