CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tobby

ustaz......tolong buat air sikit, anak saya malas belajar.

 Close [Copy link]
Post time 4-9-2010 09:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 4-9-2010 09:15

Reply 278# nickname

benar, buat secara doa adalah sunnah. dan ia tentulah amalan yg terbaik, kerana nabi suruh, buat, dan sahabat2 buat.
keep it simple and istiqamah.

InsyaAllah




p.s: jgn hembus2 dgn memikirkan ada sesuatu yg baik akan terjadi walaupun bersandarkan kepada Allah. takut lama2  idea tokok tambah akan menjadi ringan dan biasa.cukuplah dgn doa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2010 09:30 AM | Show all posts
Reply  nickname

benar, buat secara doa adalah sunnah. dan ia tentulah amalan yg terbaik, kerana  ...
ussopp Post at 4-9-2010 09:04


Apabila kita melawat orang yang yang sakit fizikal , atau ahli keluarga kita sakit fizikal , bolehlah kita berdoa bersama-samanya untuk kesembuhan penyakit tersebut .

(Abu Dawud ) Book 20, Number 3100:

Narrated Abdullah ibn Abbas:
The Prophet (peace_be_upon_him) said: If anyone visits a sick whose time (of death) has not come, and says with him seven times: I ask Allah, the Mighty, the Lord of the mighty Throne, to cure you, Allah will cure him from that disease.  
   


Doa di bolehkan dan doa berbeza dari jampi kerana jampi membabitkan bacaan ayat2 Quran , sebaliknya doa adalah perlakuan meminta/ memohon pada Allah .
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 11:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 4-9-2010 14:46
Kenapa mesti Nabi Muhammad? Nabi-nabi lain tak berdakwah kah?
mnm77 Post at 3-9-2010 15:45


Di sebut di hadis tu nama nabi tertulis di arasy di samping nama Allah , menurut Al Quran yang tertulis di sisi Allah adalah apa yang kita panggil sebagai "takdir" di kitab induk bernama lauh mahfuz , jadi yang Nabi Adam nampak (Allah perlihatkan pada dia) adalah takdir yang tertulis di lauh mahfuz  mengenai kewujudan Nabi terakhir yang membawa kalimah tauhid pada umatnya .....

Ni maksud ayat-ayat Quran yang menyebut takdir tertulis di lauh mahfuz di sisi Allah .

17:58 There is not a population but We shall destroy it before the Day of Judgment or punish it with a dreadful Penalty: that is written in the (eternal) Record.

10:61 And thou (Muhammad) art not occupied with any business and thou recitest not a lecture from this (Scripture), and ye ( mankind) perform no act, but We are Witness of you when ye are engaged therein. And not an atom's weight in the earth or in the sky escapeth your Lord, nor what is less than that or greater than that, but it is (written) in a clear Book.



Kenapa nama Nabi Muhammad saja Allah perlihatkan pada Nabi Adam di lauh mahfuz ?

Allah reveal pada para nabi certain "takdir" saja dan tak semua , pada Nabi Adam Allah reveal "takdir" masa akan datang ,  begitu juga pada Nabi Muhammad Allah reveal certain "takdir" masa lepas dan masa akan datang, tak semua juga .

Sebab tu walaupun banyak para Nabi,  tapi hanya beberapa nama Nabi saja di wahyukan Allah pada Nabi Muhammad , so tak semua nama pun . Seperti yang di beritahu pada kita dalam maksud ayat Quran bawah ni,

3:44 This account of something that was beyond the reach of thy perception We [now] reveal unto thee: for thou wert not with them when they drew lots as to which of them should be Mary's guardian, and thou wert not with them when they contended [about it] with one another.



Kenapa tak semua yang di beritahu Allah pada para NabiNya ? Kerana hanya Allah selaku Tuhan yang layak tahu segalaNya . Nabi2 hanya manusia selaku hamba-hambaNya yang akan tahu hanya setelah di beritahu oleh Nya saja . Allah menyatakan dalam maksud ayat Quran bawah ni perkara tu .

(Quran 2:255) He knows all that lies open before men and all that is hidden from them, whereas they cannot attain to aught of His knowledge save that which He wills [them to attain].



Realitinya Nabi Muhammad SAW adalah insan yang termulia, tak perlu banding-banding antara Nabi-Nabi supaya kita tidak merendahkan Nabi lain. Yang dok kata Ulul 'Azmi tu kau tak tak percaya ka?
mnm77 Post at 3-9-2010 15:45


Nabi melarang kita memujinya berlebih-lebih kerana dia hamba Allah aje . Kita kena mengesakan Allah dengan menganggap segala yang selain Nya hanyalah makhluk ciptaanNya semata-mata .

(Sahih Bukhari) Volume 4, Book 55, Number 654:
Narrated 'Umar:
I heard the Prophet saying, "Do not exaggerate in praising me as the Christians praised the son of Mary, for I am only a Slave. So, call me the Slave of Allah and His Apostle."



Kemuliaan pada manusia bergantung pada amalan mereka , ia bukan hakmilik peribadi/jasad mereka . Kemuliaan pada Dzat hanyalah Allah saja yang berhak memilikinya .

Lihat maksud ayat Quran bawah ni di mana Allah menerangkan hanya apabila Allah memuliakan amal manusia barulah manusia tu beroleh kemuliaan amalan, dan segala kemuliaan dzat hanya dimiliki oleh Allah tanpa perlu bergantung pada sebarang amal langsung .

