CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: samshik

Belasungkawa: Al Faatihah buat lagenda yang telah Pergi

  [Copy link]
Post time 26-8-2010 11:41 AM | Show all posts
Teh Faridah menang Miss Malaysia Universe dan melayakkan diri mewakili malaysia ke peringkat Miss Universe/World.. boleh check dlm google.. Miss Universe 1976.. ade list name Teh Faridah represent for malaysia... kire hebat juga lah pencapaian Teh Faridah nie.. btw aku dgr dr one of my fren, mengatakan Teh Faridah tidak secantik dulu kerana kelihatan tua and body pun x maintain.... thats why aku request sape2 leh dpt pic terkini Teh Faridah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2010 11:47 AM | Show all posts
oooOOo.. ok pahamlah sy. ingatkan dia menang Miss Universe/World. Tp still dasyat gak laa pencapaian dia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 11:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 11:50 AM | Show all posts
Teh Faridah at Miss Universe 1976

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 11:51 AM | Show all posts


ni ke teh faridah zaman muda2
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 11:53 AM | Show all posts
Teh Faridah di nobatkan sebagai Miss Malaysia universe kerana beliau memiliki kecantikkan melayu asli... xde mix2 ok... lagi satu Teh Faridah nie kire educated jgk, so beauty with the brain...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2010 12:01 PM | Show all posts
aku suka thread nih smlm aku dok cerita ngan mak aku gosip2 klasik yg aku baca kat sini...die pon pelik mana la anak die taw nih semua..aku ckp..itulah kuasa intenet...muahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:04 PM | Show all posts
thanks for ur support frens.... nanti aku update lagi story2 lame yg aku tau.... hari otak kurang berfungsi ckit sbb x bape sihat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2010 12:05 PM | Show all posts
thanks for ur support frens.... nanti aku update lagi story2 lame yg aku tau.... hari otak kurang be ...
pencintaTZ2010 Post at 26-8-2010 12:04



    ala.. cian.. ko masuk tak thread lagu melayu tu bro??
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:06 PM | Show all posts
Jumpa satu gambar tu kat blog ruby.. katanya yg tgh baju hitam with pearls tu Teh Faridah. Not sure if this is the Miss Universe Teh Faridah. Picture taken 2008. Menurut cerita dlm blog ni Teh Faridah ni fesyen designer..

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by Chempaka~Kasih at 26-8-2010 12:08

alaa... gambar tak kuar pulak
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:08 PM | Show all posts
ermm... x pernah dgr plk Teh Faridah nie Fesyen Designer... hu hu hu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:08 PM | Show all posts
Kemat Hassan
(Telah Meninggal Dunia 01 September 2004)

Nama Penuh :        Kemat Hassan
Tempat Lahir :        Singapura
Bangsa :        Melayu
Bahasa :        Bahasa Melayu
Kerjaya :        Pelakon
Kemahiran :        Berlakon



Pengalaman
Kemat Hassan dilahirkan di Singapura pada Mei 1929. Sebelum bekerja dengan Malay Film Productions (MFP) pertengahan tahun 1950, beliau tidak pernah meminati bidang lakonan. Hal ini demikian kerana belaiu berpendapat, bidang lakonan susah dan tidak sesuai. Namun, segala-galanya berubah apabila Kemat diterima bekerja di MFP sebagai kerani di Bahagian Pentadbiran. Sesekali, beliau diminta membuat kerja alih suara (dubbing).

Minat berlakon Kemat timbul ketika membuat kerja alih suara. Namun, Kemat tidak yakin sama ada beliau boleh berlakon ataupun tidak.

Beberapa orang pelakon di MFP yang rapat dengan beliau ialah Salleh Kamil, A. Rahim, Aziz Sattar, dan Normadiah. Normadiahlah yang mendorong Kemat berlakon. Berkat dorongan kawan-kawan, Kemat bertekad tidak akan menolak jika diberi peluang berlakon.

Peluang berlakon terbuka untuk Kemat apabila pengarah S. Ramanathan meminta beliau berlakon dalam tiga babak filem, Kipas Hikmat pada tahun 1955. Filem bercorak 1001 malam itu dilakonkan oleh Yusof Latiff, Mariam, S. Kadarisman, dan Ibrahim Pendek.

