CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tobby

ustaz......tolong buat air sikit, anak saya malas belajar.

 Close [Copy link]
Post time 30-8-2010 06:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 30-8-2010 23:01
Mufti Brunei memberi fatwa harus dgn bersyarat. Syarat2nya bleh tanya pakcik google. Dlm link akak bg pg sebelah pun ada. Panel Al ahkam pun bg fatwa harus. Dan ada yg berpendpt Ruqyah adalah untuk segala penyakit rohani dan jasmani sebab alasannya
kalam Allah itu adalah penawar. Air adalah medium. So semua ni jatuh dlm bab ruqyah bukan ibadah khusus.
HOTlips Post at 30-8-2010 10:02


Kalau menjampi bahan-bahan yang Allah dan rasul Nya tak sebut langsung telah mendapat kelulusan oleh ulamak dan mufti sebagai harus hukumnya , maka mencari bomoh yang menggunakan keris , kain kuning , kemenyan etc pun harus juga lah sekiranya bomoh tu menjampi benda-benda tu dengan ayat-ayat Quran ?

Mufti dan Ulamak tak di beri kuasa oleh Allah untuk ubah atau menokok tambah apa yang tak ada dalam Al Quran dan Sunnah, fatwa perlu berlandaskan ayat-ayat Quran dan Sunnah Nabi yang jelas dan sahih , bukan menurut pemikiran mereka sendiri .


Keris, lembing, kemenyan, beras pulut , air minuman etc walaupun dijampi dengan ayat Quran sekalipun tapi kaedah jampian tu tak di sebut oleh Allah dan RasulNya langsung kerana ia tak dianjurkan lah , bukan kerana Nabi lupa atau kerana Nabi saja seronok tak nak buat.


Keberkesanan sesuatu kaedah jampian hanya di tetapkan oleh Allah semata-mata dan bukan oleh tok bomoh atau tok guru , maka hanya yang ditunjukkan oleh pesuruhNya saja merupakan kaedah jampian yang berkesan . Syirik bukan hanya boleh terjadi melalui perkataan dengan sebutan jampi yang tak ketahuan tapi juga melalui perbuatan dengan guna kaedah dan cara yang tak ketahuan  !


Berhala pun medium yang orang kafir guna untuk mendapat pertolongan Tuhan , dengan berhala di depannya tapi dia tetap menegaskan dia doa pada Tuhan yang sebenar untuk minta kesembuhan penyakit, rezeki, lulus periksa etc dan dia perlukan berhala di depan dia sebagai medium , dan dia tak perlu sentuh pun berhala tu , macam harun din yang letak botol2 minuman kat depan dia tapi dia kata dia doa kat Allah dan botol2 air minuman tu sebagai medium saja .


Dan kalau tanya orang hindu dia akan kata dia tak sembah berhala tu, tapi dia hanya menjadikan berhala tu perantaraan atau medium untuk dia dekatkan diri pada Tuhan yang sebenar . Tapi Allah menetapkan berhala tu tak ada kuasa untuk mendekatkan manusia pada Allah sebagaimana Allah menetapkan air minuman tak ada kuasa untuk mengubati penyakit  !


So benda apa pun yang nak dijadikan medium perlu ada ketetapan(bukti sahih) dari Allah samada melalui natural law cause and effect yang semua ciptaanNya perlu tunduk (disahihkan melalui kajian dan research ) atau Quran dan Sunnah yang menyatakan benda tu benar-benar ada ciri-ciri yang ditentukan oleh Allah untuk memberi effect yang di claim kan tu .


Apa ada pada air minuman biasa yang boleh menjadikannya ada ciri-ciri ubat untuk semua jenis penyakit rohani dan jasmani  ? Dari segi natural law ia hanya hidrogen dan oksigen , itu aje , so ia keperluan badan tapi ia bukan ubat untuk penyakit .


