CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abgsedapmalam

Pohon yang di takuti oleh orang yang membela hantu

  [Copy link]
 Author| Post time 22-6-2010 09:25 PM | Show all posts
Buah Munggai/ Kacang Kelo..                                                                                        
                                                                                                                       
                                                                                                                                                                               

Mertua aku masak buah munggai masakan masyarat india..atau lebih dikenali sebagai masak kacang parpu. masa kami balik SP baru2 ni. 1st time aku makan kacang/ buah munggai ni.. makanan ni terkenal dalam masakan masyarakat india. lembah klang tak pernah lak aku nampak.. mungkin tak ramai yg suka agaknya! itu sebab kacang ni tak popular dalam hidangan jualan kedai mamak kat lembah klang.

Sedap.. Nyummy..


Sedap. Bertambah2.. Segan nak habiskan..


Sedap juga walaupun goreng. Fresh2 lagi tauhu ni..


**artikel di bawah copy dari http://e-kesihatan.blogspot.com

Sebelum ini ramai yang mengetahui buah kelor atau dipanggil munggai di kawasan utara digunakan dalam masakan kerana rasanya enak dan mudah diperoleh. Selain buah, daunnya turut digemari untuk dijadikan sayur dan enak jika dimasak lemak.

Bagaimanapun, perkembangan pesat bidang bioteknologi menyebabkan tumbuhan yang juga nama saintifiknya Moringa Olifela kini dikomersialkan apabila daun, buah, batang serta akarnya boleh diproses menghasilkan pelbagai produk seperti teh, minyak, salad, syampu, sabun, jus dan kosmetik.

Pokok kelor dipercayai berasal dan kawasan sekitar Himalaya serta India dan disebarkan ke benua Afrika, Asia Tenggara dan Asia Barat. Di beberapa negara Afrika, termasuk Etiopia, Sudan, Madagaskar, Somalia, dan Kenya selain Arab Saudi dan Israel ia dijadikan tanaman untuk program pemulihan tanah kering dan gersang.

Ini disebabkan sifat tanaman itu yang mudah tumbuh di tanah gersang selain tahan lasak. Di Asia Tenggara, dahan kelor biasanya ditanam sebagai tiang pagar kerana ia mudah hidup, selain daun dan buahnya boleh dimakan. Pokoknya boleh membesar sehingga mencapai ketinggian 10 meter, daunnya kecil, batangnya rapuh manakala buahnya sebesar ibu jari dan panjangnya sehingga 60 sentimeter.

Biarpun manfaat Moringa sudah dikenali dan digunakan sebagai herba tradisional oleh suku kaum asli di beberapa negara, tetapi potensi khasiat tumbuhan ini hanya mula mendapat perhatian daripada saintis moden pada akhir abad ke-19.

Ilmu penggunaan Moringa oleh suku kaum asli direkodkan di 80 negara dalam lebih dari 200 bahasa tempatan. Biarpun nilainya dan segi perubatan sudah lama disedari, ia masih belum begitu meluas khususnya di kalangan masyarakat moden.

Tumbuhan itu mengandungi satu kompaun unik yang dikenail sebagai cytokini yang mana kajian saintifik dan klinikal mendapati ia amat sesuai untuk mempercepatkan tumbesaran. Selain itu ujian cytokini ke atas ternakan mendapati haiwan yang diberikan diet mengandungi bahan itu mampu meningkatkan pengeluaran susu, selain mempercepatkan penyembuhan atau penggantian sel rosak.

Menyedari kelor mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan, sebuah syanikat tempatan, FM Alliance Marketing Sdn Bhd yang berpangkalan di Jitra, Kedah mengorak langkah mengkomersialkan tumbuhan itu untuk menghasihkan pelbagal produk.

Pengurus Pemasaran dan Promosinya, Abdul Hadi Ismail, berkata kajian klinikal mendapati cytokini juga mengandungi unsur anti keuzuran atau penunaan, sekali gus membolehkan ia menjadi bahan awet muda atau merawat pehbagai penyakit. Katanya, walaupun akarnya terasa pahit, ia sangat berkesan untuk membantu sistem penghadaman, membasmi cacing parasit dalam usus, mengatasi sembelit, melegakan sistem saraf dan membina ketenangan dan meningkatkan tenaga batin.