35:10 He who desires might and glory [ought to know that] all might and glory belong to God [alone]. Unto Him ascend all good words, and the righteous deed does He exalt. But as for those who cunningly devise evil deeds - suffering severe awaits them; and all their devising is bound to come to nought.


Air tu benda haram atau kotor kah?
mnm77 Post at 3-9-2010 09:50


Menganggap air yang dijampi boleh settle problem rumahtangga , boleh lulus periksa , boleh sayang isteri etc  adalah khurafat, air tu tak kotor tapi yang kotor adalah cara air tu di guna .


Solawat berkat kemuliaan Nabi tu haram dan kotor kah?
mnm77 Post at 3-9-2010 09:50



Nabi mulia bukan pada mukanya tapi pada amal perbuatannya, yang harun din sebut adalah berkat wajah Nabi so itu syirik lah tu kerana meletakkan kemuliaan Nabi pada jasadnya kerana Allah bagitahu kita hanya Dia saja yang mulia dari segi Dzat sementara manusia walau Nabi sekali pun cuma mulia dari segi amalan sahaja .



Ini kenyataan yang menarik. Boleh bawakan sumber rujukan dari dua Ulama tersebut tentang Solawat ke atas Nabi sebagai keberkatan dalam ikhtiar perubatan?
mnm77 Post at 3-9-2010 10:07


Manusia yang tak tahu maka nak tahu sesuatu hukum tak salah untuk merujuk buku2 yang di tulis oleh ulama muktabar, tapi kita perlu sedar semua ulama muktabar mesti berpandukan QURAN SUNNAH dalam menetapkan hukum Tuhan , qiyas pun bersandarkan pada QURAN SUNNAH ,  apa yang saya bawa adalah ayat-ayat Quran dan Hadis2 Sahih so saya menggunakan sumber yang sama yang di guna oleh ulama2 muktabar tu .

Selawat hanya di sebut ketika doa tak kiralah untuk tujuan apa pun , baik dalam sembahyang atau luar sembahyang ,  dan selawat yang di ajar nabi tak ada sebut berkat WAJAH Nabi tapi cuma menyebut rahmat dan keberkatan Allah  . Banyak beza tu  .

"  Peace be upon you,0 Prophet, and Allah's mercy and blessings. "



Saya bukan kata Solat tu sekadar dialog dengan Tuhan. Ia lebih dari itu.

Tentang solawat dalam at-tahiyyat tu WAJIB atau SUNAT? Selidik dulu asal usul Solawat tu dan bentangkan di sini

WAllahu a'lam
mnm77 Post at 3-9-2010 15:45



Ni hadis yang mewajibkan selawat dalam sembahyang .

(Sahih Muslim) Book 004, Number 0793:

'Abdullah (b. Mas'ud) said: While observing prayer behind the Messenger of Allah (may peace be upon him) we used to recite: Peace be upon Allah, peace be upon so and so. One day the Messenger of Allah (may peace be upon him) said to us: Verily Allah is Himself Peace. When any one of you sits during the prayer. he should say: All services rendered by words, by acts of worship, and all good things are due to Allah. Peace be upon you,0 Prophet, and Allah's mercy and blessings. Peace be upon us and upon Allah's upright servants, for when he says this it reaches every upright servant in heaven and earth (and say further): I testify that there is no god but Allah and I testify that Muhammad is His servant and Messenger. Then he may choose any supplication which pleases him and offer it.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 12:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 4-9-2010 13:21
Saya tanya awak Harun Din buat syari'at baru kah? Perbahasan saya solawat tersebut jatuh dalam kategori ikhtiar perubatan, macamana nak kata sesat?   mnm77 Post at 4-9-2010 08:47


Macam mana cara nak berselawat boleh tak masuk bab syariat agama pulak ? Kau ingat agama Islam ni syariatnya menyentuh bab-bab asas macam sembahyang puasa zakat haji saja ka ? Itu rukun Islam ! Jangan confiuskan rukun Islam dengan SYARIAT Islam . Tak sama .

Syariat Islam membabitkan segala perlakuan manusia samada perlakuan tu wajib, haram , sunnat, makruh dan harus .

Pernah dengar tak orang sebut " Islam adalah gaya hidup yang lengkap " ? Dan setiap kali kita sembahyang kan kita sebut maksudnya begini " Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah semata-mata .  

Sebab tu Nabi tak hanya tunjuk bab macam mana nak sembahyang saja, tetapi segala bab nabi tunjuk caranya seperti cara makan, minum, tidur, masuk toilet, cuci hadas, cakap,  bergaul,  berpakaian ,  berniaga etc

Lihat Maksud ayat Quran bawah ni , Allah memerintahkan manusia tunduk patuh pada Allah secara keseluruhan , segala-gala sudut hidup kena dilakukan berdasarkan syariatNya .

(Quran 2:208 ) O you who have attained to faith! Surrender yourselves wholly unto God, and follow not Satan's footsteps, for, verily, he is your open foe.

Saya nak jimat masa, kau google water therapi tengok dulu   mnm77 Post at 4-9-2010 08:47


Water therapy tu bukan untuk mengubati penyakit tapi lebih kepada usaha yang di buat untuk mengelakkan penyakit dan bukan untuk mengubati  .