Dari segi Quran dan Sunnah pula Nabi tak pernah guna air minuman sebagai ubat untuk penyakit rohani dan jasmani , dan dalam Quran pun Allah tak sebut air minuman ada ciri-ciri ubat untuk penyakit rohani dan jasmani.


Apabila dalam natural law dah terbukti tak ada, Quran dan Sunnah pun tak sebut langsung,  itu bermakna memang tak ada dalam ketetapan Tuhan bahwa air minuman boleh di guna buat mengubat penyakit .


Jadi persoalannya kenapa medium air minuman yang tak di tetapkan oleh Tuhan sebagai medium berkesan nak di guna juga ?
Sebabnya :

1) Adakah kerana tak yakin pada cara yang di tunjukkan oleh Nabi ? Itu dah jatuh kafir .

2) Adakah kerana yakin bahwa medium air minuman lebih baik lagi kemujarabannya dari cara dan kaedah yang di tunjuk Nabi ? Itu dah jatuh syirik kerana meletakkan kuasa memudaratkan dan memanafaatkan pada benda .

3) Adakah kerana merasakan diri sendiri lebih tahu dan lebih pandai dari Nabi sehingga sanggup mengubah cara yang dah di tunjukkan oleh Nabi ? Itu dah jatuh kafir kerana merendah-rendahkan pesuruh Allah .

4) Adakah kerana hendak memanipulasi manusia untuk merasa mereka memerlukan dirinya dan airnya tu , lalu kehadiran mereka ke kliniknya tu boleh menjamin continuation of para pengikut dan dana pada nya ? Menipu manusia dengan menggunakan ayat-ayat Allah adalah kekafiran yang nyata !


Oh,  bukan menghukum tapi sekadar mendedahkan kesesatan yang berlaku agar mudah-mudahan ada manusia yang akan sedar dan tidak terus di perdaya oleh manusia yang suka memanipulasi agama Allah untuk kepentingan kocek sendiri dan partinya.

Tanggungjawab saya cuma sekadar mengingatkan about kesesatan yang berlaku so saya sekadar melaksanakan tanggungjawab saya saja .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2010 07:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 30-8-2010 19:42

Satu lagi, bagi sesiapa yang merasa hairan macam mana guna jampi atau kaedah dan cara yang tak di redhai Allah pun boleh sembuh jugak penyakit , sila fikir balik macam mana bomoh guna kaedah merapu walaupun dia jampi guna ayat2 Allah boleh pulak menyebabkan pesakitnya sembuh !

Begitu juga shaman yakni bomoh orang asli , tok-tok sami dan yang sewaktu dengannya pun guna jampi serta kaedah merapu merabang tapi boleh pulak sembuh penyakit pesakit mereka !

Hadis sahih bawah ni provide jawapannya . Sebenarnya Syaitan yang permainkan manusia tu , dan kesembuhan tu sebenarnya adalah permainan dan tipudaya syaitan semata-mata untuk sesatkan manusia tu lebih jauh lagi dengan cara guna sistem perubatan yang Allah tak redha secara berterusan apabila manusia tu dah yakin cara tu boleh memberi kesembuhan !

Itu yang dinamakan istidraj, Allah memakbulkan keinginan orang yang berbuat durhaka padaNya agar mereka terus-terusan tenggelam lebih hebat lagi dalam kesesatan disebabkan mereka tak mahu menggunakan akal fikiran untuk berfikir ayat-ayatNya untuk menyedari kedurhakaan mereka .


