CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bnmbnm

Novel: Sekadar Di Hati ~ Hanni Ramsul (bab 6: page 6) UPDATED 6/10

[Copy link]
 Author| Post time 30-7-2010 11:34 AM | Show all posts
occay semua kita nak out pergi umah cegu hang dulu.....tengah hari sikit masuk lepak sini

selamat membaca semua.........  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2010 11:35 AM | Show all posts
huh..sedih..i memang minat hanni ramsul....and ada dua koleksi nvl dia...biarlah ym berbicara and al ...
anasue Post at 30-7-2010 11:33 AM



    kesian nya....tak pe...slowly cari mesti jumpa balik tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:41 AM | Show all posts
Reply 55# lantira

suka sangat2... terima kasih....
kalau boleh jgn la 1 hari 1 babak... byk2 babak xpe...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:42 AM | Show all posts
Reply 55# lantira


lantira..
slamat datang
thanks utk citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:45 AM | Show all posts
apa hubungan ZARITH ngan LUQMAN nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2010 11:47 AM | Show all posts
apa hubungan ZARITH ngan LUQMAN nie...
shahrinas Post at 30-7-2010 11:45 AM



    sabarrrrrrrrrrrrr....................... nanti akan di ketahui juga..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2010 02:29 PM | Show all posts
biler nk sambung nie......cepat sikit
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 03:46 PM | Show all posts
bnmbnm.... nak lagi......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 05:01 PM | Show all posts
bakal melatop citer nie...teruskan cepat ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2010 05:03 PM | Show all posts
bakal melatop citer nie...teruskan cepat ye...
Ibujie Post at 30-7-2010 05:01 PM



    semua di minta bersabar....bagi ruang untuk penulis mencari idea......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2010 05:47 PM | Show all posts
Salam kawan2...

bab ke 3 akan menyusul hari isnin ya.....sabar menanti tahu....

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 10:57 AM | Show all posts
Ya Allah...isnin?
tak sanggupnya...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2010 11:21 AM | Show all posts
Bab 3


“She’s pregnant!,”


“So?,”


“Zarith! Kamu patut bertanggungjawab!,”


“Nonsense. Please lah bang. Jangan membebel macam mak nenek depan saya,”


“Budak tu dah jadi macam tu, kamu boleh lepas tangan macam ni? Kamu tahu tak, dia hampir-hampir bunuh diri?,”


“Bukan saya yang suruh dia bunuh diri,”


“Kau ni memang dah melampau!,”


“Abang. Kalau dia boleh serahkan diri pada saya. macam mana saya nak yakin, yang dia tak buat macam tu dengan lelaki lain. Tak ada jaminan anak tu, anak saya. Okay!,”


“Betul cakap Zarith. Mama pun tak setuju Zarith pikul tanggungjawab yang belum pasti. Budak yang dia kandung tu, boleh jadi anak sesiapa saja,”


“Mama… Zarith dah buat kesilapan besar mama. Dia tak kasihankan budak tu ke? She’s your girlfriend kan?,”


“Girlfriend saya ramai,”


Luqman diam. Sikap selamba itu benar-benar mencabar sabarnya. Pandangannya dihalakan pula pada ibunya.


“Takkan mama nak tengok saja? Zarith kena bertanggungjawab,”


“Kalau anak tu bukan anak Zarith, macam mana? Lagipun, Zarith muda lagi untuk pikul tanggungjawab macam tu. Macam mana dia nak kahwin? Bulan depan dia nak pergi Jepun. Takkan nak nikah pula. Mama tak setuju. Kerja dia lagi penting. Masa depan dia lagi penting,”


“Masa depan budak tu, macam mana ma?,”


“Dia dah tentukan dia nak masa depan macam tu kan? Takkan orang lain yang kena pikul masalah yang dia buat?,”


“Mama… kesian budak tu. Lagipun, Zarih turut bersalah dalam hal ni, mama,”


“Kalau abang kesian, abanglah yang nikah dengan dia…,”


“Zarith!,”


Adiknya tergelak kecil. Cukup sinis.


“Lagipun, mustahil saya nak ambil minah kilang macam tu jadi isteri saya. Kerja kilang. Dah tu, senang-senang pula serah tubuh pada lelaki. Not my taste la abang,”


“Kamu memang teruk, Rith,”


“Abang nikah dengan dia, nak? Tak nak? Look! Abang pun tak nak. Tapi, abang paksa saya? Saya tak nak jadi kambing hitam. Mungkin anak tu anak orang lain, tapi, saya pula
kena mengaku itu anak saya? Mengarut. Betul-betul mengarut,”


“Abang….,”


“Abang!?,”


Dia tersentak. Pertengkaran antara dia dengan Zarith hilang tiba-tiba. Wajah Najwa kini berada di hadapannya.