Sekadar lihat youtube belum cukup untuk jatuhkah hukum syirik tanpa usul periksa secara mendalam. Sunnah yang terbaik kau berdepan sendiri dengan harun Din keluarkan hujjah-hujjah kau. Pastu kita lihat hujjah kau dan hujjah Harun Din. Kalau jauh, kau tulis surat. Ini cara Sunnah Nabi.   mnm77 Post at 4-9-2010 08:47


Kalau saya nak tegur dia sorang saja memang lah saya direct kat dia , saya mai forum ni berbincang mengenai perbuatan dia kerana nak mendedahkan kesesatan yang dia dah buat agar masyarakat yang mai baca forum ni sedar mengenainya kerana dia banyak pengaruh di kalangan masyarakat umum  , bukan kerana nak tegur dia sorang saja  .

Takkan nak mendedahkan kepada masyarakat umum mengenai kepincangan yang di buat oleh presiden obama maka saya kena hantar surat pada obama sendiri atau pi jumpa dia face to face pulak ? Tak logik nya .


Cepatnya kau keluarkan hukum. Nak keluarkan hukum kena berdasarkan kefahaman ilmu yang mendalam.  mnm77 Post at 4-9-2010 08:47


Kau tak tengokkah saya sertakan hadis-hadis sahih dan ayat-ayat Quran sebagai sandaran bagi menyokong kenyataan saya yang perbuatan dia syirik ? Bukannya saya guna pendapat saya sendiri semata-mata .

Kalau kau tak setuju apa yang saya katakan maka address lah segala hadis2 dan ayat2 Quran yang saya bagi tu untuk tunjukkan bahwa dalil nas tu tak menyokong hujah saya , dan bawakan pula dalil dan nas Quran Sunnah yang kau yakin boleh menyokong hujah kau sendiri pulak . Saya mengalu-alukan .
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 06:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 5-9-2010 15:07
Bila masa saya kata harus? kau ni cepat sangat menghukum! Dalam bab hukum kena teliti.

Saya masih berbahas nak tengok tang mana yang syiriknya, belum keluar apa-apa hukum pun. Setakat ni saya kata tak syirik. Itu tak bermaksud harus atau berdosa.

Macam minum arak, bukan syirik. Tapi perbuatan itu berdosa. Solawat syifak tu saya tak nampak syirik, tapi saya tak keluar hukum harus atau haram pun! masih berbahas nak tengok hujjah-hujjah kau.

Dalam berdakwah, Sunnah ikut cara nabi, FACE TO FACE. Ada kau dakwah Harun Din macam tu?
mnm77 Post at 4-9-2010 08:47


Orang yang tak menghukum dia akan DIAM aje atau just kata TAK TAHU . Tapi apabila kata TAK SYIRIK atau SYIRIK maka itu menghukum la tu  . Saya kata syirik , kau kata tak syirik .

Dalam bab menjampi , Nabi sendiri menegaskan hanya ada dua aje, samada syirik atau tak syirik . Macam mana nak tahu syirik atau tidak sesatu jampi tu ? Nabi tunjukkan caranya .

Di hadis sahih bawah ni Nabi menyuruh sahabat bagitau dia dulu apa yang nak mereka guna sebagai jampi , well itu sebab di zaman Nabi para sahabat tanya dulu kat dia jampi yang mereka nak buat untuk tahu syirik ke idak , setelah Nabi membenarkan baru depa buat.

Tapi di zaman la ni memandangkan Nabi dah tak ada so kita hanya boleh meminta kebenaran nabi dengan follow stricly apa yang Nabi tunjukkan dalam hadis2 sahih sajalah , kaedah jampi selain dari apa yang Nabi tunjukkan adalah syirik la .

(Sahih Muslim ) Book 026, Number 5457:

'Auf b. Malik Ashja'i reported We practised incantation in the pre-Islamic days and we said: Allah's Messenger. what is your opinion about it? He said: Let me know your incantation and said: There is no harm in the incantation which does not smack of polytheism.




Hadis sahih bawah ni menyatakan dengan jelas perbuatan manusia seperti harun din tu di tolak oleh Nabi .

Ada seorang lelaki bernama Dimad, dia datang nak mengubati Nabi ketika mendengar Nabi terkena sihir , lalu dia berkata pada Nabi bahwa dia boleh melindungi Nabi dari sihir yang Nabi sedang alami dan dia bersandar pada kekuasaan Allah dengan menyatakan "Allah akan menyembuhkan sesiapa yang dikehendaki NYA dengan tangan ku"  kemudian dia bertanya Nabi adakah nabi mahu dia berubat Nabi .

Nabi dengan tegas menolak untuk berubat dengan nya lalu Nabi memuji Allah dan meng esa kan Allah . Dan selepas itu Nabi menghantar expedisi untuk menemui puak lelaki yang nak berubat dia tu , lalu mereka menemui bekas untuk mengisi air yang orang dari kaum lelaki tu biasa guna untuk berubat dengannya  ....

See walaupun lelaki tu bersandar pada kekuasaan Allah dan menggunakan bekas air aje untuk berubat tapi Nabi menolak bulat-bulat .

