CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5657|Reply: 31

Pengalaman atau Terjumpa Yang Pelik2 Di Obersi

 Close [Copy link]
Post time 8-7-2010 10:28 PM | Show all posts |Read mode
Pernah korang mengalaminya
atau terjumpa
atau merasainya
atau terkejut beruk jumpa yang pelik2

bak kata orang tu lain dari yang lainlah.

setakat ini aku nak ceritalah  apa yang aku ternampak dan terjumpa

masa tu aku di Honollulu,Hawaii
Aloha! semua

Di Honollulu masa tu aku tinggal kat Alamona Hotel tak jauh dari pantai Waikiki.
semasa aku pusing2 kat  Liberty House
ni kira shopping komplex yg terbesar di USAlah
di situ aku terjumpa ada kedai menjual
tiga biji buah rambutan dalam plastik vakium (dah hitam berlegam)
harganya ialah US$2.5 atau RM9 untuk tiga biji je
dan juga  3 inchi batang tebu dah divakium juga dengan harga yang sama.
tak taulah adakah kedua2 buah tu utk dimakan atau untuk ditanam tapi aku rasa amat pelik.

Bergitu juga semasa aku di Tokyo aku terjumpa
buah semikai (water melon)yg harganya RM110 sebiji dan buah durian RM350 sebiji.
aku tak rasa pelik  pun tapi termenong jap

Di Rome Italy
aku order secawan kopi
jika kita duduk harganya RM25 jika berdiri RM17
aku minta susu kena tambah RM12 lagi{:1_144:}
so secawan kopi ditepi jalan semuanya RM37, kopi je tu beb.
kat situ waiter dia beri kau kopi terus kolek duit.

Semasa di Paris aku order makanan sawarma (makanan arab)
bawak balik RM35 aduiiii
kat  Dubai cuma Dh2 je (RM1.80sen)

nanti bila aku ingat pengalaman pelik yg lain akan aku share disini ok
cerita korang cam mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2010 10:40 PM | Show all posts
nak sambung baru teringat
masa tu kat Cape Town South Afrika
aku tinggal kat Holiday Inn yg berback ground Table mountain gitu.

petang2 aku gilah jalan2 kat Garden di belakang Muzium
Autum masa tu sejuk sepoi2 le kata org msia.

tengak do relek aku diaproj oleh minah gagak
dia minta aku duit aku pun kasi dlm R10 (rank) ( RM4) gitu
bila dia dapat duit tu
dia kata R10 je kenapa kedekut sangat kata dia
dan dia cakap nak buat apa dengan R10 ni nak makan pun tak cukup
dia membebel 11 minutes kat aku
aku dok diam je takut kena sepak pulak nanti
dia cakap omputih ,lorat afrikan mcm asian sikit bunyinya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 10:51 PM | Show all posts
motep cerita ni kat ruang niiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 10:53 PM | Show all posts
aku jumpa sejadah berdiri kat Msia.  semua org terpinga2, begitu takjub & tak henti2 amik gambar.   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 11:00 PM | Show all posts
teringat lagi
Masa tu di Hong Kong gi dok Shopping2
aku tinggal kat The Peninsula Hotel di SinShashui( mcm tulah bunyinya)
berdekatan dgn Nattahan Road di Kawloon area gitu.
hotel ni Facing ke Hong Kong Island Gitu
permandangnnya mcm kat Manhattan New York dari New Jersy kekdahnya

dari situ aku naik tube yg penuh mcm ulat, tapi best
sbb amoy2 kat sini semuanya cun2 dan hidung macung
serta tak selekeh mcm cina kat Msia.
10 minutes dah tiba aku pun turun
nama tempat tu if tak silap Mongkok atau pun mangkok
kat sini mcm pasar malam ada jual mcm2
kat sini pun org berduyun2
so pendekkan cerita yg panjang
aku ternampak satu benda yg aku suka
tertulis harganya HK$.200 gitu so cam RM70lah
so aku ambiklah tiga jadi should be HK$600lahkan
rupa2nya harga nya HK$1,200 satu
bukan HK$.200 seperti yg aku nampak dgn mata kasar aku

korang tau kenapa
depa tulis no satu tu paling kecik (mcm tak nampak)
dan no 200 tu besar besaran
so dari jauh ko nampak 200 je
no satu ko taknampak
lepas tu baru aku realised banyak juga kedai yg buat cam tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 11:04 PM | Show all posts
alamak baru aku tersedar rupa2nya aku gi board yg salah
aku ingat aku kat board obersi tadi
baru mangun tidur terpinga2 lagi beb oiii
mod tolong transperkan kat board obersi ok

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2010 11:05 PM | Show all posts
best pe dpt tau budaya org luar
asyik2 cuti2 mesia jer
nk gK TAU pe besh kt obersea nun
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:30 PM | Show all posts
yang pelik2? dorang pelik tgk aku adelah...ala2...apakah pompuan ni pakai atas kepale die tu (hijab)..ingt aku alien dari planet X ke??

yang tak pelik sangat..tp aku consider perkembangan ekonomi...

aku jumpe petai hokehhhh kat obersi...rm3 sepeket..import dari thailand...durian pun ade...mahal sket..2 ulas rm15...rotiboy pon hade...mahal jugak..nk dekat rm6 sebijik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2010 11:35 PM | Show all posts
alamak baru aku tersedar rupa2nya aku gi board yg salah
aku ingat aku kat board obersi tadi
...
bizsarii Post at 8-7-2010 23:04


layan jer...
klu pegi indon boleh jumpa kubah terbang. depa zikir ramai2 sampai kubah tu boleh terbang. lagi pelik.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 08:35 AM | Show all posts
aku g phuket terserempak jiran aku... pakai bikini lagik... kantoi.
terkejut beruk aku... minah tu lg la mcm beruk yg separuh mati terkezut....

haha x pelik pun tp sj je  nak share citer...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 09:53 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

Ada bbrp oghang yg ternama di Malaysia nie......bertudung.
Tapi biler pi ober-C, tudung pung ilang.

