CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57535|Reply: 370

ustaz......tolong buat air sikit, anak saya malas belajar.

 Close [Copy link]
Post time 20-8-2010 08:10 AM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2010 04:00 PM | Show all posts
apa ni xfaham...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 04:08 PM | Show all posts
hehe, faham2...

ini menyanggahi sunnah.

sebab tu anak cina , org puteh, dan lain2, tak payah buat air pun pandai.

tp anak melayu, minum air jampi banyak tp tak pandai2 gak.

sebab sunnah dan ubat bg kebodohan ialah menuntut ilmu, bukan buat air.

p.s: sy tak nampak gambar, tp harap2 betullah kalau berdasarkan tajuk.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 07:01 PM | Show all posts
hehe, faham2...

ini menyanggahi sunnah.

sebab tu anak cina , org puteh, dan lain2, tak payah buat air pun pandai.

tp anak melayu, minum air jampi banyak tp tak pandai2 gak.

sebab sunnah dan ubat bg kebodohan ialah menuntut ilmu, bukan buat air.

p.s: sy tak nampak gambar, tp harap2 betullah kalau berdasarkan tajuk.ussopp Post at 24-8-2010 16:08

sifat air mutlak itu suci lagi menyucikan
kalau aqal yang mutlak,blh ke menyucikan aqal?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 10:49 PM | Show all posts
sekurang-kurangnye die ikhtiar.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 12:19 PM | Show all posts
Reply 5# rosemary70

saudara rosemary,

syarat amal diterima , (1) niat (2) cara.

berapa ramai org niat betul cara salah.?

brapa ramai org buat satu perkara salah atas alasan ihktiar.?

barapa ramai org sanggup guna cara salah atas alasan cari rezeki.

niat tidak pernah menghalalkan cara.

adakah kita hendak menambah lg golongan seperti ini?

atas alasan ihktiar, rezeki atau niat baik......

                 ? ? ?

sebab tu masyarakat tidak kira golongan muda atau tua disaran menuntut ilmu....expecially ilmu agama.

jgnlah kita naik kereta mercedes, tetapi parking di depan rumah tok bomoh, ikhtiar........

meminta air dari ustaz utk jadi pandai, bukanlah sesuatu yg kita faham dari rasulullah.

utk menjadi pandai, rasul mengajar contoh yg cukup biasa yg org puteh, org cina buat iaitu menuntut ilmu, dan berusaha lah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2010 12:28 PM | Show all posts
Dr pemerhatian, yg mintak ustaz buat air ni, bukanlah semata2 mengharapkan anak jadik pandai. Mereka dah ikhtiar, dah suruh anak tu belajar tp anak degil, malas. Tu yg last resort pi carik ustaz dgn harapan melembutkan hati anak utk dgr cakap dan pi belajar.

Dan sesetengah pelajar ada sifat gemuruh. Time nak jawab exam mesti panik. Habis blur. Hilang semua yg dah dipelajari. Dlm kes mintak air ni sama je dgn kes makan ubat rangsangan otak. Mak2 masa kini berebut2 beli examo, kismis minda etc. Kat sekolah pun utk budak2 darjah 6, hari2 kena makan kismis. Sekolah sediakan. Tak kan lah cikgu2 tu berniat spy semua anak2 murid jadik pandai. Jadik akak x nak bersangka buruk sgt dlm bab2 ni.  Kdg2 ia boleh menjadi satu rangsangan. Secara saikologinya lah. Ni utk budak2 kecik bolehlah. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 12:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 25-8-2010 12:46

Reply 7# HOTlips

dlm bab2 teknology pemakanan, ISlam lgsg tidak melarang utk mkn jadi pandai.

cuma apabila berkait dgn kepercayaan yg ghaib, benar2 kita disaran hanya utk mencontohi pemahaman nabi.

kerana mengambil air dr ustaz sudah termasuk dlm kepercayaan ghaib.

seandainya sesuatu yg berlandaskan kepercayaan tentang agama(yg ghaib) yg mana ianya terbaik, sudah tentu golongan yg mula2 bertungkus-lumus mengamalkannya adalah di zaman nabi.

namun kita tidak pernah dengar nabi berdoa di telaga, agar yg meminumnya bertambah iman atau lain2. atau sahabat meminta air dari nabi.

sebenarnya, utk bersikap tegas dlm hal2 seperti ini bukan apa.

sebab  bidaah adalah sesuatu tokok tambah dlm urusan agama(ghaib) yg mana langsung tak nampak bahaya, malah nampak baik.

