CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tobby

ustaz......tolong buat air sikit, anak saya malas belajar.

 Close [Copy link]
Post time 2-9-2010 07:54 AM | Show all posts
Saya tak faham kenapa ada manusia cuma berpegang kepada pendapat ulama semata-mata tanpa peduli nak ambil tahu hadis2 sahih apa yg ulama tu buat sandaran untuk keluarkan fatwa .

Pendapat ulama bukannya wahyu Allah ! Iblis pun boleh saja memberi ilham pada ulama untuk mengeluarkan pendapat itu ini .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2010 07:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 2-9-2010 08:13

Soalan2 untuk di fikirkan :

1)  Ulama boleh tak terpedaya dengan hasutan iblis ?

2) Adakah ulama maksum macam Nabi atau adakah ulama juga berkeupayaan buat dosa macam manusia biasa lain?

So kenapa nak berpegang pada pendapat ulama yang tak maksum dan mampu buat dosa ?

Nabi kan maksum, Nabi kan tak akan sesekali buat dosa, iblis kan tak boleh hasut Nabi maka berpeganglah pada pendapat Nabi dan jangan sesekali berpegang pada pendapat ulama yang tak bersandarkan Quran dan Sunnah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 08:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 2-9-2010 08:28
kannnn??? bernafas dlm cawan tu bad manners.... itu pun nak tunggu nabi tegur jugak ke.... ...
Decaffeinated Post at 2-9-2010 06:01


Ustaz2 yang jampi dengan menghembus ke dalam air yang nak di minum oleh orang lain , maknanya untuk di minumlah jugak kan walau peminumnya tu diri sendiri atau orang lain , jadi tak boleh hembus la sepatutnya .

Bad manners ketika jampi tak apa pulak kan asalkan sebut ayat Quran gittew, bad manners pun bad manners lah, janji baca ayat Quran terlebih dulu sebelum nak bad manners ... adakah dengan baca ayat Quran maka bad manners akan jadi berkat ???
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 08:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 2-9-2010 08:37
byk makcik2 yg aku tengok yg jumpa harun din ingat harun din ada kuasa sakti (of course dg ...
Decaffeinated Post at 2-9-2010 06:05


makcik2 tu ingat yang tak boleh jumpa adalah bomoh kampung yang tak ikut Quran Sunnah, tapi harun din bukan bomoh kampung , dia adalah profesor yang tak ikut Quran Sunnah .

So selagi harun din bukan berstatus bomoh kampung maka makcik2 tu ingat ok la , depa yakin karamah dan barakah doa-doa harun din kerana Allah pandang tinggi segala ijazah kedoktoran yang harun din dapat selama ni tu    .  
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 08:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 2-9-2010 08:52
Timbul permasalahan syirik, Syeikh Uthaimin menjawab apabila kita berniat dengan kuasa dan kelebihan yang ada pada tukang peniup, akan tetapi jikalau berniat dengan tabbaruk ayat Quran dibaca maka ia sah di sisi syara'.te_peng Post at 2-9-2010 01:43


Masalah nya yang di sebut sebagai selawat syifa' dan selawat tafrijiyyah yang di baca harun din untuk ubati para pesakitnya tu bukan ayat Quran ! Selawat -selawat tu tak terdapat dalam Quran Sunnah langsung . Dan selawat2 tu memfokus pada keberkatan Nabi, dan bukan pada kekuasaan Allah untuk menyembuhkan penyakit .....

Selawat Syifa’

Terjemahan:

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.


Selawat Tafrijiyyah

Terjemahan:

Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya
terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 08:51 AM | Show all posts
Saya tak faham kenapa ada manusia cuma berpegang kepada pendapat ulama semata-mata tanpa peduli nak  ...
blastoff Post at 2-9-2010 07:54


Bila anda sudah mengatakan statement seperti ini, menunjukan anda masih diperingkat awal. Islam adalah agama yang sistematik, complete, compact, kemas dan sempurna. bukan semberono macam struktur reban ayam. Ulama adalah pewaris nabi, ia ada fungsinya mengikut urutan yang ditentukan. Untuk meletakan satu hukum atau fatwa, satu barisan ulama diperlukan. Ini dipanggil jemaah ulama. Apabila sepakat mengatakan Harus maka haruslah hukumnya. Orang awam yang berilmu cetek ikut sajalah, jangan banyak songeh. Kalau nak tahu...mintak penjelasan dan ambil tahu.

