CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 427|Reply: 0

[Dunia] Malaysia masih belum lagi iktiraf Taliban

[Copy link]
Post time 12-1-2022 07:20 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia setakat ini belum lagi mengambil pendirian untuk mengiktiraf pentadbiran Taliban yang menguasai kerajaan baharu Afghanistan sejak 15 Ogos tahun lalu.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah sebaliknya berkata, tumpuan Malaysia ketika ini ialah meneruskan misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat negara Asia Tengah itu yang terjejas.

“Kita belum lagi iktiraf Taliban walaupun ramai orang nampak banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia datang ke sana bagi hulur bantuan kepada rakyat Afganistan,” katanya pada sesi soal jawab dengan media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2022 bersama ketua-ketua jabatan dan bahagian kementerian itu di sini hari ini.

Saifuddin berkata, Malaysia proaktif membantu warga Afghanistan sejurus selepas Kabul ditawan semula Taliban malah NGO negara ini antara terawal memasuki negara itu.

“Sekiranya mahu Afghanistan diiktiraf, Malaysia hanya akan berbuat demikian menerusi cara platform antarabangsa seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan bukan perlu bertindak secara bersendirian. Bagaimanapun Malaysia tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan itu bahkan akan mengambil kira banyak pertimbangan daripada pelbagai sumber berwibawa.

“Contohnya pelantikan Pengerusi Global Peace Mission, Datuk Ahmad Azam Ab. Rahman selaku Penasihat Khas Hal Ehwal Afghanistan di Wisma Putra sejak tahun lepas. Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia itu ialah Pesuruhjaya Hak Asasi di OIC dan NGO tersebut menjadi penyelaras segala penyaluran bantuan dari negara ini ke Afghanistan. Ia susulan kejayaan Persidangan Kuala Lumpur Mengenai Afghanistan yang diadakan secara maya pada 26 September lalu bagi mendapatkan input perkembangan semasa negara itu,” katanya.

Walaupun Afghanistan ada kedutaan di Kuala Lumpur, Malaysia tiada kedutaan di Kabul dan segala urusan diplomatik ditauliah kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India.

https://www.utusan.com.my/terkini/2022/01/malaysia-masih-belum-lagi-iktiraf-taliban/

Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 3 Users voted

Poll is finished

25.00% (1)
25.00% (1)
25.00% (1)
25.00% (1)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.068710 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list