“Selain itu, ia juga sering digunakan untuk merawat lumpuh, demam, batuk, selsema, inflamasi salur nafas, paru-paru, sawan babi dan histeria. Daunnya juga berguna untuk menyembuhkan penyakit skurvi (gusi berdarah), anemia (kekurangan sel darah merah), mengimbangkan dan memulihkan sistem fungsi badan. Malah Moringa atau kelor juga kaya dengan vitamin B, B1, B2, B3, C, D, E, antioxidan, fiber dan sumber klorofil yang tinggi. Ia membekalkan kandungan klorofil tertinggi dalam rekod tumbuhan yang dikenali sejak permulaan tamadun manusia,” katanya ketika ditemui Berita Minggu, baru-baru ini.

Abdul Hadi berkata, ia juga mengandungi kompaun beta sitosterol yang berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dalam badan yang mana ia banyak digunakan untuk merawat darah tinggi di India.

Beliau berkata, tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi kerana ia bersifat bebas racun atau tidak bertoksik selain mempunyai sejarah yang lama dalam bidang perubatan Ayurveda di kalangan masyarakat India.

“Rekod Ayurveda mengenalpasti 300 ramuan daripada Moringa sesuai diamalkan untuk mengatasi dan merawat pelbagai penyakit. Pencairan zat dan jus hijau Moringa mempercepatkan penyerapan biologi badan dan larutan zat yang bersifat 100 peratus biokimia membolehkan badan menggunakannya terus tanpa proses penghadaman,” katanya.


http://yusrizalrazak.wordpress.com/2009/02/24/buah-munggai-kacang-kelo/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2010 09:34 PM | Show all posts
bunga kelo ni wangi kan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 03:28 PM | Show all posts
cakap pasal daun kelo ni manja teringat..kisah atuk saudara arwah ayah mnaja di brunei.. Manja dengar atuk saudara  ni..ada pakai susuk kuat...alkisahnya byk gundik2 dia. Sewaktu atuk saudara ni jatuh sakit..kira2 waktu dah cecah 60 an lah umur dia..manja plak masa tu baru darjah 3. Atuk ni bila anak2 dia nak angkat bawa ke hospital..badan dia berat sungguh mcm berat 5 org..dia plak bukannya gemukk..kurus jer. Manja pun jaranglah juga jenguk dia..kat brunei tu..apa yg manja ingat..sepupu manja cerita..atuk saudara ni..sebelum dia meninggal..anak2 dia mandikan dia dgn daun kelo. Daun tu direndam dlm besen yg ditadah dgn air utk mandian atukl ni. Seminggu lepas tu..keluar lah susuk ni. MAnja ada tengok susuk tu..warna perak..kelabu gelap..bulat kecik jer...licin dan ringan jer. Tengok tu pun sepupu manja tu yg tunjuk2 senyap2 kat manja takut mak baapk dia marah pasal sibuk nak tunjuk kat manja.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 05:48 PM | Show all posts
tq TT for the info. nak cari pokok ni laa..nak tanam kat pasu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 05:49 PM | Show all posts
kalau ambik ranting dia sebat kat badan org kena rasuk bole tak? ada sesiapa bole clarify?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 05:51 PM | Show all posts
try laa... tak try tak tau.... heheh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2010 05:55 PM | Show all posts
try laa... tak try tak tau.... heheh...
edy137 Post at 23-6-2010 17:51


kang sebat pesakit tu , jin gelak je..." aku geli laa, aku geli..."


buat malu je beb....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 09:20 AM | Show all posts
Pokok ni nama lain dia POKOK TURI ke? Orang India suka masak daun dia? Pokok TURI akar jenis serabut, senang tumbang kalau tanah basah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2010 09:56 AM | Show all posts
pokok turi/ geti lain dari pokok kelo ni..
turi xde buah tapi kelo ada..
dari segi bau pun lain...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 10:15 AM | Show all posts
OOoo..kalau sayur kelo ni sapa yg pakai susuk memang menjadi kepantangan le. Tu yg teman dngor dr org le..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 10:41 AM | Show all posts
Pokok ni setan takut ye?..mcm pokok geroda tu ye..?
agak2 mcm mana nak tanam?..kalau patahkan btg dia & cucuk jer kat tanah, nak ke dia hidup?..

