CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tobby

ustaz......tolong buat air sikit, anak saya malas belajar.

 Close [Copy link]
Post time 29-8-2010 05:53 PM | Show all posts
Sekiranya membaca Quran, kemudian ditiup ke dlm air utk diminum adalah perbuatan yg bersalahan dgn a ...
HOTlips Post at 27-8-2010 11:05



    Ala akak tomel, mana de Nabi saw guna ayaq pun... Beliau baca doa then hembus sajok.. lain tuh tiup/jampi dalam ayaq.. dik bintang pun kalo demam, wat jampi serapah sendiri sajok... baca fatihah jek, then doa la kat diri sendiri, kita yang sakit, kita la yang mohon dengan Tuhan kan, awat pi suruh orang lain lak, orang bukan tau pun penderitaan kita... kita la ngadu terus dengan Tuhan. Bukankah Allah suka hambanya yang memohon/doa kepadaNya...

Berbuka lauk pe hari ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2010 06:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 29-8-2010 18:52

bismillah, subhanallah panjang benor perbincangan nie noo.....
forumer2 telah benar2 mengambil bahagian dengan baik, post2 pun baguih....

Alhamdulillah, nampak perkembangan dari perbincangan yg dibuat

marilah kita membuat kesimpulan sebentar utk thread setakat ini, tentang yg mana boleh, yg mana tidak.


pertama : bab jampi yg boleh.(air dan apa saja) Hanyalah untuk PENYAKIT FIZIKAL.


kedua:jampi (air dan apa saja) yg tidak boleh.IALAH JAMPI  yg berkait dengan sikap manusia. atau yg mana manusia diperintahkan berusaha utk mendapatkannya.




ketiga :doa.

doa bebas apa saja. tiada sempadan selagi baik.sesungguhnya Tuhan Maha mendengar. nabi pernah mendoakan ibnu abbas supaya kuat ingatan.


ada apa2 bantahan. ????
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2010 06:47 PM | Show all posts
Reply 82# ussopp


    Bantahan ditutup :cf:
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2010 07:03 PM | Show all posts
Reply 83# bintang




okeh.muktamad...

hehe...

kot-kot nanti ada yg masih berhujah, maka kena continue lg laa...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2010 08:06 PM | Show all posts
Reply  bintang




okeh.muktamad...

hehe...

kot-kot nanti ada yg masih berhujah, m ...
ussopp Post at 29-8-2010 19:03


Chop! chop ! Jangan tutup lagi la     , masih perlu diperjelaskan bab meniup ke dalam minuman dan bekas minuman (termasuk botol la tu ) kerana tajuk thread ni pun memperkatakan mengenai air jampi cara hembus kedalam air yang di minum so kita perlu address perkara paling pokok ni lah dulu sebelum nak muktamadkan topik ni, lagi pun kena tanya la TT dulu, kang kecik hati dia hangpa ni pun   .



Ok, hadis-hadis sahih untuk larangan menghembus ke dalam air minuman atau bekas yang mengandungi air minuman, tadaaa :


(Abu Dawud) Book 26, Number 3719:

Narrated Abdullah ibn Abbas:
The Apostle of Allah (peace_be_upon_him) forbade blowing or breathing into a vessel.


( Malik Muwatta ) Book 49, Number 49.7.12:

Yahya related to me from Malik from Ayyub ibn Habib, the mawla of Sad ibn Abi Waqqas that Abu'l-Muthanna al-Juhani said, "I was with Marwan ibn al-Hakam and Abu Said al-Khudri came to him. Marwan ibn al-Hakam said to him, 'Have you heard that the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, forbade blowing into drinks?' Abu Said said to him, 'Yes.' A man said to him, 'Messenger of Allah, I am not quenched from one breath.' The Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said to him, 'Remove the cup from your mouth and then breathe.' He said, 'Sometimes I see something floating in it?' He said, 'Then pour it out.'"



