CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 449243|Reply: 1981

GEMPAR!! Retis KonTroVersi Mesia, Gusip TerBaekk SePanJanG Zaman..

    [Copy link]
Post time 1-9-2010 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by samshik at 2-9-2010 14:35

Huhu.. sebabkan memanjang thread mek kena ubah sana sini.. so sesuai dengan tajuk.. mek ingat mek nak jugak bukak thread nie..retis ngan kontroversi memang tak kan leh lari woo..So..  to uolls yang senantiasa mengikuti perkembangan seni tanahair kiter ... aper kater kiter singkap suka dunia glamer seorang retis.. mungkin saper yang teringat kesah dolu2 nie buleh tampal kat sini!!! bukan setakat gambo.. nak tepek artikel pun no hal..
so apo laie.. kasi kebabor la...pasni mod buleh buat reading access gitiew!!!


mek mulakan la...

1 disember 2004

KES: MEK ITI NGAN TOK PAH
kedit: malaysia kini

Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya terhadap satu tuduhan memfitnah penyanyi popular Siti Nurhaliza Taruddin dengan menggunakan e-mel.

Sharifah Aini, 51, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu di rumahnya di No 42, Lorong Utara, Off Jalan Utara, Petaling Jaya, pada jam 4.52 petang 24 Ogos lalu.

Menurut Bernama, ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya, Sharifah Aini berdiri di luar kandang tertuduh kerana kes ini merupakan satu kes saman.

Beliau didakwa menyiarkan kepada seorang bernama Ahmed Shaharil Jamaluddin beberapa tuduhan tertentu membabitkan Siti Nurhaliza melalui penghantaran e-mel seperti yang digariskan dalam Lampiran A.

Lampiran A mengandungi butiran berikut:

– halau bini orang yang mengandung tujuh bulan memang perangai binatang tak bertimbang rasa;

– muka kau tu dipinjamkan hantu yang menyamar jadi cantik nak cover senduk penyek;

– reporter please go selidik cerita CT dan Ayi cekak pinggang minta duit cash sebelum show di IB;

– CT menyelinap kat bilik hotel jumpa Ramli M.S, pergi Singapore to be with Ramli;

– tanya Kris Dayanti pasai botox dan bomoh nak buat CT cantik dan semua orang tunduk sayang pada CT.

Sharifah Aini didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Wartawan hiburan


Majistret Azroul Hisham Azulan membenarkan penyanyi itu diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Disember ini untuk menyebut semula kes itu.

Sharifah Aini, yang memakai baju kurung berwarna hijau muda, tiba di perkarangan mahkamah dengan ditemani seorang rakan pada jam 2.20 petang dengan menaiki kereta Mercedes Benz bernombor pendaftaran BDU 2.

Sejurus kemudian peguamnya Datuk Muhammad Shafee Abdullah tiba di perkarangan mahkamah dan kedua-duanya memasuki kamar mahkamah bersama-sama.

E-mel dan SMS yang dikatakan menghina serta memfitnah Siti Nurhaliza dilaporkan mula tersebar awal September lalu, didakwa dilakukan oleh satu kumpulan dikenali "Asmah and The Gang".

Berikutan itu, Siti Nurhaliza dan tiga wartawan hiburan membuat laporan polis mengenai e-mel yang turut mengaitkan mereka, manakala Sharifah Aini pula membuat beberapa laporan polis menafikan pembabitan beliau dalam penyebaran e-mel serta SMS itu.

Polis menahan seorang pensyarah berusia 37 tahun pada 27 September lalu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan ugutan jenayah yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada 14 Oktober lalu pula, Sharifah Aini mendakwa beliau diserang dua lelaki di hadapan bangunan Seri Pentas (ibu pejabat TV3) di Bandar Utama ketika dalam perjalanan menuju ke rumah ibu saudaranya, dan turut mendakwa disuntik sejenis cecair.