Yang pasti, pokok ni tak sama dgn pokok turi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 10:44 AM | Show all posts
jumpa penerangan ni kat link ni:
http://panjikirai.multiply.com/p ... al_munggai_jemungga

tapi guru dia kata jin suka kat pokok ni..sapa2 boleh share?..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
pokok kelo..dikenali juga sebagai gemunggal, atau munggai (utara), atau jemungga (panggilan org kampung aku)..terkenal dikalangan kaum india/mamak kerna buahnya biasa dimasak kari..ni sebelah rumah sewa lama aku..pakcik india sebelah rumah slalu kait..tinggal buah muda2 jer

kalau kat kampung dulu pucuknya biasa dibuat ulam laksa (laksa kelantan, kuah lemak)..sebelah rumah aku kat kampung dulu ada sebatang pokok ni yang sangat besar..ada sebesar pemeluk budak tengah naik umur..

seingat aku (kalau tak silap) nenek ada pesan jangan main2 dekat pokok ni waktu petang hari (dekat2 magrib) & orang mengandung tak boleh lalu bawah pokok ni..tak pernah diberitahu sebabnya..

beberapa bulan nan lepas..ketika berjumpa YM guru..guru ada menyebut..dua pokok yang digemari oleh JIN..satu pokok kelo, satu lagi kelapa..justeru jangan ditanam terlalu dekat dengan rumah..diberi logik berkenaan pokok kelapa..pokok kelapa selalu dipanah petir (kebanyakan) walau ada pokok lain yang lebih tinggi berhampiran..memang benar pun, selalu aku tengok pokok kelapa lah yang sering dipanah petir..

tapi akhir2 ni aku biasa juga terdengar tentang khasiat terasnya..walaupun pokok ini sebenarnya spesis yang tak berteras..susah nk dapat terasnya..kadang2 je ada..tak pula aku tahu khasiatnya apa..perubatan ke atau mistik..kalau jin suka, mesti kaitannya dengan mistik amat kuat..

ikut petua seorang sahabat (orang boyan)..kalau ada kes kecurian yang pakai ilmu (pukau etc)..ambik dahan pokok ni, letak atas bingkai pintu..ilmunya tak dapat tembus..apsal ek? agaknya jin lain dah banyak bertenggek, jin pencuri tak dapat masuk hehehehhe..gurau aje kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 06:40 PM | Show all posts
jin takut pokok ni la.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 07:13 PM | Show all posts
gemuggal ni ada yg gemuggal kampung/bukit/pulau...terasnya ada yang tenggelam dan ada yg timbul didalam air... khasiatnya juga berlainan berdasarkan asalnya tempat tumbuhnya...

p/s : ini kata orang laaa..kata saya..entahlaaaaaaaaaaah
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 10:15 PM | Show all posts
tak silap rora daun ni tuk buang susuk musuk  bwat mandi
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 11:12 PM | Show all posts
kacang kelo mmg sedap buat kari campur ngan udang...paberet ayah kite tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2010 11:45 PM | Show all posts
kalau ambik ranting dia sebat kat badan org kena rasuk bole tak? ada sesiapa bole clarify?
Saat Post at 23-6-2010 17:49


sebat kt org yg xkena rasuk pon saket wooo
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 03:24 AM | Show all posts
sebat kt org yg xkena rasuk pon saket wooo
z3t_ex Post at 27-6-2010 23:45


dah pernah kena sebat ke??
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 08:43 AM | Show all posts
daun ni masa aku kecik mak aku rajin masak, yg paling sedap tumis ngan cili padi campur telur sikit. ...
haZelEyEz Post at 21-6-2010 14:35



    eh.. boleh di mkn ker?...  x penah lak dgr ni first time ni... pokok kilo... bagus lah tu tapi niat kena betul klu nk tanam jgn menimbulkan syirik lak nnti...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 11:38 AM | Show all posts
tanam niat nak makan je......khasiat sampingan menakutkan hantu kira bonuslah kan..


nak try cari pokok ni laa.....nak ambik rantingnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.112326 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list