“Macam mana bang? Apa Zarith cakap?,”


Luqman diam. Tidak sampai hati untuk mengulangi kata-kata Zarith di hadapan Najwa. Tidak mahu memburukkan emosi Najwa yang sememangnya sudah parah.


“Najwa macam mana? Bertambah sihat? Ada makan ubat yang doktor bagi?,”


Najwa diam. Soalannya tiada jawapan. Dan, itu bagai memberitahu yang Zarith memang tidak akan bertanggungjawab. Dia tunduk. Buntu memikirkan jalan penyelesaian. Mula mempertikaikan setiap tindakan dia sebelum ini.


“Kalaulah saya tak ikut dia malam tu…,”dia bersuara lirih. Tunduk sambil membiarkan angin petang menyapu rambutnya. Luqman menoleh. Najwa mahu meluahkan perasaan. Dia pula, berminat untuk mendengar.


“Maksud Najwa?,”


“Zarith cakap dia nak pergi ke Jepun. Dia ajak saya pergi ke satu majlis sebelum dia nak ke sana. Kalau saya tak pergi, semua ni tak kan berlaku,”


“Maksud Najwa?,”


“Saya tak sedar apa yang berlaku. Zarith tipu saya. Saya tak tahu apa yang dia letak dalam minuman saya,”


Luqman menahan nafas. Tajam dia merenung wajah di hadapannya. Mencari kebenaran. Juga mencari sekelumit pembohongan. Agak kontra cerita yang keluar dari bibir Zarith kalau dibandingkan dengan carita yang meniti di bibir
Najwa saat ini.


“Najwa diamkan? Diamkan perbuatan dia yang terang-terang salah?,”dia bertanya tanpa membenarkan mindanya membuat penilaian. Biarlah dia mendengar cerita Najwa dahulu.


“Abang nak saya buat apa? Beritahu semua orang saya tidur dengan kekasih saya, tanpa saya sedar? Siapa nak percaya bang? Buat apa saya nak malukan diri sendiri?,”


“Tapi, Najwa tahu semua tu salah. Kan?,”


“Dia cakap dia cintakan saya. Dia cakap, kalau apa-apa berlaku, dia akan bertanggungjwab. Saya sayangkan dia. Saya percayakan dia. Saya yakin dengan kata-kata dia. Lagi pun, saya tak sanggup nak tengok dia ditangkap polis kalau saya laporkan semua tu,”


“Masa depan Najwa bagaimana? Najwa tak fikir itu semua?,”


“Saya tak sangka sampai macam ni. Tak sangka boleh pregnant. Itulah kali pertama dan terakhir. Lepas tu, saya tak keluar berdua lagi dengan dia. Dia pun tak lagi desak nak jumpa saya. Saya ingat dia sibuk. Saya ingat dia faham yang saya tak mahu benda buruk tu berulang lagi. Tapi, saya silap. Rupa-rupanya dia dah tak perlukan saya…,”


Luqman membisu. Turut berasa buntu dengan situasi itu. Ibunya berkeras menyokong Zarith. Dan, Zarith pula nekad tidak mahu menggalas tanggungjawab. Begitu mudah lelaki itu lari daripada perbuatannya. Kini, di hadapannya, Najwa yang seakan putus harapan untuk berdepan dengan hidup. Dia sendiri? Terasa tidak berdaya untuk membantu. Di hadapannya, seorang anak gadis yang teraniaya. Yang melakukan kekejaman itu pula, adalah adik yang selama ini disayangi sepenuh hati.


“Apa rancangan Najwa?,”akhirnya, dalam buntu soalan itu diaju.


Najwa menggeleng. Apalah perancangan yang dia ada. Yang terlintas di hatinya cuma mahu menamatkan perjalanan hidupnya di muka bumi ini. Namun, teringatkan ibu dan adik-adik, dia jadi keliru. Teringatkan dosa yang sudah terbeban di bahu, juga membuat dia takut. Membuat dia gerun. Tidak mungkin dia mahu menggalas dosa yang lebih besar.


