CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: caicai

Nak kenal si munafik di sekliling anda? Baca ni....

[Copy link]
Post time 13-7-2010 03:24 PM | Show all posts
Apakah kamu maseh mengharapkan bahawa mereka akan percaya kpd kamu sedang sungguh segolongan dari mereka mendengar perkataan ALLAH kemudian mereka mengubah akan nya dari sesudah apa yg telah mereka fahami akan nya sedang mereka mengetahui.
Al-Baqarah: 75


Maka celaka lah bagi org-org yg menulis akan Kitab dgn tangan-tangan mereka kemudian mereka mengatakan:
"Ini dari sisi ALLAH" supaya mereka membeli dgn nya akan harga yg murah.
maka celakalah bagi mereka dari apa yg telah mereka tulis dgn tangan-tangan mereka,
dan celakalah bagi mereka dari apa yg mereka usahakan.

Al-Baqarah: 79



Ini kutukan ALLAH ke atas org-org yg mengubah perkataan-perkataan Nya.
Contoh: Solat Fajar di ubah ke Solat Subuh dsbnya.


Katakanlah: "Sesungguhnya org-org yg meng-ada-ada-kan ke atas ALAH akan kedustaan,
tidak akan berjaya."
Yunus: 69





WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2010 03:30 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum Mnm,



Ehh rasanya abang sirri tu bukanlah sampai tahap anti hadis



Abang sirri?

terima kaseh lah kerana membela saya.
anda lebih memahami tentang saya kerana kita sering berdiskusi.
biarlah org nak tuduh saya anti hadis dsbnya.
saya bersyukur kerana telah menemui "kebenaran" yg selama ini selalu kita abaikan, yaitu AlQuran.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 03:34 PM | Show all posts
Assalamualaikum semuer yg punyai satu kalimah dgn ku,

SIFAT munafiq sudah di jelaskan.
Tetapi tidak perlulah kita melabelkan seseorang itu sebagai MUNAFIQ.
Hanya kita perlu berhati hati pabila berurusan dgn mereka yg mempunyai sifat sedemikian.

Pandanglah pada diri sendiri agar  tidak terjebak di dalam RIAK, TAKABUR, SOMBONG n ANGKUH.

Itu lah lebey selamat.

Waallahua'lam
niceghost2005 Post at 13-7-2010 11:57


benar sungguh kata2 saudara...belajar hukum bkn utk mghukum org, tp mghukum diri sndiri, mnilai utk diri sndiri...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 03:54 PM | Show all posts
Reply 22# sirrikhafi


    abang sirri heheheh...

yup, alhamdulillah saya juga sedang mengkaji alquran
masih belajar
masih membaca terjemahan
dan masih membaca tafsir2

insyaAllah... pegangan kita pada  al quran ada lah wajib dan begitu juga pada hadis2 nabi kita muhamad saw..

surah an-nur:
[62]
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman ialah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, dan apabila mereka turut bersama-sama dengan Rasulullah dalam sesuatu perkara yang memerlukan perhimpunan ramai, tidaklah mereka meninggalkan majlis perhimpunan itu sebelum mereka meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (wahai Muhammad) itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya. Maka apabila meminta izin kepadamu untuk pergi menjalankan sesuatu urusan mereka, maka izinkanlah bagi sesiapa yang engkau kehendaki di antara mereka, dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[63]
Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu yang menarik diri ke luar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi. Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

surah an-nisa:

[61]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

[64]
Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

maaf kalau ada yang tersilap
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 04:05 PM | Show all posts
surah an najm

[2]
Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).
[3]
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
[4]
Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
[5]
wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, -
[6]
Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, -

sumber terjemahan al quran disini

heheehhe banyak lagi ayat2 yg ada menyebut pasal hadis nabi muhamad saw kan
maaf saya budak baru belajar

http://www.alquran-melayu.com/
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 04:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 13-7-2010 16:13
Salamun 'alaikum Mnm,

Abang sirri?

terima kaseh lah kerana membela saya.
anda lebih memahami tentang saya kerana kita sering berdiskusi.
biarlah org nak tuduh saya anti hadis dsbnya.
saya bersyukur kerana telah menemui "kebenaran" yg selama ini selalu kita abaikan, yaitu AlQuran.

sirrikhafi Post at 13-7-2010 15:30


Salam untuk sirrikhafi.... saya sebut abang saja-saja....  Lagipun kadang-kadang saya kagum juga dengan hujjah-hujjah saudara.... samada kita sependapat ataupun tidak...