(AbuDawud) Book 28, Number 3874:

Narrated Abdullah ibn Mas'ud:
Zaynab, the wife of Abdullah ibn Mas'ud, told that Abdullah said: I heard the Apostle of Allah (peace_be_upon_him) saying: spells, charms and love-potions are polytheism.
I asked: Why do you say this? I swear by Allah, when my eye was discharging I used to go to so-and-so, the Jew, who applied a spell to me. When he applied the spell to me, it calmed down. Abdullah said:
That was just the work of the Devil who was picking it with his hand, and when he uttered the spell on it, he desisted. All you need to do is to say as the Apostle of Allah (peace_be_upon_him) used to say: Remove the harm, O Lord of men, and heal. Thou art the Healer. There is no remedy but Thine which leaves no disease behind.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 08:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 30-8-2010 20:32

Dalam video youtube ni http://www.youtube.com/watch?v=8LltweoXjEE   ustaz harun din kelihatan sedang berdoa dengan di depannya diletakkan banyak botol2 air  , sedangkan Nabi dalam hadis sahih bawah ni berdoa untuk orang sakit tak pun meletakkan apa pun di depan dia kerana doa tak membolehkan apa-apa medium di letakkan di depan orang yang berdoa tu sebaliknya doa perlu direct pada Allah !



Sahih Muslim) Book 032, Number 6245:

'Ata' b. Abi Rabih said: Ibn Abbas said to me: May I show you a woman of Paradise? I said: Yes. He said: Here is this dark-complexioned woman. She came to Allah's Apostle (may peace be upon him) and said: I am suffering from falling sickness and I become naked; supplicate Allah for me, whereupon he (the Holy Prophet) said: Show endurance as you can do and there would be Paradise for you and, if you desire, I supplicate Allah that He may cure you. She said: I am prepared to show endurance (but the unbearable trouble is) that I become naked, so supplicate Allah that He should not let me become naked, so he supplicated for her.


Meletakkan medium ketika berdoa adalah perbuatan penyembah berhala atau orang yang syirik kerana menyangka bahwa medium tu diperlukan untuk dia berhubung dengan Allah ketika dia meminta sesuatu pada Allah .

Apa bezanya dengan orang yang meletakkan sebatang pen di depannya dan kemudian dia berdoa pada Allah agar dia lulus periksa lalu dia guna pen tu ketika dia ambil exam keesokan harinya dengan menyangka pen tu sebagai medium semata-mata untuk berdoa pada Allah ? Botol air , pen, kemenyan, tepak sirih, berhala etc semua tu apabila di jadikan medium untuk berdoa pada Allah maka syiriklah tu !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2010 10:54 PM | Show all posts
So benda apa pun yang nak dijadikan medium perlu ada ketetapan (bukti sahih) dari Allah samada melalui natural law cause and effect yang semua ciptaanNya perlu tunduk (disahihkan melalui kajian dan research ) atau dari Quran dan Sunnah yang menyatakan benda tu benar-benar ada ciri-ciri yang ditentukan oleh Allah untuk memberi effect yang di claim kan tu .
blastoff Post at 30-8-2010 18:40


well said.  yg ni ramai yg lupa.  jampi guna kain kuning la, guna kertas yg ditulis ayat Quran la.  bab ruqyah ni utk mengelakkan terpesong perlulah kembali kpd dua benda yg bold di atas.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 11:13 PM | Show all posts
sekurang-kurangnye die ikhtiar.....
rosemary70 Post at 24-8-2010 21:49



    statement x boleh blah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2010 11:25 PM | Show all posts
statement x boleh blah...
Decaffeinated Post at 30-8-2010 23:13


teringat dulu2 ustaz-ustaz kampung guna kemenyan bila buat doa selamat.  masa tu mcm2 hujah depa guna utk pertahankan adat turun temurun.  tapi hari ni org dah boleh accept dah perbuatan tu takda dlm Islam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2010 11:54 PM | Show all posts
Sebab tu orang mati yang berpenyakit hebat macam mana pun takkan boleh menyebarkan virus tersebut melalui tanah pusaranya tu kerana sifat debu tanah yang mematikan kuman .