(Sahih Muslim ) Book 004, Number 1888:

Ibn 'Abbas reported: Dimad came to Mecca and he belonged to the tribe of Azd Shanu'a, and he used to protect the person who was under the influence of charm. He heard the foolish people of Mecca say that Muhammad (may peace be upon him) was under the spell. Upon this he said: If 1 were to come across this man, Allah might cure him at my hand. He met him and said: Muhammad, I can protect (one) who is under the influence of charm, and Allah cures one whom He so desires at my hand. Do you desire (this)? Upon this the Messenger of Allah (may peace be upon him) said: Praise is due to Allah, we praise Him, ask His help; and he whom Allah guides aright there is none to lead him astray, and he who is led astray there is none to guide him, and I bear testimony to the fact that there is no god but Allah, He is One, having no partner with Him, and that Muhammad is His Servant and Messenger. Now after this he (Dimad) said: Repeat these words of yours before me, and the messenger of Allah (may peace be upon him) repeated these to him thrice; and he said I have heard the words of soothsayers and the words of magicians, and the words of poets, but I have never heard such words as yours, and they reach the depth (of the ocean of eloquence) ; bring forth your hand so that I should take oath of fealty to you on Islam. So he took an oath of allegiance to him. The Messenger of Allah (may peace be upon him) said: It (this allegiance of yours) is on behalf of your people too. He said: It is on behalf of my people too. The Messenger of Allah (may peace be upon him) sent an expedition and the flying column passed by his people. The leader of the flying column said to the detachment: Did you find anything from these people? One of the people said: I found a utensil for water. Upon this he (the commander) said: Return it, for he is one of the people of Dimad.




Dalam berdakwah, Sunnah ikut cara nabi, FACE TO FACE. Ada kau dakwah Harun Din macam tu?
mnm77 Post at 4-9-2010 08:47


Perlukah saya beritahu kat kau apa yang saya buat kerana Allah semata-mata di dalam hidup saya ? Untuk apa? Saya tak memerlukan evaluation kau untuk amalan yang saya lakukan di waktu saya bersendirian .

Kau nak menghukum silakan pada apa yang saya lakukan secara publicly macam sekarang ni , saya tak kisah sebab kalau kita nak tegur orang kita kenalah tahu perbuatan orang tu betul ke idak tapi itu hanya pada perkara yang berlaku di khalayak ramai.

Apa yang berlaku di dalam hidup personal orang lain kita tak di benarkan oleh Islam untuk mengorek-ngorek untuk ambil tahu . Samada saya pi berdakwah face to face secara bersendirian dengan harun din , itu adalah personal dan bukan umum.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 06:11 AM | Show all posts
this is from website darul syifa' saya xkan bc tulisan org x berilmu

Hukum Rawatan menggunakan jampi mantera dan serapah

Soalan

Ada bomoh di tempat saya mengubati pesakit atau yang berhajat sesuatu, ditolongi dengan jampi mantera menggunakan bahasa Jawa. Saya orang Jawa asli yang tinggal di Parit Jawa, tetapi saya sendiri tidak faham apa dibaca dukun tersebut. Apakah pengubatan secara ini boleh diterima pakai dan tidak mendatangkan sesuatu yang berlawanan dengan syarak?

MOHAMMAD BIN JUSOH
Pant Jawa, Johor



Jawapan

Mengubati penyakit atau menolong seseorang yang memerlukan pertolongan sehingga ter tunai hajatnya, lebih-lebih lagi boleh membantu meng ikhtiarkan kesembuhan pesakit yang bermasalah adalah pekerjaan mulia. Ia menjadi lebih mulia jika dilakukannya semata-mata kerana Allah SWT, meng harapkan pahala pada hari akhirat dan tidak membe bankan pesakit.

Amalan perubatan de ngan menggunakan doa ataupun bacaan ayat memang salah satu daripada cabang rawatan yang dia kui syarak sebagai amalan mulia. Pergi ke hospital atau menemui perawat pakar juga digalakkan Islam, kerana itu juga salah satu daripada cabang rawatan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang banyak.

Merujuk khusus kepada persoalan saudara iaitu soal jampi. Menjampi pesakit disebut dalam bahasa Arab se bagai ruqyah. Ruqyah adalah dibenarkan. Malah kadang- kadang amat digalakkan.

Rasulullah s.a.w. pernah sakit, suatu ketika Jibril diturunkan untuk memberi tawaran menjampikan baginda, lalu Jibril menjampi Nabi. Ianya disebut sebagai Ruqyatu Jibril.

Adapun menjampi seseo rang itu dengan menggu nakan bahasa khusus seperti Jawa, atau bahasa Mendiling, Inggeris dan Sepanyol diha ruskan syarak dengan syarat, bacaan itu diketahui makna nya dan ia tidak ada sebarang petanda kesyirikan terhadap Allah SWT. Jangan ada sebarang taf siran yang boleh membawa syirik.

Oleh yang demikian jika lirik, seni kata atau bacaan yang disebut oleh dukun itu tidak diketahui maknanya, jika seperti saudara seorang berketurunan Jawa tidak memahami jampi yang dibaca dalam bahasa Jawa. Tetapi mungkin seperti disebut orang bahawa Jawa ada dua bahasa, iaitu bahasa kasar dan bahasa halus. Biasanya bahasa Jawa halus jarang diketahui orang.

Saya sendiri sememang nya tidak memahami bahasa Jawa sama ada kasar ataupun halus. Sekiranya anda tidak faham bahasa tersebut, tetapi orang yang membacanya faham dan makna bacaan itu tidak ada sebarang petanda menuju kepada syirik, maka dia boleh berbuat demikian.
Tetapi jika dukun itu sendiri tidak faham dan tidak tahu apa yang diminta, maka tidak boleh digunakan perubatan dengan bahasa tersebut.