Kalau dapat berdiskusi dengan baik, dan kalau saya ada banyak masa... saya rasa sungguh menarik berbincang dengan saudara... tapi masa saya ni dah terhad...so bila ada sikit terluang baru boleh join....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2010 04:12 PM | Show all posts
Saya mungkin tak dapat nak fokus terus-menerus dengan perbincangan ni tapi buat masa ni ada ada sikit perbincangan dari saya yang serba kekurangan ni....

......Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah ia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya. (Al-Hasyr, 7)

Ayat Al-Quran di atas juga jelas memerintahkan kita mentaati Rasulullah SAW. Baginda SAW bersabda:

إِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَائْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، وَمَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوه


Apabila daku mengarahkan kamu melakukan sesuatu, maka lakukanlah dengan sebaiknya, jika daku melarang kamu maka tinggalkanlah ia.
(Muttafaq 'Alaih)


Isu istilah Subuh dan Fajar....

Kat Malaysia, Ahli Sunnah pakai istilah Solat Subuh. Kat negara-negara lain, Ahli Sunnah pakai istilah Solat Fajr. Sebenarnya ia adalah hanya perbezaan pada istilah perkataan yang digunakan, tetapi amalannya tetap sama.

‘Sembahyang Subuh’ dan ‘Solat Fajr’ adalah amalan yang sama cuma istilah saja yang berlainan.

Dalam isu istilah Subuh, yang timbulnya istilah tersebut adalah dari permulaan waktu Fajar, yakni yang disebut Fajar Sadiq atau disebut Subuh.

begitu juga dgn puasa.
org-org sunni berpuasa bermula dari subuh hingga maghrib.
sedangkan di dlm AlQuran, ia bukan bermula dari subuh.
tapi bermula dari FAJAR sehingga waktu MALAM.



Ya saya setuju. Tapi perlukan penjelasan lagi sebab waktu Fajar tu kan panjang.... Fajar yang mana satu yang nak menentukan mulanya puasa atau waktu Solat Fajr?

Makanlah dah minumlah sehingga jelas bagi kamu benang putih dari benang hitam dari  FAJAR.
kemudian sempunakanlah puasa sehingga MALAM.
Al-Baqarah: 187


Boleh saudara jelaskan sikit lagi apa yang dimaksudkan dengan benang putih dan benang hitam dari Fajar?

Pada pendapat saudara, adakah ini boleh disamakan dengan Fajar Sadiq?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 05:04 PM | Show all posts

heheehhe banyak lagi ayat2 yg ada menyebut pasal hadis nabi muhamad saw kan
maaf saya budak baru belajar


Sebenarnya tiada ayat AlQuran pun yg menyebut "Hadis Nabi" bila kita kaji selidik ayat-ayat AlQuran yg berbahasa arab.
satu lagi, saya memang tidak gemar merujuk kpd "terjemahan" @ "tafsiran" shj.

Contoh:

[4]
Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
surah an najm


Bila kita check ayat arabnya, tiada ayat @kalimah yg menyebut:
Segala yg di perkatakannya itu samaada AlQuran atau hadis.

cuba kita perhatikan pula ayat arabnya:

IN = Tidak lain
HUWA = Ia itu
ILLA = kecuali
WAHYUN = Wahyu
YUUHAA = Yg di wahyukan.

justeru, dari manakah datangnya ayat:
Segala yg di perkatakannya itu samaada AlQuran atau hadis?

bukankah ini menokok tambah ayat-ayat ALLAH???

hanya AlQuran yg arab shj tiada kebengkokkan di dlm nya.
adapun terjemahan, tafsiran dsbnya,
pasti terdapat kebengkokkan, tokok tambah, ubahsuai dsbnya.

perkara sebegini telah merebak ke dlm kitab-kitab terjemahan &tafsir di seluruh dunia.