Manakala air pula, boleh guna untuk minuman bagi pengubatan sakit fizikal sebab tak adalah Nabi melarangpun penggunaan air cuma tak perlu nak jampi lah kan...
blastoff Post at 27-8-2010 09:53



    Tanah tak jadi medium yang effective menyebarkan penyakit sbb sifatnya yg statik, tak tauler pulok tanah boleh wat ubat. Berbeza dgn air yang tercemar yang bisa mengalir.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 11:59 PM | Show all posts
Rasulullah SAW jika hendak tidur di malam hari, beliau senantiasa menadahkan kedua telapak tanggannya lalu membaca Surat Al-Ikhals, Al-Falaq dan An-Naas. Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangannya ke bagian tubuh yang dapat terjangkau, dimulai dari atas kepala kemudian ke wajah dan ke seluruh bagian depan badannya. Hal itu beliau lakukan sebanyak 3 kali( HR. Muslim)

Soalan: Kenapa nak usap2. Adakah utk meratakan bacaan2 Quran tu ke seluruh badan?HOTlips Post at 27-8-2010 10:05



    sukati dialah nak usap2 sbb dia nabi. kalau ko suka boleh ikut, kalau tak nak pun bukan wajib.

masalah ada yg terlebih kreatif usap2 ni tak best, baik hembus air boleh minum masuk ke urat saraf kekdahnya. Itu yg x tau sapa punya idea....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2010 12:13 AM | Show all posts
Reply 108# Decaffeinated


    abis macmane kes minum air yasin pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 12:32 AM | Show all posts
Reply  Decaffeinated


    abis macmane kes minum air yasin pulak....
rosemary70 Post at 30-8-2010 23:13



    u bc thread dr belakang ke depan ke..... or bc belakang je....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 11:58 AM | Show all posts
Tanah tak jadi medium yang effective menyebarkan penyakit sbb sifatnya yg statik, tak taul ...
Decaffeinated Post at 30-8-2010 23:54

Penggunaan debu tanah dan air liur manusia memang dinyatakan sendiri oleh Nabi mengandungi ciri-ciri ubat yang menyembuhkan penyakit dalam 2 hadis sahih bawah ni . Manusia bolehlah buat kajian untuk lihat secara saintifik tapi yang pasti melalui kata-kata Nabi kita tahu bahwa Allah menetapkan dua bahan ni ada ciri-ciri ubat padanya .

Ruqyah tak ruqyah Islam tetap mengutamakan penggunaan bahan-bahan yang mengandungi ciri-ciri ubat sahaja .

(Sahih Bukhari) Volume 7, Book 71, Number 641:
Narrated 'Aisha:
The Prophet used to say to the patient, "In the Name of Allah The earth of our land and the saliva of some of us cure our patient."


(Sahih Muslim)  Book 026, Number 5444:

'A'isha reported that when any person fell ill with a disease or he had any ailment or he had any injury, the Apostle of Allah (may peace be upon him) placed his forefinger upon the ground and then lifted it by reciting the name of Allah. (and said): The dust of our ground with the saliva of any one of us would serve as a means whereby our illness would be cured with the sanction of Allah. This hadith has been transmitted on the authority of Ibn Abu Shaiba and Zubair with a slight variation of wording.


Nabi juga menunjukkan cara dan kaedah menggunakan dua bahan ni , baca bismillah sambil guna jari telunjuk untuk lekatkan debu tanah di jari itu, kemudian di campur dengan air liur lalu letakkan di tempat yang sakit di badan atau kulit .

Cara yang selain tu di tunjukkan dalam hadis sahih bawah ni adalah dengan berdoa dulu untuk kesembuhan penyakit , kemudian cari debu tanah lalu masukkan debu tanah tu ke dalam semangkuk air di campur sampai sebati , kemudian hembus ke dalam campuran tu lalu guna campuran tu untuk basuh di badan yang luka atau sakit itu .

Nabi tak letak mangkuk campuran debu dan air tu didepan dia ketika berdoa kerana campuran tu bukan medium atau perantaraan ketika berdoa , sebab tu dia berdoa dulu kemudian baru pi cari debu tanah etc , dan Nabi juga tak guna campuran debu dan air tu untuk di minum , hanya untuk di buat membasuh tempat yang sakit saja .

