CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 998|Reply: 1

Ustaz Abu Syafiq Menang Saman Fitnah, Dapat Pampasan RM100 Ribu!

[Copy link]
Post time 12-1-2022 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Hasil siasatan kes fitnah yang dilemparkan pada pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq pada tahun lepas akhirnya telah sampai ke penghujung apabila dia telah memenangi kes saman fitnah tersebut.


Defendan, Hamidah Rapaee perlu membayar pampasan RM100,000 dan ganti rugi teladan sebanyak RM20,000 kepada plaintif kerana mengeluarkan kenyataan memfitnah di media sosial Facebook dan video yang dimuatnaik di Youtube.


  



Selain itu, Nurul Hafidzah Hassan yang merupakan peguam Abu Syafiq memaklumkan defendan diarahkan untuk menulis dan menyiarkan permohonan maaf itu secara terbuka di Facebook dan Youtube bagi membersihkan nama plaintif.


Selain peguam Nurul Hafidzah Hassan, dia turut diwakili peguam Zeti Zulkifli dan Datuk Wan Azmir Wan Majid dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors.


Foto: IG Ustaz Abu Syafiq




Keputusan ini membuktikan bahawa Abu Syafiq tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengkafirkan seorang pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew seperti yang dicanang oleh pemfitnah.


Dia cuba menyelesaikan isu itu dengan cara yang baik namun akhirnya terpaksa mengambil saman sivil untuk membersihkan namanya kerana defendan tidak mahu memadam fitnah yang dimuatnaik di media sosial dan enggan memohon maaf atas tindakannya itu.


  



Terdapat satu lagi kes saman fitnah sebanyak RM1 juta yang masih dalam siasatan yang melibatkan pengacara televisyen Amin Idris dan isu ini berlaku pada tahun 2020.


Harap Abu Syafiq tidak lagi mencetuskan kontroversi yang mengundang kepada fitnah terhadap dirinya kerana keceluparan lidahnya juga yang menjadi punca kepada semua ini berlaku. Walaupun dia menang, seharusnya kedua-dua pihak mengambil iktibar. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2022 10:37 AM | Show all posts
Aku baca kat mana ntah katanya FB ustaz ni kena hack. So bukan dia yg keluarkan statement kafirkan orang. That's why menang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.055395 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list