Daripada ayat al-Quran, Allah berfirman (mafhum nya) : “Dan Kani turunkan
dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al -Quran tidak menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.” (Surah al-Isra’ , ayat 82)

Ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran. Ada begitu banyak hadis yang menyebutkan tentang kesembuhan penyakit melalui rawatan pembacaan ayat-ayat al-Quran dan doa.

Oleh itu maka ulama ber sependapat (ijmak), bahawa mengikhtiarkan kesembuhan penyakit dengan menggu nakan kaedah bacaan dan doa serta air adalah diharus kan, kadang-kadang digalak kan, sekiranya memenuhi tiga syarat yang utama iaitu:

Pertama, menggunakan pembacaan ayat-ayat al-Qur an dan as-Sunnah atau ruq yah dalam bahasa Arab yang diketahui maknanya tidak bertentangan dengan syarak.

Kedua, boleh mengguna kan bacaan selain daripada yang pertama, dengan apa jua bahasa, tetapi mestilah difahami maknanya dan tidak ada sebarang percang gahan dengan syarak.

Ketiga, hendaklah yang merawat mengiktikadkan bahawa penyembuh sebe narnya adalah Allah SWT sahaja. Pengubat hanyalah berikhtiar.

Oleh itu saya suka menje laskan, jika sudah ternyata al- Quranlah bacaan utama sebagai penawar terbaik, as-Sunnah (al-Hadis) adalah yang terbaik selain al-Quran, maka mengapakah kita tidak menggunakan bacaan ini sebagai rawatan?

Kita harus membebaskan diri daripada yang kurang baik, lebih-lebih lagi jika ia boleh membawa kepada kesyirikan kepada Allah SWT.

WalLah hu a’lam.

(Petikan dari Harakah Bil.1336)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2010 08:05 AM | Show all posts
persoalannya di sini :

jampi untuk penyakit fizikal = ada dalil/nas
jampi untuk mengubah sikap/hati/perasaan = ada dalil yg menyuruh atau melarang tak?

yg ke-2 tu ada tanda soal sebab sy tak tau,bagi yg tau sila kemukakan lah..

ikut kefahaman sy dari ceramah ustaz,mana2 yg tiada dalil menyuruh atau melarang hukum perbuatannya adalah harus..

persoalan sy,perbuatan menjampi air dgn ayat al-Quran (untuk hati)boleh kah kita nak hukum sebagai syirik atau pun haram? kalau benar di mana ciri2 kesyirikan yg nampak jelas?..

bukan maksud saya untuk berbahas ya,sy menerima pendapat mana2 pihak selari dgn nas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2010 08:28 AM | Show all posts
persoalannya di sini :

jampi untuk penyakit fizikal = ada dalil/nas
jampi untuk mengubah sikap/h ...
nickname Post at 5-9-2010 08:05


menyambut hari lahir Nabi Isa pun takda larangan.  tapi para sahabat tak pernah buat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2010 02:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 5-9-2010 14:59
persoalannya di sini :

jampi untuk penyakit fizikal = ada dalil/nas
jampi untuk mengubah sikap/h ...
nickname Post at 5-9-2010 08:05


Ni nas dari hadis sahih yang menyatakan jampi selain dari apa yang Nabi amalkan adalah syirik,

Hadis sahih muslim bawah ni diterjemahkan ke dalam BM :

"Auf melaporkan kami mengamalkan jampi di zaman sebelum hari-hari kedatangan Islam dan kami berkata : Pesuruh Allah, apakah pandangan mu tentang jampi yang kami buat itu ? Nabi berkata : Beritahu pada ku jampi kau itu , lalu Nabi berkata : Tidak ada mudarat pada jampi yang tidak memperlihatkan atau terkandung tanda-tanda yang menunjukkan kehadiran apa-apa ciri atau kualiti yang menyekutukan Allah" .




    (Sahih Muslim ) Book 026, Number 5457:

'Auf b. Malik Ashja'i reported We practised incantation in the pre-Islamic days and we said: Allah's Messenger. what is your opinion about it? He said: Let me know your incantation and said: There is no harm in the incantation which does not smack of polytheism.




Kenapa syirik jampi selain dari yang Nabi amalkan ? Kerana Nabi mengarahkan para sahabat untuk beritahunya terlebih dahulu apa jampi yang mereka amalkan tu untuk tahu jampi tu syirik atau tidak.

Walaupun para sahabat Nabi cukup tinggi ilmu mereka kalau di bandingkan dengan para ulama zaman la ni , namun manusia biasa setinggi mana pun ilmunya takkan boleh tahu dengan pasti jampi mana yang syirik dan jampi mana yang tidak semata-mata dengan guna akal fikiran aje.

Hanya Nabi yang menerima wahyu dari Allah sajalah yang boleh tahu perkara tu dengan kepastian yang jitu, sebab tu Nabi tak benarkan sahabatnya fikir sendiri untuk tahu status sesuatu jampi syirik ke tidak, sebaliknya dia menyuruh mereka bergantung pada dia 100% untuk pastikan mana jampi syirik dan mana tidak .

