CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: samshik

Belasungkawa: Al Faatihah buat lagenda yang telah Pergi

  [Copy link]
Post time 2-11-2010 11:37 AM | Show all posts
31/10/2010, sempat menonton rancangan di saluran History berkaitan P Ramlee...
sememangnya tiada penganti.antara yang saya minati ialah temubual P Ramlee yang menyatakan perihal lagu Melayu dan tradisi yang perlu dijaga dan dinaikkan selalu..
dan lagi sedih bila Pak Aziz mengisahkan P Ramlee dipulaukan oleh wartawan ketika itu...

tq pada samshik yang mengusahakan topik ini,yang lain lain memberi info...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2010 11:50 AM | Show all posts
Thanx Mek...
yeap.. PP ada tolong bukak kan satu page khas utk Thread ni
Sape-sape yg ada FB ...
PurpleAxe Post at 18-10-2010 12:39



usaha yang baik...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:27 AM | Show all posts
'Bapaku P. Ramlee'

HARI ini genap 34 tahun pemergian Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Dunia seni Malaysia masih terbayangkan detik mengejutkan pada tarikh 29 Mei 1973 apabila negara dikejutkan dengan kematian tokoh seni bangsa itu sesudah Allahyarham berbakti dan menyumbangkan jasa selama 25 tahun dalam persada perfileman dan muzik tanah air.

Hip menemui satu-satunya anak kandung Seniman Agung itu, Nasir bagi mengenang semula pengalaman beliau bersama bapanya serta apa perasaan yang membelenggu dirinya selepas lebih tiga dekad P Ramlee meninggal dunia.

Nasir P Ramlee akui, pernah suatu ketika, perasaan rindu yang teramat sangat sehingga sukar dibendung, membuatkan dia berani ke kawasan Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur untuk menziarahi pusara Tan Sri P Ramlee pada waktu hampir tengah malam dalam suasana sunyi.



Ketika itu kira-kira jam 11 malam. Keinginannya itu mengejutkan penjaga tanah perkuburan itu.

“Saya tak berapa ingat tetapi sekitar tahun 1980-an. Saya tidak tahu kenapa tiba-tiba datang rasa rindu sangat pada daddy (P Ramlee). Penjaga kubur terkejut apabila saya hendak melawat kuburnya pada waktu tengah malam. Dia pun tidak boleh buat apa-apa bila saya tinggikan suara kata saya nak pergi kubur P Ramlee. Bayangkanlah masa itu sunyi, tengah malam pula.



“Ketika di pusara, saya menggenggam tanah kuburnya sekuat hati untuk melepaskan rasa rindu. Tapi saya tidak ingat berapa lama berada di kubur pada waktu itu,” kata Nasir ketika ditemui di Pustaka Peringatan P Ramlee, Jalan Dedap, Setapak, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Beliau sendiri memilih untuk ditemubual di situ kerana ia bukan sekadar sebuah pustaka tetapi juga rumah yang meninggalkan banyak kenangan.

“Dulu, di belakang rumah ini (Pustaka Peringatan P Ramlee) adalah tempat dia berkebun. Waktu lapang dia suka tanam kacang bendi di belakang rumah,” kata Nasir yang kini berusia 53 tahun. Beliau merupakan anak P Ramlee hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya, Junaidah Haris. Apabila mereka bercerai dan Junaidah balik ke Indonesia, Nasir dibesarkan oleh P Ramlee.



“Dia adalah bapa dan ibu saya. Saya dibesarkan oleh tangannya sepanjang berada di Singapura,” kata Nasir perlahan sambil memandang keluar ke pintu pustaka itu. Semua orang tahu siapa ibu saya, tetapi ibu saya dunia dan akhirat ialah Saloma. Dia betul-betul menjaga saya dengan penuh kasih sayang,” katanya lagi.

Akui Nasir, kalau hendak tahu macam mana perangai bapanya, ia boleh dilihat menerusi aksinya dalam filem Madu Tiga, iaitu seorang yang garang tetapi pada banyak keadaan suka berjenaka dan happy-go-lucky.

“Saya tidak terfikir P Ramlee mati dalam usia muda. Sebab itu saya tidak ada banyak gambar kenangan dalam simpanan. Dulu ada juga, tapi ramai yang ambil gambar sehingga album gambar saya kosong,” katanya.

Nasir juga mengakui pernah ‘bertengkar’ dengan P Ramlee disebabkan timbul perselisihan faham mengenai lagu.

