CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4448|Reply: 13

Nak mintak Tolong Org Sabah...

[Copy link]
Post time 6-8-2010 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Salam buat orang Sabah semua,

Saya baru pertama kali masuk kat bod nih. Sy orang Sarawak dan ada satu perkara yang nak minta pandangan dari orang2 sabah sudi membantu...

Ceritanya macam nih... 2 tahun yang lepas bapa mertua saya ada menerima satu tawaran daripada seseorang/ sykt di sabah. Bapa mertua saya pun dapat offer ni daripada ipar dia yg bekerja di sebuah bandar di utara sarawak. Saya tak tau nak cerita lbh detail tapi lbh kurang macam ni saja lah...

Mereka mencari org yang ada tanah serta mempunyai geran. Ada limit keluasan dia la. Hanya salinan geran diperlukan dan nombor akaun. Macam mana dia org buat bisness tak tau la saya, tapi mereka kata akan bank-in duit untuk mereka yang menyertai. Mereka sanggup bayar untuk penerbangan pergi balik ke KK tahun lepas utk bapa mertua saya. Selain tu tak ada la dia org tu bank-in duit ke ap semua. Terbaru mereka tanggung semua perbelanjaan penerbangan pergi balik, makan minum, hotel dan segala perbelanjaan utk bapa mertua saya dan adik ipar saya ke KK. Bukan mereka berdua saja la, tapi ramai lagi yang menerima tawaran tersebut...

Persoalan saya :
1. Wujud ka benda2 macam ni di Sabah.
2. Saya anggap ada udang di sebalik mee pasal hal ini. Cuma bila saya beritahu bapa mertua saya, dia org macam tak senang dengan saya. Ipar2 yang lain pun mcm tu. Macam saya berminat dengan tanah  tu pulak. Cakap ngan isteri dia cakap, biar la harta dia. Nak cakap lebih2 nanti susah. Dia org tau kemungkinan yg dia org di tipu, tetapi dia org cakap salinan geran asal ada pada mereka dan takde sebarang pindahan dibuat.

saya stop sini dulu, harap ada yg pernah terdengar perkara2 seperti ni berlaku di kawasan berhampiran dgn anda..

sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2010 02:59 PM | Show all posts
Mereka mencari org yang ada tanah serta mempunyai geran. Ada limit keluasan dia la. Hanya salinan geran diperlukan dan nombor akaun. Macam mana dia org buat bisness tak tau la saya, tapi mereka kata akan bank-in duit untuk mereka yang menyertai. Mereka sanggup bayar untuk penerbangan pergi balik ke KK tahun lepas utk bapa mertua saya. Selain tu tak ada la dia org tu bank-in duit ke ap semua. Terbaru mereka tanggung semua perbelanjaan penerbangan pergi balik, makan minum, hotel dan segala perbelanjaan utk bapa mertua saya dan adik ipar saya ke KK. Bukan mereka berdua saja la, tapi ramai lagi yang menerima tawaran tersebut...


x pernah dgr pun TT........ setahu V, kat kk aktif dgn bisnes MLM ade la ..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2010 03:16 PM | Show all posts
Reply 2# Lady_Ervana


    oh ye ke... thanks sbb sudi reply. Tapi masih tak puas hati lagi dgn apa yg dia org buat. Mana ada org nak bagi duit free mcm tu je. Paling positif pun yg saya fikir adalah pasal ada pihak nak "cuci duit" yg tak betul. Tak kisahla duit yg macam mana.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 07:11 PM | Show all posts
kalau tade details pasal business ape dia buat, mmg tak bley nak percaya sgt kan.. takut2 dia nak scam kita ke ape.. skrg ni byk sungguh org scam2 ni and summore
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 07:51 PM | Show all posts
Just berhati2 yer...
Pak Cik saya ada kena tipu begini...Agaknya 19-20 tahun yg lampau...
Sykt/org tu kata kalau bagi tanah, mesti ada pelaburan...Pakcik sy yg baru dpt tunggakan / baru pencen labur habis dekat RM60K...
Habis lenyap...sampai pakcik tu lesu dan dah jadi arwah dah skrg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2010 08:24 AM | Show all posts
Thanks.. saya dah ingatkan dia org byk kali. Itu la, kalau manusia senang sangat dikaburi dgn janji2 manis. Yang penting kata dia org, tak rugi satu sen pun. Sebab hanya salinan geran tanah je yg diperlukan. Semua perbelanjaan ke KK dari sebarang destinasi di sarawak ditanggung oleh pihak berkenaan. Bila sy cakap lebih2 dia org tarik muka dengan saya.

