CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1583|Reply: 0

Potongan ringkas kurung Kedah motif batik

[Copy link]
Post time 22-2-2022 10:08 AM | Show all posts |Read mode

Baju kurung potongan ringkas dan longgar sesuia buat wanita yang gemarkan gaya sopan


Potongan ringkas kurung Kedah motif batik

PAKAIAN baju kurung kedah dengan potongan yang longgar sering menjadi pilihan wanita yang mahukan gaya selesa dan santai untuk aktiviti harian.

Busana tersebut bukan sahaja selesa, malah ia kelihatan sopan dan sesuai untuk digayakan ke mana sahaja.

Menyedari hakikat tersebut, dua wanita melancarkan jenama House of Olsha pada 2017 dengan mempertaruhkan busana kurung kedah.

Jenama tersebut diasaskan oleh dua sahabat karib, Kay Mazlie, 39 dan Farra Olivia, 42 yang amat menggemari gaya klasik dan santai pada rekaan yang ditampilkan.

“Bagi jenama ini, kami mempertaruhkan rekaan berkonsepkan santai dan sesuai digayakan pada bila-bila masa.

“Pakaian dengan potongan ringkas dan longgar menjadi gaya utama memandangkan ia kelihatan santai dan selesa untuk digayakan pada bila-bila masa,” kata Kay.

Bagi pertaruhan utama jenama itu, Kay berkata dia menampilkan busana baju kurung kedah dengan motif batik.

Gabungan rona terang dan pastel menjadikan busana itu kelihatan sesuai digayakan sepanjang zaman dan sesuai digayakan sama ada ke pejabat mahu pun ke acara rasmi.

Malah, motif batik juga dianggap sebagai motif yang cukup sesuai digayakan ke mana sahaja memandangkan motif klasik itu kekal relevan sepanjang zaman.



House of Olsha turut menyediakan memperkenalkan pakaian untuk kana-kanak buat mereka yang mahu gaya sedondon

Dari segi pemilihan material pula, anak kelahiran Kuala Lumpur itu mempertaruhkan material kain kapas yang lembut memandangkan ia mudah dijaga dan selesa dipakai sepanjang hari.

Jelas Kay, inspirasi penubuhan jenama itu adalah datang daripada minatnya sendiri yang cukup gemar menggayakan baju kurung ‘simple’ sebagai pakaian harian.

“Inspirasi penubuhan jenama ini adalah daripada minat kami sendiri yang cukup sukakan gaya baju kurung yang ringkas.

“Kami memilih baju kurung kedah memandangkan ia cukup selesa dan sesuai digayakan oleh wanita bekerjaya yang mungkin mahu bergaya klasik ke pejabat,” kata Kay.

Semenjak penubuhannya, House of Olsha memperkenalkan dua koleksi setahun dan koleksi yang menjadi kegemaran jenama itu setakat ini adalah  Kurung Kedah Kamelia yang pernah digayakan oleh Tun Siti Hasmah pada 2017.

“Bagi koleksi Hari Raya 2022 pula, kami masih memperkenalkan gaya yang selesa namun keunikannya terletak pada material dan gaya.

Selain busana wanita, House of OIsha juga turut memperkenalkan kemeja batik untuk lelaki dan kanak-kanak.

Padanan corak yang sama membolehkan busana daripada jenama itu digayakan oleh seisi keluarga.

Bagi mencipta kesenadaan pula, House of Olsha turut memperkenalkan peliup muka daripada fabrik batik dengan corak yang sama dengan kurung kedah yang ditawarkan.

Harga busana House of Olsha bermula daripada RM75 bagi dres santai dan RM220 bagi kardigan dan kurung pesak.

Bagi kemeja lelaki pula, harga bermula daripada RM110 manakala pakaian kana-kanak pula dijual pada harga RM100.

Ia boleh dibeli menerusi laman web www.houseofolsha.com dan juga laman web menerusi laman web www.zalora.com.my.

https://www.kosmo.com.my/2022/02 ... -kedah-motif-batik/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.082837 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list