CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8929|Reply: 120

BUDAK 13 TAhuN LarI RUmah 10 KALi???

[Copy link]
Post time 14-6-2010 12:14 AM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: Usianya baru 13 tahun, tapi seorang remaja perempuan di sini boleh digelar ‘kaki lari rumah’ kerana 10 kali menghilangkan diri sejak awal tahun ini, sekali gus mencetuskan kebimbangan keluarga.
RISAU...Jamila menunjukkan   beberapa salinan laporan polis.
      
NUR FATIHAH... dicari

   

  Ibu remaja berkenaan, Jamilah Salleh, 45, berkata demi keselamatan dan masa depan anak keempat daripada lima beradik itu, dia tidak pernah berputus asa untuk mengesan anaknya, termasuk membuat laporan polis.

  Menurutnya, kekerapan keluarganya membuat laporan menyebabkan hampir semua anggota polis yang bertugas di sesebuah balai polis tahu masalah anak gadisnya dan hasrat mereka datang ke situ.

  “Kami tiada pilihan lain, walaupun ada anggota polis sudah lali mendengar masalah anak kami hingga kadangkala menolak laporan, sebaliknya menasihati kami menunggu hingga anak pulang dengan sendiri.

  “Namun sebagai ibu, saya tidak mungkin melepaskan tanggung jawab mencari Fatihah biarpun biasanya dia ditemui kembali dalam keadaan selamat beberapa hari selepas melarikan diri,” katanya yang datang ke pejabat Metro Ahad, baru-baru ini.

  Keluarga berkenaan pernah membuat laporan polis sembilan kali termasuk di Kempas, Skudai dan terbaru di Balai Polis Tampoi pada 18 Mei lalu.

  Jamilah berkata, kali ini lebih serius kerana lebih tiga minggu dia tidak kembali.

  Menurutnya, keluarganya bimbang keselamatan Fatihah, lebih-lebih lagi menyedari dia berkawan dengan seorang lelaki berusia 22 tahun yang juga penagih dadah.

  “Kejadian berlaku pada 18 Mei lalu apabila Fatihah meminta kebenaran untuk ke kediaman rakan sekolahnya dan mengatakan akan pulang sebelum Maghrib.

  “Namun, kelibatnya langsung tidak kelihatan. Kami percaya Fatihah dihasut teman lelakinya dengan mengatakan dia tiada masa depan jika mendengar nasihat keluarga.

  “Fikiran anak saya bercelaru hingga sanggup lari dari rumah selepas terpengaruh dengan hasutan lelaki itu yang dipercayai dikenali di sebuah pusat beli-belah,” katanya.

  Jamilah berkata, keluarganya berharap Fatihah dipulangkan secepat mungkin.

  “Fatihah anak kami dan kami tidak pernah benci atau mendoakan perkara buruk terhadapnya,” katanya.

  Orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi Jamilah di talian 010- 8814297 atau 07-2386525.



p/s: mantap budak2 zaman sekarang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2010 12:15 AM | Show all posts
baru UPSR taun lepas tp dah lari rumah 10 kali tahun ni...

apa nak jadi budak2 skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 12:16 AM | Show all posts
ni mesti dah kn ayat power...........
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 12:16 AM | Show all posts
apa yang membuat kan dia x suka tinggal di rumah...cuba cari sebab2 nya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2010 12:18 AM | Show all posts
muka budak ni matured...kecik2 dh pandai pakai eyeliner n eyeshadow bagai...

haih...salah mak pak ke...salah kerajaan ni??
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 12:21 AM | Show all posts
aku rasa budak ni gila "play" faham maksud aku ....

susah nak kawal .. buat laporan polis pun tak guna  xda effect..
kalo dah terantok nanti sesal pun x guna ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2010 12:28 AM | Show all posts
salah pompuan ke lelaki?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 12:31 AM | Show all posts
13?........panas sangat ke dalam rumah tu sampai 10 kali lari dari rumah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2010 12:35 AM | Show all posts
salah pompuan ke lelaki?
shazuyi. Post at 14/6/2010 00:28


Agak2 adik sya binti plak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 12:36 AM | Show all posts
CAROLDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD..........


Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 12:37 AM | Show all posts
Agak2 adik sya binti plak?
razhar Post at 14-6-2010 00:35



   pok cik razhar nak tnye soalan ulang2 kat maideen injil ade bpe?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 12:40 AM | Show all posts
Reply 11# shazuyi.


Adik sya binti???  mengaku pon adik sya x rugi pe...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 01:13 AM | Show all posts
cam posting seblom neh , dak2 skunk minat kaki isap dadah + jantan rempit + mat lombok + mat dera anak2 dorang + jantan yang baru kluar penjara tuh kalo kluar penjara dah berebut dorang tunggu nak meminang lelaki tuh bodonya prempuan skunk neh lelaki2 baik + beriman + berpelajaran xdak yang  berebut
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 01:16 AM | Show all posts
muka budak ni matured...kecik2 dh pandai pakai eyeliner n eyeshadow bagai...

haih...salah mak pak ...
drtina86 Post at 14-6-2010 12:18 AM


gaya bergambar dak neh gaya famous dalam facebook + twitter + frenster + myspace
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 02:37 AM | Show all posts
ishh apa la nk jdi ngan bdk2 skrg..:@ x pikir masa depan kot?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 03:05 AM | Show all posts
gaya bergambar dak neh gaya famous dalam facebook + twitter + frenster + myspace
cikebum Post at 14-6-2010 01:16



    betul2...itulah my first impression bila tgk gambar budak tu

berposing utk myspace
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2010 03:06 AM | Show all posts
lelaki2 baik + beriman + berpelajaran xdak yang  berebut
cikebum Post at 14-6-2010 01:13



    cuba habaq mai kat ceq....lelaki baik + beriman + educated kat mane? nak gak ceq kejar depa
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 06:08 AM | Show all posts
Kalau dok kat rumah adik- beradik ramai boring dengan adik- beradik  sebab tu suka lari rumah ataupun kalau kat rumah tu kecik tak ada ruang nak bernafas ke atau pun kena share bilik , kalau Ada bilik sendiri boleh bawa jantan masuk bilik....kalau kena share jawapan nya lari aje lah dari rumah....jangan salah jantan yg nak goda  anak awak sebab budak tu dah lari sampai 10 X
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 07:48 AM | Show all posts
ya Allah.. apa la nak jadi dgn budak2 skrg ni.
kecik2 dah lari rumah. byk kali lak tu.
lansung xfikir perasaan family / masa depan sdiri..
sedih tgk budak2 skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 08:12 AM | Show all posts
betul2...itulah my first impression bila tgk gambar budak tu
berposing utk myspace ...
pinklollipop Post at 14-6-2010 03:05 AM


bila tgk gambar je , terus tergambar dalam fikiran dak2 sekolah dalam myspace/frenster/facebook
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.101130 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list