Apa yg saya difahami, ada beberapa pihak yang ingin membawa keluar wang ke luar negara tetapi terdapat beberapa sekatan. Cara termudah utk mereka mengelaurkan wang tersebut ialah dgn melabur ke atas tanah2 di dalam negara spt tanam sawit, getah dsbnya. Atas kertas je ada projek tapi takda sebarang projek pun yg dijalankan. Sebab tu salinan geran tanah diperlukan dan pemilik tanah tu diberi la sedikit sagu hati. Lbh kurang mcm tu la yg saya dengar2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2010 10:37 AM | Show all posts
hati2 geng.... kang sekali tau tanah dah tukar nama  
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 04:27 PM | Show all posts
cerita ni memang wujud ada di kawasan pedalaman pantai barat utara.kebanyakkan yang join terdiri dari golongan berpendidikan.cikgu,kerani, pekerja swasta dan petani.dengar cerita ada yang da dapat imbuhan beribu2 rm,tak tau betul ke tak sebab saya tak ada tanah yang luas pun nak join.
soalan pasal ni da diajukan ke pejabat tanah dan ukur dan Peguam .dorang ckp kalau setakat copy je tak de masaalah yang penting jangan ada perjanjian atau tanda tangan.yang beri info ni pun seorang Guru Besar di daerah saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2010 04:33 PM | Show all posts
ada beberapa orang cikgu tu da dapat imbuhan da,,.tu yang ramai join tu.kalau awak nak lebih jelas pegilah jabatan tanah dan ukur, pejabat daerah, negeri atau pun pejabat peguam. tanya sendiri....K..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 09:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by willywonka at 26-10-2010 09:50

tipuuuuuuuu........
memang diaorang minta salinan geran dan tiada perjanjian tapiiiiiiiii lepas tu mereka minta duit untuk proses inilah, proses itulah. oleh kerana kau dah terhutang budi kena bayar kapal terbang, hotel, makan di restoran mahal...kau akan bagi duit kau juga tu. mereka ni cakap manis o, mereka ni memang pandai cakap ooo macam itu orang skim cepat kaya. siapa yang pernah jumpa orang skim cepat kaya ni tau lah. janji dapat inilah, janji dapat itulah...tapi pelan-pelan dia ambil duit kau. cubalah kamu bayangkan itu baru seorang dia dapat, kalau beribu orang dia dapat di Malaysia ni. fikir-fikirkanlah....

zach2008, skarang dah bulan 11...aku nak tau juga apa dah jadi dengan bapa mertua tu?.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 05:02 PM | Show all posts
kalau dorang nak mintak duit tak payah la kasi..sebab apa yang saya nampak di sini bussines man dari china tu tak minta apa2 bayaran...tapi kalau tak yakin takpayah la nak join.
macam bussines FOREX la kalau tak ada modal tak yah melabur..baik simpan je duit dalam ASB.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 05:07 PM | Show all posts
baik zach2008 rujuk dengan pihak kerajaan yang berkenaan dulu,kalau dorang ckp haram atau tak sah mintak la surat dari dorang bukti tawaran tu skim cepat kaya. jangan buat andaian sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 05:56 PM | Show all posts
Alang2 cerita tentang tanah ni...ada kawan2 tahu sesiapa hdk mnjual tanah d area Putatan, penampang atau Petagas....? Aku mau beli ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 11:29 AM | Show all posts
d kampung sa ni ada juga yg ikut...lama sudah tu tp smpai skrg belum ada pun apa2 dorg dpt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.072538 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list