CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1343|Reply: 1

Trembini pulau ghaib hanya didiami kaum wanita di Jawa

[Copy link]
Post time 16-2-2022 12:46 AM | Show all posts |Read mode

JAKARTA – Sebuah pulau ghaib dikenali sebagai Pulau Trembini didakwa wujud di  Jawa Timur dan dipercayai hanya didiami oleh kaum wanita, lapor laman berita Solopos semalam.

Meskipun kewujudan pulau itu masih menjadi misteri,  namun nelayan tempatan  percaya bahawa ia berada di  Laut Selatan di antara Kabupaten Jember dan Kabupaten Malang.

Lokasi Trembini terbentuk daripada mendapan sampah namun penduduk percaya ada pulau ghaib yang terbentuk di atasnya.

Menurut kepercayaan masyarakat setempat, Pulau Trembini hanya didiami kaum wanita dan tiada lelaki dibenarkan masuk. Malah sesiapa yang mendarat di pulau itu tidak akan boleh kembali ke dunia sebenar atau kembali sebagai mayat sahaja.

Sekiranya pantang larang itu dilanggar, lelaki itu akan meninggal dunia atau tidak akan kembali ke dunia asalnya.

Sehingga kini, orang-orang tua Jember masih bercerita mengenai Pulau Trembini kepada anak cucu mereka dan memberi amaran agar tidak tersilap mendarat di pulau ghaib tersebut. – Agensi


kosmo.com.my/2022/02/15
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 04:09 PM | Show all posts
wujud ekk?
fuhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.283952 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list