Zaman la ni kita nak pi tanya Nabi sendiri tak boleh la sebab Nabi dah tak hidup di kalangan kita , sebab tu satu-satunya cara untuk kita tahu sesuatu jampi tu tidak syirik adalah dengan membandingkan dengan jampi yang nabi benarkan dalam hadis2 sahih, kalau sama exactly seperti yang Nabi amalkan maka tak syirik tapi kalau berbeza walau pun sebesar hama perbezaan akan jadi syirik lah jampi tu .


persoalan sy,perbuatan menjampi air dgn ayat al-Quran (untuk hati)boleh kah kita nak hukum sebagai syirik atau pun haram? kalau benar di mana ciri2 kesyirikan yg nampak jelas?..
nickname Post at 5-9-2010 08:05



Menurut hadis sahih tersebut , kesyirikan jampi sama macam perbuatan menyembah berhala , itu menunjukkan sesiapa yang mengamalkan jampi yang selain dari apa yang Nabi amalkan maka kafir la ia sekiranya tidak bertaubat  .

Kita manusia biasa biar bertaraf ulama sekalipun tak kan sesekali dapat menentukan secara sendiri-sendiri apa status kesyirikan sesuatu jampi, sebab tu Nabi tak benarkan para sahabatnya untuk tentukan sendiri-sendiri jampi mana yang syirik dan jampi mana yang tidak .

Satu-satunya cara untuk tak jatuh kafir ketika berjampi adalah rujuk pada hadis-hadis sahih dan baca cara jampi yang Nabi sebut di hadis2 tu lalu amalkan exactly seperti yang nabi buat  .
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 03:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 5-9-2010 15:28

http://www.youtube.com/watch?v=_9ZiBnzwFQE

Di video youtube (click link atas ni) harun din menyatakan selawat syifa' tu merupakan jampi orang dulu kala dan di amalkan di nusantara ni dah lama dah .

Jelas sekali selawat syifa ni tiada dalam hadis2 sahih, dan ia bukan ayat2 Quran . Dan cara harun din jampi pun totally tak pernah di buat Nabi .

Nak di bandingkan Harun Din dengan para sahabat Nabi, memanglah totally tak sama taraf ibadah dan ilmu mereka.

Nabi tak benarkan para sahabat fikir sendiri jampi mana yang syirik jampi mana yang tidak, apa hak Harun Din untuk kata jampi yang dia amalkan tu tak syirik dengan guna fikiran dia sendiri aje untuk tentukan kesyirikan jampi yang dia amalkan ?

Nabi bagi green light kat dia dalam mimpi ?

Nampak di hadis bawah ni Nabi menyebut tiada tolak ansur antara sesama Islam dalam perkara yang boleh membuatkan yang halal jadi haram dan yang haram jadi halal . Kita tak di benarkan bertolak ansur dengan orang Islam yang mengubah hukum Tuhan dengan kata-kata atau dengan perbuatan mereka sesuka hati  .

(Abu Dawud ) Book 24, Number 3587:

Narrated AbuHurayrah:
The Prophet (peace_be_upon_him) said: Conciliation between Muslims is permissible. The narrator Ahmad added in his version: "except the conciliation which makes lawful unlawful and unlawful lawful." Sulayman ibn Dawud added: The Apostle of Allah (peace_be_upon_him) said: Muslims are on (i.e. stick to) their conditions.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 04:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 5-9-2010 16:27
jgn hembus2 dgn memikirkan ada sesuatu yg baik akan terjadi walaupun bersandarkan kepada Allah.

ussopp Post at 4-9-2010 09:04


Banyak orang Islam yang menyangka asalkan mereka bersandar pada kekuasaan Allah maka mereka boleh buat cara apa saja yang mereka suka ketika menjampi , tapi mereka lupa kekuasaan Allah tak berlaku menurut apa yang mereka suka tapi menurut apa yang Allah sendiri tentukan .

Memang benar, jampi berkaitan secara langsung dengan keyakinan yakni iman , ia tidak hanya perlu di niatkan dengan betul tapi juga perlu di buat dengan betul kalau tidak memang syirik lah jawabnya. Niat dan perlakuan ketika menjampi perlu selari berpandukan Quran Sunnah semata-mata .

Hakikatnya apabila mereka guna cara sendiri ketika menjampi, itu jelas memperlihatkan mereka bersandarkan pada ikhtiar sendiri semata-mata dan tidak pada kekuasaan Allah .

Kerana kalau mereka yakin pada kekuasaan Allah sudah tentulah mereka guna cara jampi yang Nabi tunjukkan saja . Guna cara jampi sendiri makna menganggap ikhtiar sendiri lah yang punya kuasa untuk sembuhkan , lalu menafikan kekuasaan Allah secara tak langsung, jatuh kafir terus  .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2010 07:02 PM | Show all posts
Banyak orang Islam yang menyangka asalkan mereka bersandar pada kekuasaan Allah maka mereka bole ...
blastoff Post at 5-9-2010 16:12


bomoh hujan pun kata dia sekadar berikhtiar tapi Allah yg menentukan.  bagitu jugak dgn bomoh2 (ustaz2 kampung)  yg tilik barang hilang. depa pun kata mrk hanya ikhtiar, tapi Allah yg menentukan.  penjual kayu koka pun sebut benda yg sama.  kayu koka sekadar ikhtiar, tapi Allah yg menentukan.  begitu jugak dgn bomoh2 yg buat ayaq jampi dlm pinggan (yg ada tulisan tertentu), mrk kata mrk berikhtiar tapi Allah yg menentukan.  tapi mrk kena pikir balik, adakah perbuatan mrk ada sandaran nas & dalil dari Quran & Sunnah? benda ni la kita selalu lupa.

