CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tobby

ustaz......tolong buat air sikit, anak saya malas belajar.

 Close [Copy link]
Post time 2-9-2010 09:40 AM | Show all posts
Kuiz?

Statement yang tak bertanggungjawab kat atas tu jawab dulu...jangan nak tukar tajuk.
zamkumis Post at 2-9-2010 09:34


Wow arahan nampak nya . Saya kuli awak ke ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2010 09:42 AM | Show all posts
Bila cakap pasal menghembus pada air sebagai jampi/ruqyah
mnm77 Post at 2-9-2010 09:25


tapi kan air tu nak di minum sesudah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 09:46 AM | Show all posts
Wow arahan nampak nya .  Saya kuli awak ke ?
blastoff Post at 2-9-2010 09:40


Memang bukan kuli, tapi adakah patut jika awak pergi makan kenduri, belum habis makanan dalam pinggan awak tinggalkan, awak ambil pinggan baru ambil nasi lagi dan lauk lain, bersepah2. Elok ke macam tu. Tuan rumah budget dahlah ciput, jemputan ramai nie. Suka hati awak je bazirkan lauk pauk tuan rumah. Adakah itu adab yang baiik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 09:47 AM | Show all posts
tapi kan air tu nak di minum sesudah tu.
blastoff Post at 2-9-2010 09:42


La... hadith tu menerangkan adab KETIKA minum, bukannya larangan tak boleh baca doa/ruqyah pada air.

Adapun ruqyah guna air ludah itu dah jelas dari hadith. Guna air biasa tu ikhtiar je. Takmau pakai takpa. Nak kata syirik tu pada saya keterlaluan kalau setakat baca selawat berkat Nabi Muhammad SAW. Kalau ada seru jin2 atau roh2 tu boleh dikatakan syirik.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 09:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 2-9-2010 09:56
Tersapat hadith berkaitan doa Nabi Adam (AS) ketika baginda mohon ampun dari Allah dengan berkat Nabi Muhammad SAW. Justeru berdoa dengan keberkatan Nabi Muhammad adalah tidak salah, dengan MENYAKINI ALLAH yang menyembuhkan.
mnm77 Post at 2-9-2010 09:20


Hadis apa ni ? Status hadis ?

Macam mana Nabi adam boleh mohon ampun dengan keberkatan Nabi Muhammad sedangkan ketika Nabi Adam hidup Nabi Muhammad belum wujud lagi ? Allah sebut Nabi Adam taubat aje dalam maksud ayat Quran bawah ni , Allah tak sebut pun Nabi adam taubat dengan keberkatan Nabi Muhammad !

2:37 Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima tobatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 10:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 2-9-2010 10:06
Hadis apa ni ? Status hadis ?

Macam mana Nabi adam boleh mohon ampun dengan keberkatan Nabi Muhammad sedangkan ketika Nabi Adam hidup Nabi Muhammad belum wujud lagi ? Allah sebut Nabi Adam taubat aje dalam ayat bawah ni , Allah tak sebut pun Nabi adam taubat dengan keberkatan Nabi Muhammad !

2:37 Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima tobatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.
blastoff Post at 2-9-2010 09:55


The hadith mentioned is in the Al Mu’jam Al-Sagir li Al-Tabrani, Mustadrak Al-Hakim, Abu Nu’aym and Al-Bayhaqi in their Al-Dalail and Ibn Asakir.

The wording of the hadith is:

عن عمر بن الخطاب قال « قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لما أذنب آدم الذنب الذي أذنبه ، رفع رأسه إلى السماء فقال : أسألك بحق محمد إلا غفرت لي؟ فأوحى الله إليه : ومن محمد؟ فقال : تبارك اسمك . لما خلقتني رفعت رأسي إلى عرشك فإذا فيه مكتوب » لا إله إلا الله محمد رسول الله « فعلمت أنه ليس أحد أعظم عندك قدراً ممن جعلت اسمه مع اسمك . فأوحى الله إليه : يا آدم انه آخر النبين من ذريتك ، ولولا هو ما خلقتك

Muhammad (Sallalahu Alaihi Wasallam)said, "After Adam (Alaihis Salam) happened to commit the wrong,(as a result of which he was transferred from Paradise to Earth) he used to spend all his time in weeping, praying and repenting, and once he looked up towards the Heaven and supplicated, "O Allah! I beg thy forgiveness in the name of Muhammad (Sallalahu Alaihi Wasallam)." "Who is Muhammad?" came the enquiry through divine revelation. He replied, "When you created me, I saw the words LAA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH written on your 'Arsh', and since then I believed that no human being is superior to Muhammad (Sallalahu Alaihi Wasallam), whose name appeared along with yours." In reply it was revealed," He is to be the last of all prophets, and will be your descendant. If he were not created, you also would not have been created."