(Sahih Bukhari) Volume 1, Book 4, Number 155:
Narrated Abu Qatada:
Allah's Apostle said, "Whenever anyone of you drinks water, he should not breathe in the drinking utensil, and whenever anyone of you goes to a lavatory, he should neither touch his penis nor clean his private parts with his right hand."



(Sahih Muslim) Book 002, Number 0511:

Abu Qatada reported it from his father: The Messenger of Allah (may peace be upon him) said: None of you should hold penis with his right hand while urinating, or wipe himself with his right hand in privy and should not breathe into the vessel (from which he drinks).



(Sahih Muslim) Book 002, Number 0513:

Aba Qatada reported: The Messenger of Allah (way peace be upon him) forbade (us) to breathe into the vessel, to touch the penis with the right hand and to wipe after relieving with right hand.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2010 08:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 29-8-2010 20:37

Kepada ulamak2 atau tok2 guru termasuk ustaz2 dan juga para supporter mereka yang suka amalkan menjampi cara hembus ke dalam botol atau bekas air untuk di beri minum pada orang yang sakit :

Sila laa fikirkan sikit bahwa apabila Nabi larang, dan Nabi sendiri tak pernah amalkan perkara yang di larangnya tu , kalau korang buat jugak gitu maka siapakah yang korang harap nak sembuhkan sakit korang atau pesakit korang tu sebenarnya ? Jin mana ?

Kerana Allah pastinya takkan memberkati orang yang melakukan apa yang Nabi larang.... hembus nafas dalam air minuman atau bekas air minuman tak di berkati Allah la ! So nak berubat cara Allah tak berkati ni nak dapat apa sebenarnya ? Dosa ? Kemudian jual pulak botol-botol air jampi tu pada orang untuk di minum buat penerang hati lah konon dengan dinamakan air penawar pondok bla bla bla ... halal ka hasil pendapatan gitu ? Tak berkat woooo .

Sekian .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2010 08:34 PM | Show all posts
saya ni belajar hadith dalam bahasa melayu..walau pun kat rumah ada satu set kitab hadith moslem in english...beli kat overc tu.....so lets check it out

hadith sohih yang menyebutkan :-


وَمَنْ رَآنِي في الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فإن الشَّيْطَانَ لَا يَتَمَثَّلُ في صُورَتِي

Ertinya : Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi) , maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupai gambaranku" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/52 ; Muslim, no 2266, 4/1775 )

Riwayat Al-Bukhari Muslim)

Bermaksud : " Sesiapa juga mengada-adakan dalam urusan agama kami ini sesuatu pekerjaan ( amalan peribadatan ) yang tiada daripadanya ( yang diadakan ) itu tertolak."

yang saya faham dari apa sy belajar mengadakan sesuatu yang baru itu berkaitan dgn amalan...mcm dlm bracket atas tu amalan peribadatan...perubatan is something else...takkan nak kata operation zaman nabi saw tak ada..mana boleh suka2 hati operate orang?
tu hadis nabi saw benarkan orang2 menggunakan jampi mantera selagi tidak mengadungi unsur2 syirik?

oh ubat air ke air doa ke..its the same thing...ubat air dicipta menggunakan akal manusia yang dikurniakan allah..ubat air doa dihasilkan dari ayat-ayat al quran..water is only  medium that are being used dalam perubatan..dalam surah al baqarah saya pernah belajar tafsir..ustazah bg tau.bila sampai kat satu ayat...ayat ni digunakan utk mengubati penyakit mcm bengkak or busung...medium digunakan tembikai?? dia biasa tengok orang berubat..