(Abu Dawud) Book 28, Number 3876:

Narrated Thabit ibn Qays ibn Shammas:
The Apostle of Allah (peace_be_upon_him) entered upon Thabit ibn Qays. The version of Ahmad (ibn Salih) has: When he was ill He (the Prophet) said: Remove the harm, O Lord of men, from Thabit ibn Qays ibn Shammas. He then took some dust of Bathan, and put it in a bowel, and then mixed it with water and blew in it, and poured it on him.



Secara logiknya debu di guna untuk tayammum maknanya ia bersih lagi membersihkan, dan kita juga di suruh basuh najis berat dengan menggunakan tanah kerana najis berat mengandungi virus dan bakteria yang juga seberat status najis tu oleh itu peranan tanah adalah untuk mematikan kuman2 yang wujud tu .

Sementara air liur pula di guna oleh binatang seperti kucing untuk menjilat lukanya dan membersihkan seluruh badannya , dan kucing yang sakit yang tidak dapat menjilat badannya boleh terkena berbagai serangan hama kutu yang menyebabkan ia kena penyakit kulit yang teruk .

Saya pernah diberitahu seorang kenalan bahwa dia pernah bengkak di lengannya cukup teruk , dia dah pi berubat ke hospital makan ubat itu ini tapi tak sembuh2 juga, lalu jalan terakhir dia jilat bengkak tu setiap hari , dia tak tahu mengenai hadis2 tu , dia cuma mengguna logik kucing menjilat luka ketika tu , dalam beberapa hari kenalan saya tu jilat bengkaknya tu lalu surut bengkak tu ! MasyaAllah, tak payah baca jampi apa pun berkesan juga kerana Allah dah tetapkan pada air liur ada ciri-ciri ubat .
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 12:05 PM | Show all posts
baca belakang jer sudah...
kn  ada kajian saintifik dari jepun
yg mana molekul2 air ini akan berubah mengikut persekitaran
apabila di persekitaran di mana orang2 bercakap mengenai kejahatan ia bertukar menjadi bentuk buruk
manakala di tempat di mana orang2 bercakap mengenai kebaikan ia menunjukkan molekul yang berbentuk cantik...

apa yg saya faham dari ustaz yg ajar saya, mengikut hukum fiqh: sesuatu perkara itu hukum asalnya adalah harus, termasuk perkara-perkara baru. bidaah juga ada bidaah hasanah iaitu perkara yang baik. sekiranya pertimbangan manfaat lebih berat dari mudharat, maka ia dibolehkan.

wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 12:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 31-8-2010 12:23
teringat dulu2 ustaz-ustaz kampung guna kemenyan bila buat doa selamat.  masa tu mcm2 hujah depa ...
tobby Post at 30-8-2010 23:25


layoq keris dengan asap kemenyan kemudian jampi di keris dengan ayat-ayat Quran dan itu tok-tok guru silat yang sesat suka buat , belajar silat pun depa nak jolok masuk perbuatan syirik sesetengah orang-orang melayu dulu kala punya perangai  .

Apabila ada orang tegur kata syirik perbuatan harun din guna selawat yang tak ada dalam Quran dan Sunnah sebagai ayat2 jampi, Ustaz harun din kata selawat syifa dia guna tu di ambil dari buku-buku rawatan melayu dulu kala yang telah di guna oleh ramai perawat satu nusantara dan dah terbukti boleh sembuh penyakit .

Dia buat kerana tok nenek nya dulu kala pun buat , bukan kerana Rasul buat, tapi kerana tok nenek melayu lama dah buat gitu.       http://www.youtube.com/watch?v=_9ZiBnzwFQE  

Allah tegur sikap manusia seperti harun din ni dalam 2 maksud ayat Quran bawah ni :

5:104  for when they are told, "Come unto that which God has bestowed from on high, and unto the Apostle" - they answer, "Enough for us is that which we found our forefathers believing in and doing." Why, even though their forefathers knew nothing, and were devoid of all guidance?

