CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Suke-dono

Jom Kongsikan Jdrama Yang Paling Akhir Anda Tonton

  [Copy link]
 Author| Post time 24-3-2022 11:08 PM | Show all posts
Judul: Shinhannin Flag
Tahun: (S1) 2021 - (S2) 2022
Episod: 20 (S1 + S2)
Stesen: NTV



Pelakon: Nishijima Hidetoshi, Miyazawa Rie, Yoshine Kyoko, Hara Nanoka, Sana Hayato dan ramai lg bak hang...tgk poster dah tau


Sinopsis: Sagara Ryosuke (lakonan Nishijima Hidetoshi) mempunyai seorang isteri serta 2 orang anak. Beliau bekerja di sebuah syarikat kurier bersaiz sederhana dan mempunyai perwatakan yang mesra dengan orang di sekelilingnya. Pada satu hari, Ryosuke mendapati isteri dan anak-anaknya tiada di rumah apabila beliau pulang dari tempat kerja. Tidak lama kemudian, beliau mendapat tahu bahawa mereka berkemungkinan telah diculik. Polis sudah memulakan siasatan manakala pohak media dan netizen turut berkonspirasi yang akhirnya menjadikan Ryosuke suspek kepada kehilangan ahli keluarganya sendiri. Apakah muslihat di sebalik kejadian ini? Siapakah dalang yang sebenar?

My review:
Drama ni cuba mengikut jejak langkah drama sebelumnya iaitu, Anata no Ban desu (AnaBan) dari segi pemecahan jalan cerita kepada 2 musim. Beberapa watak dari drama AnaBan turut muncul di dalam drama ini sebagai cameo dan crossover. in my opinion, drama ini terlalu panjang tetapi ia tetap menarik kerana penonton mahu tahu apakah motif di sebalik kehilangan anak dan isteri Ryosuke.

Musim 1 ibarat lambakan informasi yang dihadapkan kepada penonton tanpa kaitan yang jelas. Bygkan macam jigsaw puzzle yg selambak dihadapan uols tapi uols tak tau gambar keseluruhannya. Watak2 juga terlalu banyak dan boleh dikatakan semua berpotensi utk menjadi culprit kpd kes ini. Pengarah dan penulis drama mengeruhkan lagi keadaan dgn menjadikan watak utama sebagai seorg yg lembab dan naif.... Ianya ditambah perisakan lagi dengan campur tangan netizen yang toksik yg cuba melemparkan kesalahan terhadap Ryosuke....walaupun dgn konspirasi2 bodoh semata2. Setiap episod penuh dgn plot twist sehinggakan pada satu tahap penonton tidak berasa impaknya lagi dan hanya pasrah dgn apa yg akan terjadi...

Musim 2 adalah penjelasan kepada lambakan informasi dari Musim 1 tadi. Penonton mula nampak sebahagian dari gambaran jigsaw puzzle....namun beberapa persoalan baru mula timbul. Akhirnya plot twist penting didedahkan pada pertengahan Musim 2 dan sekaligus mengubah jangkaan awal perjalanan kes kehilangan keluarga Ryosuke ini.


3 episod terakhir merupakan pendedahan kepada keseluruhan plot. Pada akhirnya penonton akan mengetahui siapakah dalang yang sebenar serta penjelasan tentang tindakan2 dalang ini dalam episod2 sebelumnya dari Musim 1 dan 2.  


Kesimpulan:
Drama ini sama seperti drama2 misteri lain dari aspek kesudahan dan pemilihan pelaku/dalang kepada kejadian. Yang membezakan ialah penulis telah cuba sebaik mungkin mengelak dari plot holes. Tapi beliau terlupa utk pastikan klu2 yg ditinggalkan itu munasabah atau tidak....haha

Apa2pun okaylah buat tontonan kepada siapa yg berminat utk berteka-teki serta sukakan drama misteri. Cuma tidak digalakkan menonton drama ini sekali harung or binge watching, kerana takut uols akan menghadapi tekanan perasaan...

Overall 8/10. Walaupun panjang dan ada part2 yg draggy (bukan filler scene tau), drama ni still menghiburkan.

Okay done review tanpa (big) spoiler


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2022 11:49 PM | Show all posts
Suke-dono replied at 24-3-2022 11:08 PM
Judul: Shinhannin Flag
Tahun: (S1) 2021 - (S2) 2022
Episod: 20 (S1 + S2)

Terima kasih kaka kasi review Shinhannin Flag
I setuju watak Sagara Ryosuke lembab... Nishijima Hidetoshi berlakon best tapi watak heols mmg bodoh2 gitu, pastu cepat percayakan org
Cerita mmg x best kalau binge watch, kalau tgk minggu berminggu tu ada jugak elemen x sabar nak tgk next episode, nak teka apa terjadi semua, buat pelbagai theory, baca theory org lain
Kalau binge watch element suspense tu kurang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2022 11:51 PM | Show all posts
likecandy replied at 24-3-2022 11:49 PM
Terima kasih kaka kasi review Shinhannin Flag
I setuju watak Sagara Ryosuke lembab... Nishijima Hi ...