selamat beramal ibadat off forum dah masuk 10 akhir ramadhan sama2 kita rebut ganjaran malam seribu nikmat...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2010 08:37 PM | Show all posts
di darul syifa dia tak hembus cuma baca ramai2...dgn tudung air tu terbuka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2010 07:55 AM | Show all posts
Salam
tgh tgk tivi9, doa utk lembutkn hati ank2 yg degil or org dewasa
surah al isra' ayat 82, Ada kisah yg diceritakan tntng seorang yahudi yg hatinya kejam

last yr nk pi umrah ada ketulan bwh ketiak, a few days bef leave ketulan tu bengkak lg sampi demam, dr kat klinik bg antibiotik bw bekal incase bengkak lg dan suruh ke hosp bila blk umrah

ditanah suci sy gunakan air zam2 sblm minum doa, doa ni ditulis dlm buku umrah tu, ya Allah lapangkn rezeki ku, jauhi aku dari penyakit merbahaya Dan kurniakan aku ilmu yg bermanfaat"

doa minum air zam2, saya amalkan hingga hari ini w/pun minum sebarang air. alhamdulillah blk umrah bengkak hilang hingga hari ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 08:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 30-8-2010 08:17
Salam
tgh tgk tivi9, doa utk lembutkn hati ank2 yg degil or org dewasa
surah al isra' ayat 82, Ada ...
sunsuria3 Post at 30-8-2010 07:55


bengkak yang kelihatan atau boleh di rasa pada kulit luaran contohnya seperti jerawat batu , lebam samada bernanah atau tidak etc memang ada hadis2 sahih yang membenarkan penggunaan jampi untuk mengubatinya, tak yah guna air zam-zam, stakat baca fatihah kemudian sapu air liur ke tempat bengkak tu pun dah cukup sebab itu cara jampi yang di sebut dalam hadis sahih , boleh di amalkan di mana-mana tanpa perlu nak usung botol air segala!

Nak guna air zam-zam kalau memang dah ada siap-siap kat rumah satu hal lah, kalau sampai nak kena pi beli segala just untuk buat jampi saja itu dah membazir duit . Allah beri cara free kenapa nak kena pi guna cara yang perlu bayar duit pulak kan .

Dah ada dalam hadis sahih gini amalkan aje la .


(Abu Dawud) Book 28, Number 3878:

Narrated Ash-Shifa', daughter of Abdullah,:
The Apostle of Allah (peace_be_upon_him) entered when I was with Hafsah, and he said to me: Why do you not teach this one the spell for skin eruptions as you taught her writing.

(Sahih Muslim) Book 026, Number 5448:

Anas b. Malik reported in connection with incantation that he had been granted sanction (to use incantation as a remedy) for the sting of the scorpion and for curing small pustules and dispelling the influence of an evil eye.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 08:27 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 30-8-2010 08:35

yang saya tak faham adalah kenapa perlu guna cara lain apabila sudah ada cara yang paling mudah dan percuma pulak tu untuk menjampi yang di sebut dalam hadis2 sahih yakni penggunaan air liur / tangan kanan sesudah membaca fatihah (semua orang ada air liur dan tangan kanan kan, ye la orang yang tangan kudung dia guna la air liur dia  )  , dan juga penggunaan sisa air wuduk yang boleh secara percuma di dapati di mana-mana kolah masjid yang di guna orang buat berwuduk tu , free aje ! ...

Tapi kenapa nak di tokok tambah dan ubah sana sini dengan guna air zam-zam lah air mineral lah, air botol lah  (air kopi teh nescafe tak di sebut pulak   )  dan ada yang terpaksa menapak sampai ke negeri lain habis duit beratus just untuk cari ustaz untuk buat air jampi segala ?   

Nabi bagi cara jampi mudah dan percuma serta boleh dibuat sendiri lagi tak yah keluar duit satu sen pun , tapi kenapa ada orang dok pi perendang kaedah sampai kena keluar duit segala pulak dah ? Orang ni dia dapat wahyu dari siapa sehingga dia merasakan kaedah jampi percuma yang Nabi anjurkan tu tak cukup berkesan lalu dia ubah kaedah itu ini ikut sedap hati dia aje pulak ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 08:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 30-8-2010 09:08

Saya nak menyentuh sikit perbuatan membaca doa pada longgokan botol-botol air yang terbuka tudung untuk penerang hati yang di amalkan ustaz harun din  ( info saya dapat di link ni http://darussyifa.org/modules.php?name=News&file=print&sid=1  )


saya nak bertanya , kenapa orang ramai dari seluruh negara nak kena menapak pi klinik dia untuk minta air penerang hati agar anak lulus periksa ? Habis duit mereka travel ke klinik dia just untuk minta air penerang hati  , kalau duit tu di sedekah kan ke fakir miskin pun bagus .

