CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 569|Reply: 1

Lencana Yang Mampu Mengesan Covid-19 Sedang Dibangunkan?

[Copy link]
Post time 12-1-2022 06:55 PM | Show all posts |Read mode
Kita masih belum memasuki fasa endemik di Malaysia berikutan kes jangkitan masih tinggi, tambahan pula penularan varian Omicron yang berleluasa.

Sekarang, pelbagai cara oleh pihak berkuasa dan saintis untuk mengesan Covid-19 di udara dibangunkan. Nampaknya, kita mungkin ada cara baru untuk mengesan Covid-19 dengan lebih mudah dan cepat.


kredit foto: Nursing Times



Universiti Yale di Amerika Syarikat dikhabarkan sedang dalam pembikinan menghasilkan lencana yang dipanggil "Fresh Air Clip".



Lencana itu dikatakan boleh mengesan kehadiran virus Covid-19 di udara. Saiznya yang kecil boleh diletakkan pada baju si pemakai.


Manakala, permukaan lencana itu ada polydimethylsiloxane (PDMS) yang akan menangkap partikel virus di udara untuk dihantar ke makmal bagi mengesahkan jika pemakai terdedah dengan virus ataupun tidak.

kredit foto: Newsatlas



Lencana ini masih dalam pembikinan untuk pekerja hospital ataupun kawasan-kawasan yang tertutup seperti panggung wayang ataupun restoran.



Bagaimanapun, Fresh Air Clip masih memerlukan masa kerana permukaan PDMS perlu diuji secara manual untuk mengesan Covid-19.


kredit foto: Financial Times



Saintis cuba membantu membuat lencana itu mengesan kehadiran virus dalam waktu sebenar seperti lencana yang boleh mengesan radiasi di Chernobyl untuk pengesanan lebih pantas.



Diharapkan, Fresh Air Clip boleh mengurangkan kes Covid, sekali gus menamatkan pandemik ini.

Adakah anda percaya lencana ni boleh berfungsi dengan baik? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2022 07:00 PM | Show all posts
Apa sahaja

tp kamu dan sekutu kamu tidak akan menang

kamu akan jadi yang paling hina setelah kamu bangga menjadi yang paling durjana.

di celahan hati kamu ada terdampar iblis yang sedang menutuh dengan ifrit bagi memuaskan nafsu serakah kamu yang kebulur kekayaan nan fana dunia yang tidak bertongkat yg akhirnya  langit itu bergulung dan kamu  pun mati setelah tiupan sangkakala itu...

apa itu sangkakala menurut kamu wahai dajjal dan sekutu nya ??????????

sangkakala bukan sangkaan jahat

sangkakala  sebagai penamat dunia dna bermula arah anak panah tuju hidup abadi kamu yg amat ngeri

jadilah kamu bakaran api neraka selama-lamanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.061921 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list