CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mea

(Merged) Updated:Chef Riz Tayang 'Mak Jemah' Lagi@pg69

  [Copy link]
Post time 5-7-2010 08:54 PM | Show all posts
aduh .. demi kerjaya xkan nak berbogel noks ..
tomet05 Post at 5-7-2010 20:30



    berbogel baru seni dan urban jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2010 08:55 PM | Show all posts
Reply 20# mesmerize

   'Saya pakai seluar ketat paras paha'


    Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my  
2010/07/03
        

   
              
BARU lapan bulan berkecimpung dalam bidang seni, bakat pendatang baru di persada seni tanah air, Ana Dahlia sudah meraih kepercayaan produser dan pengarah filem tanah air. Semuanya, gara-gara keberaniannya memegang watak wanita mendedahkan sebahagian besar tubuhnya dalam filem genre seram dan aksi, Mantra.

  Bukan untuk sensasi, jauh sekali mencari publisiti murahan kerana Ana melakukannya kerana mengikut kehendak skrip semata-mata sekali gus percubaan pertamanya di layar perak.

  "Dalam filem arahan Azhari Zain ini, saya bawa watak Rindiani yang dirasuk dan dirogol bekas suaminya, Muzir yang melakukannya kerana mengamalkan ilmu hitam.

"Saya dan Rindiani adalah dua orang berbeza. Rindiani cuma watak yang saya lakonkan dalam filem saja dan bukannya diri saya sebenar. Dalam filem itu juga, saya bukannya separuh bogel sebaliknya hanya mendedahkan sebahagian besar bahagian belakang badan saja.

"Sekalipun hanya berkain batik, saya masih memakai baju di bahagian dalam dan seluar ketat paras paha untuk babak Rindiani cuba dirogol bekas suaminya itu," katanya.

  Ana atau nama sebenar, Diyana Mastura Jaafar, 27,  berkata, dia terima tawaran watak Rindiani kerana ingin mencabar dirinya. Bagi Ana, watak Rindiani masih boleh dikawal lagi dan tidak keterlaluan.


"Saya juga melihat kebaikan dan keburukan watak itu terlebih dulu sebelum terima tawaran ini. Watak Rindiani hanya pembantu dalam filem ini dan watak utama adalah lakonan Zul Handy Black (Muzir) dan Hasnul Rahmat (Hasbi).

"Sekalipun watak sebagai isteri lemah lembut dan banyak menangis itu tidak begitu menonjolkan bakat lakonan saya, tapi ia permulaan yang bagus untuk memperkenalkan saya di layar perak. Sebagai pelakon baru, saya tiada masalah  bawa watak pembantu kerana ia peluang untuk mengasah bakat lakonan saya," katanya.


  Ana yang juga bakat baru dicungkil daripada program realiti Pilih Kasih berkata, masih banyak ilmu lakonan yang perlu dipelajari untuk memperbaiki prestasi lakonannya itu.

  "Antara kelemahan dalam bidang lakonan yang perlu dibaiki ialah dari segi mood yang masih kurang. Penghayatan dalam sesuatu watak itu perlu diperbaiki lagi.

"Apapun, pengarah filem ini banyak membantu saya untuk menjiwai watak Rindiani dengan baik. Ini kali pertama saya bekerjasama dengan Azhari dan ia memberi pengalaman berbeza daripada lakonan sebelum ini.

  "ada pandangan saya, Azhari seorang yang tegas. Banyak ilmu lakonan ditimba sepanjang bekerjasama dengannya dan dia juga tenaga pengajar yang bagus untuk membimbing pelakon baru seperti saya," katanya.

  Selain Mantra, Ana yang juga artis residen MIG Talent dan mengikat kontrak setahun, pernah menjayakan drama Tiga Serumah yang juga arahan Azhari untuk saluran Astro Warna.                 

  "Saya bawa watak berbeza iaitu tomboi dalam cerita ini. Saya tidak perlu memotong rambut panjang sebaliknya menyembunyikannya menerusi topi yang dipakai dan baju yang besar.                 

  "Drama lain lakonan saya ialah Pulangnya Karina untuk RTM dan drama bersiri Arjuna yang kini disiarkan di TV3. Dalam Arjuna, saya bawa pembantu yang tidak kurang pentingnya iaitu Sutera yang berjiwa pendekar.

  "Saya juga belajar seni mempertahankan diri untuk menjiwai watak Sutera yang lasak dan banyak bertarung dalam cerita yang diterajui Remy Ishak dan Nora Danish ini," katanya.

  Ana yang mengagumi bintang Bollywood, Aishwarya Rai dan pelakon tempatan, Rita Rudaini berkata, dia bersyukur kerana tawaran berlakon tidak putus diterima sejak tersingkir pada minggu ketiga program realiti pencarian bakat lakonan Pilih Kasih.

  Bakat lakonannya juga dikesan pengarah terkenal, Bade Azmi yang menawarkannya berlakon bersama pelakon hebat seperti Rosyam Nor dan Adi Putra dalam telefilem Salam Terakhir memegang watak Nazrin iaitu tunang Nazman (Rosyam Nor).

  "Saya juga dapat peluang berlakon dengan Rita sebagai adik- beradik dalam drama Pengantin Untuk Dijual arahan Feroz Khan. Impian saya ialah untuk menjadi pelakon berjaya pada masa depan," katanya.