Kenapa ustaz harun din tak pi ronda di empangan2 jabatan air di seluruh negara kemudian jampi aje air-air empangan agar seluruh rakyat M'sia boleh jadi pandai dan semua pakat2 lulus periksa dengan cemerlang lalu akan wujud expert serta bijak pandai di seluruh M'sia berlambak-lambak dengan nobel prize sana sini , terbilang gemilang lah orang Islam di M'sia ni semua nya kalau gitu ...... he he he .


Ye la tu, minum air jampi boleh buat ingatan jadi tajam lalu lulus periksa... in your dream ! Nabi tak pernah buat dan para sahabat tak pernah buat ! Harun Din dapat wahyu dari siapa ?


Lulus atau fail exam merupakan penyakit ke ? Orang yang tak cemerlang exam atau dok fail exam ni disebabkan oleh penyakit fizikal ke , sihir ke, syaitan ke atau di sebabkan oleh last minute study sebenarnya dan bila cikgu ajar ingatannya ke laut ke longkang ke marka ke balak dan tak tumpu perhatian pada apa yang di ajar cikgu tu ?  


Macam mana bab seperti lulus atau fail exam ni boleh di ubati dengan cara jampi sedangkan ia sebenarnya bukan penyakit tapi masaalah sikap manusia !??? Sikap perlu di ubah atau di ubati ?

Alahai semua nak di anggap penyakit lalu semua nak di ubati mana boleh ! Takkan kereta rosak kerana bateri habih , sikap/akhlak rosak kerana pemalas dan jahil , sungai rosak kerana pollution pun nak di anggap penyakit kot lalu di jampi segala ?


Penyakit tu apa, rosak tu apa , takkan penyakit dan rosak boleh disatukan makna kot ? Semua yang rosak berpenyakit semua yang berpenyakit rosak  ke ? Harun Din dah confius bab rosak dan penyakit ....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 09:14 AM | Show all posts
Reply 92# blastoff

hmmm takkan lah Ust. Harun Din & Ust. Ismail kamus tak tahu boleh ke tak baca doa kat air tuk bagi org minum? selama ni kalau org pergi berubat rawatan Islam mesti diamalkan cara air ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 09:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 30-8-2010 09:52
di darul syifa dia tak hembus cuma baca ramai2...dgn tudung air tu terbuka
sunsuria3 Post at 29-8-2010 20:37


Jampi atau doa pada air minuman walaupun bukan cara hembusan sekalipun untuk apa sebenarnya kerana ciri-ciri air biasa tu takkan bertukar jadi ciri-ciri ubat semata-mata kerana jampi atau doa !

Manusia mana pun tak boleh ubah hukum alam ( natural law) secara jampi atau doa . Nabi tak pernah jampi atau doa air minuman untuk di tukar dari ciri-ciri air biasa tu menjadi ciri-ciri air ubat !

Islam berlandaskan sebab & akibat yang jelas yang boleh di kaji secara ilmiah dan di reason menggunakan pemikiran rasional .

Sebab tu kapal tak boleh di jampi/doa jadi kereta, kerusi tak boleh di jampi/doa jadi meja dan air kolah H2O tak boleh di jampi/doa jadi air susu atau air ubat ! Termasuk sekali air mineral yang tak boleh di jampi/doa untuk di inject masuk ke dalam badan manusia sebagai ubat demam ke hapa !

Nabi membenarkan menjampi/doa mengunakan air liur, tangan kanan, debu , dan sisa air wuduk kerana enzim dan ciri-ciri ubat yang terdapat pada mende ni semua  ! Ia ada sebab musabab yang jelas .

