CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 0

[Tempatan] Calon Bebas mahu wujudkan enakmen negeri anti lompat parti

[Copy link]
Post time 10-11-2021 01:39 PM | Show all posts |Read mode


AYER KEROH: Seramai 15 daripada 22 calon bebas yang bakal mempertaruhkan nasib pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini bersetuju berada di bawah satu gabungan dan mewujudkan Gagasan Bebas.

Kesemua calon itu juga bakal menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bagi memastikan tidak ada calon yang menyertai mana-mana parti politik selepas memenangi PRN itu nanti.


“Kami semua adalah calon Bebas, kami tidak terikat dengan parti politik dan tidak mahu dikaitkan dengan mereka, sebaliknya kami hanya mempunyai kesepakatan yang sama.
“Semua hadir hari ini kerana ideologi serta pandangan kami sama, kalau asyik hendak melompat parti, bila hal rakyat nak selesai? Saya yakin pengundi Melaka memahami perjuangan yang ingin kami lakukan kerana ianya bukan atas kepentingan peribadi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang disertai 15 calon berkenaan di sini petang Isnin.
Mengulas lanjut ujarnya, gagasan itu juga mengalu-alukan calon Bebas lain yang mempunyai mesej yang sama untuk menabur khidmat kepada rakyat dan memastikan kestabilan politik, bersama menyertai mereka.

“Kita ingin menjamin kestabilan ini pada PRN akan datang, kami bersedia untuk menggubal satu enakmen negeri bahawa mana-mana wakil rakyat yang cuba menubuhkan parti atau gagal menunjukkan iltizam dan mewujudkan enakmen anti lompat parti.
“Kami juga bersedia untuk meletakkan jawatan malah rakyat boleh menuntut dan bawa kami ke mahkamah bagi mengosongkan kerusi jika kami ingkar SD tersebut,”ujarnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov, ekoran pembubaran DUN susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Melaka yang mempunyai 28 kawasan DUN, memiliki seramai 495,196 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita.

Seramai 22 calon Bebas mempertaruhkan nasib termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang mempertahankan kerusinya di DUN berkenaan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.083697 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list