CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2686|Reply: 2

Royal Caribbean tawar pelayaran paling lama di dunia

[Copy link]
Post time 22-10-2021 09:28 PM | Show all posts |Read mode

Tempahan bagi pelayaran itu sudah dibuka dengan pelayaran pertama dijangka bermula pada 2023. - Dan Lamont

Royal Caribbean tawar pelayaran paling lama di dunia

MIAMI, FLORIDA –  Syarikat perkapalan Royal Caribbean International bakal menawarkan pelayaran selama 274 hari  yang merupakan pelayaran paling lama di dunia, lapor akhbar New York Post semalam.

Pelayaran yang dipanggil  Ultimate World Cruise itu akan menjelajah 65 buah negara di seluruh dunia.

Tempahan bagi pelayaran itu sudah dibuka dengan pelayaran pertama dijangka bermula pada penghujung 2023.

Harga tiket bagi pakej pelayaran penuh melibatkan 150 buah lokasi termasuk lokasi yang disenaraikan sebagai ’11 keajaiban dunia’ itu dijual pada harga AS$60,999 (RM253,328) setiap seorang.

Pelayaran itu akan berlepas dari Miami pada 10 Disember 2023 sebelum kembali semula ke  lokasi sama pada 10 September 2024.

“Ini merupakan pelayaran dunia paling mengagumkan. Orang ramai sudah mula mengembara semula bagi ‘membalas dendam’ (perintah berkurung Covid-19).

“Royal Caribbean menjadikan pelayaran ini  satu realiti menerusi percutian menakjubkan ini,” kata Ketua pegawai Eksekutif Royal Caribbean, Michael Bayley dalam satu kenyataan akhbar.  – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/10 ... ling-lama-di-dunia/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2021 04:25 AM | Show all posts
dah ader thread nie
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2021 04:04 AM | Show all posts
hello, thank you for your this info.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.057238 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list