Nabi bukan jampi dari jauh kok atas angin gitu aje atau doa tanpa menyentuh pesakit langsung, sebaliknya Nabi akan hembus ke muka atau badan, sentuh dahi atau tempat yang sakit , semua tu membabitkan direct link dan bukan sekadar kok atas angin seperti yang di buat oleh harun din dengan membaca doa yang botol2 air terbuka tudung letaknya jauh darinya tanpa ada link langsung dengan nya !

Memanglah Tuhan yang menetapkan tapi kena faham bahwa Tuhan menetapkan semua perkara kat dunia ni berdasarkan hukum sebab dan akibat yang jelas , bukan berdasarkan keghaiban yang tak menurut rasional minda manusia .

Ubat sakit darah tinggi boleh guna untuk mengubati sakit otak ke?  Panadol boleh guna untuk ubati jerawat ? Kenapa tak boleh ? Kerana ciri-ciri ubat tu terhad untuk ubati certain penyakit saja ! Walaupun kuasa Allah tak terbatas tapi Allah menetapkan limit kemampuan ubat tu .

Gitulah juga dengan doa dan jampi, ada limit dan had , bukannya semua jalan dan boleh belaka ! Dan limit dan had tu lah yang Allah utuskan Nabi untuk beritahu pada manusia melalui wahyuNya! Allah bagi tau agama dah complete, tak perlu orang lain dok pi ubah dan tokok tambah sesuka hati !

Kalau kau berdoa di kolah mandi sampai ke tua agar air kolah tu bertukar jadi air ubat yang doktor dok inject kat badan orang , nescaya air kolah tu akan kekal cirinya sebagai air kolah sampai bila-bila walaupun Tuhan berkuasa memakbulkan doa kau tapi Tuhan dah menetapkan bahwa ciri-ciri ciptaanNya tak boleh berubah dengan doa dan jampi .

Mukjizat lain, Nabi Musa boleh belah laut dengan tongkat adalah satu mukjizat , Nabi boleh belah bulan juga merupakan mukjizat yang manusia biasa tak dapat buat ! Mukjizat berlaku dengan kuasa Allah semata-mata tanpa di minta oleh Nabi2 semua !
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 09:56 AM | Show all posts
Reply 81# bintang

off topic:
Eh, mana tahu akak comel? Semlm buka nasi ayam. Nasi ayam sajork. No kueh. Habaq kat anak2 no kueh today. Umi masak nasi ayam byk. Utk sahur sekali. Time sahur, masing2 mcm nak muntah makan nasi ayam. Nasib si abgnya ada bawak balik roti canai dr surau lepas terawikh. Ada 2 keping. So anak2 yg comei2 comot tu makan roti canai.

Hari ni belum fikir lagik nak masak apa.


Ok, on topic balik:
Ye lah bintang kan, kita pun leh jampi diri sendiri. Anak2 akak esp yg sulong rajin buat kalau dia tengok akak demam. Akak selalu bacakan manzil utk anak2 kalau depa sakit. Kalau sakit perut, benjol/bengkak sebab tercium dinding ke apa, boh minyak angin skit, then baca fatihah 7 or 11x tiup kat tapak tangan then sapu/urut2 kat tempat sakit. Mujarab!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 09:57 AM | Show all posts
Reply  blastoff

hmmm takkan lah Ust. Harun Din & Ust. Ismail kamus tak tahu boleh ke tak baca do ...
zamnie Post at 30-8-2010 09:14


Harun Din dan Ismail Kamus depa ni Nabi dan Rasul ke yang mahsum dan sentiasa terpelihara dari godaan dan tipudaya iblis ?
Apa yang di amalkan depa dua ni pasti dari Allah ka walau tak dak di sebut dalam Quran Sunnah apa yang depa amalkan tu ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2010 10:02 AM | Show all posts
Reply 82# ussopp
Akak pun suka tred ni. Muzakarah yg baik. Secara peribadi akak setuju dgn rumusan muzakarah yg dibuat. Not kesimpulansebab kita bukanlah org2 yg diiktiraf. Bukan ahli majlis fatwa.


