CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11146|Reply: 75

[Tempatan] Akan dikaunseling #76 Ngaku ketemu Rasulullah, diiringi Raja Salman dan diburu CIA, KGB dan Mossad, Ku Rafidah dikecam gara-gara live seperti ‘ajaran sesat’ di Mekah

  [Copy link]
Post time 4-1-2022 10:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 11-1-2022 02:00 PM


Ku Rafidah dikecam gara-gara live seperti ‘ajaran sesat’ di Mekah
January 4, 2022 3:11 pm

Wanita dipercayai berasal dari Kedah semalam menggemparkan negara apabila telah membuat Live Facebook (FB) di Tanah Suci sambil menyebarkan dakyah palsu yang boleh menyesatkan akal para penonton yang mengikuti siaran langsung tersebut.

Live FB dan hantaran FB wanita tersebut turut mendapat komen kecaman daripada para netizen. Antara yang diulas adalah mengenai wasiat Nabi Muhammad SAW kepada Dr MAZA dan berharap dapat berjumpa segera dengan Mufti Perlis itu sejurus pulang ke Malaysia pada hujung minggu ini.



Seorang netizen dipercayai kakak wanita tersebut meminta para netizen untuk memahami situasi adiknya yang dalam keadaan agak kecelaruan. Mungkin terlalu banyak  berguru dan rasa ilmu di dada sudah cukup menyebabkan Ku Rafidah ini terlalu ghairah dalam mengulas sesuatu yang tidak ada kekuatan hujah.



Ada juga netizen yang meminta Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) untuk mengambil tindakan tegas dan menyiasat dakwaan yang jauh tersimpang dari ajaran agama Islam. Tidak ketinggalan ada juga yang mencari syarikat umrah dan mutawwif kepada wanita tersebut kerana mereka merupakan individu yang bertanggungjawab ke atas keselamatan dan pergerakan wanita tersebut sepanjang di Tanah Suci.



Agak mengusik hati adalah dakwaan Ku Rafidah berkesempatan solat di dalam Kaabah sambil diiringi oleh Penjaga Dua Kota Suci iaitu Raja Salman. Setahu kita semua mereka yang mendapat peluang sebegini adalah tokoh negarawan sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2022 09:59 AM | Show all posts

Menteri Agama tutup mulut isu kontroversi Live Facebook Ku Rafidah?
January 5, 2022 1:06 pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad sehingga kini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berikutan tularnya video seorang wanita dipercayai berasal dari Kedah yang telah membuat siaran “Live Facebook” di Mekah dengan menyebarkan fahaman yang boleh menyesatkan penonton yang mengikuti siaran langsung tersebut.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Ku Rafidah Ku Shafie semalam telah menggemparkan seluruh negara apabila “Live Facebook” beliau di Tanah Suci, Mekah mendapat kecaman dari para netizen apabila beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta boleh mengganggu ketenteraman awam.


Ku Rafidah juga mendakwa beliau mempunyai wasiat Nabi Muhammad SAW yang ingin disampaikan kepada Mufti Perlis, Dr MAZA dan berharap dapat berjumpa segera dengan mufti tersebut sejurus pulang ke Malaysia pada hujung minggu ini.

Beliau juga mendakwa bahawa dapat menunaikan solat di dalam Kaabah dengan diiringi oleh King Salman Abdul Aziz.

Para netizen juga mendesak Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) untuk mengambil tindakan tegas dan menyiasat dakwaan yang jauh menyimpang dari ajaran agama Islam.


“Live Facebook” Ku Rafidah yang berlangsung lebih dari satu jam itu sarat dengan kecaman terhadap netizen yang menghentam beliau kerana mengeluarkan dakwaan yang dianggap merepek serta jauh menyimpang dari ajaran Islam.

