CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8136|Reply: 145

Edisi Serambi Mekah - Sekeluarga tinggal dibekas Reban Ayam

  [Copy link]
Post time 5-7-2010 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Anak_Nogori at 5-7-2010 12:01

Reban ayam jadi rumah
Oleh Norliza Wasilan

2010/07/05      Keluarga  diami   reban ayam akan segera dibantu: Shahrizat

KOTABHARU: Sayu dan menyayat hati! Itulah perasaan yang dapat digambarkan sejurus melihat kehidupan pasangan Yusuf Wahab, 35, dan Fatimah Jalin,36, bersama tiga anak mereka yang kini terpaksa mendiami bawah rumah yang sebelum menjadi bekas reban ayam.

Ruang yang mempunyai ketinggian kira-kira satu meter berdindingkan jaring besi serta papan buruk sudah pasti tidak selesa untuk didiami pasangan terbabit bersama tiga anak iaitu Nur Atikah Yusuf, 6, Mohd Haikal, 5, dan Mohd Aiman, 3.

Berbeza keluarga lain yang hidup selesa di rumah masing-masing,mereka tiada pilihan, selain terpaksa menduduki bekas reban ayam itu sebagai rumah berikutan kesempitan wang. Sebelum ini, mereka sekeluarga tinggal di rumah adik iparnya yang ketika itu kosong.

Fatimah berkata, selepas adik ipar kembali ke rumah berkenaan,mereka sekeluarga mengambil keputusan membersihkan reban ayam di bawah rumah itu untuk dijadikan tempat tinggal.

"Saya dan suami tidak mempunyai masalah dengan adik ipar, cuma sejak dia balik tinggal di rumah ini, kami mengambil keputusan untuk tinggal di bawah rumahnya dengan anak secara rela.

"Walaupun sedih dengan keadaan sekarang terpaksa tinggal di bekas reban ayam, kami tiada pilihan lain kerana suami tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Pendapatan suami sebagai pemandu lori hanya RM350 sebulan dan itupun hanya bawa lori untuk dua kali sebulan. Bagi menampung kehidupan,suami memelihara ternakan dan beberapa jenis burung dan arnab untuk dijual," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh Dal, Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.

Suri rumah itu berkata, berikutan ketinggian bekas reban ayam itu hanya kira-kira satu meter, pergerakan mereka terbatas sehingga memaksanya untuk memasak di luar kawasan rumahnya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Syukurlah, walaupun hidup dalam keadaan kekurangan, kami masih tidak putus makanan dan anak pun tidak cerewet. Saya juga sebak memikirkan anak selalu mengadu kepala sering terhantuk pintu rumah,"katanya yang tidak pernah memohon bantuan kerajaan kerana malu.

Selain itu, Fatimah yang mengakui mengalami sakit bahagian belakang badan kerana terpaksa membongkok ketika berada di dalam rumah berkata, beliau bersama suami sering berendam air mata memikirkan nasib mereka terutama anak yang semakin membesar.

"Paling sebak, apabila ada yang bertanya kepada anak di mana tempat tinggal, mereka hanya mampu menjawab tinggal di reban ayam,"katanya yang mengakui tempat tinggalnya sudah dua kali ditenggelami banjir sebelum ini.

Kesempitan hidup keluarga itu mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melawat pasangan berkenaan dan menyatakan komitmen untuk menghulurkan bantuan.

Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO mengakui terkejut dengan kehidupan keluarga berkenaan, berkata pihaknya akan membantu mereka berpindah selain menghulurkan bantuan sewajarnya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Skuad Sayang Wanita UMNO Pengkalan Chepa memberitahu saya mengenai keadaan keluarga ini dan kalau saya tak datang, memang susah nak percaya.

"Mereka perlu dipindahkan. Saya akan meminta JKM dan UMNOPengkalan Chepa untuk memberi bantuan," katanya yang turut menyerahkan bantuan makanan kepada pasangan berkenaan.

berita harian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2010 11:54 AM | Show all posts
umur muda lagi..
badan mesti sihat lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 11:58 AM | Show all posts
astarafirullah!

Kesian ye.

Olamak politik tu buat apa?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 11:59 AM | Show all posts
buat anak ramai2 pandai.. keje tak nak, cari lah keje yg elok2 sikit..:re:
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 12:00 PM | Show all posts
sian nye....bantu ape yg patut
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 12:00 PM | Show all posts
astarafirullah!

Kesian ye.

Olamak politik tu buat apa?
kasmela Post at 5-7-2010 11:58



    Yang nak pergi haji dengan duit rasu.....oooops, duit sponsor tu ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2010 12:01 PM | Show all posts
wow....oh god....how could they live like that?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 12:02 PM | Show all posts
buat anak ramai2 pandai.. keje tak nak, cari lah keje yg elok2 sikit..
along3746 Post at 5-7-2010 11:59


Agaknya dia tak pandai mintak sodoqoh macam lobai2 bodo PIS la tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2010 12:02 PM | Show all posts
x da ke orang nak sedekah rm65,000?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 12:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 12:05 PM | Show all posts
ni ler isunya...dah tau financial tak kukuh...pi tambah anak ramai2 lagi..by rite, get a proper job, kukuhkan ekonomi family,,,pastu nak beranak 12 org anak pun, lantak ler
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2010 12:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2010 12:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 12:07 PM | Show all posts
ni ler isunya...dah tau financial tak kukuh...pi tambah anak ramai2 lagi..by rite, get a proper job, ...
FARRAZOOL Post at 5-7-2010 12:05



    orang melayu cakap anak ni rezeki!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2010 12:08 PM | Show all posts
Ini lah rumah bekas reban ayam tu..kesiannya.

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 12:13 PM | Show all posts
mana wakil rakyat? nyorok belakang guni duit ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2010 12:19 PM | Show all posts


Shahrizat Abdul Jalil bersama Dali Hussin ketika melawatrumah Fatimah Jalim serta tiga anaknya, Nor Atikah Yusuf (kiri,dipangku), Mohd. Haikal dan Mohd. Aiman yang tinggal di bahagian kolongsebuah rumah di Kampung Pauh Dalam, Pangkalan Chepa, Kota Bharu,semalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2010 12:19 PM | Show all posts
kalau nabi hidup lagi...serambi mekah la baginda akan lawati...baginda akan tengok diserambi mekah tu bagaimana umatnya duduk didalam reban ayam...tsk tsk tsk tsk tsk.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 12:21 PM | Show all posts
Reply 14# shazuyi.


  [/quote
orang melayu cakap anak ni rezeki!


memang,,,anak tu membawa rezeki...tapi sebagai ibu bapa, kita kena berusaha untuk memberikan @ sediakan perkara yang paling asas untuk anak2 yg kita lahirkan
1) rumah/ tempat tinggal - tapi bukan rumah reban ayam ..sedih aku tengok
2) makan minum
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 12:21 PM | Show all posts
Ini lah rumah bekas reban ayam tu..kesiannya.
Anak_Nogori Post at 5-7-2010 12:08


ok la tu    .. daripada merempat di negeri orang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.064204 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list