CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1094|Reply: 12

[Politik] Azmin cabar bossku Najib berdebat isu Felda.Berani betol.Korang teruja?

  [Copy link]
Post time 6-3-2022 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 6-3-2022 09:34 AM

MUAR – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencabar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat dengannya mengenai isu Felda.

Katanya, debat itu hendaklah dilakukan sebelum proses pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Isunya Felda dimusnahkan di zaman pentadbiran beliau ketika itu. Kita ada fakta-fakta bagaimana pembelian banyak hartanah di luar negara (seperti) di Kensington, di Sarawak dan sebagainya.

“Itu masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis. Kertas Putih itu telah pun membuktikan bahawa pengkhianatan terhadap peneroka Felda

“Itu terlalu jelas dan beliau tidak boleh mendabik dada bahawa UMNO menyelamatkan Felda,” dakwanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Ceramah Umum Ikrar Demi Bangsa Johor di markas PAS kawasan Muar, cawangan Parit Pechah pada Sabtu.

Azmin yang merupakan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga mendakwa, kepimpinan Najib telah menghancurkan peneroka dan masa depan Felda.

“Saya sebut tadi angka-angka bagaimana tanah-tanah Felda dipajak kepada FGV, sebelum itu pendapatan Felda amat besar untuk menampung operasi Felda dan juga kebajikan peneroka Felda.

“Tetapi akhirnya lihat saham FGV merudum daripada RM4.55 kepada 64 sen, hutang Felda melebihi RM10 bilion, terpaksa mengambil sukuk dan ini terpaksa ditanggung oleh kerajaan.

“Ini semua harus dizahirkan dan dimaklumkan kepada peneroka Felda untuk memberikan ruang dan kesempatan kepada Perikatan Nasional untuk terus membela nasib mereka dan masa depan Felda,” jelasnya.

Mengulas mengenai kaedah debat, Ahli Parlimen Gombak itu terbuka dengan pelbagai kaedah.

“Apapun boleh. Secara maya juga boleh sebab norma baharu,” katanya.

Sumber:SinarHarian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian org felda, mula2 teroka atuk iols cerita dioeg dtg selai sepinggang berkat usaha gigih sendiri (bkn bantuan felda) ada yg maju ke depan rumah jd banglo yg harap felda tu la saja umah kayu sampai skrg
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2022 09:37 AM | Show all posts
Semoga selepas ini tiada lagi anasit-anasir yang boleh menjatuhkan FGV
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak teruja langsung. Kebanyakkan politician2 Malaysia kali temberang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2022 04:28 PM | Show all posts
aku nmpk ada naik billboard kat kawasan majidee sana utk PRN ni,
kat billboard tulis lebih kurang mcm kalau BN menang, hutang peneroka felda berapa juta/billion ntah, kira settle..
aku terus carut eh, korang yg berhutang, tiber salahkan peneroka.. peneroka tu bergantung pd pentadbiran korang.. sial betul la umno bn ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2022 05:24 PM | Show all posts
seram pulak iols kalo penyamun mcm najib ni terus berkuasa. iols x kisah BN menang, tp tolonglah hapuskan penyamun mcm najib n zahid komedi tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2022 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik najib atau azmin..tlg fikir utk rakyat jelata bkn tembolok sendiri..korang pun dah brp byk rembat harta rakyat kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2022 05:31 PM | Show all posts
Jemin ni cakap pun tergagap gagap..ada hati nak berdebat dgn DSN...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2022 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 6-3-2022 09:34 AM
Kesian org felda, mula2 teroka atuk iols cerita dioeg dtg selai sepinggang berkat usaha gigih sendir ...

Memang selai sepinggang...tapi felda dah sediakan rumah dan tanah kebun untuk usahakan.
Ada yang tak sangggup...keluar duk kampung balik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2022 06:27 PM | Show all posts
rakyat bukan nak dengar debat , dajjei

rakyat dah sedar ahli politik semuanya haprak xboleh pakai
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Apalah perasaan anak2 dorang yg berbiras sesama sendiri tgk bapa2 mereka gaduh psl politik
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bos kur kur kur ckp tak tahu .. buang masa jer lah
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2022 11:13 PM | Show all posts
2 x 5 aje lah.. Malas aku nak hadap...........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 4769 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.071360 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list