Kitab yg di rincikan akan ayat-ayat Nya,
bacaan yg arab,
bagi kaum yg mengetahui. .
Fussilat: 3

Quran yg arab tiada mempunyai kebengkokkan,
mudah-mudahan mereka bertaqwa.
Az-Zumar: 28



berhati-hatilah bila membaca tafsiran &terjemahan.


oh ya, mentaati Rasul itu ialah:
mengikuti apa yg di wahyukan kpd Rasul.
kerana Rasul juga tidak mengikuti kecuali apa yg di wahyukan.
yakni AlQuran.

Dan ikutilah apa yg telah di wahyukan kpd engkau dari Tuhan engkau.
sesungguhnya ALLAH itu adalah maha mengetahui tentang apa yg kamu kerjakan.
Al-Ahzab: 2

Ikutilah kamu akan apa yg telah di turunkan kpd kamu dari Tuhan kamu,
dan janganlah kamu mengikuti dari selain Dia sebagai pemimpin.

sedikit sekali kamu mengambil peringatan.
Al-A'raf: 3

Katakanlah: "Tidaklah aku mengada-adakan dari Rasul-rasul itu,
dan tidaklah aku tahu apa yg di perbuat dgn ku dan tidaklah dgn kamu.

tidak lain aku mengikuti kecuali apa yg diwahyukan kpd ku,
dan tidaklah aku kecuali pemberi ancaman yg nyata.

Al-Ahqaf: 9




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2010 05:31 PM | Show all posts
macamana boleh berubah jadi solat subuh pulak, pelik betul
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 06:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 13-7-2010 19:35

Kalau dapat berdiskusi dengan baik, dan kalau saya ada banyak masa... saya rasa sungguh menarik berbincang dengan saudara... tapi masa saya ni dah terhad...so bila ada sikit terluang baru boleh join....


Heheh yg dulu-dulu tu kira kosong-kosong lah noooo...
saya dah taubat dah.
la ni saya tak nak menyeru lagi kpd mana-mana fahaman @ mazhab.
sebaliknya hanya ingin menyeru kpd ayat-ayat ALLAH di dlm AlQuran shj.
inilah seruan nabi muhammad yg sebenar.
yaitu menyampaikan ayat-ayat Tuhan kpd ummat manusia.



Isu istilah Subuh dan Fajar....
Kat Malaysia, Ahli Sunnah pakai istilah Solat Subuh.
Kat negara-negara lain, Ahli Sunnah pakai istilah Solat Fajr.
Sebenarnya ia adalah hanya perbezaan pada istilah perkataan yang digunakan,
tetapi amalannya tetap sama.


Pada pendapat saya lebih baik kita ikut AlQuran.

kalau AlQuran kata Fajar,
maka org-org yg percaya kpd AlQuran,  
mesti mengatakan Fajar juga.

inilah yg terbaik &sebagai hujjah di hadapan manusia &di hadapan ALLAH itu sendiri.

Sami'na wa ato' na.



‘Sembahyang Subuh’ dan ‘Solat Fajr’ adalah amalan yang sama cuma istilah saja yang berlainan.


Tak sama.
Fajar = Pagi.
Subuh = Sebelum terbit matahari.

Dalil Fajar:

Sejahteralah ia sehingga Terbit Fajar/Pagi.
AlQadr: 5



Dalil Subuh:

Sesungguhnya yg dijanjikan akan mereka itu ialah Subuh.
bukankah Subuh sudah hampir?
Hud: 81



ini menunjukkan bahawa Fajar &Subuh adalah 2 waktu yg jelas berbeza.

so, ini menunjukkan bahawa ALLAH mensyariatkan solat fajar/pagi ke atas ummat manusia,
bukannya solat subuh.