7:28  and [so,] whenever they commit a shameful deed, they are wont to say, "We found our forefathers doing it," and, "God has enjoined it upon us." Say: "Behold, never does God enjoin deeds of abomination. Would you attribute unto God something of which you have no knowledge?"


Ni maksud ayat-ayat Quran tu dalam BM.

5:104 "Apabila dikatakan kepada mereka: ""Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul"". Mereka menjawab: ""Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya"". Dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk?"

7:28  "Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata: ""Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya. Katakanlah: ""Sesungguhnya Allah tidak menyuruh (mengerjakan) perbuatan yang keji."" Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?"
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 12:34 PM | Show all posts
satu yang kita kena tahu...dlm kelompok manusia ini....ada yg ber'mulut masin' atau mempunyai karamah....yg mana bilangan mereka kini semakin berkurangan.
Korang mungkin tak pernah melihat di depan mata peristiwa2 akibat karamah manusia ini. Tetapi ada yg melihatm merasai dan menyaksikan peristiwa2 tersebut.

Kesimpulan dari itu,
Adakah menjadi kesalahan utk kita meminta seseorang yg mempunyai karamah berdoa utk kita (bukan sekadar utk penyakit2 fizikal)...tp utk yg lain2 spt kesejahteraan hidup ect disamping kita mmg la berdoa utk kita??? Pada aku tidak menjadi kesalahan...Nabi muhammad pun mendoakan utk umatnya bukan???

kedua, sekiranya saintis jepun menjadi sakti pertukaran molekul air bila bacaan Al-Quran dibacakan terhadapnya....adakah kita dgn sewenang2nya menolak air-air yg didoakan doa apapun...atas alasan syirik???? syirikkah kita jika meyakini kata-kata Allah....sedangkan ubat2 hospital dgn yakin dan tawaduknya kita memakan dgn ikut peraturan yg betul.

sekian
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 12:34 PM | Show all posts
apa yg saya faham dari ustaz yg ajar saya, mengikut hukum fiqh: sesuatu perkara itu hukum asalnya adalah harus, termasuk perkara-perkara baru. bidaah juga ada bidaah hasanah iaitu perkara yang baik. sekiranya pertimbangan manfaat lebih berat dari mudharat, maka ia dibolehkan.
syaiful Post at 31-8-2010 12:05


perompak akan menganggap perbuatan merompak nya tu memberi manafaat pada dia lebih banyak dari mudarat kalau dia berjaya elak dari di tangkap, dia boleh enjoy hasil rompakan  .

Pertimbangan manfaat lebih berat dari mudharat kalau di guna sebagai pertimbangan untuk tentukan dosa ke idak sesuatu perkara tu maka akan jadi caca marba la hukum Tuhan jawabnya , kerana orang yang nak buat sesuatu perbuatan kalau cuma menilai manafaat lebih ke tidak aje maka pastinya akan radong buat dosa apabila perbuatan dosa tu dia rasa boleh beri manfaat lebih pada dia dari mudharat  .

Hukum hakam Tuhan bukan berdasarkan rasa-rasa atau ikut pemikiran sendiri dengan cara tengok mana lebih manafaat atau kurang mudharat , kerana itu subjektif dan boleh berubah-ubah di pemikiran setiap manusia menurut kepentingannya memasing  , tapi hukum Tuhan perlu di tentukan melalui Quran dan Sunnah semata-mata .
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 12:38 PM | Show all posts
baca belakang jer sudah...
.syaiful Post at 31-8-2010 11:05


janji komen

...
kn  ada kajian saintifik dari jepun
yg mana molekul2 air ini akan berubah mengikut persekitaran
apabila di persekitaran di mana orang2 bercakap mengenai kejahatan ia bertukar menjadi bentuk buruk
manakala di tempat di mana orang2 bercakap mengenai kebaikan ia menunjukkan molekul yang berbentuk cantik...


just because dua tiga badut jepun buat lawak, tak adil satu Jepun diperlihatkan sebagi bodoh...