Kemat memperoleh peranan yang agak apabila P. Ramlee mengarah filem, Penarek Becha pada tahun 1955. Dalam filem tersebut, Kemat menjadi kawan baik Salleh Kamil yang memegang watak lelaki penipu yang mahu memperdaya seorang orang kaya.

Kemat diberikan peranan yang lebih besar dalam filem, Semerah Padi yang diarahkan oleh P. Ramlee pada tahun 1956. Selepas itu, Kemat tidak putus-putus berlakon daripada sebuah filem kepada sebuah filem, yang diarahkan oleh hampir kesemua pengarah filem yang bertugas di MFP.

Kemat sentiasa mengisi masa lapang dengan kerja atau kegiatan yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan beliau. Waktu lapang beliau diisi dengan menulis skrip.

Jamil Sulong melihat bakat yang ada pada Kemat dan berpendapat bahawa beliau boleh pergi jauh dalam kerjaya perfileman. Jamil memilih Kemat sebagai penolong pengarah bagi filem pertama yang diarahkan oleh beliau. Filem pertama yang diarahkan oleh Jamil pada tahun 1959 itu ialah Batu Belah Batu Bertangkup yang dilakonkan oleh Aziz Jaafar, Zaiton, Neng Yatimah, Salleh Kamil, dan Bat Latif.

Kemat bukan hanya penolong pengarah dalam filem tersebut, malah beliau turut muncul sebagai pelakon pembantu. Kemat sangat gembira apabila pengarah Jamil Sulong berpuas hati dengan tugas beliau sebagai penolong pengarah.

Semenjak itu, Kemat menjadi penolong pengarah filem selain kekal sebagai pelakon pembantu. Rakan-rakan setugas beliau yang turut berada di kerusi penolong pengarah filem ialah S. Kadarisman (juga pelakon), S. Sudarmaji, Nordin Arshad, dan Zulkifli Mohd (masih suami pelakon, Sarimah ketika itu).

Kemat sebagai penolong pengarah berkhidmat di bawah semua pengarah kecuali P. Ramlee. Namun, P. Ramlee membuka peluang berlakon kepada Kemat. Lakonan Kemat Hassan dalam filem, Seniman Bujang Lapok yang diarahkan oleh P. Ramlee pada tahun 1961 begitu diingati melalui babak Sudin (S. Shamsudin) masuk ke pejabat Manager, Kemat Hassan untuk meminjam duit. &#65533agi-pagi kau nak pinjam duit, Din. Berapa?�. Nada keras Kemat membuatkan Sudin gugup. Akhirnya, Sudin yang ingin meminjam 500 ringgit tersebut lima ringgit.

Kemat mahu menjadi seperti teman-teman beliau yang lebih senior seperti Jamil Sulong, Omar Rojik dan S. Kadarisman yang menjadi pengarah setelah beberapa tahun menimba pengalaman sebagai penolong pengarah. Peluang untuk meningkat ke tahap tersebut ditunggu-tunggu oleh beliau dengan penuh harapan tetapi hampa.

MFP yang ditutup pada tahun 1967 turut menutup peluang kerjaya perfileman Kemat. Kemat terpaksa melupakan dunia filem untuk selama-lamanya.

Sungguhpun demikian, filem terakhir yang dilakonkan oleh beliau ialah Kolej 56 yang diarahkan oleh Ahmad Fauzee pada tahun 1989. Kemat Hassan meninggal dunia di Singapura pada 1 September 2004.



Lakonan
1962
:
  Siti Muslihat - (Pelakon Pembantu)
1961
:
  Seniman Bujang Lapok - (Pelakon Pembantu)
1961
:
  Ali Baba Bujang Lapok - (Pelakon Pembantu)
1960
:
  Antara Dua Darjat - (Pelakon Pembantu)
1960
:
  Megat Terawis - (Pelakon Pembantu)
1959
:
  Nujum Pak Belalang - (Pelakon Pembantu)
1959
:
  Musang Berjanggut - (Pelakon Tambahan)
1958
:
  Sarjan Hassan - (Pelakon Tambahan)
1957
:
  Pancha Delima - (Pelakon Pembantu)
1956
:
  Anakku Sazali - (Pelakon Tambahan)
1956
:
  Semerah Padi - (Pelakon Tambahan)
1955
:
  Penarik Beca - (Pelakon Tambahan)
1951
:
  Matahari - (Pelakon Pembantu)
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:10 PM | Show all posts