Pengetahuan Ulama umpama jurutera yang ilmunya memahami bagaimana sebuah roket atau bom atom dibuat secara detail. Kita orang awam cuma dapat tengok gambar sahaja. Mereka adalah orang yang mengetahui semua perkara a-z.(Ini perumpamaan)
Apabila satu masalah berlaku, jurutera akan dipanggil untuk selesaikan. Kalau orang awam jangan pandai-pandai selesaikan alamat bom Atom akan meletuplah kat situ.

Dalam soal hukum ia bukan boleh dibuat mainan, ia umpama pencawang eletrik Hidro, pencawang dari bandar kebandar, pembahagian tenaga eletrik di stesen, bukan calang2 orang yang boleh buat. Mesti ikut arahan jurutera. Kalau pengetahuan setakat chargeman B0 jangan pandai2, silap sikit terbakar satu bandar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2010 08:57 AM | Show all posts
Orang awam yang berilmu cetek ikut sajalah
zamkumis Post at 2-9-2010 08:51


Disebabkan saya bukan orang awam yang berilmu ceteklah maka saya berpandukan Quran Sunnah siap dengan nas2 Naqli dan Aqli tanpa nak ikut buta tuli saja apa kata ulama .
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 08:57 AM | Show all posts
  kannnn??? bernafas dlm cawan tu bad manners.... itu pun nak tunggu nabi tegur jugak ke..... tak relevan dengan tajuk pasal air jampi....
Decaffeinated Post at 2-9-2010 06:01


Salam...

Ya betul tak relevan dengan tajuk jampi sebab larangan tu berkenaan adab minum. Nabi tunjukkan sebaik-baik adab, sampai cara makan dan minum pun ditunjukkan adab.

Biasalah... orang yang tak tahu/belajar beradab mungkin bernafas dalam gelas ketika minum, kesannya tak baik. Kanak-kanak pun mungkin ramai yang buat macam tu jadi sejak kecil lagi kita boleh ajarkan adab ni pada mereka supaya tidak bernafas ketika minum. Nak bernafas boleh, jauhkan sikit cawan/bekas minuman tu.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2010 09:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 2-9-2010 09:05
Salam...

Ya betul tak relevan dengan tajuk jampi sebab larangan tu berkenaan adab minum. Nabi ...
mnm77 Post at 2-9-2010 08:57


Adab minum air jampi macam mana pula ? Kan tajuk berkaitan dengan air jampi yang di buat minum .....minum air jampi atau minum air biasa bukankah perlu berpandukan adab minum yang sama juga ? Tak relevan macam mana pulak .
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 09:00 AM | Show all posts
Soalan2 untuk di fikirkan :

1)  Ulama boleh tak terpedaya dengan hasutan iblis ?

2) Adakah u ...
blastoff Post at 2-9-2010 07:58


tapi kalau ulamak pun kita tak percaya pada siapa lagi nak percaya ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 09:02 AM | Show all posts
tapi kalau ulamak pun kita tak percaya pada siapa lagi nak percaya ni?
zamnie Post at 2-9-2010 09:00


Percaya pada Allah dan RasulNya la, pada Quran dan Sunnah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 09:13 AM | Show all posts
Reply 177# Decaffeinated


    ko dengar dari mana lak makciks2 kata ustaz harun din ada kuasa sakti. setahu aku semuanya guna ayat2 quran macm perubatan2 lain yg guna ayat2 quran dan hadis2 nabi .


Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 09:15 AM | Show all posts
Reply  Decaffeinated


    ko dengar dari mana lak makciks2 kata ustaz harun din ada kuasa sakti ...
sitihawa Post at 2-9-2010 09:13



    selawat-selawat yang di baca harun din ketika jampi bukannya ayat Quran , tak dak dalam Quran Sunnah segala selawat tu .
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 09:20 AM | Show all posts
apa kata kita hantar sendiri dan mintak jawapan dari darul syifa atau ust ismail kamus sendiri.. dorang kan ada email/website so leh jek hantar tgk apa respond dari dorang pasal hal ini!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 09:20 AM | Show all posts
Pada pendapat kau kenapa agaknya Nabi tak amalkan meletak bekas air yang berisi air minuman yang tak bertutup sebagai medium ketika berdoa untuk orang sakit ? Kenapa Nabi tak hembus ke dalam air minuman ketika jampi untuk orang sakit yang mai jumpa dia ?