...mengikut hukum fiqh: sesuatu perkara itu hukum asalnya adalah harus, termasuk perkara-perkara baru. bidaah juga ada bidaah hasanah iaitu perkara yang baik. sekiranya pertimbangan manfaat lebih berat dari mudharat, maka ia dibolehkan.


alasan biasa pendokong bid'ah. tu la orang dah hurai panjang lebar tak nak baca...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2010 12:45 PM | Show all posts
perompak akan menganggap perbuatan merompak nya tu memberi manafaat pada dia lebih banyak dari m ...
blastoff Post at 31-8-2010 12:34

hukum mmg berdasarkan al quran & sunnah sbg cabang asalnyacumenye ada lg, berdasarkan kaedah usul fiqh
ada lg ijma' ulamak
mereka menentukan hukum2 tertentu
seperti di Malaysia, ada panel fatwa, mufti dsb
'firman Allah: taatlah kamu pada Allah & taatlah kamu pada pemerintah yang adil'
selagi hukum2 yang ditetapkan pemerintah tidak bercanggah dengan hukum Allah
maka wajib kita mematuhi perintah yang ditetapkan
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 12:51 PM | Show all posts
Reply 116# Decaffeinated
Allah lebih mengetahui mana yang lebih baik

sebagai orang Islam Awam maka saya berpegang pada apa yang Ustaz & pejabat agama telah terangkan
'sesungguhnya Ulama adalah pewaris nabi'
sekiranya saudara di sini lebih arif, maafkanlah dangkal ilmu saya
saya cume berlandaskan apa yang telah difahamkan kepada saya selama ini
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 12:52 PM | Show all posts
just because dua tiga badut jepun buat lawak, tak adil satu Jepun diperlihatkan sebagi bodoh...Decaffeinated Post at 31-8-2010 12:38


saintis kafir kata wine bagus untuk kesihatan dan dah dibuat research mengenainya , depa pun kalut laa langgah wine kerana percaya kesimpulan dari research yang di buat oleh saintis kafir .

Kajian kena di buktikan dulu la kan kesahihannya bukan main dengar2 dari jauh aje kemudian terus percaya bulat2 , dan kesimpulan yang di ambil oleh saintis tu mesti tak boleh menyalahi apa yang di anjurkan oleh Quran dan Sunnah baru boleh di terima pakai .
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 01:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 31-8-2010 13:16
sebagai orang Islam Awam maka saya berpegang pada apa yang Ustaz & pejabat agama telah terangkan
'sesungguhnya Ulama adalah pewaris nabi'
sekiranya saudara di sini lebih arif, maafkanlah dangkal ilmu saya
saya cume berlandaskan apa yang telah difahamkan kepada saya selama ini
syaiful Post at 31-8-2010 12:51


Dalam hadis bawah ni disebut mengenai wujudnya zaman di mana orang-orang jahil agama di angkat jadi para pemimpin bergelar ulamak, lalu apabila rakyat meminta fatwa agama dari mereka maka para pemimpin jahil agama ni akan memberi fatwa agama berdasarkan minda mereka semata-mata , lalu ramai yang akan sesat kerananya .

Nampak gaya sekarang ni la zaman tu ! Jahil agama bukan kerana mereka tak belajar tapi kerana mereka tak  faham apa yang dah dipelajari menyebabkan ilmu yang dah dipelajari tu tak masuk dalam akal fikiran mereka .

(Sahih Muslim) Book 034, Number 6462:

'Abdullah b. 'Amr b. al-'As reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: Verily, Allah does not take away knowledge by snatching it from the people but He takes away knowledge by taking away the scholars, so that when He leaves no learned person, people turn to ignorant as their, leaders; then they are asked to deliver religious verdicts and they deliver them without knowledge, they go astray, and lead others astray.
   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.315334 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list