tp sebenarnya sgt bahaya.  bukan nak bersangka buruk. cuma mahu amalan ini diberhentikan terus.

percayalah, banyak keburukannya.

bukti,

berapa ramai di kalangan kita fikir itu adalah dr nabi? padahal saranan dari nabi ialah menuntut ilmu dan berusaha.
cukup biasa caranya. bukan jampi2.

dan berapa ramai pulak dr golongan ibubapa, yg mana menyuruh anaknya minum lebih dari menyuruh anaknya belajar?

fokus tang minum saja, belajar pula diusahakan secara ala kadar. camna nak berjaya.

kita tak mahu menambahkan lg golongan camnie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2010 01:06 PM | Show all posts
Reply 8# ussopp

Mcm mana yg dikatakan minum air then percaya something pd yg ghaib? Akak x berapa nak faham. Minum air x sama ke mcm makan kismis? Makan kismis segantang pun belum tentu jadik pandai kalau x belajar. Point akak, mak2 tahu kena belajar br boleh pandai. Kismis, examo, air tu pemangkin saikologi jek. Tak de kaitan dgn yg ghaib. Kalu lagu tu salah ke tak? ;)

Ekceli pd akak, kalau yakin makan kisimis, examo, boleh jadik pandai pun bleh jatuh syirik gak. Infact, kalau yakin 100% belajar boleh jadik pandai pun syirik juga. Kita kena sandarkan bahawa Allah jua yg bg kita pandai! Ada org belajar sungguh2 nak jadik doktor sampai jadik weng!
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:24 PM | Show all posts
bagaimana pula guna ayat2 quran sebagai perubatan? bukan kah ada perubatan cara islam guna baca2an al quran. banyak gak dalam tv tunjuk . air yang dibaca2kan ayat dan diberi minum kepada pesakit. dan bagai2lah kekdah, tapi masih lagi niat kerana Allah agar sembuhkan penyakit, bukan fikir air tuh yg sembuhkan.
apa lak hukumnya?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:24 PM | Show all posts
Reply 9# HOTlips

oh, akak tak faham bab tu ka, takpa sy perjelas.

kismis itu secara saintifik mmg ada bahan2 yg merangsang otak. susu ka apa ka yg lain diiklankan dlm tv semua tu biasanya ada bahan2 yg secara saintifik yg merangsang otak. maka benda2 hasil kajian teknology sebegini adalah tidak mengapa, ia termasuk dlm hal2 asbab(sebab dan akibat).


adapun air kosong, sudah tentu hanyalah air biasa, dan ia memasuki hal2 ghaib(kepercayaan keagamaan ) bagaimana?

apabila kita menjampi. membaca ayat2 Quran padanya, dan walaupun tanpa sebarang bahan yg merangsang otak dlm air tersebut seperti vitamin dan sbg-nya, tp kita tetap percaya bahawa ia boleh membantu meningkatkan kebolehan anak.

atas keprcayaan apa? vitamin kah? bahan merangsang otakkah?

tidak, ia adalah atas kepercayaan ghaib kepada Allah. sebab tu ia termasuk dlm hal2 agama dan ghaib. harap kak faham.

sebenarnya sebelum ni, sy tidak sedar ada video di atas tu. br sedar td.

maka elok jugak ditonton video tersebut, point2 jawapan bg masalah ini ada di bahagian2 akhir video itu.
sy tidak taksub pada dr.maza. tp apa yg dinyatakan adalah benar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:32 PM | Show all posts
Reply 10# sitihawa

dlm tujuan perubatan, mmg benar, ada sohih dr nabi, boleh.

tp kena benar2 rujuk dr sumber sohih. sebab ramai yg bertopengkan Quran, tetapi cara berubat tidak ada beza dgn sami, paderi kristian, atau sami hindu.

sebab syaitan bukan takut kt ustaz aje. org kuat agama lain pun depa takut.

termasuk bomoh syirik. depa takut jugak. ini semua ujian pada kita.

jadi perhatikan cara anda beramal dlm bab ini.