Baju hitam (2 dari kanan),
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:11 PM | Show all posts
ermm... x pernah dgr plk Teh Faridah nie Fesyen Designer... hu hu hu
pencintaTZ2010 Post at 26-8-2010 12:08



    Maybe the wrong Teh Faridah kot.. hu hu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:11 PM | Show all posts
Malek Sutan Muda
(Telah Meninggal Dunia 20 Oktober 1974)

Nama Penuh :        Abdul Malek Raja Muda Bin Hassan Sutan
Tempat Lahir :        Bukit Tinggi, Sumatera, Indonesia
Bangsa :        Melayu
Bahasa :        Bahasa Melayu
Kerjaya :        Pelakon
Kemahiran :        Berlakon


i
Pengalaman
Malek Sutan Muda atau Abdul Malek Raja Muda bin Hassan Sutan dilahirkan di Bukit Tinggi, Sumatera, Indonesia pada tahun 1919. Beliau pernah menjadi guru dan mengajar di Sekolah Bukit Tinggi.

Beliau kemudiannya membuka sebuah kedai gambar di sebabkan oleh minat beliau yang mendalam terhadap fotografi.

Walaupun perniagaan kedai gambar beliau maju, Malek tidak dapat menahan naluri seni yang menguasai jiwa beliau. Lalu, Malek menceburi bidang seni dengan menjadi anak wayang dalam rombongan, Bolero di bawah pimpinan Bachtiar Effendi pada tahun 1938.

Bersama rombongan Bolero, pada mulanya Malek menjelajah seluruh daerah di Sumatera, dan kemudian ke Semenanjung Tanah Melayu. Selepas itu, rombongan tersebut mengadakan pertunjukan di Brunei pula.

Selepas Perang Dunia Kedua meletus, Malek terkandas di Kuala Kangsar, Perak kerana Bolero menghadapi masalah kewangan. Namun, nasib beliau baik kerana dapat peluang berlakon dalam sebuah filem Inggeris yang sebahagian penggambarannya dijalankan di Kuala Kangsar. Dalam filem, Speed the Parting yang diterbitkan oleh Syarikat Crown Film Unit dari Britain itu, Malek berlakon sebagai seorang pegawai tentera. Selesai berlakon dalam filem tersebut, Malek kembali ke pentas. Kali ini bersama-sama rombongan, Arjuna yang membuat persembahan terakhir di Singapura setelah menjelajah Persekutuan Tanah Melayu.

Pada Penghujung tahun 1950, Maly Film Productions (MFP) banyak mengambil pelakon bangsawan untuk dijadikan bintang filem. Malek turut terlibat dalam pengambilan tersebut. Pada tahun 1951, Malek menjadi pelakon di Studio MFP yang semakin aktif mengeluarkan filem cereka.

Filem pertama yang dilakonkan oleh Malek Sutan Muda di MFP ialah Pulau Mutiara yang diarahkan oleh S. Ramanathan pada tahun 1951. Watak penting dalam filem tersebut dipegang oleh Osman Gumanti dan Maria Menado. Osman Gumanti berasal dari Sumatera, manakala Maria berasal dari Menado.

Oleh sebab Malek menceburi bidang perfileman pada usia melebihi 30-an, beliau tidak berkesempatan memegang watak �orang muda� atau hero dalam filem. Beliau hanya memegang watak pembantu. Namun, Malek Sutan Muda mampu menghidupkan apa-apa jenis watak. Daripada watak baik dan watak jahat kepada watak komedi seperti dalam filem Bujang Lapok dan Nujum Pak Belalang yang diarahkan oleh P. Ramlee.

Kepada pelakon-pelakon muda, Malek tidak ubah seperti guru, abang dan penasihat dalam pelbagai perkara, daripada hal filem kepada hal peribadi. Malek suka berkongsi pendapat atau pengalaman beliau dengan orang-orang baharu. Hal ini demikian kerana dia seorang yang suka belajar, termasuklah hal yang berkaitan dengan lakonan.

Malek Sutan Muda bekerja dengan MFP sehingga studio itu ditutup pada tahun 1967. Filem terakhir yang lakonan beliau di studio tersebut ialah Raja Bersiong yang diarahkan oleh Jamil Sulong. Filem tersebut membariskan hampir kesemua pelakon ternama pada ketika itu seperti Ahmad Mahmud, Sarimah, Aziz Jaafar, Haji Mahadi, dan Rahmah Rahmat.