Namun sehingga ke saat ini, tiada sebarang maklum balas yang ditunjukkan oleh Menteri Agama, Idris Ahmad berkaitan dengan isu tersebut. Hasil carian di media sosial milik Menteri Agama tersebut tiada sebarang komen atau makluman terkini berhubung kes berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2022 10:51 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2022 10:58 AM | Show all posts
Diburu CIA, KGB dan Mossad



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2022 08:06 PM | Show all posts


'Jangan kecam dia'
Januari 7, 2022 @ 6:50am

Kuala Lumpur: "Saya mohon daripada anda semua tolong doakan yang baik-baik walaupun dia menyakiti hati sesiapa pun jua," itu kata individu mendakwa mempunyai hubungan keluarga dengan seorang wanita yang menyatakan dia didatangi Rasulullah SAW ketika berada di dalam sebuah hotel di Makkah.

Menurutnya, dia memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku dan mendakwa wanita terbabit ketika ini berada dalam keadaan kecelaruan.

"Maaf sangat-sangat, kasihanilah dia. Tolong jangan komen dan kecam dia," katanya seperti yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Katanya, dia meminta masyarakat menghentikan kecaman berhubung isu itu kerana ia berkemungkinan akan membebankan fikiran wanita terbabit.

"Minta tolong sangat-sangat daripada netizen semua, kalau tak sanggup tengok dia, jangan masuk live dia.

"Kasihanilah dia, kami sedang berusaha untuk bantu nasihat dia. Bukan sesuatu yang mudah untuk pujuk dia berhenti daripada melakukan Facebook live," katanya.

Di dalam video itu, wanita berkenaan mendakwa dia didatangi Rasulullah ketika berada di dalam sebuah hotel di Makkah.

Menurutnya, baginda juga berinteraksi secara langsung dengannya dan mendoakan kebaikan buat rakyat Malaysia.

Di dalam rakaman secara langsung itu, dia turut menyebut nama isteri nabi, Siti Khadijah dan anak baginda, Fatimah Az-Zahra.

Bagaimanapun usaha Harian Metro mendapatkan ulasan ahli keluarga wanita berkenaan menerusi Facebook setakat ini belum mendapat maklum balas.

Mengulas mengenainya, pendakwah bebas yang juga Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan wanita berkenaan menghadapi masalah berkaitan mental sehingga sanggup membuat rakaman langsung kononnya sedang berinteraksi dengan Nabi Muhammad.

Katanya, ini kerana wanita terbabit hanya mengulangi perkataan dalam bahasa Arab yang sama selain ada perkataan tidak mempunyai makna.

"Dia hanya ulang perkataan sama yang kita semua sudah tahu seperti Na'am dan Ya Habibi. Ada juga sebutan Lakh yang tidak ada makna di dalam bahasa Arab.

"Selain itu, dia ada sebut neraka jahanam, itu sudah tentu perkataan yang tidak disebut Rasulullah, jadi macam mana dia boleh berkomunikasi begitu.

"Daripada pengamatan saya, dia mungkin berdepan masalah berkaitan mental atau sengaja ingin mencari populariti," katanya ketika dihubungi, semalam.

Dr Mohd Sukki berkata, pihak berwajib seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa agama serta mengambil tindakan ke atas wanita terbabit.

Katanya, ia bagi memastikan tidak ada individu lain yang terpengaruh atau mempercayai kata-kata seperti itu yang boleh menyeleweng daripada akidah Islam.

"Kena ambil tindakan, kita tidak tahu sama ada wujud pengikut atau tidak, tetapi jelas perbuatan seperti ini boleh mengelirukan umat Islam," katanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2022 02:00 PM | Show all posts


Wanita dakwa 'berinteraksi dengan nabi' akan dikaunseling - Menteri
Sinar Harian Januari 10, 2022 16:27 MYT

KUALA LUMPUR: Wanita yang mendakwa berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW di sebuah hotel di Makkah akan dipanggil menjalani sesi kaunseling di pejabat agama negeri yang terlibat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, perkara itu perlu bagi membetulkan pemahaman wanita berkenaan.

"Jika kita tahu lokasi wanita berkenaan, kita minta pejabat agama negeri terlibat memanggil beliau untuk sesi kaunseling.

"Saya faham dalam keadaan langit terbuka semua orang boleh bercakap. Jika dahulu, penulis kolum akhbar akan disemak oleh editor tetapi sekarang semua boleh jadi wartawan, jurugambar, penerbit dan tukang cetak," katanya ketika ditemui di Majlis Pengumuman Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat Wilayah Persekutuan di Wisma Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Taman Shamelin di sini pada Isnin.