Air minuman dan bekas minuman memang terdapat di zaman Nabi, dan ramai juga orang yang mai jumpa Nabi untuk dia ubati sakit mereka , so kenapa Nabi tak berdoa seperti cara yang harun din buat  ?blastoff Post at 1-9-2010 18:10


Salam...

Di sini ada dua isu yang mungkin boleh diketengahkan:
1. Amalan doa sebagai ikhtiar dalam perubatan
2. Mempercayai bahan yang didoa itu mempunyai kuasa menyembuh

1. Amalan doa sebagai ikhtiar dalam ilmu perubatan tiada khusus cara-caranya, melainkan jelas mohon kepada selain dari Allah atau terdapat mantera yang tidak difahami maka tidak bolehkan. Selawat juga adalah satu kaedah untuk berdoa. Bila berdoa, boleh berdoa apa-apa yang baik. Tersapat hadith berkaitan doa Nabi Adam (AS) ketika baginda mohon ampun dari Allah dengan berkat Nabi Muhammad SAW. Justeru berdoa dengan keberkatan Nabi Muhammad adalah tidak salah, dengan MENYAKINI ALLAH yang menyembuhkan.

2. Berlaku syirik apabila menyakini bahan yang didoakan itu ada kuasa. Yang inilah yang ditakuti, justeru bagi mereka yang mengamalkan ilmu perubatan maka sewajarnya mereka menerangkan bahawa bahan-bahan itu hanyalah sebagai asbab/medium dalam ikhtiar dan menyembuhkan hanyalah Allah.


Adakah Allah kurniakan wahyu pada harun din dan bomoh-bomoh semalaya untuk buat gitu tapi Allah lupa pulak untuk kurniakan wahyu yang sama pada NabiNya sendiri sehingga menyebabkan Nabi tak mengamalkan cara yang mereka amalkan ?

Allah pelupa kah nak bagi tau kat Nabi atau Nabi yang pelupa atau harun din dan bomoh-bomoh semalaya yang sesat ?   

Jawablah ya .


Sabar-sabar... walaupun saya tak pernah melihat cara Harun Din berubat, tapi saya pernah juga dengar ceramahnya masa dulu-dulu. Bukan dia ajak kepada dirinya pun, dan bukan juga dia suruh mensyirikkan Allah pun.

Sesungguhnya memang saya setuju cara yang ditunjukkan oleh Nabi SAW adalah cara yang terbaik. Cara-cara yang tidak bercanggah dengan syarak adalah dibolehkan, sebagai ikhtiar. Ramai ikhtiar berubat kat hospital harinipun bukan cara Nabi pun. Namun bila berlaku perbezaan pendapat Ulama, elakkan menghukum. Setakat youtube Dr Asri tu saya tak nampak dia kata syirik, tapi maksud dia tu tiada dasar dalam Islam. Itu pendapatnya berdasarkan kajiannya dan saya percaya niat Dr Asri tu baik. Tapi saya tak rasa niat Dr Harun Din tu nak syirikkan Allah.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 09:20 AM | Show all posts
Masalah nya yang di sebut sebagai selawat syifa' dan selawat tafrijiyyah yang di baca harun din  ...
blastoff Post at 2-9-2010 08:49


Maksud selawat adalah kita bermohon/berdoa kepada Allah swt supaya Nabi Muhammad swt dilimpahi rahmat. Ini maksud selawat.

Jika umpama atau persamaan yang lain seperti kita berdoa kepada Allah swt supaya kedua ibu bapa kita sihat dan diampuni dosanya.

Bagaimanapun jika kita mahu berdoa kepada Allah swt dan memohon agar Nabi Muhammad saw dilimpahirahmat, ini diistilahkan sebagi Selawat. Darjatnya masih dalam darjat doa, tetapi untuk tujuan khas iaitu doa untuk Nabi. Ini dipanggil selawat.

Selain daripada selawat yang diajar sendiri oleh Nabi, selawat juga boleh dikarang sendiri asalkan susunan kata-katanya tidak menyalahi syarak seperi ada unsur2 syirik, selain dari itu dibenarkan.

