CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3490|Reply: 14

[DRAMA MELAYU] AKASIA : 3 NOTA CINTA [SHARIFAH ROSE, ASHRAF MUSLIM]

[Copy link]
Post time 15-2-2022 08:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 15-2-2022 08:20 AM

3 NOTA CINTA



Mengisahkan Alisa (Sharifah Rose) sering menjadi mangsa kemarahan ibunya, Sofea (Zila Bakarin) selepas bapanya Razak (Khairil Anwar Aman) meninggalkan mereka tanpa khabar berita pada beberapa tahun lalu. Sofea terpaksa menebus fasakh sehingga terjatuh talak ketiga. Keluarga Alisa hancur dan sikap Sofea juga berubah secara drastik. Sofea menjadi pemarah dan mula mengongkong kehidupan anak-anaknya yang belum berkahwin. Hubungan Sofea dengan ibu bapanya, Bahar dan Aminah juga menjadi tegang apabila Sofea menganggap merekalah punca utama Razak bertindak meninggalkannya.

Bahar mula menunjukkan tanda-tanda pelupa dan kadang-kala tidak dapat menguruskan diri. Setelah disahkan mengidap penyakit Alzheimer, nota-nota cinta yang ditulis olehnya dalam bahasa jawi menjadi memori paling indah buat Aminah. Alisa kagum dengan cinta utuh datuk dan neneknya yang masih setia bersama walaupun diuji dengan pelbagai insiden. Namun, Alisa tidak menaruh harapan dan tidak percaya akan wujudnya lelaki yang baik seakan datuknya dalam hidupnya

Satu hari, Alisa telah membawa Bahar dan Aminah makan di sebuah kedai. Dalam keadaan huru-hara untuk menguruskan Bahar, Zain (Ashraf Muslim) tampil menghulurkan bantuan. Zain cuba sedaya upaya untuk berkenalan dengan Alisa selepas pertemuan tersebut. Berdasarkan kad nama yang diberi oleh Aminah, Zain cuba mendekati Alisa dengan pertolongan Aminah, nenek Alisa.

Akhirnya, Zain berjaya menghubungi Aminah dan dipelawa ke rumah. Aminah ingin menjodohkan Zain dan Alisa. Zain teruja untuk berkenalan dengan Alisa akan tetapi, Sofea mula bersikap dingin terhadap mereka. Sofea pernah memberi amaran keras kepada Alisa supaya tidak jatuh cinta pada mana-mana lelaki. Bagi Sofea, perkahwinan hanya akan membawa penderitaan.
Setelah mengetahui Alisa pandai menulis puisi, Zain mengambil peluang meminta tolong Alisa meneliti lirik lagunya. Sebagai seorang pencipta lagu, Zain masih menunggu peluang untuk memperkenalkan karyanya kepada umum. Alisa menjumpai buku-buku nota milik datuknya yang mengandungi puisi dan kisah cinta Aminah dan Bahar. Kebolehan Zain untuk membaca tulisan jawi juga menolong Alisa memahami ayat-ayat cinta nukilan datuknya. Lama-kelamaan, Alisa mula jatuh cinta dengan kebaikan Zain yang juga sangat prihatin dengan datuknya yang semakin uzur.

Aminah memujuk Alisa untuk menerima Zain sebagai suaminya. Alisa menjadi serba salah kerana bantahan keras daripada ibunya. Malahan, kakaknya Abby (Afifah Nasir) juga menaruh perasaan pada Zain dan cuba memikat lelaki itu. Akhirnya, Zain dan Alisa bakal disatukan. Dengan bantuan Aminah dan Bahar, mereka berusaha menjejaki Razak untuk memintanya menjadi wali.

Kehadiran Razak di majlis nikah Alisa mencetuskan kemarahan Sofea sehingga terjadinya insiden Bahar terpaksa dikejar ke hospital. Majlis terpaksa berhenti seketika. Ayah Zain, Datuk Hashim yang tidak bersetuju dengan pilihan anaknya juga beredar dari majlis kerana beranggapan keluarga Alisa tidak setaraf dengan mereka. Malahan, pertelingkahan besar juga terjadi di antara Zain dan ayahnya. Kejadian aib dan kekecohan terjadi pada Zain dan Alisa di hadapan tetamu yang hadir. Zain memujuk Alisa untuk teruskan hidup bersama keluarga yang sedang punah di hadapan mata mereka. Pelbagai dugaan mula menerpa setelah mereka bergelar suami isteri. Apakah bakal berlaku seterusnya?