Dalam isu istilah Subuh,
yang timbulnya istilah tersebut adalah dari permulaan waktu Fajar,
yakni yang disebut Fajar Sadiq atau disebut Subuh.


Ia tiada di sebut dlm AlQuran.
mengapa kita bebankan diri kita dgn perkara-perkara yg tiada di sebut dlm AlQuran?

Wahai org-org yg beriman!
jangan lah kamu bertanya dari perkara-perkara yg jika di terangkan bagi kamu,
akan menyusahkan kamu.
dan jika kamu bertanya dari nya ketika di turunkan AlQuran,
akan di terangkan bagi kamu.
telah memaafkan oleh ALLAH dari nya.
dan ALLAH itu maha pengampun lagi maha penyantun.

Sungguh telah bertanya oleh kaum dari sebelum kamu,
kemudian jadi lah mereka kafir dgn nya.
Al-Ma i dah: 101 &102




Ya saya setuju.
Tapi perlukan penjelasan lagi sebab waktu Fajar tu kan panjang....
Fajar yang mana satu yang nak menentukan mulanya puasa atau waktu Solat Fajr?


ALLAH dah jelaskan dlm AlQuran:

Makanlah dan minumlah sehingga jelas bagi kamu benang putih dari benang hitam dari Fajar.
kemudian sempunakanlah Puasa sehingga Malam.
Al-Baqarah: 187




Boleh saudara jelaskan sikit lagi apa yang dimaksudkan dengan benang putih dan benang hitam dari Fajar?
Pada pendapat saudara, adakah ini boleh disamakan dengan Fajar Sadiq?


Fajar Sadiq, Fajar Kazib dsbnya hanyalah teori fuqaha' Sunni shj.
ia tiada di sebut dlm AlQuran pun.
bagi saya mudah shj,
apabila telah jelas benang putih dari benang hitam dari fajar,
maka itulah permulaan waktu berpuasa bagi umat islam yaitu kira-kira antara pukul 7am-7.30am-8am sehinggalah malam yaitu selepas maghrib kira-kira pukul 8 malam ke atas.
puasa sebegini kalau tak silap saya telah di amalkan oleh mazhab syiah.

nampaknya dlm kes puasa,
mazhab syiah lebih hampir kpd ajaran ALLAH di dlm AlQuran berbandeng mazhab sunni.
sudah sampai masanya mazhab sunni menilai kembali ibadat-ibadat yg di amalkan supaya kembali selaras dgn ajaran ALLAH di dlm AlQuran.


Maka berpegang teguhlah dgn apa yg di wahyukan kpd engkau.
sesungguhnya engkau di atas jalan yg lurus.
dan sesungguhnya Ia itu benar-benar Peringatan bagi engkau dan kaum engkau.
dan kelak kamu akan di tanya.
Az-Zukhruf: 43,44




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 09:29 PM | Show all posts
Assalamualaikum saudara sirrikhafi,

dalam quran sendiri byk menyebut "taatlah kepada rasul" bukankah kita taat kepada rasulullah dengan mengikut perintah nya?? sedang kan segala apa yang diperintah kan kepada rasulullah itu adalah juga wahyu daripada Allah S.W.T??

bukan kah maksud hadis itu sendiri adalah perkara yang di sebut dan amalan dibuat rasulullah ??bukankah perkara yang di sebut & dilakukan itu adalah wahyu dan perintah oleh Allah S.W.T??

Rasulullah S.A.W sendiri berkata "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat"

dan Rasulullah S.A.W sendiri memang solat 5 waktu sehari ??? itu juga bukan perintah Allah yg diwahyukan??

ye betul memang quran ini kita tidak boleh tokok tambah, sedangkan hendak membaca Kalamullah ini kita kene baca secara tartil nk pegang pon kene bersuci... tapi mungkin sebab inilah Allah turun kan ia didalam bahasa Arab.. didalam quran itu sendiri banyak ayat yang mempunyai banyak maksud2 yang lain.

kita rujuk surat an najm

53:3 dan dia tidaklah berkata dengan hawa/nafsunya
53:4 tidak lain kecuali wahyu yang diwahyukan

Allah S.A.W ada berfirman dalam surah an nur ayat 62 : Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman ialah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya,

bukan kah salah satu iman itu kita wajib percaya kepada Rasul???