Uols dah habis tgk ke drama ni?

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 11:58 PM | Show all posts
Selain Shinhannin Flag, lagi satu drama misteri I baru habis ialah Itoshii Uso: Yasashii Yami
Pasal sekumpulan kawan sekolah ada reunion, pastu tiba2 satu2 mati
Dah mati terus tentulah rahsia antara kawan2 tu semua...

Overall I bagi 8/10. Average je, x boring tapi ada kurang sikit
Bab lakonan, semua ok, Hayashi Kento ni daripada I first tgk drama Our Sister's Soulmate terus tiba2 selalu muncul Pada I, watak Haru tu naive

Plot pulak mula2 menarik, ending pula not satisfying..mcm ada yg x kena. Walaupon cerita misteri, drama ni x lah berat sgt, plus cuma 8 episodes je
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 12:00 AM | Show all posts
Suke-dono replied at 24-3-2022 11:51 PM
Uols dah habis tgk ke drama ni?

Dah, hari tu baru habis tgk last episod
Ending tu disappointing sikit, I dah teka dgn betul siapa tapi motif tu mcm hmm... kurang lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2022 12:39 AM | Show all posts
likecandy replied at 24-3-2022 11:58 PM
Selain Shinhannin Flag, lagi satu drama misteri I baru habis ialah Itoshii Uso: Yasashii Yami
Pasal  ...

Oh thanks for the review...I akan letak kat indeks page depan lah drama yg ni

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-3-2022 12:43 AM | Show all posts
likecandy replied at 25-3-2022 12:00 AM
Dah, hari tu baru habis tgk last episod
Ending tu disappointing sikit, I dah teka dgn betul siapa  ...

Yg part motif tu mmg I setuju lah...taktau lah kalau dia punya spin off tu ada kasi cerita extra yg takda dlm main series...

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Suke-dono replied at 20-3-2022 07:28 PM
Ooh kat mobile erk? Patutlah tak pernah nampak pasal tak minat pakai mobile...




Ok done fav benang ni..
Choyyyy masih tak jumpa butang like macam dulu.. Yg "fav" ni kot ganti like..

Iols rupanya mmg tak sempat nak tengok Jdrama, ada je kejenya..

Anyway, uols tak minat tengok Doctor X ke? Try lah tengok.. Season baru (2021) tu iols tengok 1st episod jah, sbb tak sempat lg nak tengok betul2, iols baca sepintas lalu review kat MDL tu.. Ada yg komplen ada doktor2 yg tak pakai PPE kat hospital.. Iols pelik sbb bukan macam tu ke kat hospital masa Covid ni pun? Bukan semua doktor pun kan pakai PPE, terutama yg bukan bekerja dlm bidang penyakit berjangkit atau mana2 yg berkenaan? Nak2 hospital besar mcm Hospital Totei University tu..
Pas baca tu tetiba iols hilang mood nak tengok..
Nantilah pick up balik.. Aiyyyoooo bertimbun Jdramas nak tengok.. Yg dah dok dlm laptop pun banyak tak tengok lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2022 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AeriSha at 26-3-2022 07:04 PM
Suke-dono replied at 20-3-2022 07:33 PM
Hehe...rasanya nak kena tgk balik...

Tp, kalau ikut logik rasanya sebab main kat netflix...kedu ...

Bukan2.. Uols kena faham kalau jumpa peminat tegar Kdrama terutama yg minat SG (ala yg katanya fenomena tahun lepas tu), mmg confirm menyampah dgn Alice In Borderland.. Iols mmg dah jumpa pun golongan ni, dah biasa abaikan jah..

Menurut kaka Takayama, anak2 sheols ada mcm involve sikit2 mcm perang siber fans SG vs fans AiB.. Marah betul fans SG ngan fans AiB sbb dorg kata fans AiB tuduh SG tiru AiB.. Padahal fans AiB tak tuduh pun sbb mmg tak banyak persamaan sgt..
Rasanya yg dorg maksudkan fans manga/Jmovie As The Gods Will, fans ATGW dah kantoikan ada bbrp scene dlm SG tu mcm tiru bulat2 dr movie ATGW tu..

Adoii org2 yg dah biasa tengok genre survival game ni dah tahu lah Jepun yg mulakan genre ni.. Pastu biasanya lebih fokus kepada game & penyelesaian, rasa bijak jah tengok.. Bukan 24jam membebel pasal moral ke apa.. Memang rasa geram & cringed jugak bila baca komen yg baru tengok SG hari tu cakap "weyh, Hollywood pun tak terpikir nak buat cite mcm ni!!!" Hahaha..

Kesian AiB tak memasal kena tempiasnya.. Iols rasa AiB jadi mangsa sbb Jdrama ni yg terbaru & jadi fenomena gak sebenarnya di kalangan peminat2 Jdramas masa tgh tayang dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2022 07:02 PM | Show all posts
Edited by AeriSha at 26-3-2022 07:05 PM
takayama replied at 20-3-2022 08:13 PM
konpius kaka
kat mana kaka ni ek

Kat thread Jdrama iols tu lah, kaka cite pasal fans SG vs fans AiB tu..