Setelah MFP ditutup, Malek berlakon dalam filem, Ibulah Shorga yang diarahkan oleh Sudarmaji. Filem dalam ukuran 16mm itu, di modali oleh bekas pekerja MFP antaranya termasuklahSaadiah, Aziz Jaafar, Aziz Sattar, Normadiah, dan Malek sendiri. Itulah pembabitan terakhir Malek Sutan Muda dengan Filem. Selepas itu, beliau menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan pula. Beliau membuka warung makanan di Jalan Sultan, Singapura yang dinamakan, �Sudi Mampir�. Hidangan istimewa di warung beliau itu ilah gado-gado dan nasi ambang.

Malek memang suka memasak. Semasa bekerja di MFP, Malek suka menjamu kawan-kawan dengan masakan beliau sendiri seperti soto, gado-gado ayau mi jawa.

Malek Sutan Muda Mondrian rumah tangga sebanyak dua kali. Kali pertama, dengan Masitah. Mereka berpisah setelah mendapat seorang anak perempuan, Nur Yumanis. Selepas itu, beliau berkahwin pula dengan Juriah Hassan. Perkahwinan yang kekal ke akhir hayat itu dikurniai 10 orang anak, enam orang preplan dan empat orang lelaki. Mereka ialah Nurshamsi, Nurkhainah, Nurmainah, Nurjuliah, Nurjulisah, Nurfatimah, Ramli Sutan Muda, Husni Sytan Muda, Hasnudin Sutan Muda, dam Yusni Sutan Muda.

Malek Sutan Muda meninggal dunia di Boon Teck Road, Singapura pada 20 Oktober 1974.



Lakonan
1961
:
  Sri Tanjung - (Pelakon Pembantu)
1959
:
  Nujum Pak Belalang - (Pelakon Tambahan)
1959
:
  Musang Berjanggut - (Pelakon Pembantu)
1958
:
  Sumpah Orang Minyak - (Pelakon Utama)
1957
:
  Bujang Lapok - (Pelakon Pembantu)
1956
:
  Anakku Sazali - (Pelakon Pembantu)
1956
:
  Semerah Padi - (Pelakon Tambahan)
1956
:
  Hang Tuah - (Pelakon Tambahan)
1955
:
  Abu Hassan Pencuri - (Pelakon Tambahan)
1954
:
  Merana - (Pelakon Tambahan)
1953
:
  Hujan Panas - (Pelakon Pembantu)
1953
:
  Hati Iblis - (Pelakon Pembantu)
1952
:
  Miskin - (Pelakon Pembantu)
1952
:
  Sedarah - (Pelakon Tambahan)
1952
:
  Patah Hati - (Pelakon Tambahan)

krew Filem
1956
:
  Hang Tuah - (Penyelaras Lagak Ngeri)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2010 12:13 PM | Show all posts
sapa ada pic kak ogy yang tuh? pm iols naa
beta_carotene Post at 25-8-2010 13:21



    I ade tp tak reti nak ber pm pm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:13 PM | Show all posts
Dollah Sarawak
(Telah Meninggal Dunia 21 Mac 1994)
Nama Penuh :        Mohamad Sulaiman
Tempat Lahir :        Pulau Pinang
Bangsa :        Melayu
Bahasa :        Bahasa Melayu
Kerjaya :        Pelakon
Kemahiran :        Berlakon


Pengalaman
Penglibatan Dollah dalam filem hanya sekadar membawa watak yang sederhana. Watak hero jauh sekali kerana usianya sudah agak lanjut. Di layar perak beliau sering membawa watak tok bomoh, tukang kebun, Orang Asli, pelawak, seorang bapa yang bengis, penyanyi, penghasut dan sebagai orang tua yang baik hati. Beliau tidak pernah menolak apa jua watak yang diberikan kepadanya, walau watak kecil sekalipun kerana berlakon adalah pekerjaannya.

Beliau juga mempunyai karektor komedi dalam diri beliau sehinggakan beliau sering membuat persembahan lawak, Sekiranya dia berlawak, maka rakannya adalah Wahid Satay dan Siti Tanjung Perak. Beliau memulakan kegiatan dalam lakonan dari bangsawan sebelum melangkah ke dunia perfileman.

Beliau merupakan pelakon setia Cathay Keris. Beliau juga boleh menyanyi ala Cina. Jika beliau berpakaian klasik Cina, kerana wajahnya seiras bangsa cina. Sepanjang hidupnya, beliau telah membintangi begitu banyak filem yang tidak mengira watak, samaada tambahan, pembantu ataupun watak utama.

Beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 21 Mac 1994 di Singapura ketika berusia 96 tahun.

Lakonan
1970
:
  Mat Karung Guni - (Pelakon Utama)
1964
:
  Wan Perkasa - (Pelakon Utama)
1963
:
  Cucu Datuk Merah - (Pelakon Utama)
1962
:
  Mata Syaitan - (Pelakon Pembantu)
1962
:
  Badang - (Pelakon Pembantu)
1959
:
  Rasa Sayang Eh - (Pelakon Utama)
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:19 PM | Show all posts
Intro2u.net >Artis > Aktor hebat filem Melayu

Aktor hebat filem Melayu
By admin


KEGEMILANGAN Nordin Ahmad sebagai aktor hebat filem Melayu tidak pernah menggugat kesetiaannya kepada Salmah Ibrahim. Malah, perkahwinan yang dibina bermula daripada hidupan susah hingga senang itu berkekalan hingga akhir hayat. Biarpun Nordin dikelilingi ramai seniwati terkenal dan peminat wanita yang cantik molek, namun sedikit pun tidak menerbitkan perasaan cemburu dalam diri Salmah. Hubungan mesra antara Nordin dan seniwati terkenal hanya terjalin di babak lokasi saja dan tidak pernah terbawa-bawa hingga ke luar penggambaran.

Ini juga diceritakan Datin Rosnani Jamil (Mak Nani) mengenai pengalamannya berlakon dengan Nordin sebagai kekasih dalam filem Sri Mersing pada siri akhir Cinta Lara Nordin & Salmah yang dilaporkan wartawan Rap, Sakini Mohd Said (sakini@hmetro.com.my).

BEGITU sukar untuk menyelami kisah percintaan antara hero filem Melayu tersohor, Allahyarham Nordin Ahmad bersama isteri yang disayanginya hingga ke akhir hayat, Salmah Ibrahim.

Itulah yang membuatkan ramai tertanya-tanya apakah yang ada pada Salmah hingga berjaya merantai hati Nordin. Tambahan pula, rakan taulan mereka juga tidak tahu realiti episod cinta pasangan ini.

Memandangkan Datin Rosnani Jamil (Mak Nani) dengan Salmah Ibrahim berasal dari kampung yang sama (Padang) cuma berlainan daerah saja, sudah tentu menyimpan seribu satu rahsia isteri kepada aktor hebat itu. Justeru, tidak mustahil Mak Nani mengetahui bagaimana cinta mereka berputik.

Namun begitu, agak mendukacitakan kerana Mak Nani juga tidak tahu babak percintaan mereka berdua berikutan ketika kemasukannya ke Malay Film Production (MFP) ketika itu sebagai pelakon, pasangan ini sudah lama berkahwin.

Hubungan yang sekadar berpaksikan rakan sekerja membataskan Mak Nani untuk mendalami kisah percintaan pasangan ini walaupun secara faktanya, dia dan Salmah berasal dari kampung yang sama.

“Kalau tidak silap saya, Nordin dan Salmah sudahpun berkahwin sekitar 50-an. Saya pula memulakan kerjaya sebagai pelakon di MFP pada 1952. Jadi, sudah terlambat untuk menyaksikan semua itu.

“Sebenarnya, tidak timbul persoalan kenapa Nordin memilih Salmah yang hanya penari dan pelakon biasa sebagai isteri berbanding dengannya, seorang aktor hebat filem Melayu. Ingin saya jelaskan di sini, mereka berkahwin sebelum Nordin mengecapi erti kegemilangan dalam karier seni lakonannya.

“Malalui pengetahuan saya, ketika itu Salmah dan Nordin bersama-sama memulakan karier sebagai penari dan watak pembantu saja di Shaw Brothers. Tetapi, apabila Nordin berlakon dalam filem Anakku Sazali dan Semerah Padi pada 1956, namanya melonjak naik dan ditawarkan bekerja di Studio Cathay Kris dengan tawaran menarik serta menjadi kesayangan Cathay.

“Pembabitannya di Cathay bukan saja membuka ruang yang lebih besar kepadanya, malah menjadikan Nordin antara aktor hebat filem Melayu. Salmah pula, selepas Nordin memulakan karier di Cathay, dia tidak lagi aktif berlakon kerana menumpukan sepenuh masa berniaga nasi padang di Tajong Katong di samping menjadi suri rumah sepenuh masa,” katanya.