Pelakon
  • Ashraf Muslim sebagai Zain
  • Sharifah Rose sebagai Alisa
  • Wani Kayrie sebagai Aini
  • Afifah Nasir sebagai Abby
  • Zila Bakarin sebagai Sofea
  • Khairil Anwar Aman sebagai Razak
  • Jasper Supayah sebagai Zetty
  • Salina Saibi sebagai Amy
  • Aznah Hamid sebagai Aminah
  • Jalaluddin Hassan sebagai Bahar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2022 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak menarik lgsg nak tgk citer ni
Nasib baik kejap je
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
caca_eric replied at 28-2-2022 10:39 PM
Tak menarik lgsg nak tgk citer ni
Nasib baik kejap je

Haha
Ade thread cite ni rupenye
Iols tgok2 gitu je tp x phm nape mak nye benci sgt kt alisa igtkn anak angkat
Hahaha

Tp ending die mmg hauk

Mcm nk terburu2 abeskn lawak pn ade
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
missyL replied at 8-3-2022 11:39 PM
Haha
Ade thread cite ni rupenye
Iols tgok2 gitu je tp x phm nape mak nye benci sgt kt alisa igtkn  ...

Ada tgk gak awal2
Smpi pelakonnnya pun x nk promo citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
caca_eric replied at 9-3-2022 02:03 AM
Ada tgk gak awal2
Smpi pelakonnnya pun x nk promo citer ni

Hero nye kertu sgt
Tp mmg ikut watak kot sbb dah 17 thun keje komposer tu.

Kesian nye
I pn x follow semua pelakon nye

I tgok pn 2 episode cmtu
Pastu tgok finale
Mmg serabut finale die
Cite cm bodoh pn ade

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
missyL replied at 9-3-2022 07:26 AM
Hero nye kertu sgt
Tp mmg ikut watak kot sbb dah 17 thun keje komposer tu.


Kan pelik cemana boleh lepas masuk Akasia
Rasanya Akasia ni org kata kena citer hebat2 n pelakon top top je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2022 02:29 PM | Show all posts
Ooo, dah habis ya cerita ni.  Tengok episod awal aje tapi rengsa pulak tengok Zila terjerit-jerit. Sampai dengan emak ayah pun macam nak cari gaduh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
caca_eric replied at 9-3-2022 11:40 AM
Kan pelik cemana boleh lepas masuk Akasia
Rasanya Akasia ni org kata kena citer hebat2 n pelakon t ...

Yeke.
Tgok Kadang2 ntah sape2 je hahaha

Cite terbaru ni ruhanies haahaha
Tp second heroin tu lawa
I tgok iklan je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2022 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
NekNgah replied at 9-3-2022 02:29 PM
Ooo, dah habis ya cerita ni.  Tengok episod awal aje tapi rengsa pulak tengok Zila terjerit-jerit. S ...

Yer da abes
Abes pn terburu2 x thu hujung pangkal mcm nk speed up sgt satu episode semua rangkum

Tu la. I x phm nape die benci sgt alisa tu
Nape u?? Sbb i tgok hujung2 dah
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 02:59 PM | Show all posts
missyL replied at 9-3-2022 02:55 PM
Yer da abes
Abes pn terburu2 x thu hujung pangkal mcm nk speed up sgt satu episode semua rangkum ; ...

Tengok episod awal dah tak boleh pergi.. memang tak faham sangat.  I rasa Alisa tu jadi punching bag Zila sebab sakit hati dengan ex-husband.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
NekNgah replied at 9-3-2022 02:29 PM
Ooo, dah habis ya cerita ni.  Tengok episod awal aje tapi rengsa pulak tengok Zila terjerit-jerit. S ...

Citer ni mcm tak logik

Tp nak tgk citer lepas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 09:26 AM | Show all posts
caca_eric replied at 9-3-2022 03:42 PM
Citer ni mcm tak logik

Tp nak tgk citer lepas ni..

Drama apa ya, sekarang jarang on tv.  Tak perasan iklan next drama.

On tv pukul 11 malam aje untuk Tetuan Ang & Rahimin.  Setakat ni drama ni aje boleh masuk.  Drama lain cliche cintan cintun, muak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosan yang amat. Baik slot pukul 7 ni bagi kat cinta amnesia
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ashraf muslim..muka dan lakonan sgt mrngecewakan tapi asyik muka dia je  kat tv...nyampah nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tertekan tv3 time cite ni, si seripah preknek letak bantal mcm abg boroi je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.351926 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list