Polis yang menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu bagaimanapun mendapati ada beberapa elemen yang mencurigakan dalam laporan itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2010 10:38 AM | Show all posts
KES: RATU FELEM MALAYA
kedit: budiey.com


Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, dilahirkan pada 9 Februari 1974 dan berasal dari Sungai Choh, Rawang, Selangor. Memulakan kerjayanya dalam bidang modelling sehinggalah dinobatkan sebagai Miss Malaysia/World 1992. Dia juga pemenang tempat ketiga Miss South East Asia 1992/1993. Erra seterusnya menceburkan diri ke dunia seni sebagai penyanyi dan pelakon, kini usahawan.

Antara album yang pernah dihasilkannya termasuklah Erra Fazira (1994), Aku dan Dia (1995), 2.5 Sayang (1996), Kini (1999 ), Sampai Bertemu (2002), Kini Kembali (2003) dan Ya Atau Tidak (2006). Manakala lagu popularnya ialah Pasrah, Jendela Hati, Hadirnya, Pertemuan, Ucapkanlah (duet dengan Yusry) dan Nada Kasih (duet dengan Rio Febrian).

Erra pernah mendapat jolokan primadona filem Melayu alaf baru. Antara filem lakonannya ialah Sembilu, Maria Mariana, Gemilang, Tragedi Oktober, Pasrah, Gerak Khas The Movie (GKTM), Mr Cinderella, Gila- Gila Pengantin, Cinta Kolesterol, Hingga Hujung Nyawa, Pesona Non Grata dan Qabil Khusri Qabil Igam (QKQI). Tujuh kali dia dinobatkan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABP-BH).



Agak-agak korang, apa komen Awie dalam isu kontroversi gossip Erra ni? Mesti dia jawab… “No komen…” atau pun kalau Ako Mustapha…. dia mesti cakap…”No big deal…” Ahak!

Ratu Filem Melayu itu pernah menjalin hubungan serius dengan Awie selama empat tahun. Mereka bertunang pada Oktober 1997, tetapi terputus di tengah jalan pada tahun berikutnya. Hanya pada 1999, Erra mula rapat dengan Yusry Abdul Halim (Yusry KRU) apabila mereka digandingkan menerusi filem Mr Cinderella. Ternyata desas-desus hubungan cinta mereka benar apabila kedua-duanya bertunang pada 3 Mac 2003

Erra akhirnya diijabkabulkan dengan Yusry pada 15 Jun 2003 di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Majlis persandingan penuh gemilang atau dianggap Wedding of the Year itu diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 Jun 2003.

Namun, selepas mengecapi kebahagiaan alam berumah tangga kira-kira dua tahun, perkahwinan mereka tiba-tiba dilanda badai sehingga kedua-duanya tidak lagi tinggal sebumbung untuk beberapa ketika. Erra dan Yusry akhirnya bercerai secara rasmi pada 16 Jun 2006.

Hubungan intim Erra dengan Hans Isaac mula menjadi bualan ramai ketika mereka berlakon sama dalam filem Persona Non Grata pada 2005. Penggambaran filem itu dibuat di Thailand. Ketika itu rumah tangga Erra bersama Yusry sedang bergolak.

Bagaimanapun, Erra menafikan keretakan rumah tangganya berpunca daripada hubungan rapatnya dengan Hans kerana mereka hanya kawan baik. Pun begitu, selepas Erra bercerai dengan Yusry, sekali lagi hubungan istimewa Erra bersama Hans kembali diperkatakan apabila mereka sering kelihatan bersama.



Hubungan rapat mereka terus menjadi bualan hangat apabila Hans sanggup menghadiahkan jam tangan Rolex bernilai RM15,000 sempena hari jadi Erra ke-33 pada Februari lalu. Pun begitu, Erra tetap menafikan mereka bercinta, selain mendakwa tiada salahnya dia menerima hadiah mewah daripada rakan baik.

Hanya pada awal Julai ini Hans tiba-tiba mengesahkan hubungan cintanya dengan Erra sudah pun berakhir berikutan penyanyi dan pelakon terkenal itu dikatakan bakal berkahwin dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 10:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 10:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 10:42 AM | Show all posts
KES: KONSERT ALBERT HALL SITI
KEDIT: Utusan

Siti Nurhaliza - Wajah, aksi di Royal Albert Hall




Tarikh 1 April yang penuh simbolik! Bagi Siti Nurhaliza Taruddin, tarikh itu mungkin satu tarikh keramat. 10 tahun lalu, tarikh itu telah memperkenalkan Siti sebagai seorang penyanyi yang hanya berusia 16 tahun.