“Dah berapa bulan?,”


Sekali dia menggeleng.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2010 11:22 AM | Show all posts

“Tak tahu?,”


“Saya cuma check sendiri. Saya tak pergi klinik,”


Luqman mengeluh panjang. Di klinik tempoh hari pun dia tidak minta penjelasan terperinci tentang keadaan Najwa.


“Masih kerja?,”


Kali ini, gadis itu mengangguk.


“Sampai bila?,”


Geleng. Luqman mengeluh lagi. Sesekali terfikir kenapa sebegini besar perhatian yang dia berikan pada Najwa.


“Saya tak boleh terus kerja. Nanti semua orang akan tahu,”


“Kalau tak kerja, Najwa nak buat apa? Balik kampung?,”


Najwa menggeleng lagi.


“Nanti mak tahu. Adik-adik tahu,”


“Dah tu?,”


“Entah. Saya tak tahu. Saya rasa nak mati aje. Saya tak hidup lagi. Saya malu! Kalau mati lagi elok!,”


“Najwa… jangan macam ni,”


Najwa mencari wajah Luqman. Membiarkan air mata menitis lagi di hadapan lelaki itu. Sungguh dia hilang punca.


“Entahlah bang. Saya tak tahu nak buat macam mana bang. Saya benar-benar buntu. Perut saya, nanti mesti makin besar. Macam mana saya nak berdepan dengan masyarakat? Apa saya nak buat? Saya takut… saya takut bang… saya kotor. Saya berdosa. Pada Tuhan. Pada mak..adik-adik…Saya dah tak tahu macam mana nak hadapi semua ni,”


“Abang faham…,”


“Saya nak pergi jauh dari sini,”


“Pergi mana? Sendirian dengan keadaan Najwa macam ni?,”


“Mana-mana saja,”


“Tak nak berterus-terang dengan mak Najwa?,”


“Mak sakit. Saya tak dapat maafkan diri sendiri kalau sampai ada benda buruk menimpa mak, sebab kebodohan saya ni. Sebab kesilapan saya. Sebab dosa saya,”


“Tak takut nanti mak Najwa risau?,”


Najwa diam. Soalan itu membuat dia terfikir. Rupanya dalam tidak sedar, dia abaikan juga perasaan ibunya. Andai dia pergi tanpa bicara, pasti membuat ibunya risau. Sudahnya dia mengeluh kecewa. Juga membuat jiwanya meronta tiba-tiba. Terasa saat itu juga dia mahu sujud ke kaki ibunya.


“Saya nak jumpa mak…,”


“Abang boleh hantar Najwa, kalau Najwa nak,”


Najwa menggeleng untuk ke sekian kalinya.


“Dah banyak abang tolong saya. Cukuplah,”


Luqman cuba bersuara, namun laju gadis itu memberi alasan.


“Abang tak kisah. Abang rasa bertanggungjawab,”


“Bukan salah abang kalau adik abang tak mahu bertanggungjawab. Saya pun bersalah juga,”


Luqman merenung wajah mendung di hadapannya.


“Abang akan cuba tolong setakat yang abang mampu. Abang tak mahu Najwa rebah tanpa perlindungan,”


“Saya akan cuba untuk jadi kuat,”


Luqman diam. Kata-kata itu langsung tidak meyakinkan. Jelas di matanya Najwa sudah hilang semangat juang. Dan, mustahil dia akan biarkan gadis ini terkapai-kapai sendirian mengharungi masalah yang bukan kecil.


“Berapa umur Najwa sebenarnya?,”


“Dua puluh,”


Luqman mengeluh perlahan. Terlalu muda usia itu untuk Najwa harungi kemelut sepahit ini. Sepatutnya gadis ini sibuk mengusung buku mencari ilmu.


“Saya nak balik dululah. Tiba-tiba rasa macam tak sedap badan lah,”


“Kenapa? Najwa tak sihat ke?,”


“Saya okay,”


Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, laju belakang tangannya menyentuh dahi Najwa. Panas.


“Demam ni,”


“Sikit je. Nanti balik, saya makan panadol, okay lah ni,”Najwa bersuara sambil mengangkat punggung. Menyedari sudah ada sedikit rasa pitam mengganggunya, pantas tangannya menekan meja rehat di taman permainan tidak jauh dari rumah sewanya. Sekaligus memberi rasa loya yang teramat sangat.