MEMPERGUNAKAN AGAMA UTK KEUNTUNGAN DUNIA YG SEDIKIT
http://sihatherba.com/info/tag/al-quran-pinggan-putih   
http://www.annusyrah-online.com/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2010 07:03 PM | Show all posts
nujum2, bomoh2 & dukun2 lumrahnya kuat berdusta.

Rasulullah telah bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ اَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً

Erti:
Barangsiapa yang mendatangi tukang tenung, lalu dia menanyakan tentang sesuatu, tidak diterima Allah sembahyangnya selama 40 malam.

2) Rasulullah bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا اَوْ كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِما يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِما اُنْزِلَ عَلى مُحَمَّد
Erti:
Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau tukang nujum / bomoh / sami lalu membenarkan kata-katanya maka sungguh dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2010 07:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2010 07:05 PM | Show all posts
this is from website darul syifa' saya xkan bc tulisan org x berilmu

Hukum Rawatan menggunakan ja ...
sunsuria3 Post at 5-9-2010 06:11


sampai hari ini ada org2 melayu yg jumpa 'orang alim' utk cari barang hilang.  alasan kononnya mrk berikhtiar, Allah yg menentukan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 07:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 6-9-2010 08:09
Doa adalah Ibadat yang umum bukan khusus macam solat. Sebab itu boleh berdoa apa saja yang baik, dalam apa bahasa pun. Kalau ibadat khusus saja yang boleh, kena doa sebijik macam nabi doa saja tak boleh minta selain dari apa yang Nabi minta walaupun untuk kebaikan.

mnm77 Post at 4-9-2010 08:47


Allah letakkan syarat yang wajib di penuhi terlebih dahulu sebelum sesatu doa tu mendapat keredhaanNya .

2:186  "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. "


Pertama : Syarat paling penting yang Allah sebut dulu dalam maksud ayat Quran atas ni untuk membolehkan sesatu doa di makbulkan dan diredhaiNya adalah "hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku ".
Maknanya kena tunduk patuh pada Allah dalam segala hal terlebih dahulu , jadi ikhtiar dan usaha yang kita nak buat walaupun ketika berdoa kena berpandukan Quran Sunnah agar tiada perkara haram yang kita lakukan ketika nak berikhtiar atau nak berusaha.


Kedua : Syarat yang Allah sebut kemudian dalam ayat Quran atas ni :"hendaklah mereka beriman kepada-Ku".
Bermakna niat kena betul dan keyakinan kena bersih dari segala bentuk kesyirikan dan kekafiran .

Niat tak boleh menghalalkan cara , sebab itu cara kena dipastikan betul dulu baru keyakinan dalam hati jadi sahih  . Dalam ertikata lain cara(perbuatan luaran) membuktikan dan mensahihkan keyakinan dalam hati . Jadi tak boleh kata asalkan aku yakin pada kekuasaan Allah maka aku dah boleh ikhtiar ikut suka aku !


Syarat ketiga :  " mereka selalu berada dalam kebenaran" . Bermakna orang yang berdoa tu perlu ada dalam kebenaran dengan memastikan segala ikhtiar dan usaha serta niat dan keyakinan kena berlandaskan Quran dan Sunnah semata-mata .


Sebab itu orang yang doa untuk dapat dunia saja kerana keinginannya pada dunia yang meluap-luap yang menyebabkan dia sanggup redah dan langgar syariat Islam , maka Allah akan ban dia dari menikmati nikmat di Akhirat .

2:200 ..."Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia"", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat."



Manakala orang yang berharapkan dunia dan akhirat ketika berdoa yang menyebabkan segala ikhtiar , usaha serta niatnya dia lakukan menurut syariat agama kerana takutnya pada pembalasan Allah , maka doa sebeginilah yang di suruh oleh Allah dan diredhainya .

2:201  "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka""."


Kau doa tak dalam bahasa Melayu?
mnm77 Post at 4-9-2010 08:47

Berbagai bahasa manusia adalah tanda-tanda kekuasaanNya. Boleh guna bahasa apa pun ketika berdoa malah kalau senyap aje dengan berdoa dalam hati pun boleh, kerana Allah Maha Mengetahui sehingga ke dalam hati manusia apa yang berlaku .  

30:22 Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.
   

Kang kalau ada orang tanya kenapa kita tak sembahyang guna bahasa sendiri atau diam aje ketika sembahyang ? Kerana di hadis sahih Nabi menyebut " sembahyanglah sepertimana engkau melihat aku sembahyang " so kena follow exactly lah .


See , Islam is about ketundukan dan kepatuhan kepada Allah dan RasulNya, bukan about percaya pada kekuasaan Allah semata-mata . Dengan menyebut aku bersandarkan pada kekuasaan Allah saja tak akan menyebabkan ikhtiar dan cara cacamarba suka suki yang di buat seseorang mendapat keredhaan Allah .