Pada tarikh yang sama, pada usia yang semakin matang, Siti mencatatkan sejarah tersendiri apabila beraksi di dewan berprestij dunia, Royal Albert Hall di Kota London.

Umpama mimpi yang menjadi kenyataan, Siti bukan sahaja berjaya mengharumkan nama negara pada tarikh itu.

Dia sekali gus berjaya meletakkan namanya sebaris dengan lebih 150,000 penghibur ternama dunia yang pernah mengadakan persembahan di dewan berusia 134 tahun itu.

Selama tiga bulan bertungkus lumus membuat persediaan paling rapi untuk menyajikan persembahan yang dianggap paling sempurna pernah dijayakannya, Siti berjaya mencipta sejarahnya sendiri.

Dia menjadi artis ketiga Asia yang beraksi di dewan itu selepas dua artis tersohor dunia, pemain sitar terkenal Ravi Shankar dan Lata Mangheskar berpeluang beraksi di pentas yang sama.

Dengan mempersembahkan 30 buah lagu secara penuh dan medley serta sebuah lagu Inggeris yang pernah dipopularkan Elita Adams, Get Here, kehadiran Siti di pentas dunia itu pasti sahaja mencetuskan satu semangat baru buat penyanyi kelahiran Kampung Awah, Kuala Lipis, Pahang itu dalam usahanya untuk menawan dunia melalui bakat seninya.

Kini debaran Siti pada 1 April sudah pun berakhir. Segala jerih-perihnya untuk menempuh tarikh keramat itu berakhir dengan kejayaan membanggakan.

Kepada para peminat Siti Nurhaliza di negara ini, UTUSAN MALAYSIA menyiarkan wajah-wajah Siti sewaktu beraksi di pentas berprestij itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 10:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2010 10:43 AM | Show all posts
gigih makayam bukak tread baru!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 10:44 AM | Show all posts
mek x larat nk baca panjang2 nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2010 10:46 AM | Show all posts
KES: THE SINGING LAWYER YANG TIADA PENGGANTI
KEDIT: wikipedia

Sudirman Hj Arshad (25 Mei 1954-22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.

Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala mengenakan chaplinesque yang bersahaja.

Riwayat hidup
Sudirman Haji Arshad dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di no. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang. Anak kepada Puan Hajjah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan.


Di zaman persekolahanIbunya, seorang wanita yang aktif di arena politik sebagai Ketua Wanita UMNO Pahang Selatan dan Wakil Rakyat Pertama 1955 mewakili Kawasan Temerloh, telah meninggal dunia pada tahun 1959 di usia muda 32 tahun (ketika Sudirman berumur 5 tahun) setelah mengidap penyakit kanser. Bapanya adalah pengurus Syarikat Bas Temerloh (Temerloh Bus Company), juga seorang ahli politik UMNO di Temerloh, Pahang. Bapanya telah berkahwin dengan Puan Mariam binti Mohammad setelah kematian isterinya, sebelum meninggal dunia pada 1978.

Sudirman adalah anak bongsu, adik beradik yang lain - Zainuddin, Rudiah, Basir, Roslan dan Roaini. Dari sejak kecil, Sudirman sering menyanyi di mana sahaja. Di sekolah pula, beliau memasuki pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah. Dia suka bersukan, senang berpidato dan setiap waktu di perpustakaan.

Sudirman memulakan persekolahnya pada tahun 1961 di Sekolah Rendah Abu Bakar (Mentakab), Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia (Temerloh) dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (Kuantan), Pahang sehingga beliau menamatkan Tingkatan 6. Sebelum memasuki Tingkatan 6, Sudirman menjalani kursus persediaan di ITM Petaling Jaya. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri tetapi dia menolak tawaran itu.

Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (Kuala Lumpur). Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya. Pada tahun 1980 beliau telah menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Tahun 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai Peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.