المعجم الصغير 82\2 دارالكتب العلمية

المستدرك على الصحيحين للحاكم 672\2 رقم الحديث 4228 دارالكتب العلمية



الدرالمنثور في التسيرالماثور 116\1 دارالكتب العلمية

أخرج الطبراني في المعجم الصغير والحاكم وأبو نعيم والبيهقي كلاهما في الدلائل وابن عساكر



روح المعانى 238\1 دارالكتب العلمية

وقيل : رأى مكتوباً على ساق العرش ، محمد رسول الله فتشفع به


This hadith is classified as hassan.(sound)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2010 10:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 2-9-2010 10:19
Nak kata syirik tu pada saya keterlaluan kalau setakat baca selawat berkat Nabi Muhammad SAW. Kalau ada seru jin2 atau roh2 tu boleh dikatakan syirik.mnm77 Post at 2-9-2010 09:47


Ni bawah makna selawat ke atas Nabi yang kita baca dalam solat . Nampak ayat yang saya merahkan tu, itu makna kita doa pada Allah agar Allah memberkati Nabi Muhammad, itu cara selawat yang Nabi sendiri ajar pada kita.

"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".

Kalau Nabi Muhammad dah siap-siap ada berkat seperti apa yang korang sangka maka apa perlunya untuk kita minta pada Allah agar memberkati Nabi Muhammad setiap kali kita baca selawat dalam solat  ? Itu jelas bukti bahwa Nabi Muhammad tak ada berkat padanya siap-siap tapi Allah yang berkuasa memberikan keberkatan padanya sebab tu Nabi suruh kita mohon agar Allah memberkatinya .

Nabi Muhammad sekarang dah mati, dia dah jadi roh dan badannya dah jadi mayat oleh itu kita tak boleh guna berkat mayat untuk berubat . Mayat walau seorang Nabi pun takkan boleh memberi kuasa menyembuhkan penyakit sesiapa pun .
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 10:16 AM | Show all posts
Air Yang Dibacakan Ayat-ayat Quran
Postby ibn_ahmad » Jun 9th, '09, 20:52

salam

Memohon pandangan dari ahli panel berkenaan aktiviti orang Islam yg membacakan surah-surah al-Quran pada air minuman.

Apakah amalan ni sabit dengan amalan sunnah ataupun amalan dari pada para sahabat?

mohon pencerahan ttg perkara ini...

wassalam

*********************************
Postby Abu_Umair » Jun 10th, '09, 05:23

1. Amalan membaca al-Quran pada air kemudian diberi minum kepada pesakit, jika dimaksudkan dengannya untuk mengambil berkat dengan ludahan pembacanya, maka tidak syak bahawa ia tidak masyruk, dan haram. Kerana tidak boleh diambil berkat dengan air luir atau jasad manusia, kecuali jasad Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. (Fatawa Ibn Utsaimin 1/107).

2. Jika dimaksudkan dengannya ialah menjadikan Quran sebagai ruqyah (jampian) dan air sebagai medium perantaraan sahaja, ia tidak mengapa. Kerana kaedah dalam perjampian ialah selagi ia menggunakan bacaan yang masyruk, dan tidak ada kesyirikan di dalamnya, maka ia dibolehkan.

3. Perbuatan membaca Quran pada air dan diberi minum kepada pesakit, difatwakan harus oleh ramai ulama dahulu dan sekarang. Antara imam salaf yang mengharuskannya ialah Imam Ahmad bin Hanbal.

Ibn Muflih berkata: Dinukilkan bahawa Abdullah bin Imam Ahmad pernah melihat Imam Ahmad membaca bacaan pelindung dan Quran pada air. Lalu meminum air tersebut dan menyimbah ke badannya. (Adab Syar'iyyah 2/441)

Seorang lagi anak Imam Ahmad, Soleh bin Imam Ahmad berkata: Aku pernah jatuh sakit. Lalu ayahku membaca untukku pada air, dan meludahinya. Kemudian beliau menyuruhku minum dan membasuh kepala dengannya.