Begitupun, Nordin dijulang namanya sebagai aktor hebat filem Melayu dan ramai peminat wanita yang cantik molek ingin mencuri hatinya, namun kesetiaan Nordin kepada Salmah tidak pernah rapuh, malah sayangnya pada isteri dibawa hingga ke mati.

“Saya kagum melihat karakter Nordin yang berusaha dengan baik mempertahankan mahligainya bersama Salmah. Sepanjang mengenali Nordin, hinggalah dia bertukar kerja ke Cathay, Nordin bukanlah seorang yang suka buang masa, wang ringgit serta berfoya-foya dengan perempuan lain.

“Biarpun dia memperoleh pendapatan lumayan di Cathay dan digilai ramai peminat wanita, Nordin tidak pernah mengambil kesempatan itu untuk mencurigai kasih Salmah.

“Malah, kalau difikirkan, Nordin boleh saja berbuat demikian dengan apa yang dia ada ketika itu. Rupa usah cakaplah, sememangnya digilai ramai wanita, duit dan populariti sentiasa berada di genggaman Nordin. Namun, Nordin tetap bersama Salmah.

“Dalam filem Sri Mersing tahun 1961 arahan Allahyarham Salleh Ghani, saya berdampingan dengan Nordin sebagai heroin dan terserlah keperibadian dirinya.

“Semasa waktu makan, saya lihat Nordin tidak bercampur dengan artis wanita, malah dia sibuk bersama dengan teman serta kru produksi bermain terup. Hinggakan, sampai satu saat, Nordin tidak kisah sama ada makan atau tidak semata-mata bermain terup.

“Langsung tidak pernah Nordin bertepuk tampar atau bergaul mesra dengan artis wanita sepanjang proses penggambaran. Hero filem Seri Mersing itu hanya berbual mesra dengan artis wanita dalam babak lakonan saja. Di luar, langsung tiada.

“Cuma, apa yang saya ingat ada satu ketika saya terbual dengan Nordin mengenai matahari. Dialognya begini…Abang, di sini matahari besarlah…dan Nordin menjawab…Ye lah, matahari di Singapura kecil.

“Bila diingat kembali, memang kelakar. Ye lah, tentu matahari di Mersing kelihatan lebih besar dari Singapura kerana berdekatan dengan Laut China Selatan. Penggambaran filem Sri Mersing dilakukan di luar Singapura iaitu di pantai Mersing, Johor kerana pengarah nak bersamaan judulnya.

“Itulah, kerana tidak terlalu rapat dengan Nordin hinggakan dialog mesra antara saya dengannya, masih diingat hingga hari ini. Dari situ, jelas menampakkan betapa luhur serta tulusnya Nordin menjaga kebahagiaan rumah tangganya,” beritahu Mak Nani.

Ketika era kegemilangan Nordin sebagai hero filem Melayu, dia banyak bergandingan dengan seniwati cantik dan terkenal seperti Maria Menando, Kasma Booty dan terutama Latifah Omar.

Malah, Nordin dan Latifah dikatakan ‘pasangan sesuai’ filem Melayu. Sudah tentu, keadaan ini sedikit sebanyak menguji kesabaran Salmah sebagai isteri kepada aktor terhebat itu.

Bagaimanapun, itu langsung tidak menimbulkan rasa cemburu dalam diri Salmah apabila melihat suaminya berlakon dengan seniwati berkenaan.

“Saya ingat lagi dialog antara Salmah dengan Latifah. …Hai madu, apa khabar hari ini?… Dek kerana Latifah seringkali digadingkan bersama dalam filem sebagai heroin aktor hebat filem Melayu itu, Salmah dengan selamba memanggilnya ‘madu’.

“Sejujurnya, saya tengok tidak pernah Salmah bersikap cemburu terhadap Latifah atau mana-mana seniwati, malah sempat bergurau mesra lagi. Saya percaya Salmah tidak kisah dengan siapa Nordin berlakon. Begitu teguhnya kepercayaan Salmah kepada suaminya itu walaupun dia tahu yang dirinya bukanlah secantik mana. Mungkin, kerana persefahaman jitu antara kedua-dua pasangan ini membawa kasih mereka hingga ke mati,” katanya.