The Singing Lawyer
Bintang RTM 1976Sudirman Haji Arshad mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu Seruling Bambu dan Big Spender. Di peringkat awal saringan, beliau memberi jawapan spontan "seluar pinjam..." apabila disoal oleh pengacara rancangan mengenai seluar besar yang dipakainya. Para penonton suka caranya yang berterus terang. Beliau mendendangkan lagu Jali Jali, sebuah lagu klasik dari Indonesia. Jelas sekali suaranya memang unik.


Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 10:46 AM | Show all posts
gigih mek jgn tak gigih.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 10:46 AM | Show all posts
gigih makayam bukak tread baru!!
elorna Post at 1-9-2010 10:43



tepek gambo pun ok lorna!!!
letak caption..
jomla!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 10:47 AM | Show all posts
gigih mek jgn tak gigih.....
mea Post at 1-9-2010 10:46



    jomla join!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 10:50 AM | Show all posts
ni artikel konsert chowkit sudirman

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 10:51 AM | Show all posts
Konsert di Chow Kit Road

Konsert di Chow Kit RoadPada 15 April 1986, Sudirman menempa nama di dalam Malaysia Book Of Records setelah mengadakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya memikat dan memukau hampir 100 ribu warga kota berpusu-pusu membanjiri jalan itu dengan kehebatannya. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah Chow Kit Road dan diakhiri dengan lagu patriotik Abadi sambil beliau memakai bendera Malaysian.

Jalan Chow Kit pada era Sudirman adalah gelanggang marhaen. Chow Kit menjadi simbol orang-orang kerdil yang juga peminat Sudirman. Maka konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel dan dewan konsert, sekaligus memberitahu kita Sudirman bukan
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 10:52 AM | Show all posts
Reply 12# samshik


    kalau iolss senang nanti iolss tepek hokeh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 10:55 AM | Show all posts
KES: JAMAL DAN PERCERAIAN
KEDIT: Utusan

SHAH ALAM 11 Mei  - Meskipun penyanyi Jamal Abdillah mengaku telah menceraikan isterinya namun menurut pasangan terbabit, mereka telah mengadakan hubungan kelamin, dua hari selepas itu.

Jamal mengakui bahawa dia memang menyedari kesan dan akibat lafaz cerai tersebut terhadap plaintif Fatimatuzahra Samad, 25.

Malahan Raja Pop itu mengakui, sebelum melafazkan cerai dia terlebih dahulu telah meminta supaya kedua-dua biji mata plaintif merenung mulutnya.

Bagi Jamal, dia tiada niat sama sekali untuk rujuk kembali dengan plaintif selepas menceraikan isterinya itu pada 15 Mei 2007 sekalipun ketika melakukan persetubuhan.

Menurut Jamal, malahan dia telah berkali-kali menerangkan kepada Fatimatuzahra bahawa mereka telah bercerai dan hanya berkawan, tidak lebih daripada itu.

Perkara tersebut adalah antara intipati keterangan Jamal di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini pada prosiding pengesahan lafaz cerai yang difailkan isterinya.

Fatimatuzahra memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 setelah mendakwa diceraikan defendan pada pukul 8 malam, 15 Mei 2007 ketika sedang memandu kereta.

Dengan nada suara yang sebak sambil menitiskan air mata, Fatimatuzahra yang turut memberi keterangan, telah mengulangi lafaz cerai yang didengarnya dengan jelas ketika sama-sama berada dalam kereta.

Lafaz yang didakwa dibuat secara tiba-tiba itu menurut plaintif berbunyi: ''Aku ceraikan kau dengan talak satu.''

Plaintif mendakwa, sepanjang 20 minit berada di dalam kereta, tiada sebarang pertengkaran mahupun perbualan berlaku. Plaintif menambah, disebabkan itulah dia amat terkejut dan hanya mendiamkan diri.

''Saya lihat keadaan Jamal tidak seperti biasa dan saya kurang pasti sama ada dia dalam keadaan sedar atau tidak ketika melafazkan cerai,'' jawab plaintif ketika disoal peguam syarie, Hairunnajmi Najmuddin yang mewakilinya.

Jamal pula yang tidak diwakili peguam, ketika disoal balas memberitahu, dia menceraikan plaintif pada pukul 10 pagi, hari yang sama dan bukannya pada pukul 8 malam seperti yang didakwa Fatimatuzahra.