4. Ibn al-Qayyim juga mengatakan harus, dan mengatakan ia adalah kaedah yang mujarab. Katanya: Pernah satu ketika waktu aku di Makkah aku jatuh sakit. Aku ketiadaan tabib dan tiada ubatan. Aku berubat dengan Fatihah. Aku mengambil sedikit air zamzam dan membaca Fatihah ke atasnya beberapa kali, lalu aku minum. Lalu aku mendapati kesembuhan yang sempurna. (Zad al-Maad 4/162)

5. Juga dari kalangan ulama mutaakkhirin, ramai yang mengharuskannya seperti: Syeikh Muhammad bin Ibrahim (Bekas Mufti KSA), Syeikh Bin Baz (Bekas Mufti KSA), Syeikh Ibn Utsaimin, Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad dan lain-lain.

6. Adapun dari sudut amalan ini daripada Sunnah, di dalam Sunan Abi Daud, dalam kisah Nabi Sallallahu ALaihi Wasallam menjampi Tsabit bin Qais, baginda mengambil tanah dari anak-anak batu, lalu meletakkannya dalam bekas. Kemudian baginda meludahinya (dengan jampi) dengan air, dan mencurahinya ke atasnya.

Cuma, kedudukan hadis ini ada pertikaian. Albani menghukumnya Dhaif dalam silsilah dhaifnya 3/55.

7. Di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah, terdapat atsar daripada Aisyah, bahawa beliau berpendapat tidak mengapa membaca ayat pelindung pada air dan mencurahnya pada orang yang sakit. (No: 23509).

Kata Syeikh Abdul Muhsin Abbad: Atsar sahih.

Kesimpulan, amalan ini termasuk dalam ruqyah yang dibenarkan menurut ramai ulama salaf dan khalaf. Tidak ada unsur-unsur kesyirikan padanya. Kecuali jika dimaksudkan dengannya mengambil berkat dengan ludahan pembaca.

Wallah A'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2010 10:17 AM | Show all posts
Beza selawat yang di ajar Nabi dengan selawat yang di amalkan harun din adalah Nabi ajar kita untuk mohon pada Allah agar Allah memberkatinya, tapi harun din punya selawat kata Nabi siap-siap ada berkatnya sendiri . Nampak tak bezanya tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 10:28 AM | Show all posts
Saya tak faham kenapa ada manusia cuma berpegang kepada pendapat ulama semata-mata tanpa peduli nak ambil tahu hadis2 sahih apa yg ulama tu buat sandaran untuk keluarkan fatwa .

Pendapat ulama bukannya wahyu Allah ! Iblis pun boleh saja memberi ilham pada ulama untuk mengeluarkan pendapat itu ini .



Awak nie sebenarnya masih kurang faham diperingkat paling basic. Urutannya macam ini blassoff.
Bagi hukum yang jelas tertera dalam Al-Quran dan Hadist sohih, tidak perlu kepada fatwa ulama. seperti Hukum Haram zina, arak, daging babi dan sebagainya. Begitu juga yang sunat, makruh dan sebagainya jika jelas dinyatakan tidak perlulagi kepada ulamak, sebab ia sudah jelas dan tak perlu dipertikaikan lagi.

Bagi perkara yang samar-samar dan perkara tersebut tidak berlaku dizaman dahulu, contohnya isu Al-Quran dalam Hand-phone apa hukumnya? Ini dipanggil kekeliruan yang membingungkan orang awam, maka kita perlukan ulama untuk mengeluarkan fatwa hukum. Selepas ulama mengeluarkan Fatwa contohnya katakanlah haram(ini contoh aja tau, saya pun tak tau lagi hukum sebenar bab ini). maka kekeliruan orang awam akan terjawab. Selepas itu kalau anda ingkar dan nak jugak masukkan Mp3 Quran dalam Hand phone, terpulanglah kepada awak dosanya.

Ulama akan mengeluarkan fatwa berdasarkan dalil dari Al-Quran dan Hadis sohih sepertimana yang awak inginkan. Juga kaedah2 tertentu dalam ilmu Fiqah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 10:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 2-9-2010 10:35
Muhammad (Sallalahu Alaihi Wasallam)said, "After Adam (Alaihis Salam) happened to commit the wrong,(as a result of which he was transferred from Paradise to Earth) he used to spend all his time in weeping, praying and repenting, and once he looked up towards the Heaven and supplicated, "O Allah! I beg thy forgiveness in the name of Muhammad (Sallalahu Alaihi Wasallam)." "Who is Muhammad?" came the enquiry through divine revelation. He replied, "When you created me, I saw the words LAA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH written on your 'Arsh', and since then I believed that no human being is superior to Muhammad (Sallalahu Alaihi Wasallam), whose name appeared along with yours." In reply it was revealed," He is to be the last of all prophets, and will be your descendant. If he were not created, you also would not have been created."
mnm77 Post at 2-9-2010 10:05