“Saya kata, apa pasal daddy asyik buat lagu nama perempuan, Azizah, Melor...buatlah lagu macam orang putih. Dia marah pada saya, katanya, kau memang anak kurang ajar, tidak berhati perut. Kata arwah lagi, nanti bila aku mati, baru kau tahu lagu aku bagus atau tidak. Memang betullah apa arwah cakap. Sekarang baru saya sedar, lagunya memang dahsyat,” katanya.

Nasir berkata, dia juga hampir serik untuk belajar menyanyi dengan P Ramlee apabila bapanya melibas belakangnya dengan penggesek biola disebabkan sedikit kesilapan.

“Ketika itu dia bermain biola. Saya di sebelahnya. Mama (Saloma) tidak jauh daripada saya. Saya silap menyanyi dengan tiba-tiba saja dia libas sekuat hati dengan penggesek biola. Saya memang betul-betul merajuk. Mama pujuk saya. Dia ambil tempat saya dan suruh saya jauh sikit daripada P Ramlee. Tapi P Ramlee pandai juga, dia pun mesti hendak rapat dengan saya. Saya menyampah sebenarnya. Saya kata Daddy bukan nak ajar, tapi nak bunuh. Tahu tak apa dia cakap? Aku kalau hendak bunuh kau pun boleh, sebab kau anak aku. Dia sebenarnya OK, biasa saja boleh bergurau tetapi apabila bab mengajar ni, dia memang tidak boleh main-main,” sambungnya lagi.

Kata Nasir lagi, arwah bapanya memang mahu membawa dia masuk ke alam perfileman apabila sering membawanya ke studio atau lokasi penggambaran sebagai pendedahan awal.

“Tapi saya tidak boleh terima. Jiwa saya pada muzik. Macam manapun, Ramlee dedahkan saya dengan skrip dan teknik arahan. Dalam muzik saya sebenarnya lebih tinggi dari dia sebab saya belajar muzik secara formal. Tapi dia lebih dahsyat walaupun tidak belajar muzik dengan sempurna”, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:29 AM | Show all posts
Dalam pada itu, Nasir juga menjelaskan, Air Mata Kuala Lumpur bukanlah judul filem yang hendak dibuat P Ramlee.

“Cerita sebenarnya begini. Satu tengah hari di rumah, dia tidur meniarap dan minta saya memijak belakangnya. Saloma sedang menjahit. Dia kemudian cakap, ‘ingat nak buat ceritalah... air mata Kuala Lumpur’ setakat itu saja. Tapi apa yang dimaksudkan orang menangis di Kuala Lumpur sebab dia meninggal dunia. Pada saya dia cakap pasal itu seolah-olah tahu hendak mati... orang kata buang tabiat. Memang tidak dinafikan kematiannya,” kata Nasir.

NASIR berkata, beliau diminta oleh peminat setia P Ramlee yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid untuk menulis buku mengenai bapanya.

“Hampir tiga tahun saya siapkan buku ini yang tebalnya 107 muka surat. Memang saya buat senyap-senyap. Saya bukanlah seorang penulis. Jadi ambil masa lama juga hendak siapkan buku itu. Setiap kali saya habiskan enam atau tujuh muka surat saya bagi kepada Tan Sri untuk disemak. Begitulah seterusnya sehingga siap. Saya bukannya menulis sepenuh masa,” katanya.

Buku ‘Bapaku P Ramlee’, hanya memaparkan pengalaman hidup peribadinya dengan P Ramlee tanpa membabitkan nama mana-mana pihak. Tidak ada nama kawan-kawan terdekat beliau dalam buku ini. Ia seumpama buku peribadi, berkisar kepada kehidupan Nasir dengan Allahyarham.

“Perasaan saya, kerinduan, suka dan duka saya dengan P Ramlee. Selain P Ramlee, saya masukkan nama Saloma. Mama (Saloma) juga ialah orang penting dalam hidup saya. Saya tulis juga betapa romantiknya mereka sebagai pasangan suami isteri,” katanya lagi.

Info

P RAMLEE pernah cakap, Studio Merdeka di Hulu Klang kedekut. Dia hendak buat filem warna tajuknya ‘Seniwati’ tapi tidak kesampaian sebab studio tak bantu. Satu lagi filem yang dia hendak buat tajuknya Hidayat tapi kosnya sangat mahal. P Ramlee minta RM1 juta untuk buat filem itu. Kedua-dua skrip itu masih disimpan Nasir.

NASIR selalu diminta P Ramlee untuk mewarnakan atau hitamkan rambutnya. Sebenarnya pada bahagian tengah kepala P Ramlee hampir botak, jadi Nasir warnakan bahagian itu seperti ada rambut. Lepas itu dapat upah 50 sen.