Sebaliknya yang akan mendapat keredhaan Allah ialah orang yang mengamalkan cara dan niat yang betul berlandaskan Quran Sunnah dalam setiap perkara . Cara ikhtiar dan usaha kena dibuktikan betul dulu , baru niat dan keyakinan dalam hati jadi sah .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2010 10:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 6-9-2010 10:41
Perlukah saya beritahu kat kau apa yang saya buat kerana Allah semata-mata di dalam hidup saya ? Untuk apa? Saya tak memerlukan evaluation kau untuk amalan yang saya lakukan di waktu saya bersendirian .

Kau nak menghukum silakan pada apa yang saya lakukan secara publicly macam sekarang ni , saya tak kisah sebab kalau kita nak tegur orang kita kenalah tahu perbuatan orang tu betul ke idak tapi itu hanya pada perkara yang berlaku di khalayak ramai.

Apa yang berlaku di dalam hidup personal orang lain kita tak di benarkan oleh Islam untuk mengorek-ngorek untuk ambil tahu . Samada saya pi berdakwah face to face secara bersendirian dengan harun din , itu adalah personal dan bukan umum.
blastoff Post at 4-9-2010 18:12


Betul kau tak memerlukan evaluation saya untuk menyesatkan orang lain. Saya nak lihat hujjah kau dan hujjah Harun Din secara adil. Sekarang ni kau hentam dia secara terbuka ditujukan kepadanya (personally), tapi dia tidak diberi peluang untuk memberi hujjah. Kau tak perlu perkenalkan siapa kau kepada kami, tapi kau MESTI bertanggungjawab apabila mensyirikkan amalan peribadi seorang Islam yang lain secara terbuka.

Bukan Harun Din saja, saya lihat ramai di kampung-kampung yang ustaz-ustaz berbuat demikian. Amalan bawa air untuk baca yasin pun sama, lebih kurang macam tu lah. So kau kena syirikkan semua orang yang berbuat macam tu juga lah nampaknya. Sebab belum terjumpa hadith amalan yang sebijik macam tu. Sama juga dengan tahlil dan sebagainya, jadi syirikkah?

Saya tak berani komen pasal hukum, apatah lagi nak kata syirik, walaupun saya sendiri tak cenderung beramal macam tu. Saya anggap perkara tu ikhtiar mereka berdasarkan keberkatan ayat Al-Quran dan Solawat.

Telah terbukti dari pengalaman para Ulama dahulu dan terkini yang air dihembus dengan bacaan dari ayat Al-Quran atau Solawat boleh jadi penawar kepada penyakit tertentu.  Kalau kau nak berhati-hati takut terjadi syirik, adalah lebih baik jangan buat cara tu. Tapi bila kau syirikkan orang lain, kau mesti bertanggungjawab.

Setakat ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang kau bawa, hukum yang kau keluarkan adalah lebih kepada 'kiasan' syirik. Ini sama juga dengan isu perbahasan tentang tawassul. Tawassul ada yang boleh, ada yang jatuh syirik. Tak boleh borong semua tawassul tu syirik.

Hadis sahih muslim bawah ni diterjemahkan ke dalam BM :

"Auf melaporkan kami mengamalkan jampi di zaman sebelum hari-hari kedatangan Islam dan kami berkata : Pesuruh Allah, apakah pandangan mu tentang jampi yang kami buat itu ? Nabi berkata : Beritahu pada ku jampi kau itu , lalu Nabi berkata : Tidak ada mudarat pada jampi yang tidak memperlihatkan atau terkandung tanda-tanda yang menunjukkan kehadiran apa-apa ciri atau kualiti yang menyekutukan Allah" .


Maksud hadith ni, ada jampi yang dibolehkan. Ada juga jampi yang tidak dibolehkan. Lihatlah, jampi-jampi tersebut asalnya bukan dari Nabi sendiri, tapi dibolehkan selagi tiada unsur mensyirikkan Allah.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2010 10:40 AM | Show all posts
yg pergi kubur keramat pulau besar melaka tu pun kata mrk sekadar berikhtiar & bertawassul. mrk kata mrk ada hujah kenapa bertawassul di makam keramat dibenarkan, malah menjadi amalan turun temurun tarikat2 di mesir/turki/indonesia. warisan dari ulama silam kata mrk.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 10:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by nickname at 6-9-2010 10:43

Blastoff,,pada sy hadis awak kemukakan dahulu tidak menunjukkan larangan nabi secara qat'ie perbuatan jampi tersebut,cuma perlu dipastikan ia tidak ada unsur syirik..jadi elok lah bagi kita mengambil langkah berhati dgn tidak mengamalkan perbuatan tersebut takut terjerumus kepada syirik..

seeloknya begitu lah,tp kita tidak boleh totally menuduh semua yg menjampi sebagai org yg syirik,selagi kita tidak mengetahui apa isi jampinya,bagi sy berat tuduhan sebegitu..takut kita pulak yg berdosa,kalau tersilap..kalau yg jelas menyimpang tu tak kesah la.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 10:45 AM | Show all posts
yg pergi kubur keramat pulau besar melaka tu pun kata mrk sekadar berikhtiar & bertawassul. mrk kata mrk ada hujah kenapa bertawassul di makam keramat dibenarkan, malah menjadi amalan turun temurun tarikat2 di mesir/turki/indonesia. warisan dari ulama silam kata mrk.
tobby Post at 6-9-2010 10:40


Yang ni jelas tawassul yang menjurus kepada syirik sebab JELAS memohon dari perantaraan orang yang mati.
  
WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.423010 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list