Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam pautan di bawah ini, penyebaran klip video seks yang membabitkan Ariel dikatakan berpunca daripada kehilangan komputer riba milik vokalis tersebut. Sejak tersebarnya video-video tersebut, laman forum, Twitter, dan Facebook di Indonesia hangat membicarakan video-video tersebut.
Persoalannya, adakah video yang tersebar itu tulen? Sebelum ini Luna Maya dan Ariel menegaskan bahawa individu yang beraksi dalam video seks itu adalah orang yang seiras dengan mereka. Hujah yang diberikan oleh Luna Maya ialah bahawa dia tidak mempunyai tatu di pinggul seperti yang kelihatan pada wanita dalam video tersebut. Setakat ini masih belum ada kenyataan yang dikeluarkan oleh Cut Tari berkaitan dengan video yang dikaitkan dengannya.
Menurut pakar digital forensik Indonesia, Z Alamsyah Ruby, ada perisian yang berfungsi untuk memastikan atau mengecam wajah seseorang dalam sesebuah video. Perisian itu dikenal sebagai "facial recognition software" atau "face recognition software".
Sebagai pakar dalam bidang digital forensik, video yang dikatakan mirip Ariel-Cut Tari telah diserahkan kepada beliau untuk dianalisis. Hasilnya, Ruby telah mengesahkan kepada City News bahawa video itu tulen dan bukan hasil editan atau "video engineering" oleh sesiapa. Beliau juga berpendapat bahawa video itu dirakamkan oleh individu yang beraksi dalam video tersebut.
dah btl gaku jela aduyai!!! payah btl...time uat xnak pikir akibatnyer...dah tersebar mula lan mcm2 alasan...ariel mmg kaki porn..kuat s**...bgai2 pempuan die uat...islam ker??:@