CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1452|Reply: 0

Jangka hayat kasut sukan

[Copy link]
Post time 8-3-2022 09:42 PM | Show all posts |Read mode
Jangka hayat kasut sukan


SETIAP kasut mempunyai jangka hayat tersendiri.

Dalam melakukan aktiviti bersukan, pastinya kasut antara elemen yang sering menjadi perhatian memandangkan ia bukan sahaja dapat melindungi kaki daripada cedera, malah membantu meningkatkan prestasi diri.

Mungkin bagi sesetengah individu, kasut sukan adalah sama sahaja dan ciri-ciri tahan lasak, sekali gus menjadi fokus utama ketika membelinya.

Namun, sebenarnya ada pelbagai perkara yang perlu anda tahu sebelum membuat keputusan untuk membeli sepasang kasut sukan.

Justeru, Wanita Metro (WM) pada kali ini ingin kongsikan beberapa tip yang mungkin boleh anda gunakan mengenai kasut sukan.

1. Jangan membeli kerana ia cantik sahaja

Tidak dinafikan kasut sukan pada hari ini ada pelbagai gaya dan warna yang menonjol kerana ia mampu menjadi salah satu tarikan untuk pembeli.

Gaya kasut yang mungkin mempunyai ciri-ciri butang yang boleh dipusingkan bagi menggantikan sistem ikatan tali menjadikan salah satu inovasi idea dalam pembuatan kasut yang memberi kemudahan kepada pengguna. Sekali gus, memberi reka bentuk yang agak unik.

Dari segi rona kasut sukan juga ketika ini ada pelbagai rona yang menonjol bagi menambah pesona kepada si pemakai. Apatah lagi untuk dimuat naik dalam media sosial.

Namun, jangan kerana kedua-dua perkara ini membuatkan anda lupa mengenai kesesuaiannya dalam aktiviti sukan yang anda inginkan kerana cantik tidak bererti sesuai.


TAPAK kasut mempunyai fungsi penting dalam aktiviti sukan.

2. Mengetahui kesesuaian untuk jenis sukan

Perkara ini lebih penting kerana bukan semua kasut sukan boleh digunakan dalam pelbagai jenis sukan yang akan anda lakukan.

Misalnya untuk aktiviti berlari sahaja ada beberapa jenis kasut larian sama ada ia untuk 'road running' atau larian denai.

Bagi aktiviti 'road running' biasanya lebih ringan dan mempunyai tapak yang kurang mencengkam berbanding kasut larian denai yang memerlukan tapak lebih tahan lasak di atas permukaan berlumpur dan berbatu dalam hutan.

Sebaik-baiknya elak menggunakan kasut sukan yang sama untuk aktiviti sukan berlainan kerana ia akan merosakkan fungsi kasut berkenaan.

3. Jangka hayat

Jangan anda sangka bahawa makanan atau ubat-ubatan sahaja mempunyai jangka hayat. Sebaliknya, kasut sukan juga mempunyai jangka hayat.

Sebelum anda membeli kasut sukan boleh tanya jurujual berpengalaman mengenai tempoh penggunaannya supaya tidak berlaku kemalangan jika ia sudah tamat tempoh.

Perkara ini penting kerana jika sudah terlalu lama digunakan tapak kasut menjadi rosak terutama fungsi cengkamannya boleh mengakibatkan anda mengalami kecederaan jika terjatuh.


JANGAN terkeliru antara kasut sukan dan kasut untuk kasual.

4. Elakkan daripada menjahit kembali kasut sukan

Mungkin bagi sesetengah pihak selepas membeli kasut sukan yang baharu demi menjaga ketahanannya perlu membuat jahitan kedua terutama di tapak kerana menyangkakan ia boleh memanjangkan tempoh hayat.

Perkara ini tidak tepat kerana bagi sesetengah kasut terutama jenis antiresapan air, jika anda menjahitnya semula kemungkinan berlaku kebocoran pada permukaan kulit dan akhirnya ciri-ciri tahan air itu akan hilang.

5. Dapatkan bantuan daripada jurujual berpengalaman

Keselesaan adalah perkara lebih utama untuk memiliki kasut sukan. Sepasang kasut sukan yang dibeli tidak sepatutnya dalam keadaan terlalu kecil atau terlalu besar.

Sekiranya terlalu kecil, kaki anda akan mengalami kecederaan terutama akibat melecet dan perkara ini pasti membuatkan aktiviti sukan anda terganggu.

Begitu juga jika kasut sukan anda terlalu besar mengakibatkan keadaan kaki anda tidak berada dalam keadaan yang stabil.

Jika kaki anda tidak stabil, mungkin kaki akan terpelecok dan ia amat mungkin memberi risiko kepada kecederaan kaki yang lebih teruk.

https://www.hmetro.com.my/WM/202 ... a-hayat-kasut-sukan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.058934 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list