Beliau menasihatkan masyarakat mempelajari ilmu agama dengan pihak yang bertauliah bagi mengelak kekeliruan dan terpesong akidah.

Baru-baru ini, tular video seorang wanita mendakwa telah berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW di sebuah hotel di Makkah.

Melalui rakaman secara langsung itu, wanita itu memberitahu, baginda mendoakan kebaikan buat rakyat Malaysia selain turut menyebut nama isteri nabi, Siti Khadijah dan anak baginda, Fatimah Az-Zahra.

Bagaimanapun, seorang waris kepada wanita berkenaan tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan wanita itu berada dalam keadaan kecelaruan.

Idris menjelaskan, kes itu dirujuk kepada pejabat agama negeri berkenaan untuk tindakan lanjut.
"Masyarakat ingat semua perkara di bawah menteri agama tetapi kuasa mendakwa tidak ada di bawah menteri agama dan tidak ada pada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Jakim hanya boleh minta pihak berkuasa agama negeri terlibat untuk bertindak.

"Insya-ALLAH mereka responsif untuk membetulkan pemahaman sedemikian sama seperti seperti kes Perjalanan Mimpi Yang Terakhir di Selangor dan Raja Bomoh di Perak," katanya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-1-2022 10:26 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 10:29 PM | Show all posts
Edited by Friska at 4-1-2022 10:40 PM

Bisa diliat di FB nya: https://www.facebook.com/kurafid ... os/955815271807921/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2022 10:35 PM | Show all posts
tak tau lah samada orang gila kerana agama atau kerana gila ia beragama.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 10:39 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 10:40 PM | Show all posts
akak ni elok tarbiah si sajadiah tu yach
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Isim ke baru 1st time dpt masuk mekoh
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini yg org panggil Gile isim tu ye
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sakit kakak ni. Dulu iolssekolah ada sorang cikgu yg lebih kurang camni lah. Stress betul kalau dia masuk kelas . Siaplah kena tadah tangan dia baca doa sampai 2 waktu..hahah
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu jadi bengong camni selepas kedatangan Islam.

Sebelum tu Melayu sibuk bekerja sebab tu Melayu 700 tahun dulu hebat2
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak masitah yg haritu apa citer dah eh.. Ada lg ke gerakan dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2022 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
keane.somewhere replied at 5-1-2022 12:51 AM
Melayu jadi bengong camni selepas kedatangan Islam.

Sebelum tu Melayu sibuk bekerja sebab tu Melayu ...

betul juga kata kau

melayu buat candi...binaan batu2..buat kapal
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 02:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan gila di mano-mano. Andartu kah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 04:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Motip meols dengar Live dia sampai habis??
Maroh niiii Akak ni tak sihat lah. Takdelah rasa dia berketum ke, isap gam ke. Salah pembawakan akak ni, terlalu angkuh pun maybe iya. Yalah kan, sekali kena selepuk gitu dkt Mekah.
Bab dia jumpa Nabi tu, meols dah seriau dengar
Tak sihat ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Geng Acik Sittah nur ...yg nyata badan mmg kus semangat
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Google nama dia keluar linkedin, bkn calang2 orgnya
Geologist, pernah keje kat petronas, study US dl
Bknnya jenis br kenal dunia
Sian, sakit pulak
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
keane.somewhere replied at 5-1-2022 12:51 AM
Melayu jadi bengong camni selepas kedatangan Islam.

Sebelum tu Melayu sibuk bekerja sebab tu Melayu ...

Bila orang bugis tak dak agama tak dak pelajaran buleh talipon buleh internet dia pi dok bagi komen merata rata jadi lagu ni la
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Geng2 AK juga ka ni? Keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 07:23 AM | Show all posts
Semoga Allah beri die hidayah
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca Ku Fridah pelakon tu. Sori acik. Acik dolu2 vogue Sgt tau. Kt luar baju kerat, singkat, menyengat, tak hengat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.103443 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list