CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zurianamokhtar

kisah alam kayangan

[Copy link]
Post time 8-8-2010 01:15 PM | Show all posts
hmm... tringin nk p sne, ...holiday n soping...
zackry14 Post at 8-8-2010 05:48


.. naek roket
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2010 02:04 PM | Show all posts
Hebatnya orang Melayu berimaginasi
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2010 02:31 PM | Show all posts
Sian TT, bior le dia habiskan crite dia dulu... :re:
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 05:42 PM | Show all posts
ok la sume..aku bukan nak sapot tt ke hape ke..and aku bukan nak mereka2 citer ke..tp aku nak kepastian..orang kayangan dgn org bunian ni kira sama je la kan??yg beza cume kayangan dok kat langit hek?? btol ke tak??haha

tp satu je la..bab kes orang bunian ke..kayangan ke..tak kesah la..yg kat gunung ledang tu..cite tu mmg btol..psl aku ada tgk bukti..kesah nye mcm ni..
dulu..kwn bapak aku..ada sorg la yg jenis berteman ngn org yg gunung ledang ni..sng ckp..dia ni cam pawang la..dia biasa naek gunung ledang ni..utk jumpa kwn2 dia..maksud naek gunung ledang tu..adalah..masuk ke alam derang..then kuar balik..dlm jangka masa yg tak tentu..pnah dia ajak bpk aku join gak pi..tp bpk aku tak pi..then..aku pnah tny bpk aku..nape tak pi..bapak aku ckp tanak..takut akidah tersongsang..

so..aku malas la nak tny bpk aku lebih2..then..kwn bpk aku ni..aku pggl dia Wak..satu ari..lepas dia naek...dia ada bg bpk aku cam batu delima yg sgt cantik..dia ckp..hadiah dr org sana..delima tu mmg pure la..org ckp kot ko nak tau..delima tu pure ke tak..bila ko tgk kat tgh dia..ada bentuk bintang dan npk cam ada air sedang mengalir..tu cam ala2 betapa jernih nye la bnda tu..pastu..Wak tu pulak..derang bg jam..tp..brand jam tu aku tatau la apa..tp bpk aku ckp..kat mesia takde..derang bole trace balik jam tu..ada kilang kat spore..

tp..Wak tu mmg power la..jenis kwn2 dia mmg ramai dr org sana..ni sume kesah lebih kurang 15thn lepas..aku pon tatau apa cite la wak tu skang..tp wak ni..kot aku pi umah dia..cam ada aura woohh..dlm bilik dia berubat tu..penuh kain2 kuning sume..dulu time aku kecik2..mulut gatal suke betanya..skang ni..sure kot aku tgk aku dh cuak..huhu..

then psl life derang kat sana..mmg sebijik la mcm kita..ada sekolah..ada masjid..ada kilang..ada yg bole ckp byk2 bahasa..ada yg pandai.ada yg tak..

ni pon psl pengalaman aku gak..sorg kwn bpk aku..lepas dia bawak moto kat kawasan estate..tetiba dia jatuh dan demam..skali masa mimpi..dia ternampak..yg time tu..dia terlanggar satu rombongan meminang ni..smpai terjatuh sirih junjung yg derang bwk..mmg dengar cam lawak..tp hakikat kot weh..so..jgn la gelak2 kat TT tu..aku cam bole je nak caya ckp dia..tp..tgk la..jgn obses sgt..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 06:47 PM | Show all posts
rasa2 kat alam diorang ada tak yg berforum macam kat alam kite ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 03:19 PM | Show all posts
TT ke mana kamu,

pedulikan je ape diorg duk kata...crite kan dan kongsi kan kisah n pngalaman anda di sini..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2010 06:19 PM | Show all posts
suker suker nyaaaa ....sambung lagi ..mana TT nih :-)
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 06:51 PM | Show all posts
Reply 64# asyura_85


    Tu la yang aku nak maksud kan...depa ni dalam kelompok jin..walaupun ada sesetengah orang(termasuk perubatan Islam x masukkan bunian sebagai kelompok Jin)

Aku x faham kenapa xmo masukkan depa dlm kelompok jin...dan pada pendapat aku Orang Bunian dan Kayangan tu sama cuma tempat tinggal ja len...depa bukan sedut Oxygen macam kita..mesti la depa boleh hidup kat Bulan atau Marikh...lepas tu napa Allah jadikan lingkaran astroid kat luar sana...macam mana setan boleh dengar bisikan dari langit...

Mesti la Bunian pun boleh hidup kat angkasa nu..dan dipanggil sebagai orang Kayangan...:re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2010 07:22 PM | Show all posts
klu kita nk pukul rata smua menda hidup yg bkn manusia, bkn malaikat dan bkn haiwan adalah jin, maka kita terimalah org bunian ke, org kayangan ke, sbg jin. sng cter kn. jd tak heranlah klu ada yg kata alien tu jin jugak

tp klu tak begitu, maknanya ada penafsiran yg berbeza
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 05:49 AM | Show all posts
mana TT ni?apsal x nak sambung citer?hari tu mati2 pertahankan citer org kayangan ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 12:22 PM | Show all posts
TT gi melawat kwn die kt bulan
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 12:56 PM | Show all posts
TT da majok kot tamau cite lg...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 01:12 PM | Show all posts
mana da TT nie..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 04:14 PM | Show all posts
TT pose la..jgn kaco
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2010 12:27 AM | Show all posts
TT g bertapa dulu kot:re:..x pon orang Kayangan x kasi dia citer pasai depa kat orang luaq:re:
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2010 12:37 AM | Show all posts

SJ007: Adakah orang bunian benar-benar wujud? Adakah mereka termasuk dalam kategori manusia atau golongan makhluk halus?