Disoal lanjut mengenai persetubuhan yang berlaku dua hari selepas bercerai, kata Jamal, dia telah berusaha untuk merapatkan semula hubungan agar menjadi lebih baik demi anak-anak.

Namun katanya lagi, usaha yang dilakukan tidak berjaya dan persetubuhan berlaku demi tujuan tersebut.

''Memang itu tujuan serta niat saya sebenarnya. Tetapi disusuli apa yang saya lakukan iaitu saya tinggalkan anak sulung di rumah plaintif supaya hubungan ini baik semula tetapi malangnya tidak berjaya,'' kata Jamal.

Jawapan tersebut membuatkan Hairunnajmi bertanya adakah membawa maksud Jamal berniat untuk rujuk semula dengan isterinya.

''Saya tidak kata saya hendak baik semula dengan dia. Dalam masa yang sama, saya memberi peluang kepada plaintif untuk rapat dengan anak sulung saya agar hubungan ini berjalan lancar. Itulah yang saya rancang untuk keluarga ini,'' cerita Jamal secara terus terang.

Penyanyi itu menambah, semua yang dilakukan adalah suatu usaha yang ingin dicuba terlebih dahulu agar ia berjaya.

Menurut Jamal, dia menyerahkan anaknya yang tua kepada plaintif dan sekiranya dapat dijaga maka ada kemungkinan hubungan mereka dapat diteruskan.

Namun, usaha untuk menjernihkan semula hubungan tersebut tidak pernah disuarakan kepada plaintif, kata Jamal.

Tambah defendan lagi, malangnya maklum balas yang diterima menerusi panggilan telefon, plaintif memberitahu yang dia sedang sakit.

''Plaintif juga menuduh kononnya saya mengambil kesempatan kerana saya menyuruh dia menjaga anak sulung saya. Saya juga dimaki hamun. Itu biasalah saya kena,'' katanya.

Hakim syarie, Drs. Atras Mohamed Zin kemudian menetapkan 23 Jun ini bagi keputusan permohonan pengesahan lafaz cerai.

Jamal dan Fatimatuzahra bernikah pada 3 Januari 2006 di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand dan mempunyai seorang cahayamata Ahmad Zaki Yamani, berusia dua tahun.

Sebelum memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai, Fatimatuzahra telah memfailkan permohonan untuk mendaftarkan pernikahan mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2010 10:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 10:57 AM | Show all posts
KES: APEK DAN DADAH

Saiful Apek menggemparkan dunia hiburan apabila dikatakan ditahan polis kerana kes dadah. Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 10:59 AM | Show all posts
KES: ZIZIE N ABANG BUNG
KEDIT: budiey.com

PETALING JAYA: Aktres jelita putih gebu, Zizie Ezette dikatakan telahpun bernikah dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, minggu lalu tetapi Bung dalam reaksi segera, menafikannya. Bung ketika dihubungi wartawan The Star menafikan berita yang mengatakan yang beliau telahpun menikahi Zizie Ezette tetapi enggan mengulas pertanyaan sama ada majlis yang akan diadakan malam ini adalah majlis pertunangan ataupun perkahwinannya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 11:03 AM | Show all posts
KES: TOK PAH BERBAIK NGAN TOK TI
KEDIT: Artis melayu

Rasanya anda semua dah tahu yang Dato’ Siti Nurhaliza (Tok Ti) dan Datuk Sharifah Aini (Kak Pah) sudah berbaik semula setelah lebih kurang 6 tahun berkonfrontasi apabila mereka dipertemukan dalam satu sesi fotografi khas sempena Hari Raya yang akan datang. Alhamdulillah, satu berita yang sangat baik lebih-lebih lagi di bulan yang baik ini.

Ok lah, kat bawah ni ada beberapa gambar Tok Ti dan Kak Pah yang diambil semasa sesi fotografi tersebut dan ianya mungkin belum pernah korang lihat kat mana-mana blog. Jelas mereka begitu mesra seperti tidak pernah melalui fasa konfrontasi tersebut. Layan..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.433160 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list