Siap ambik gambar lagi sana sini dgn tidak menutup aurat.

Ghopernyer baru teman tahu, Tuhan oghang Islam dan malaikat hanya ada di Malaysia.
DIA tak mampu nak keluar dari Malaysia.
KERA-jaan Malaysia tak kasi passport kot kat Tuhan oghang Islam???
Itu yg tak dapat keluar........

Ini lagi 'PELIK' kan

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 10:11 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

Ada bbrp oghang yg ternama di Malaysia nie......bertudung.
Tapi biler pi ober-C ...
niceghost2005 Post at 9-7-2010 09:53


berlambak worang mcm ni.depa sembah tuhan lain tuh.sbb tu aku xmenaku melayu itu islam atau islam tu melayu.akidah kafir
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 11:44 AM | Show all posts
Kat sydney aku minum capucinno kat kedai tepi jln. rega x ingat ler tp bleh tahan gak mahalnya tp yg suspennya aku minum kat tmpat sarang GAY!....patut ler smua customer dia lelaki.Aku begitu naive
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 11:53 AM | Show all posts
Kat sydney aku minum capucinno kat kedai tepi jln. rega x ingat ler tp bleh tahan gak mahalnya tp yg suspennya aku minum kat tmpat sarang GAY!....patut ler smua customer dia lelaki.Aku begitu naive
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 12:00 PM | Show all posts
salam

saya pernah pergi german
time bfast di hotel
saya dan 3 lagi kawan saya dah inform yg kita muslim, tak akan makan daging kat sini, no arak, no al kohol . so kita lebih makan roti, telor, salad dan buah2 sahaja. pagi tuh aku minta telur mata kerbau. tetiba ada benda pelik kat dalam atas telur yg digoreng. aku kuis2 dgn garpu, rasa macam daging apa ntah?
so aku inform kat mamat germany tu yg bertanggungjawab terhadap kami. so, dia minta tukar , suruh goreng telur lain dan pastikan tiada daging .
tapi lepas tuh aku terfikir lak, kuali sudip yg dia guna mesti sama la kan.
alahai....
fenin2. aku makan sahaja apa yg telah di hidang di ruang buffet, makan roti, telur rebus dan salad2 sahaja.
kami baca bismillah dan berserah sahaja. hanya allah sahaja tahu apa yg kami rasa .

ada sekali tuh aku tak tahu termakan apa? makan spagheti, dah kata nak sea food spagheti, bila masuk je mulut aku, terasa nak muntah, dan tak leh telan langsung.
ishhhhhhhhh aku dah mula fikir lain jer.

ada lagi cerita pengalaman makan2 aku ketika di german nih
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 02:45 PM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Kalau yang kerap pi ober-C, bab makan nie kena ler fikir sendiri.
HALAL tu memang susah nak carik.

Kedai Lebanon or so called oghang Islam pung beli daging kat supermarket.

Pilihan lain ialah IKAN.
Kuali apa , sudik apa yg deme gunakan.............jangan banyak soal.
Kalau nak soal gak, masak sendiri.

Tetapi kalau ikut rombongan pelancongan.......makan laaa apa sahaja melainkan yg menimbulkan syak seperti daging, ham etc.
Lagi selamat kalau makan kat kedai VEGETARIAN.
Tempat2 ini memang SAH VEGETARIAN nya kerana kalau di ketahui mereka memalsukan masakkan, mereka akan DI SAMAN berjuta juta.
Baik di US or UK or Europe, Taiwan dan juga Japang.
Ada juga mee maggi khas utk vegetarian.

US, Europe mana bley lepas daging khinzir di dalam masakkan harian mereka.
Dari daging hingga ke kulit, telinga, hidung, otak, peghot, ati, buah pinggang...kesemuer nya deme campur dan buat smoke/slice .......
Lembu dan kambing pung deme tembak n karan jer.....

So, kalau nak berseronok seronok kat negara luar tu.............berhati hati laaa sama.

Sebab tu JT bawak/masak makanan sendiri.
Utk menggelakkkan dari terjebak di dalam benda was was ini.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2010 03:43 PM | Show all posts
salam

saya pernah pergi german
time bfast di hotel
saya dan 3 lagi kawan saya dah inform yg kit ...
sitihawa Post at 9-7-2010 12:00


aku klu gi travel sure bwk mee segera & Brahim.  klu tak jumpa kedai pak arab tpaksa la makan makanan yg bwk sendiri takut kelaparan.  tapi klu OZ & NZ payah ler sikit. byk brg makanan yg tak lepas masuk mcm meat dll (tapi mee segera lepas). worst to worst aku beli susu segar & cicah dgn roti.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 06:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 9-7-2010 18:38
aku g phuket terserempak jiran aku... pakai bikini lagik... kantoi.
terkejut beruk aku... minah tu  ...
cmf_Pandora Post at 9-7-2010 08:35



    Adeh senak perut duk gelak
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 06:29 PM | Show all posts
Pak arab dari Saudi Arabia di kota Bangkok yang masuk pub & bar memakai serban dan jubah serta tasbih ditangan mereka. Depa pi bertabligh kot.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 08:27 AM | Show all posts
orang iran pi sana sini kawin mut'ah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.073065 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list