Hadis ni cuma menceritakan Nabi Adam menggunakan nama Nabi Muhammad dalam taubatnya kerana dia tengok nama Nabi Muhammad ada pada kalimah syahadah di arasy', bukan kerana dia percaya Nabi Muhammad ada keberkatan siap-siap ke hapa .
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 10:34 AM | Show all posts
Air Yang Dibacakan Ayat-ayat Quran
Postby ibn_ahmad » Jun 9th, '09, 20:52

salam

Memohon  ...
zamnie Post at 2-9-2010 10:16


Selawat yang diguna harun din bukan saja berbeza dari selawat yang di ajar Nabi tapi juga bukan ayat Quran .
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 10:38 AM | Show all posts
Bagi perkara yang samar-samar dan perkara tersebut tidak berlaku dizaman dahulu,
zamkumis Post at 2-9-2010 10:28


Samar-samar perkara tu pada kau kerana kejahilan kau .   Kalau kau perdalami Quran Sunnah maka nescaya perkara tu takkan jadi samar-samar lagi dengan pertolongan Allah .
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 10:40 AM | Show all posts
Kalau Nabi Muhammad dah siap-siap ada berkat seperti apa yang korang sangka maka apa perlunya untuk kita minta pada Allah agar memberkati Nabi Muhammad setiap kali kita baca selawat dalam solat  ? Itu jelas bukti bahwa Nabi Muhammad tak ada berkat padanya siap-siap tapi Allah yang berkuasa memberikan keberkatan padanya sebab tu Nabi suruh kita mohon agar Allah memberkatinya .

Nabi Muhammad sekarang dah mati, dia dah jadi roh dan badannya dah jadi mayat oleh itu kita tak boleh guna berkat mayat untuk berubat . Mayat walau seorang Nabi pun takkan boleh memberi kuasa menyembuhkan penyakit sesiapa pun .


Nampak sangat awak nie cetek dan ketinggalan jauh. Awak nie umpama seorang budak yang tak tau apa-apa, bila melihat rumah awak diruntuhkan oleh kontraktor awak marah menghempas2kan badan atas tanah. sambil nangis2. Sebab tak puas hati awak baling kontraktor dengan batu, kata mereka jahatlah, gilalah, pencerobohlah...macam-macam. DISEBALIK ITU, sebenarnya ayah awak sendiri yang suruh runtuhkan rumah tersebut, sebab nak bina banglow 4 tingkat atas tapak yang sama. Sebab itu kalau tak faham tanya dulu atau blajar dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 10:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 2-9-2010 10:53
Tapi saya tak rasa niat Dr Harun Din tu nak syirikkan Allah.

mnm77 Post at 2-9-2010 09:20


mana ada orang Islam yang terjerumus dalam perkara syirik memang niat nak syirik... Orang yang dok pi minta nombor ekor kat kubur tu takkan dia niat nak syirik kot ? Dia niat nak dapat duit banyak cara mudah aje .
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 11:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 2-9-2010 11:22
Amalan doa sebagai ikhtiar dalam ilmu perubatan tiada khusus cara-caranya, melainkan jelas mohon kepada selain dari Allah atau terdapat mantera yang tidak difahami maka tidak bolehkan.
mnm77 Post at 2-9-2010 09:20


Nabi dan jibril tak pernah menggunakan berkat Nabi sebagai ayat2 jampi, kerana Nabi adalah manusia biasa yang pasti akan mengalami kematian , jadi kalau di guna berkat nabi maka akan jadi berkat mayat la sesudah kematian nabi , bergantung kat berkat mayat syirik la jawabnya,  sebab tu dalam hadis-hadis sahih semua menyebut hanya nama Allah saja  .  


(Sahih Muslim)

Book 026, Number 5437:

'A'isha reported: Allah's Messenger (may peace be upon him) used to recite (this supplication) as the words of incantation:" Lord of the people, remove the trouble for in Thine Hand is the cure; none is there to relieve him (the burden of disease) but only Thou.
   

Book 026, Number 5424:

'A'isha (the wife of Allah's Apostle) said: When Allah's Messenger (may peace be upon him) fell ill. Gabriel used to recite these verses." In the name of Allah. He may cure you from all kinds of illness and safeguard vou from the evil of a jealous one when he feels jealous and from the evil influence of eye."