“Najwa okay?,”


Tubuh Luqman yang tercegat hampir dengannya, ditolak keras. Bergerak ke arah rimbunan pokok. Memuntahkan segala makanan yang dia makan sebentar tadi. Luqman tergamam. Cuma memandang Najwa tertunduk muntah sambil menekan dada. Dalam panic, tidak tahu apa yang harus dia lakukan,
perlahan dia bergerak mendekat. Menggosok perlahan belakang gadis itu.


“Lega?,”


Tanpa memandang wajahnya, Najwa mengangguk lemah. Menahan rasa perit di tekak. Juga senak di perut. Tidak cukup dengan itu, ditambah dengan kepala yang memberat.


“Abang bawa pergi klinik lah. Check demam tu. Panas sangat badan Najwa ni,”


“Saya okay. Dah biasa. Demam kejap aje ni,”


“Pucat muka ni. Jangan degillah ya. Kita
pergi klinik,”lembut sahaja suara Luqman memujuk.


“Baru dua hari lepas abang bawa saya pergi klinik,”


“Itu sakit lain. Ini sakit lain,”


Najwa tersenyum kecil. Berusaha berdiri, sambil dibantu Luqman.


“Muntah-muntah Najwa teruk ke?,”


Najwa sekadar menggeleng.


“Biasa-biasa saja,”jawabnya perlahan.


“Kita pergi check demam tu,”


‘Abang… jangan terlalu baik macam ni. Nanti, abang tak ada, siapa nak tolong saya? Biarkan saya. Biar saya uruskan sendiri
masalah saya. Cukuplah pertolongan abang. Bukan saya tak berterima kasih. Saya bersyukur sangat-sangat sebab abang muncul saat saya macam ni. Tapi, saya tak boleh ambil kesempatan atas kebaikan abang. Tolong ya bang. Biarkan saya sendiri,”


Luqman mengeluh lemah. Tidak mahu terus mendesak.


“Okay. But, promise… kalau demam melarat, call abang. Najwa simpan nombor abang kan?,”


“Baik, bang,”


Mendengar jawapan itu, dia tersenyum.


“Jom. Abang hantar pulang,”


“Dekat saja. Saya boleh balik sendiri. Abang pergilah balik,”


Luqman mengeluh lagi. Tegak berdiri memerhati langkah Najwa yang sedikit terhoyong – hayang. Langsung tidak memberi keyakinan untuk dia membiarkan Najwa melangkah sendirian. Sudahnya dia menapak di belakang gadis itu perlahan-lahan. Membuat Najwa berpaling.


“Abang?! Tak perlu temankan saya. Saya boleh balik sendiri,”


“Abang tak temankan pun. Abang nak jalan-jalan kejap,”


“Jangan jalan belakang saya?,”


“Eh, ye ke? Tak perasan abang,”


Najwa mengerling sambil Luqman tersenyum lebar. Gurauannya berjaua menggaris senyum kecil di bibir gadis itu.


“Apa salahnya. Abang tak ganggu Najwa pun. Kan?,”dia bersuara lagi bersama senyumnya.


Jawapan yang kemudian membuat Najwa tergelak kecil. Dia tahu Luqman mahu mengawasi langkahnya. Luqman pula, tersenyum mendengar gelak keci itu. Walau pun tidak seceria mana, namun, dapat dia lihat wajah itu sedikit cerah dengan senyum.
Najwa tidak lagi membantah dan dia terus melangkah mengawasi tiap gerak Najwa. Bimbang kalau-kalau gadis itu terjatuh.

****

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 12:32 PM | Show all posts
salam...
baru masuk. cerita yang menarik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2010 12:39 PM | Show all posts
salam...
baru masuk. cerita yang menarik...
mawarbaiduri Post at 2-8-2010 12:32 PM



    w/salam...........masuk hari2 tahu......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2010 05:27 PM | Show all posts
hari-hari masuk... cuma x terkejar rumah. banyak sangat nak kena singgah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 09:34 PM | Show all posts
teruskan ..... comel jer lukman & najwa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 08:17 AM | Show all posts
teruskan ..... comel jer lukman & najwa
LEES Post at 2-8-2010 09:34 PM



    me suka sgt dgn watak luqman ni......

thanks dear....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 08:31 AM | Show all posts
salam Hanni...tahniah buku buku yg dah diterbitkan mmg best. Antara penulis A list saya dan waji ...
kaypo Post at 30-7-2010 11:32



    kay....kita serupa...
novel Hanni antara yg wajib dalam troli....
sume cite2 Hanni dalam blog aku ikuti.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.067417 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list