CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 775|Reply: 6

[Dunia] Membeli-belah aktiviti paling berisiko untuk dijangkiti Covid-19

  [Copy link]
Post time 10-1-2022 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Membeli-belah aktiviti paling berisiko untuk dijangkiti Covid-19

https://www.utusan.com.my/luar-n ... ijangkiti-covid-19/

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
10 Januari 2022, 10:00 am


INDIVIDU membeli barangan di kedai setiap minggu adalah dua kali lebih berisiko dijangkiti Covid-19. - AFP

LONDON: Satu kajian mendapati individu yang melakukan pembelian barangan runcit di kedai setiap minggu adalah dua kali lebih berisiko dijangkiti Covid-19 berbanding mereka yang mendapat bekalan barangan tersebut menerusi dalam talian.   

Lapor Daily Mail, Kajian Pemantauan Virus di bawah Kumpulan Penasihat Saintifik untuk Kecemasan (SAGE) meneliti aktiviti seharian lebih 10,000 penduduk di England dan Wales antara tempoh September dan November 2021.

Kajian itu menunjukkan individu yang mengunjungi kedai seminggu sekali kemungkinan besar dijangkiti virus dengan peningkatan risiko sebanyak 2.2 peratus.

Ia diikuti dengan individu yang bermain sukan di luar iaitu 1.36 kali lebih berkemungkinan untuk diuji positif Covid-19.

Namun, para penyelidik mengakui golongan yang melakukan demikian mungkin ia disebabkan sebahagian aktiviti sosial dilampirkan dalam acara tersebut, dan bukannya bermain sukan atas kerelaan sendiri.

Jelas kajian itu, risiko dijangkiti Covid-10 selepas mengunjungi pub beberapa kali dalam tempoh seminggu adalah sama dengan individu yang kerap menaiki pengangkutan awam.

Bagaimanapun, tempoh masa yang dianalisis bermakna ia tidak akan mengambil kira sebarang data daripada kes varian Omicron yang hanya meningkat dari pertengahan Disember lalu.

Aktiviti berisiko tinggi lain termasuk makan di restoran atau kafe, hadir secara fizikal ke tempat kerja dan melakukan senaman di gim.

Analisis itu juga menyenaraikan beberapa aktiviti lain yang membawa risiko sangat rendah untuk dijangkiti Covid-19.

Antaranya, tiada risiko tinggi bagi individu yang mengunjungi teater, pawagam, konsert, acara sukan atau pergi ke salon kecantikan dan kedai gunting rambut. –  AGENSI   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2022 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli belah bg i ok kot kalau follow sop..
Makan kat restoran risky sbb bukak mask n duduk lama..
N sports yg ade physical contact..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 01:16 PM | Show all posts
tiada risiko tinggi bagi individu yang mengunjungi teater, pawagam, konsert, acara sukan atau pergi ke salon kecantikan dan kedai gunting rambut


jom tengok wayang

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan nk ckp apa laaa..tp ramai je peniaga xsanitize kedai dh skrg..so ko sentuh2 brg mmg xla dilap...so sendiri kena jaga la apa yang sentuh Dan sanitize tgn cpt2 LPs sentuh brg2..jgn pegang muka masa shopping Dan xperlu bwk budak2 kaw mall..nk riadah ke siar2 ke ok la bwk ank2 amik angin
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 10-1-2022 02:12 PM
Bukan nk ckp apa laaa..tp ramai je peniaga xsanitize kedai dh skrg..so ko sentuh2 brg mmg xla dilap. ...

Laki akak..balik kedai seme barang dibasuhnya...iols marah dia basuh telur sbb ltk in the same case senang rosak..haha..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tersenyum sinis sambil masukkan item dalam troli di gedung beli belah kaler oren di henpong
Hari2 masuk barang dlm troli tunggu sale baru g bawak ke kaunter

Jangan lupa kul doblas ni ada sale
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2022 04:30 PM | Show all posts
iols since tiada lagi sekatan pkp abahcow haramjadah lepas bulan oktober haritu tu berbelas kali dah pi mall shopping2 makan2 tgok wayang bagai alhamdulillah masih sihat semalam pun baru jah currr ke 1 Utama tgok Kingsman tapi punyalah seksa nak cari parking
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.812582 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list