Book 026, Number 5432:

'A'isha reported: When any person amongst us fell ill, Allah's Messenger (may peace he upon him) used to rub him with his right band and then say: O Lord of the people, grant him health, heal him, for Thou art a Greet Healer. There is no healer, but with Thy healing Power one is healed and illness is removed.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2010 11:07 AM | Show all posts
Kalau Nabi Muhammad dah siap-siap ada berkat seperti apa yang korang sangka maka apa perlunya untuk kita minta pada Allah agar memberkati Nabi Muhammad setiap kali kita baca selawat dalam solat? Itu jelas bukti bahwa Nabi Muhammad tak ada berkat padanya siap-siap tapi Allah yang berkuasa memberikan keberkatan padanya sebab tu Nabi suruh kita mohon agar Allah memberkatinya .

Nabi Muhammad sekarang dah mati, dia dah jadi roh dan badannya dah jadi mayat oleh itu kita tak boleh guna berkat mayat untuk berubat . Mayat walau seorang Nabi pun takkan boleh memberi kuasa menyembuhkan penyakit sesiapa pun .


Meh sini saya terangkan....duduk diam-diam, nanti cikgu pulas telinga karang kalau tak faham2 lagi. Kita berselawat kepada Nabi disebabkan ianya perintah Allah yang tertera dalam Al-Quran. Allah swt perintahkan kita mendoakan/selawat kepadanya untuk memuliakannya sebagai seorang yang sememangnya sudah mulia disisi Allah swt. Selawat adalah kemuliaan untuk Nabi, dan seterusnya menyedarkan diri kita supaya turut memuliakan nabi SAW. Apabila kita ada rasa bahawa nabi Muhammad saw itu mulia. maka kita perlu beradab apabila menyebut namanya denagn gelaran memuliakannya iaitu iaitu jangan sebut nabi Muhammad saw degan kata "Muhammad", tapi sebutlah seperti ini "Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassallam". Ini tanda kita memuliakannya. Apabila disebut Nabi telah "mati" ini kata tidak beradab, tapi sebutlah Nabi Muhammad SAW telah wafat dan telah kembali kerahmatullah. Jangan sebut "badan atau mayat" tapi sebutlah "jasad". Inilah kata-kata kemuliaan atau peradapan diantara seorang umat kepada Nabinya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 11:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 2-9-2010 11:25
jangan sebut nabi Muhammad saw degan kata "Muhammad", tapi sebutlah seperti ini "Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassallam".zamkumis Post at 2-9-2010 11:07

Ada kau dengar kata-kata saya dengan telinga kau kah ? Atau kau cuma baca apa yang saya taip guna keyboard ? Mengucapkan dengan mulut la baru perlu berselawat, tapi tak ada hukum yang kata menaip nama nabi guna keyboard pun nak kena berselawat juga.
Memandai kau ni ya reka hukum Tuhan sundri-sundri .

Kalau dalam bahasa inggeris perkataan mati , badan dan mayat nak kena ubah jadi apa pulak baru beradab ? Ka bahasa melayu sahaja ? Ini stail orang melayu kampung la ni, nak kena ubah kok nu kok ni perkataan, saya tak mahu terikat dengan adab kampung yang tak logik tu .
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 11:24 AM | Show all posts
solat subuh 4 rakaat pun tak haram kerana tiada hadith & ayat Quran yang melarangnya.
tobby Post at 1-9-2010 07:10


solat lah 4 rakaat pun..x haram pun...berdosa pun tidak kan..tp sah ke??? itu jer persoalannya
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 11:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by zamkumis at 2-9-2010 11:35
Ada kau dengar kata-kata saya dengan telinga kau kah ? Atau kau cuma baca apa yang saya taip guna  ...
blastoff Post at 2-9-2010 11:17



Ada kau dengar kata-kata saya dengan telinga kau kah ? Atau kau cuma baca apa yang saya taip guna keyboard ? Mengucapkan dengan mulut la baru perlu berselawat, tapi tak ada hukum yang kata menaip nama nabi guna keyboard pun nak kena berselawat juga.
Memandai kau ni ya reka hukum Tuhan sundri-sundri .

Kalau dalam bahasa inggeris perkataan mati , badan dan mayat nak kena ubah jadi apa pulak baru beradab ? Ini stail orang melayu kampung la ni, nak kena ubah kok nu kok ni

Ko nie heee betullah, mai sini cikgu nak pulas telinga.... Ko penah tak dengar perkataan Human sense atau common sense. Ko boleh faham ke tak nie..atau buat2 tak faham, atau ko menang betul2 tak faham. Atau faham tapi salah faham, atau satu habuk pun tak faham?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.078063 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list