Mufti Brunei memberi fatwa harus dgn bersyarat. Syarat2nya bleh tanya pakcik google. Dlm link akak bg pg sebelah pun ada. Panel Al ahkam pun bg fatwa harus. Dan ada yg berpendpt Ruqyah adalah untuk segala penyakit rohani dan jasmani sebab alasannya
kalam Allah itu adalah penawar. Air adalah medium. So semua ni jatuh dlm bab ruqyah bukan ibadah khusus. Yg menjadi masalah adalah apabila ia disalahguna. Menjadi bisnes dan sumber kekayaan serta dijadikan sebagai jalan pintas untuk mencapai sesuatu hajat..
Maka lahirlah kismis minda, jus tok guru etc spt yg akak dah tulis sebelum ni. Satu lg, kaedah doanya secara umumnya hendaklah tidak bercanggah dr quran. Tidak ada ayat2 yg ditokok tambah, bahasa yg difahami maksud dan tidak mensyirikkan Allah

Akak cuma nak tegaskan perbezaan pendapat adalah lumrah. Masing2 ada hujah TAPI akak x suka kalau menghukum. Utk perkara2 khilaf, I lebih suka org membaca sendiri hujah2 dan buat penilaian

My own comment: elakkanlah jika aqidah belum mantap. Lakukan amalan2 sunnah yg tlh dinyatakan dlm hadis2 sahih. Mr ke Mrs  blastoff dah pes byk hadis2 sohih. ;)

So, i leave this thread dgn ucapan السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2010 01:46 PM | Show all posts
Yg menjadi masalah adalah apabila ia disalahguna. Menjadi bisnes dan sumber kekayaan serta dijadikan sebagai jalan pintas untuk mencapai sesuatu hajat..
Maka lahirlah kismis minda, jus tok guru etc spt yg akak dah tulis sebelum ni. Satu lg, kaedah doanya secara umumnya hendaklah tidak bercanggah dr quran. Tidak ada ayat2 yg ditokok tambah, bahasa yg difahami maksud dan tidak mensyirikkan Allah
HOTlips Post at 30-8-2010 10:02


selain kismis jampi, byk lagi benda2 jampi yg diniagakan spt jus tok guru dll. kat kotak letak iklan 'kismis ini sudah dibacakan oleh pelajar maahad sekian2 dgn diketuai oleh ustaz sekian2....'  maka kismis tu diletakkan harga yg lebih tinggi dari kismis yg belum dijampi.  begitu mudah mrk memperniagakan ayat2 Allah utk keuntungan dunia yg sedikit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2010 01:51 PM | Show all posts
video klip itu utk betulkan cara pikir kita umat islam bhw Nabi tak pernah ajar buat jampi mentera supaya anak2 menjadi cerdik pandai spt mana amalan umum umat islam hari ini, melainkan dgn usaha gigih, menuntut ilmu utk jd pandai.  manakala utk perubatan (sengat binatang umpamanya) memang ada nas.  itu jer.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 06:40 PM | Show all posts
Reply 97# HOTlips

sebenarnya , kesimpulan yg kita buat itu,  sebenarnya sudah pun selari dengan pandangan ulamak2 salaf.

itulah pandangan salaf. mcm saudari kata, baik amalkan yg soheh, kerana itu yg selamat.

namun sy rasa perbincangan ini bakal pergi jauh lg, kerana, sy lihat pertama, masih ada tak tahu ketika mana innovation(bidaah) itu dilarang, ketika mana ia dibenarkan.

dan ada jugak yg masih keliru tentang ubat2 hospital, padahal sudah dijelaskan, ubat2 hospital yg berlandaskan sains dgn izin Allah, boleh diguna utk penyakit fizikal dan sebagainya.(termasuk penenang; ketika masanya, bukan utk khayal.)

takpalah, selagi boleh bincang, bicang....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.071253 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list