Wallahua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2010 09:41 PM | Show all posts
saya tak jangka thread ni jadi debat suni-sirri pulak.

cuma nk tanya sikit pd abangku sirri:

"al-quran tu dari mana? siapa yg mai cerita dan ajar kita mengenai isi quran tu kalau bukan orang yang namanya Muhammad saw?.

"justeru, betulkah kita kalau quran kita terima tp pd masa sama, Muhammad saw kita tolak?"

maaf bang sirri, bkn nk perlekeh bang siri, tapi persoalan di atas bermain di kepala adik cai la ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 09:43 PM | Show all posts
Tuan TT,

tu lah bahaya orang munafiq nih...banyak amaran Alllah S.W.T dalam quran kepada orang yang munafiq nih...


Semoga Allah S.W.T sentiasa memberi hidayah dan oetunjuk dijalan yang lurus, bukannya jalan yang dimurkai dan bukanya yang sesat. amiinn

Kalau pikir balik betapa pemurah & pengasih Allah S.W.T  kepada kita menurunkan surah Al fatihah.

meh kita rujuk maksud

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Segala pujian baginya tuhan sekalian alam,
yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Yang mentadbir Hari pembalasan,
kepadakau(Allah S.W.T) kami sembah dan kepadakau(Allah S.W.T) kami pinta,
pimpinlah kami kejalan yg lurus,
iaitu jalan2 orang yang kau kurnia nikmat, bukannya yg murka dan bukan pula yg sesat.
amiin/yang benar.

kalau kita renung kembali kalau kita solat 5 waktu satu hari berapa kali sudah kita berdoa kepada Allah S.W.T memohon petunjuk?? sedangkan Allah itu suka Hambanya berdoa pada dia...

MasyaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 10:10 PM | Show all posts

Caicai
al-quran tu dari mana?
siapa yg mai cerita dan ajar kita mengenai isi quran tu kalau bukan orang yang namanya Muhammad saw?.
justeru, betulkah kita kalau quran kita terima tp pd masa sama,
Muhammad saw kita tolak?


Adik cai,
sebenarnya, org yg menolak AlQuran lah yg menolak nabi muhammad.

Dan berkata Rasul: "Wahai Pemelihara ku! Sesungguhnya kaum ku telah mengambil AlQuran ini sebagai sesuatu yg tak di pedulikan!"
Al-Furqan: 30

Maka dgn HADIS apakah sesudahnya mereka beriman?
Al-Mursalat: 50





WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 10:30 PM | Show all posts

dalam quran sendiri byk menyebut "taatlah kepada rasul" bukankah kita taat kepada rasulullah dengan mengikut perintah nya?? sedang kan segala apa yang diperintah kan kepada rasulullah itu adalah juga wahyu daripada Allah S.W.T??


Mentaati rasul ialah mentaati apa yg di wahyukan kpd rasul.

Dan ikutilah apa yg telah di wahyukan kpd engkau dari Pemelihara engkau.
sesungguhnya ALLAH itu adalah maha mengetahui tentang apa yg kamu kerjakan.
Al-Ahzab: 2


Ikutilah kamu akan apa yg telah di turunkan kpd kamu dari Pemelihara kamu,
dan janganlah kamu mengikuti dari selain Dia sebagai pemimpin.
sedikit sekali kamu mengambil peringatan.
Al-A'raf: 3


oleh itu,
tiada kewajipan ke atas kita utk mentaati apa-apa yg tidak di wahyukan di dlm AlQuran.

