CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1192|Reply: 14

[Politik] Kitab Hewan : UMNO ni level itik patah kaki jer - TGHA

[Copy link]
Post time 29-1-2022 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hadi beri amaran kepada Umno, jangan buat PRN lagi, jika tidak…

Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa PAS dan Perikatan Nasional (PN) mempunyai kekuatan tersendiri untuk bertindak balas terhadap strategi Umno mencetuskan pilihan raya di Johor dan sebelum ini di Melaka.

Beliau turut menuduh kalangan pemimpin Umno sebagai “tidak bermaruah dan tidak betul” kerana mencetuskan PRN Johor, sekali gus mahu meminggirkan PAS.

Dalam rakaman video dimuat naik di Facebooknya, Hadi membayangkan PAS berkemungkinan bertindak balas terhadap strategi Umno mencetuskan PRN di negeri kubu kuatnya.

“Kalau ada negeri yang Umno kuat, kita (juga) ada negeri yang PAS kuat, bahkan Bersatu ada Sabah. Kerajaan pusat (juga) didominasi oleh PN.

“Saya nak bagi tahu, Jangan buatlah PRN…kalau nak buat lagi, kita ada strategi (bertindak balas), kita akan buat. PAS ada kekuatan sendiri. PAS ada sejuta ahli. Ahli aktif 800,000,” katanya.

"Kalau Umno nak main strategi, sampai masa, kita juga akan buat strategi,” kata Hadi tanpa memberi butiran lanjut.

Ahli Parlimen Marang itu juga mengingatkan bahawa PAS “menyelamatkan” Umno-Barisan Nasional apabila ia tumbang pada pilihan raya lalu namun jasa itu dilupakan.

“Malangnya kita bukan nak ajar itik berenang tetapi (kita) selamatkan itik (yang) patah kaki pada PRU14. Malangnya bila kaki dah sembuh, dia nak berenang sendiri, nak tinggal kita. Jadi itu satu benda yang tidak bermaruah dan tidak betul,” kata Hadi.

Beliau juga berkata, PAS tidak akan “minta sedekah” kerusi daripada Umno untuk bertanding dalam PRN Johor tetapi kesal dengan apa yang didakwanya sebagai tawaran awal Umno.

“Belum ada perbincangan pun. Tetapi mereka nak bagi kita angin. Melaka…beri dua kerusi, Johor nak beri empat. Bukan kita minta sedekah, PAS bukan minta sedekah, PAS ada kekuatan sendiri,” katanya.

Hadi mendakwa strategi Umno mencetuskan PRN Johor dan sebelum ini di Melaka sebagai didalangi oleh pihak yang dikenali sebagai “kluster mahkamah” dalam parti itu.

"Strategi buat PRN negeri-negeri ini bukan strategi yang baik tetapi ia dilakukan, kita tahu yang buat strategi ini adalah ‘kluster mahkamah’, kluster yang kalah pada PRU14, kluster yang tiada jawatan.

“Bukan semua dalam Umno (bersetuju). ‘Kluster mahkamah’ ini…kalau kita ada maruah, lawan di mahkamah jangan susahkan rakyat. (Ini) nak selamatkan diri, susahkan rakyat,” kata beliau.

Kenyataan terbaharu Hadi itu membayangkan hubungan Umno-PAS semakin renggang selepas dua parti itu menubuhkan Muafakat Nasional pada 2019, setelah BN tumbang pada PRU14.

PAS dan Umno turut menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Bersatu bawah teraju Muhyiddin Yassin yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum itu.

Namun keakraban Umno-PAS tidak bertahan kerana Umno membantah usaha PAS membawa Bersatu menyertai MN. Bersatu adalah parti serpihan Umno.

p/s : Kalau ikut strategi UMNO..lepas PRN Johor, PRN perak, then maybe pahang, perlis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaduh aje la kerja korang ngabiskan duit negara.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat pulak lagu A to Z..itik gembo2
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah la PAS. UMNO memang rasa tengah kuat pun sekarang ni sebab tu berani je nak tendang hangpa. Bukan depa ikhlas pun nak berjuang dgn hangpa.  Sama2 ada kepentingan kan. Padan la muka semua yg tebuk atap dulu. Demi kuasa,  tikam belakang pun sanggup. Demi jawatan,  demokrasi pun hangpa campak ke laut.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti hadi tgh cuak. takod letew ganu, kedah dan sskjp bakal jatuh ke tgn bn
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 06:44 PM | Show all posts
Kan Arwah TGNA dah berkali kali kata jangan tolong UMNO (@ party assobiyyah) tu

Tu lah akibat takmo dengar nasihat & pentingkan fulus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2022 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Duta timur tengah takut tak dapat jadi duta lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Itik:



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2022 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadi ni, dah hitam kelam hatinya sbb makan gaji buta (duta timur tengah)..

btw, bak kata Tok Mat, cakap ler apa pun.. suka hati UMNO/BN ler...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadi ni tau ke tak apa yg berlaku kat johor. Ada sorang tu sebok nak tekan butang jer. Sekali MB yg tekan butang....terus kalut org tu taknak bertanding....haha...Sultan pun laju jer approve ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Mereka ni mmg bodoh kan. Tak habis-habis ditipu umno.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 08:53 AM | Show all posts
ujung2 UMNO gak yang salah

takpe lah.. yang ditipu cuma penyokong tegar mereka je

yang atas pagar akan nampak siapa betul siapa salah

buktinya PRN melaka, sarawak dan sabah UMNO/BN menang besar

teruskan lah syok sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 08:54 AM | Show all posts
macam bangkem katakan sebelum ni

PAS lebih selesa pegang negeri berbanding pegang negara

yela kalau pegang negara, orang tak habis tanya pasal RUU 355

acah2 je
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 01:07 PM | Show all posts
Selalu yang dalam keadaan tak selesa yang suka buat bising
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 09:05 AM | Show all posts
ultra78 replied at 30-1-2022 06:53 AM
Mereka ni mmg bodoh kan. Tak habis-habis ditipu umno.

deyol tukang kempen tolak umngok.
hujung2 deyol yg berciom ngan umngok.

akhirnya deyol berjaya buktikan apa yg deyol kempen selama nih.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 12883 Replies : 3
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.062272 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list