  

Soalan

  

Saya adalah salah seorang peminat yang sentiasa mengikuti jawapan dan penjelasan Dato' dalam ruangan ini. Dalam jawapan terdahulu tentang makhluk halus, Dato' tidak menyentuh tentang orang bunian, soalan saya adakah orang bunian ini wujud? Adakah mereka termasuk dalam kategori manusia kerana disebut orang atau ianya termasuk dalam golongan makhluk halus?

  

Jawapan

  

Memang pernah saya menyebut dan mengulas tentang mahkluk halus, tetapi saya tidak menyebut secara mendalam mengenai orang bunian. Oleh kerana saudara berminat, maka saya cuba menjelaskannya.

  

Makhluk halus yang dikenali dengan jin, syaitan, iblis, ifrit dan sebagainya jelas terpapar dalam al-Quran dan hadis sahih yang boleh dirujuk dalam jawapan terdahulu.

  

Adapun istilah orang bunian ataupun bunian sahaja, dalam masyarakat Melayu pernah difilemkan oleh allahayarham P. Ramlee yang menceritakan perihal masyarakat makhluk bunian.

  

Pada saya, makhluk ini wujud, ia tergolong dalam makhluk halus. Ianya dikaitkan dengan suatu perkampungan atau penempatan yang mereka berumahtangga, beranak pinak dan bermasyarakat.

  

Ada yang mendakwa melihat bunian dan ada juga dakwaan manusia berkomunikasi dengan bunian sehingga boleh berjiran tetangga termasuk meminjam barang-barang harian. Betul atau tidak cerita itu saya pulangkan kepada Allah S.W.T lebih mengetahui.

  

Saya yakin bunian tergolong dalam makhluk halus kerana hadis Nabi s.a.w menyebut bahawa ada makhluk halus ini yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dari perkampungan manusia.

  

Golongan bunian ini disebut Rasulullah sebagai 'aamir atau ummar' yang tinggal berhampiran dengan manusia.

  

Dalam suatu kisah yang diriwayatkan, kejadian berlaku di zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang sahabat yang bernama Khurafah tiba-tiba hilang daripada masyarakat. Lalu keluarganya bertemu dengan Nabi s.a.w menceritakan kehilangan Khurafah.

  

Tidak berapa lama kemudian Khurafah muncul semula dan menceritakan pengalamannya. Dia telah membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedar diri dan apabila sedar dia berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan keganjilan.

  

Ringkasnya dia dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu. Mereka menuntut supaya dia dibunuh balas. Dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai sistem keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguambela dan sebagainya. Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukakan hujah dengan berkata, "Khurafah tidak boleh dipersalahkan kerana dia membunuh satu anggota daripada masyarakat kita (bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama kepada manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukan berniat membunuh orang kita, tetapi membunuh musuh di alamnya."

  

Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.

  

Apabila dikisahkan hal ini kepada Nabi s.a.w, maka ramai sahabat mempertikaikannya. Maka Nabi s.a.w menyebut (maksudnya), "Dengarlah cerita Khurafah, ianya ganjil tapi betul."

  

Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk tentang cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita menggelarnya khurafat. Tetapi asalnya adalah cerita benar orang yang bernama Khurafah.

  

Saya sebut kisah ini kerana saya lihat seolah-olahnya yang berlaku ini, mungkin boleh disamakan dengan masyarakat bunian. Ertinya mereka boleh melakukan sama seperti manusia seperti dalam kisah Khurafah tersebut.

  

Masyarakat bunian adalah satu daripada kelompok yang banyak dari masyarakat jin atau syaitan. Daripada  cerita-cerita rakyat yang menyentuh soal orang bunian, menjadi suatu lagenda masyarakat Melayu sehingga kini, bunia dikaitkan dengan masyarakat beragama yang mempunyai masjid, surau dan bunyi azan, termasuk orang mengaji al-Quran dan sebagainya. Orang Melayu lebih percaya ianya dikaitkan dengan jin Islam.

  

Sememangnya Islam mengakui adanya jin Islam sebagaimana yang disebut dalam Suratul Jin. Dalam surah itu menyebut bahawa jin mengakui telah mendengar al-Quran yang penuh dengan keajaiban, menunjuk ke jalan yang lurus, maka kami beriman (kata jin). Jin juga mengaku di kalangan mereka ada yang Islam dan ada yang kafir.

  

Oleh itu memang ada kemungkinan, masyarakat bunian ini jika betul seperti yang didakwa merupakan sebuah masyarakat beragama.

  

Dalam masyarakat manusia contohnya ada yang tidak Islam. Hatta dalam masyarakat Islam awal di zaman Rasulullah s.a.w di Madinah, dalam masyarakat ideal itupun wujud golongan munafik dari kalangan Islam. Seperti dalam masyarakat kita hari ini juga wujud golongan tidak Islam, Islam fasik dan Islam munafik dan sebagainya.

  Oleh itu apakah tidak mungkin dalam masyarakat bunian, berlaku sama seperti masyarakat manusia? Waalahu a'lam.

Sumber: Darussyifa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2010 01:23 PM | Show all posts
nak tanya TT,bulan posa ni diorang turun bumi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2010 01:43 PM | Show all posts
selamat berpuase TT... agak2 orang kayangan buka ape ye?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 08:52 AM | Show all posts
member aku ckp tiap2 hari dia lalu kayangan kalau nak gi keja.
aku tanyer ko pegi mcm mane?
dia jawab.aku naik kete la..aku kan lalu persiaran kayangan kat shah alam.
cis!buang masa aku je mangkuk ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 12:09 PM | Show all posts
...gua mmg org kayangan...klu x caya leh trace ic...(09)...perlis...indera kayangan...ahakss!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.065129 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list