Demi mengejar impiannya itu, Ana sanggup meninggalkan kerjaya sebagai pramugari AirAsia. Anak kedua daripada enam beradik ini berkata, sebelum ini dia bekerja sebagai pramugari untuk menyara keluarga.

"Saya mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga apabila bapa diserang angin ahmar dan adik-beradik lain masih kecil ketika itu. Abang sulung pula sudah berkeluarga.

  "Kini, bapa sudah pulih dan kembali bekerja manakala adik saya sudah besar berusia 25 tahun dan seorang lagi 13 tahun. Justeru apabila dapat tahu mengenai program Pilih Kasih, emak menyuruh saya mencuba nasib kerana dia tahu saya minat dalam bidang lakonan," katanya.     

   Berkongsi cerita teman istimewa, Ana yang pernah putus cinta tiga tahun lalu mengakui, belum bertemu calon yang tepat lagi.

  "Saya pernah putus cinta ketika menjadi pramugari AirAsia. Kini saya mencari lelaki yang soleh dan boleh membantu membimbing saya menjadi insan yang lebih baik. Cukuplah lelaki itu ada kerja tetap dan boleh menyara keluarga.

  "Saya hanya mencari lelaki yang biasa saja dan bukan Datuk mahupun Tan Sri kerana kemewahan bukannya menjamin kebahagiaan dalam hidup kita," katanya.               

PROFIL ANA

NAMA SEBENAR: Diyana Mastura Jaafar
NAMA KOMERSIL: Ana Dahlia      
TARIKH LAHIR: 21 Jun 1983
ASAL:  Taiping, Perak
STATUS: Bujang   
KELUARGA: Anak kedua daripada enam beradik
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
PROFESION: Pelakon  
DRAMA/TELEFILEM: Salam Terakhir, Orang Luar, Kenderaan Ke Syurga, Hadi, Hatilia, Arjuna, sitkom Otai.
FILEM: Mantra     
  kredit to harian metro 3 july
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2010 08:57 PM | Show all posts
dalam gambaq tu sheols baru kena rape ka?
mesmerize Post at 5-7-2010 08:48 PM



    ntahla nok.....     
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2010 08:59 PM | Show all posts
Reply 22# Rocky_balboa


    suar jek pakai..bra kompom pakai ker???
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 09:33 PM | Show all posts
eleh kehendak skrip kunun. hampess
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 09:52 PM | Show all posts
gile maut seksi..hoho..atas kehendak seni dan skrip gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2010 10:24 PM | Show all posts
desperate nak femes
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 10:30 PM | Show all posts
x kosser noks...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2010 10:35 PM | Show all posts
apasal bodoh benar artis2 melayu ni

tak tau ke awak tu being exploited?

Cari rezeki mcm ni halal ke? pastu bg Mak pak, depa buat mkn, buat pi haji je? mcm mana amalan semua tu?

teringt ceramah sorang Ust femes selalu kuar tv, katanya ramai gak Artis dtg jumpa dia, rumah tangga berantakan, ank jadi begini begitu etc dia pun x berani nk terus terang.

kalau hasil rezeki tu x halal or syubahah mana ank nk jd "orang" mcm mana nk aman rumah tangga? sbb dok mkn hasil x halal

Kwn aku cite, ada satu Artis ni ank dia selalu ponteng, dh brpa Kali ponteng panggil Mak dia di Artis ni. Artis ni pi sek jumpa cikgu ckp gini
cikgu tak yah Lah nk hntr Surat amaran kat ank sy. dia memang selalu x pi sek sbb sy pi latihan menari. sy nk dia jd penari proffesional nanti!

kwn ku jwb, kalau camtu elok sgt berhentikan dia sek, puan blh soh dia bljr menari hari2 susah Kami nk hntr Surat amaran pertama , kedua etc etc
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 11:07 PM | Show all posts
kalau bogel pun leh la claim ikut skrip
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 11:22 PM | Show all posts
ai pun nak jadi pengarah la. leh suruh retis vugil2
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 11:32 PM | Show all posts
meh sini aku londehkan terus..vongokkkkkkk
UnaHusna Post at 5-7-2010 19:13



    amboi Una...boleh masuk tender nih bab2 melondeh baju artis..he he
by the way, bareback linda jasmine lagi menawan ..Una tak rasa nak londeh ke..ke dah londeh dah??
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 11:46 PM | Show all posts
amboi Una...boleh masuk tender nih bab2 melondeh baju artis..he he
by the way, bareback l ...
wirazam Post at 5-7-2010 23:32


hahaha..hazab hokay tgk pempuan murahan camni..rela je diri tu kene eksploitasi  maruah letak bawah tapak kaki kot 
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 11:48 PM | Show all posts
demi kerjaya katanyaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 12:46 AM | Show all posts
kehendak script n demi kerjaya. hm... hbis tu kehendak islam?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 12:52 AM | Show all posts
ana dahlia who
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2010 01:03 AM | Show all posts
sape minah nie? x pnh tgk pun sbelum ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 06:15 AM | Show all posts
pergh.... x hagak2...
demi tuhan cam ner...?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 06:15 AM | Show all posts
dlm arjuna die ade
watak sutera
erkkk kantoi aku tgk arjuna
sb abg remy jaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 08:15 AM | Show all posts
desperado nak jadi artis femes le tuh..dengan harapan name beliau lagik cepat naik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.928797 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list