CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1010|Reply: 0

Mati lemas selepas nahas kereta

[Copy link]
Post time 13-8-2010 04:16 PM | Show all posts |Read mode
2010/08/12 JERTIH: Seorang guruKelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ditemui lemas akibat terjun kesungai, selepas berjaya keluar daripada keretanya yang terbakar dalamkemalangan di Kampung Pulau Salim, Kuala Besut, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Rosmazila Ibrahim, 31,seorang guru KAFA dikatakan mengalami tekanan perasaan dan memandu lajudari Seberang Jertih ke Kuala Besut, sebelum keretanya terbabas danmerempuh tembok konkrit jalan, lalu berpusing beberapa kali danterbakar.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria,berkata kereta itu terbabas ke kanan jalan, sebelum merempuh tembok ditepi jalan dan kemudian menghentam pagar padang ragut sebelum berhentidan terbakar selepas menghentam sebatang pokok kelapa.
Mangsa berjaya keluar daripada keretanya yang remuk dan terbakaritu, dipercayai terjun ke sungai 20 meter dari tempat kejadian.

Mangsa masih bujang dan mengajar Kelas KAFA di Hulu Besutdipercayai mengalami gangguan mental sejak seminggu lalu, dikatakankeluar memandu seorang diri tanpa tujuan dari rumahnya di Kampung Darausebelum kemalangan itu berlaku, katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, anggota bomba menemui mayat mangsa terapung ditebing sungai dan menghantarnya ke bilik mayat Hospital Besut untukbedah siasat .

   Mangsa  tinggal bersama ibu bapanya di Kampung Darau, disahkan meninggal dunia akibat lemas, katanya.
Sementara itu, dalam kejadian kedua di Kampung Gerai dekat Jertihpada jam 9.20 pagi semalam, seorang pelajar Tingkatan Satu sebuahsekolah menengah di Jabi, Muhammad Rafiuddin Hassan, 13, terbunuhselepas kenderaan yang dipandu bapanya, Hassan Rashid, 49, terbabas danmelanggar sebatang pokok.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Besut jam 11.03 pagi semalam,manakala ayah dan adiknya, Muhammad Asrol, 7, yang parah dibawa keHospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM) Kubang Kerian, Kelantan bagi rawatan lanjut.

Komen: Kalau dah ajal sampai nak elak macam mana pun tak boleh jugak. So, beringat-ingat lah kita semua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.060898 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list