dan tak payah kita pergi pd ustaz, kita buat sendiri pun boleh. bukan bergantung pd ustaz2 tertentu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:41 PM | Show all posts
Reply 12# ussopp


    okay, dah dengar penuh
memang ada nas dalil tentang guna ayat2 quran utk perubatan bagi yang sakit
sebab ayah saya juga selalu didatangi macam2 ragam org
ada yang nak suruh ubat sakit itu ini
ada gak yang datang kerana anak menagis lah macam2
seperti biasa ayah saya akan baca2 ayat2 yang dia belajar
ramai datang lagi bermakna baik lah kot ubat2 yg ayah buat kat depa dulu

saya tak berapa nak percaya kalau nak bagi cerdik minum air jampi itu ini
tapi mungkin nak bagi terang hati terang dengan minum air yg dibaca surah yaasin dan sebagainya
kan ustaz tuh suruh selawat dulu 3 kali ke , atau baca ayat2 terntu...
tak mungkin ada yang tak belajar , tak study tetiba boleh lulus dalam exam
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:43 PM | Show all posts
saya tak pernah percaya pada bomoh2 dan tak pernah berurusan dgn bomoh dan tak kenal pun mana2 bomoh

saya pelik kalau ada org yg percayakan bomoh2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 25-8-2010 13:52

Reply 13# sitihawa

subhanAllah, dah faham yg nie, okay lah.

perlu diingat, jampi utk mengubati penyakit mmg ada. itupun lebih baik ayah saudara ajar kepada org yg datang, dan suruh dia amal sendiri, pastu suruh dia ajar org lain plak.

jgn bergantung pd ayah saudara seorang sahaja. kerana ini berkait dgn hubungan kita dgn Allah. ia doa kan ?
semua org layak, bukan ustaz2 tertentu.

dan perlu diingat, jampi yg tidak ada contoh dr nabi ialah jampi berkait dgn hidayah ; seperti nak cerdik, nak terang hati, nak tak degil, nak lembut hati, nak bg baik suami isteri, nak beriman dll... semua ni tak ada contoh dr nabi.
yg mana semua ni perlu cari, doa, "beramal" yakni USAHA dan dpt pahala insyaAllah. bukan minum air dan yakin.


antara dua jenis yakni penyakit dan hidayah, adalah dua benda yg berbeza, yg satu ada contoh, boleh dibuat secara yg sohih, dan satu lg tak ada contoh dr nabi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 02:05 PM | Show all posts
bagi aku jer...sama macam kita makan ubat dr spital.....

air tu pun sejenis ubat jugak...tp sebab dia dibaca ayat Al-Quran...korang gigihla tahyul bagai...

tp kalu makan ubat spital utk tenangkan hati..sedative cthnya..korang gembira2 makan lah kan...so lame
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2010 02:07 PM | Show all posts
ayat2 Al-Quran utk kita amalkan...
ada ayat utk melembutkan hati2 manusia..etc...x percayakah anda2 semua ni???

memang nabi x buat minum2 ni...tp nabi pun x melarang kan....

so apa masalahnya...so kalu ko x percaya minum2 air yassin pelbagai...ko Islam yg paling meletop lah..gitoh????:@
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 09:39 AM | Show all posts
bg sy ok gak selepas semua ikhtiar kita buat.. rasa tak salah kan!! ini utk kebaikan bukan buat utk kejahatan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 10:44 AM | Show all posts
sy x suka term Ust ni. jampi

sy lbh suka refer term doa, bukankah dlm hadis qudsi, berdoalah kamu nescaya akn ku perkenankn?

dalm bdn kita mengandungi .... alamak brp % air?  means air tu lbh byk dr darah, maka itu digunakan medium air utk merawat badan

yg x sakit pun apa salah minum air yg dah doakan? sekurang Nya air ni yg dh di doa ini akn mencuci toksin dlm bdn.

sy lbh suka buat air doa utk ank2. kat kwn sy yg pregnant tu pun sy nasihat utk pertumbuhan bayi selain mkn good food, buat air yassin bckan doa penerang hati, lembutkan hati mudaha2an bayi ni membesar dgn penuh keimanan. drp minim air sirap merah air Oren color pekat tu baik minum air doa
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 11:20 AM | Show all posts
tokwan pun buat ayaq jampi ni (utk anak2 tokwan shj)... baca doa dari surah Taha ayat 1-5, kemudian doa terang hati dan doa tak lupa... sambil tu cakap dgn anak2 ni, ayaq zamzam ni hampa minum sampai setangki pun kot hampa tak pi menelaah buku2 hampa tu... tak da mana hampa boleh pi jawap pereksa hampa tu... doa ni  doa pelembut hati supaya hampa tu bila disuruh menelaah hampa mau la, ingat...  supaya hampa tu terang hati, baca2 dapat, baca2 ingat, baca2 faham... tak lupa bila nak menjawap pereksa nanti... jangan kata hampa jadi pandai... begitu tokwan dok peringat kat depa... tokwan rasa mak ayah yg lain pun serupa jugak... depa faham, kena menelaah, kena baca, kena buat ulang kaji... baru boleh pi... ayaq2 ni tu lah dia maksud dia!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.077821 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list