CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1492|Reply: 0

Rambut sihat berkilat

[Copy link]
Post time 8-3-2022 09:39 PM | Show all posts |Read mode
Rambut sihat berkilat


VITAMIN E dengan urutan pada kulit kepala bantu pertumbuhan rambut sihat dan berkilat.

MEMILIKI rambut yang sihat dan berkilat antara impian setiap dari kita

Malah wanita mudah terpana dengan model atau ikon selebriti yang memiliki rambut sihat dan berkilat kerana ia turut memberi definisi cantik.

Rambut yang suram dan tidak bermaya dikatakan mempengaruhi keterampilan individu dengan cara negatif selain 'menggugat' aspek keyakinan diri.

Keadaan itu adalah keterangan jelas mengenai rasional di sebalik pelambangan rambut adalah mahkota.

Malah mempunyai rambut yang sihat dan berkilat penting kepada wanita, sekali gus memberikan impak positif.

Atas faktor itu juga ramai sanggup membelanjakan wang bagi produk dan rawatan penjagaan rambut.

Satu perkongsian membabitkan jurugaya dan pendandan tersohor antarabangsa, Leonardo Rocco antara yang menarik perhatian. Beberapa tip dikongsikan untuk wanita bagi memiliki rambut sihat dan berkilat.


SYAMPU dua kali tip dikongsi pakar antarabangsa.

1. Membasuh rambut dengan betul

Perkara penting adalah aspek kebersihan kerana rambut mempunyai minyak tersendiri. Biasanya selepas seharian bergelumang dengan peluh selain terdedah dengan habuk dan persekitaran termasuk dalam rumah, rambut perlu dicuci.

Persoalannya, berapa kali rambut perlu dicuci dalam sehari, seminggu atau sebulan? Reaksi pakar itu menyarankan ketika mandi atau kepala dicuci, pastikan syampu dua kali.

Menurut Rocco, pusingan pertama rambut dicuci, untuk membersih dan menyegarkan rambut. Kali kedua pula bertujuan untuk rawatan yang mana boleh disertakan dengan urutan lembut pada permukaan kulit kepala. Membantu peredaran darah, sekali gus meningkatkan peredaran sel darah baru ke bahagian berkenaan dan dapat merangsang pertumbuhan akar rambut.

Mitos menarik seperti bilas dengan air sejuk seharusnya diabaikan kerana tiada kajian menyokong amalan itu.


ELAK penggunaan bahan kimia berat kepada kulit kepala dan rambut.

2. Hindari bahan atau kandungan kimia dalam produk boleh menjejaskan kesihatan rambut

Mengenakan produk dandanan dan pewarna rambut boleh menjejaskan kualiti dan kesihatan rambut. Ada antara produk memberi kesan lebih buruk termasuk komponen sulfat banyak digunakan dalam produk penjagaan diri.

Bahan kimia itu boleh menyingkirkan minyak semula jadi pada rambut dan mengakibatkan penampilan anggota penting itu suram.


CUKA epal opsyen baik bersilang dengan membasuh rambut menggunakan syampu.

3. Gunakan cuka epal untuk membilas rambut

Saranan lain pakar itu adalah hindari syampu yang mempunyai kandungan kimia berat yang boleh menyingkirkan segala-galanya pada rambut, termasuk komponen baik pada rambut.

Berbanding bergantung kepada cucian syampu, penggunaan cuka epal boleh mengembalikan keseimbangan pada pH semula jadi kepala. Penggunaan betul dan amalan secara konsisten dikatakan boleh membantu rambut tampak lebih sihat dan berkilat.


MINYAK rambut seperti minyak argan lebih baik daripada produk ‘segera’ boleh membantu rambut berkilat.

4. Penggunakan pengilat atau penyegar rambut boleh mengurangkan kesihatan rambut

Berbanding penggunaan penyegar atau bahan dandanan rambut yang memberi kesan jangka pendek, Rocco menyarankan penggunaan minyak semula jadi.

Meskipun rutin terbabit mengambil masa dan tidak dapat dilihat serta-merta kesan daripada pemakaian minyak semula jadi ke atas rambut, tetapi itu jauh lebih baik kerana kontak yang lembut pada rambut.

Selain itu, produk mengandungi bahan semula jadi seperti minyak argan, boleh membantu meningkatkan kesihatan dan kilauan pada rambut.


RAMBUT kilat meningkatkan keyakinan dan pesona wanita.

5. Urutan vitamin E pada kulit rambut

Sedia maklum, vitamin E memiliki kesan baik pada kesihatan kulit, kuku dan rambut. Boleh cuba dengan mencari suplemen vitamin E yang sesuai. Selain boleh dicampur bersama minyak rambut atau minyak semula jadi seperti kelapa dan argan.

Lakukan sebelum mencuci rambut dengan mengurut ke permukaan kulit kepala. Urut sehingga terasa minyak dan campuran vitamin E meresap dalam kulit kepala.

https://www.hmetro.com.my/WM/2022/03/817921/rambut-sihat-berkilat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.354715 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list