Tambah Mak Nani, dia percaya Nordin begitu mempertahankan kasihnya terhadap Salmah mungkin disebabkan pengorbanan besar isterinya itu yang sanggup hidup susah senang bersama-samanya.

Apatah lagi, sepanjang mengenali Nordin, tidak pernah melihatnya memarahi Salmah ataupun bercakap ketidakpuasan hati mengenai rumah tangga mereka.

“Seperti saya maklumkan tadi, sebelum Nordin terkenal, mereka bersama-sama memulakan karier di Shaw Brothers dan ketika itu, watak yang dibawa adalah pembantu saja. Semua yang bekerja di situ, menerima gaji yang kecil termasuk Nordin dan Salmah.

“Disebabkan gaji yang tidak seberapa dan terpaksa membesarkan tiga anak angkatnya itu, Salmah tidak kisah berniaga untuk menjana pendapatan keluarga. Malah, tidak pernah sekalipun kedengaran Salmah kesal dengan kehidupannya atau letih kerana berniaga.

“Kerana kesusahan hidup, Salmah tidak malu berniaga goreng pisang dan emas untuk meringankan beban yang ditanggung suaminya. Hinggalah Nordin berjaya menjulang namanya, Salmah masih setia di sisi dan berniaga walaupun difikir pendapatan mereka ketika itu sudah lebih daripada cukup.

“Tambahan pula, Salmah seorang yang sangat berdikari dan tidak pernah mempamerkan sikap menunjuk-nunjuk atau gedik ketika berjalan dengan aktor hebat filem Melayu itu. Mungkin, ini adalah formula kesetiaan Nordin dan Salmah yang hanya bercerai mati saja memutuskan kasih mereka,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 12:26 PM | Show all posts


M. Amin
Lahir        Muhammad Amin bin Haji Ihsan
1 September 1925
Kuala Kangsar, Malaysia
Meninggal dunia        8 Januari 2003 (umur 77)
Malaysia

Muhammad Amin bin Haji Ihsan atau lebih dikenali sebagai M. Amin merupakan seorang pelakon, dan pengarah filem Melayu. M Amin dilahirkan pada 1 September 1925 di Kuala Kangsar, Perak.
M Amin pernah berkhimat sebagai guru di Kuala Kangsar, Perak. Selepas Perang Dunia II, beliau berkhidmat sebagai polis di depoh polis Ipoh antara tahun 1946 hingga tahun 1950. Beliau kemudian berhijrah ke Singapura dan bekerja di Malay Film Production (MFP).
Mula berlakon disisi Mariam (Mariam tahi lalat) dalam filem Kembar yang diarah oleh S Ramanathan 1950, dan Berbahagia di Singapura arahan Jaafar Wariyo bersama pelakon Siti Hanim dan Rohaya. Filem arahan pertama M Amin adalah Lancang Kuning (1962) yang turut mengandingkan Nordin Ahmad dan Latifah Omar.
M Amin juga pernah berlakon sebagai Hang Tuah dalam filem Hang Jebat, dan Cinta Gadis Rimba, arahan L. Krishnan (1957).
Selepas itu beliau menjadi pengarah filem di Cathay Keris dan mengarah sebanyak 28 buah filem Melayu. Filem terakhir lakonan beliau ialah Paloh arahan Adman Salleh pada tahun 2003.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pada 8 Januari 2003 ketika berusia 78 tahun.
[sunting]Filem Arahan

Lancang Kuning (1962)
Chuchu Datuk Merah (1963)
Tajul Ashikin (1963)
Ayer Mata Duyong (1964)
Rumah Itu Duniaku (1964)
Panglima Besi (1964)
Mata Dan Hati (1965)
Muda Mudi (1965)
Patong Chendana (1965)
Ikan Emas (1965)
Gurindam Jiwa (1965)
Anak Dara (1966)
Dua Kali Lima (1966)
Mat Bond (1967)
Dosa Wanita (1967)
Srikandi (1969)
Keris Mas (1969)
Sial Wanita (1969)
Aku Mahu Hidup (1970)
Puaka (1970)
Jahanam (1971)
Semusim Di Neraka (1971)
Satu Titik Di Garisan (1972)
Semangat Ular (1972)
Harimau Jadian (1972)
Hati Batu (1972)
Satu Penentuan (1974)
Pertiwi (1975)
Sumpah Semerah Padi (1981)
Bertunang (1982)
Manis Manis Sayang (1983)
Diambang Kasih (1984)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.174532 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list