Katakanlah: "Tidaklah aku mengada-adakan dari Rasul-rasul itu,
dan tidaklah aku tahu apa yg di perbuat dgn ku dan tidaklah dgn kamu.
tidak lain aku mengikuti kecuali apa yg diwahyukan kpd ku,
dan tidaklah aku kecuali pemberi ancaman yg nyata.
Al-Ahqaf: 9




bukan kah maksud hadis itu sendiri adalah perkara yang di sebut dan amalan dibuat rasulullah ??bukankah perkara yang di sebut & dilakukan itu adalah wahyu dan perintah oleh Allah S.W.T??



Hadis yg kamu "maksudkan" itu memang tiada di sebut dlm AlQuran.
tapi Hadis-hadis lain yg di sebutkan di dlm AlQuran itu antaranya ialah:

ALLAH itu tiada Tuhan kecuali Dia,
sungguh Dia akan mengumpulkan kamu kpd hari kiamat yg tiada keraguan pada nya,
dan HADIS siapakah yg lebih benar dari ALLAH?
An-Nisa': 87



Sungguh adalah di dlm Kesah-kesah mereka itu Pelajaran bagi Yg Mempunyai Minda.
bukanlah HADIS yg di buat-buat dan tetapi Pembenaran akan yg di antara sebelumnya dan Penjelasan setiap sesuatu dan Petunjuk dan Rahmat bagi kaum yg beriman.
Yusuf: 111


ALLAH telah menurunkan sebaik-baik HADIS yaitu Kitab yg Serupa lagi Berulang-ulang,
gementar daripada nya oleh kulit-kulit akan org-org yg takut akan Pemelihara mereka kemudian tenanglah oleh kulit-kulit mereka dan hati-hati mereka kpd mengingati ALLAH.
demikianlah itu petunjuk ALLAH yg menunjuki dgn nya akan org-org yg Dia kehendaki,
dan sesiapa yg di sesatkan oleh ALLAH maka tiadalah baginya dari Yg Memberi Petunjuk.
Az-Zumar: 23


Itulah Ayat-ayat ALLAH yg Kami bacakan nya ke atas engkau dgn Kebenaran,
maka dengan HADIS apakah sesudah ALLAH dan Ayat-ayat Nya mereka beriman?
Al-Jaasiyah: 6





dan Rasulullah S.A.W sendiri memang solat 5 waktu sehari ???
itu juga bukan perintah Allah yg diwahyukan??


Apakah dalilnya 5 waktu tu?
dlm surah mana?
ayat yg keberapa?



kita rujuk surat an najm

53:3 dan dia tidaklah berkata dengan hawa/nafsunya
53:4 tidak lain kecuali wahyu yang diwahyukan


Ayat ini tiada kaitan dgn hadis bukhari, muslim etc...



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 10:36 PM | Show all posts
Nampaknya kita dah off topik plak....

sorry yer adik cai...

abang cuma nak menyampaikan ayat-ayat Tuhan je... ;)




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2010 11:07 PM | Show all posts
Nampaknya kita dah off topik plak....

sorry yer adik cai...

abang cuma nak menyampaikan ...
sirrikhafi Post at 13-7-2010 22:36



ok bang sirri.

tp mailah pakat tulong jgn bagi jadi lagi keliru tambah keliru. rungkaikan kekeliruan.... pening ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 11:48 PM | Show all posts
nak tanya la Solat fajar tu waktunya mula dari bila tamatnya bila?
{:1_126:}
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 09:39 AM | Show all posts
Saya naik susah hati bila baca dengan kefahaman sirrikhafi nie....
Awak pernah gi solat kat masjidilharam tak?
Kalau pernah,awak perasan tak time kita bersolat di sana?

Ok let say awak kata,solat subuh tu tak ada,apakah niat solat yang awak gunakan semasa awak solat fajar?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 11:01 AM | Show all posts
salam....
nak tambah soklan rikashi...
sirrikhafi bersolat baca apa...ade ke rukuk..sujud dan lain macam mazhab kat m'sia ni...


note: saje nak tau je cara sirrikhafi bersolat/beribadat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.078477 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list