View: 888|Reply: 14
|
[Politik]
Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah: Singapura maju kerana tiada Umno
[Copy link]
|
|
Mohd Amar: Singapura maju kerana tiada Umno
https://www.malaysiakini.com/news/613742
Diterbitkan: Mar 9, 2022 5:07 PM⋅
Dikemaskini: 5:29 PM
PRN JOHOR | Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah memberi analogi tersendiri ketika berkempen untuk memenangkan Perikatan Nasional (PN) menjelang hari pembuangan undi pada Sabtu ini.
Sempat meminta maaf kerana membuat perbandingan dengan Singapura, pemimpin kanan PAS itu berkata republik tersebut jauh lebih maju berbanding Malaysia.
Hal itu kerana, kata Mohd Amar, tiada Umno-BN di Singapura.
"Cuba kita lihat Singapura, mana yang lebih maju antara Singapura dengan Malaysia?
"Tentulah yang lebih maju ialah Singapura. Saya meminta maaf untuk bertanya secara berterus-terang, Umno ada ke di Singapura?
"Ada BN ke di Singapura? Tak ada. Ini bermakna, jika tak ada Umno, ia menjadi lebih mudah untuk membangunkan negara," katanya seperti dipetik portal berita rasmi PAS, harakahdaily hari ini.
PAS terus menggiatkan serangannya terhadap Umno-BN di sebalik kerjasama yang terjalin di antara mereka untuk membentuk kerajaan di Putrajaya.
Pembangunan tugas kerajaan
Sebelum ini Presiden PAS Abdul Hadi Awang turut mengeluarkan kenyataan yang keras ke atas Umno-BN. Misalnya dia mengajak pengundi Johor menghukum parti berkenaan dalam PRN kali ini.
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor, baru-baru ini juga menegaskan sesebuah kerajaan negeri yang dikuasai mereka akan stabil jika jumlah kerusi Umno kecil.
Untuk rekod, walaupun memeterai piagam Muafakat Nasional, kerjasama Umno-BN tidak kelihatan dengan jelas di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Kata Mohd Amar disebabkan Singapura begitu maju, setiap hari ada saja rakyat Malaysia menyeberangi Tambak Johor untuk bekerja di negara berkenaan.
Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah sempena PRN Johor di DUN Benut, malam tadi.
Muhyiddin Yassin
Portal itu juga melaporkan bahawa Mohd Amar mengingatkan agar rakyat Johor tidak perlu terpesona atau terpedaya dengan janji-janji politik pembangunan dibuat BN kerana ia merupakan tanggungjawab kepada sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan.
"(Jadi) Pembangunan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja seperti jalan raya, hospital dan sebagainya.
"Sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan, dia mesti melakukan pembangunan. Oleh sebab itu, pembangunan wujud di negara komunis seperti di Rusia kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan," jelasnya.
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan bagaimana Muhyiddin Yassin dikhianati oleh Umno sehingga memaksa Pengerusi PN dan Presiden Bersatu itu meletak jawatan sebagai perdana menteri.
"Di mana maruah Bangsa Johor? Itu adalah peluang pertama bagi bangsa Johor menjadi perdana menteri Malaysia.
"Tetapi Umno yang disokong oleh orang Johor dan yang berkembang di Johor telah mengkhianati kepimpinan Tan Sri Muhyiddin.
"Kerana apa? Kerana mereka mempunyai agenda politik yang tersendiri," katanya.
Justeru Mohd Amar berkata rakyat Johor perlu keluar pada 12 Mac ini dan beramai-ramai menolak Umno yang didakwanya "mengkhianati bangsa Johor sebagai perdana menteri."
|
|
|
|
|
|
|
|
Dan juga Kerana tiada orang seperti hang dalam politik lah amar! |
|
|
|
|
|
|
|
Aduss.. mana pergi muafakat nasional.. ha ha.. muafakat la sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Perbandingan dia kan
Dasar paspuspis tin kosong |
|
|
|
|
|
|
|
Umno pas dap pkr bersatu seme pun tarak guna..blk2 org yg sama..gol kaya raya terlepas hukuman..marhaen ditindas sewenangnya
.rasa klu negara msia ni komunis ambil alih mcm mana agaknya..no more kapitalis yg menindas si miskin |
|
|
|
|
|
|
|
Dahulu ada lobai forum kata, jikalau Singapura masih miliki Malaysia mesti best kerana Singapura maju bersih dan jauh lebih bagus dari Malaysia.
Betapa bodohnya lobai lobai itu |
|
|
|
|
|
|
|
Dah OFFICIAL kewww, PASPISPUS dah tak comolot dgn HUMNGOK?
Kahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Lobai nie lupa, temasek tu takdak parti paspispus jugak apooo sembang can gini |
|
|
|
|
|
|
|
Lobai ckp dpn cermin ke? Blh plk compare org msia kerja kt spore, yg sskjp cari kerja kt negeri lain lobai buat2 x nmpk pulak |
|
|
|
|
|
|
|
jas7512 replied at 9-3-2022 06:30 PM
Umno pas dap pkr bersatu seme pun tarak guna..blk2 org yg sama..gol kaya raya terlepas hukuman..marh ...
Komunis tak menindas ke?? Aku tak pernah pergi korea utara.. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura maju sebab cina kapitalis PAP, period. Takde sebab lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Singapore maju sebab dulu jadi lubuk cuci duit dari hongkong dan china |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by adm7 at 9-3-2022 10:09 PM
Rumah takda cermin ke? Kelantan tu maju sangat ke sampai takda rakyat keluar cari makan kat negeri lain?
Kesian walaun dapat pemimpin bingai mcm ni. Bodoh2 pun walaun tetap taat. Respek |
|
|
|
|
|
|
| |
|