Sama juga dengan doa untuk ibubapa, ada banyak doa sunnah dan Al-Quran untuk doa ibubapa, bagaimanapun boleh juga kita reka sendiri contoh, "Ya Allah ampunilah dosa dedua ibubapaku dan masukkan mereka kedalam surga Firdaus".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2010 09:25 AM | Show all posts
Adab minum air jampi macam mana pula ? Kan tajuk berkaitan dengan air jampi yang di buat minum .....minum air jampi atau minum air biasa bukankah perlu berpandukan adab minum yang sama juga ? Tak relevan macam mana pulak .
blastoff Post at 2-9-2010 09:00


Betul bila cakap pasal adab minum, ia adalah umum tak kiralah untuk minum apa pun.

Bila cakap pasal menghembus pada air sebagai jampi/ruqyah, ini bukannya adab untuk minum. Ini adalah sebagai satu ikhtiar dalam perubatan.

Errmmm pasal minta air untuk jadi pandai tu memang saya tak setuju juga.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 09:27 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 2-9-2010 09:32

Bagi sesiapa yang bergantung pada pendapat ulama untuk tahu syirik ke tidak sesatu amalan, ini ada satu quiz nak saya utarakan untuk kita sama-sama berfikir .

Syirik atau tidak amalan yang di lakukan ketika istiadat pertabalan raja melayu yang turut sama di sertai oleh ulama dan imam ? Sila lihat di bawah ni amalan apa yang di buat ketika istiadat tu berlangsung .


------------------------------------------------

Istiadat Petabalan dimulakan dengan Seri Maharaja Lela mengadap memohon limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk memulakan istiadat. Pegawai-pegawai membawa masuk alatan-alatan pertabalan dan meletakkannya di atas meja khas berhadapan Astaka. Alatan-Alatan Pertabalan adalah seperti berikut:


a)Puan Sireh.
b)Keris Kebesaran.
c)Surat Perisytiharan Pertabalan.
d)Surat Titah DiRaja.
e)Benian.
f)Kendi.
g)Embat-embat.
h)Bekas Perasap.


Setelah Alatan-Alatan Pertabalan diletakkan mengikut tertib, aktiviti-aktiviti istiadat berikut menyusul kemudian:


a)Yang DiPertua Majlis Agama Islam melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran.
b)Yang Amat Berhormat Menteri Besar membaca Surat Pengisytiharan Pertabalan.
c)Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan membaca Surat Titah DiRaja.
d)Seri Maharaja Lela mengadap mengangkat sembah dengan lafaz:
"Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik pohon diampun"
"Patik mempersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Keris Kebesaran Negeri ini sebagai lambang kebesaran, kedaulatan dan kekuasaan Duli Yang Maha Mulia"
"Ampun Tuanku."
e)Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan menerima Keris Kebesaran Negeri dan menghunusnya, kemudian disarungkan semula.
f)Hadirin sekalian bangun berdiri dan seterusnya Seri Maharaja Lela menyebut "Daulat Tuanku" tiga kali berturut-turut dengan diikuti oleh para hadirin.
g)Nobat dipalu lagu "Raja Bertabal". Meriam ditembak sebanyak 21 das bermula daripada seruan "Daulat Tuanku" yang pertama dan payung ubor-ubor dikembangkan.
h)Selesai lagu nobat "Raja Bertabal", lagu "Allah Selamat Sultan" dinyanyikan oleh kumpulan koir.
i)Yang Amat Berhormat Menteri Besar mempersembahkan ucapan "Surat Ucapan Taat Setia" dan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
j)Yang DiPertua Majlis Agama Islam dengan diapit oleh Kadi Besar dan Imam Besar Masjid Zahir melafazkan doa selamat.
http://www.mykedah2.com/raja_kita/bm/060105.htm
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 09:34 AM | Show all posts
Kuiz?

Statement yang tak bertanggungjawab kat atas tu jawab dulu...jangan nak tukar tajuk.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 09:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 2-9-2010 09:36

Depan ulama dan imam perkataan gini di ucap dalam istiadat tu :

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik pohon diampun"
"Patik mempersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Keris Kebesaran Negeri ini sebagai lambang kebesaran, kedaulatan dan kekuasaan Duli Yang Maha Mulia"
"Ampun Tuanku."



Adakah itu bermakna ucapan tu harus dan tak haram kerana ulama dan imam meredhai nya ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.069993 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list