ADA dua hobi P Ramlee yang tidak disukai Nasir. Pertama, apabila arwah memasak. Kedua, nak potong rambut Nasir. “Masakannya entah apa-apa. Apa saja yang ada dicampur aduk sampai ada tak boleh nak makan. Bila dia tanya sedap atau tidak, kita serba salah. Nak jawab tak sedap, takut kena marah. Bila kata sedap, dia suruh tambah lagi,” kata Nasir.

RAMLEE ada satu set alat memotong rambut. Kalau potong rambut, Nasir semacam berdoa janganlah ada orang datang. Satu hari ketika potong rambutnya, datang Datuk Ahmad Nawab. Semakin lama dia sembang, semakin pendek rambut Nasir dipotong P Ramlee.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 02:09 PM | Show all posts

seronok pulak baca cerita Nasir ni....
Buku tu ada dijual ker? Nak gak baca.. mesti best!
Tak pernah nampak pun
in fact tak tahu pun wujudnya buku ni...  
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 12:54 AM | Show all posts
Reply 1664# melatibiru

patutlaaaa dalam citer ahmad albab suka sangat tanam itu punya tacang berandiii... ops luferlaaaa kacang bendilaaaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2010 03:18 PM | Show all posts
sori mencelah....mak saya cakap..P Ramlee mmg suka pakai sut putih..mcm dalam cerita 3 Abdul..sbb apa mak saya cakap mcm ni..kebanyakan majlis acara Pertandingan Ratu Cantik kaa..Ratu kebaya kat Penang dulu, bila P Ramle dijemput jadi juri ka..jadi mcm VVIp kaa..dia mesti mai pakai sut putih..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2010 03:22 PM | Show all posts
mak saya pernah tgk P Ramlee..saya tanya mcm mana rupa dia..(ye laa..saya asyik tgk dalam filem dia..hitam putih aja..)..mak cakap arwah mmg putih..kulit muka mcm ada kawah bulan..agak tinggi orgnya..time mak saya jumpa tu..dia agak berisi..time tu dia dah kawen ngan Saloma dah..tp mmg suka senyum aja..murah snyuman..dia ada sorang lagi kawan dia kat Penang..kawan dia tu tu keja Kapten kapal..depa selau berjumpa..akan selalu lepak sama2(cewah...dulu mana ada lepak..)..tatau laa.ni apa yg mak saya crita..kalu dia "cong" saya..kira saya pun ter'cong' jugak laa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2010 01:00 PM | Show all posts
bestnye thread ni!!! 2 hari baru khatam...
kepada penyumbang2 cerita...good job!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 12:08 PM | Show all posts
arwah ed osmera hensem bangat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2011 11:23 AM | Show all posts
rindunyer thread nie...
sedih sangat kena pindah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2011 11:24 AM | Show all posts
bestnye thread ni!!! 2 hari baru khatam...
kepada penyumbang2 cerita...good job!!
eauclaire Post at 1-12-2010 13:00



    welkam dear.. singgahla lagi!!! this is my best thread!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2011 11:31 AM | Show all posts
Thanx Mek...
yeap.. PP ada tolong bukak kan satu page khas utk Thread ni
Sape-sape yg ada FB ...
PurpleAxe Post at 18-10-2010 12:39



    yuhuu .. rindu PP jugakk ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 04:02 PM | Show all posts
samshik Post at 19-8-2010 15:31

Mariani & Murni Serawak...ader sape2 lg yg blh bagi info tentang murni serawak ?? nk tau samada beliau msh hidup atau sudah mnggl dunia...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2012 03:36 PM | Show all posts
Reply 150# samshik

Ini bukan Latifah Omar tapi Momo Latiff
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2012 04:27 PM | Show all posts
setelah habis membaca..baru ku tahu rupa2nya ramai orang kuala kangasar yang menjadi artis..ish..ish..ish...ish....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2012 09:40 AM | Show all posts
fuhhh.... setelah 3 hari mengadap benang ni, akhirnya aku khatam gak..... best ler benang ni.. byk info ttg artis2 lama.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 06:22 AM | Show all posts
Reply 708# pencintaTZ2010


   salam semua.. saya baru terjumpa thread ni..bagus..sgt berinformasi.
baru sampai ni..solat dulu pasni sambung lagi. tq v.much.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 08:19 AM | Show all posts
wooohoooo!! tammat!!
dari jam 3.30 am membaca..
terima kasih kerana wujudkan thread ini.
mek..tz..dan lain2 thanks alot. byk membantu saya.
saya ingin berjumpa dgn TZ boleh..?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.054067 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list