Welcome back kaka!! Kalau rasa nak luah cite je lah kaka.. Jangan hilang lama sgt, nnt iols sunyi.. Windu kat kaka..huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2022 07:39 PM | Show all posts
AeriSha replied at 26-3-2022 06:25 PM
Ok done fav benang ni..
Choyyyy masih tak jumpa butang like macam dulu.. Yg "fav" ni kot ganti lik ...

Oh tekan yg favorite tu ke? Boleh lah kot I try kat thread2 yg lain nanti...


Doctor X ni I tgk sampai S2 ke S3 yg dia operate organ badan terbalik tu...apa ntah term dia...dia boleh keluarkan semua organ dalam badan dan masukkan balik satu2...yg tu tak boleh blah... lepas tu bila tgk season tak abis2 lg lah malas...kebetulan bosan dgn watak stereotype Yonekura...ironically geng2 medical minat Doctor X ni kot walau pada I cam over the top sikit...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2022 08:04 PM | Show all posts
AeriSha replied at 26-3-2022 06:41 PM
Bukan2.. Uols kena faham kalau jumpa peminat tegar Kdrama terutama yg minat SG (ala yg katanya feno ...

Ooh ye ke...I ingat sebab2 kenapa org suka dgn AIB. Tak terfikir pulak sampai ke situ perginya...maksudnya diorg tgk SG dulu lah ni...pastu dgr dari recommendation baru nak try AIB kot...memandangkan dua2 ada kat netflix...

Dah biasa dah camni sis...sesetengah peminat Kdrama agak suka claim yg Kdrama first of a kind....teringat dulu berbakul2 pujian terhadap Misaeng ke hapa tajuk drama tu...konon2 drama tu "groundbreaking gila" lah pasal cerita ttg sektor pekerjaan...padahal jepun dah biasa buat drama ttg sektor pekerjaan ni...keja overtime, start dari bawah bukannya pewaris syarikat mcm kdrama dulu2 tu...kena maki dgn bos...etc...punyalah berlambak

Yg bab SG ni pon ada cerita kelakar gak...aritu kat MDL geng2 kdrama ni dok perli kat org2 yg baru tgk SG tp bajet mcm peminat setia kdrama...nak tergelak je I baca luahan dorg...ada mcm2 troll diorg buat

Tapi konsep death game ni mmg tak boleh dinafikan lg jepun lah otai....hehe tapi SG ni mmg mendonia lah sampai retis2 malaysia pon dok wat modal atas pentas mcm jihan dgn nabil masa GV aritu (walaupun I tak pernah tgk SG pasal I ada perangai tak suka dgn benda yg terlalu overhyped ni...mungkin 5 tahun akan dtg baru tgk kot bila trend dia dah reda sikit)

Bukan semua yg minat kdrama mcm yg I cakap kat atas ni....ramai jugak yg jenis layan semua drama tanpa mengira negara....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2022 08:15 PM | Show all posts
AeriSha replied at 26-3-2022 06:41 PM
Bukan2.. Uols kena faham kalau jumpa peminat tegar Kdrama terutama yg minat SG (ala yg katanya feno ...
Rasanya yg dorg maksudkan fans manga/Jmovie As The Gods Will, fans ATGW dah kantoikan ada bbrp scene dlm SG tu mcm tiru bulat2 dr movie ATGW tu..
Ooh hehe biasanya kdrama ni mmg kurang dari aspek originality pon...sesetengah lah bukan semua...dia lebih kepada hype...aritu ada keluar cerita yg penulis/scriptwriter SG ni dah ada script sejak tahun bila ntah tapi TV stesen tak kasik green light pasal libatkan modal besar katanya (ntah tak berapa ingat sebab sebenar dia)....punyalah bangga fans SG up story ni aritu yg betapa geniusnya skrip SG ni...tak sangka pulak ada part yg tiru bulat2 cerita lain...haha


Pastu biasanya lebih fokus kepada game & penyelesaian, rasa bijak jah tengok.. Bukan 24jam membebel pasal moral ke apa..
Hmmm walaupun I tak tgk SG tapi mcm dah boleh agak dah patern kdrama....byk bg huraian benda yg obvious...haha


Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2022 06:37 PM | Show all posts
Suke-dono replied at 26-3-2022 07:39 PM
Oh tekan yg favorite tu ke? Boleh lah kot I try kat thread2 yg lain nanti...

Doctor X punya surgery yg episod akhir season 2 tu ke?Yg tu kan berdasarkan kisah benar surgery yg doktor Jepun perform dulu, in real life?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2022 06:51 PM | Show all posts
Edited by AeriSha at 27-3-2022 06:52 PM
Suke-dono replied at 26-3-2022 08:04 PM
Ooh ye ke...I ingat sebab2 kenapa org suka dgn AIB. Tak terfikir pulak sampai ke situ perginya...m ...

Haaa tu lah seboleh mungkin iols akan mengelak sebut pasal kuriya..
Sejak akhir2 ni jah iols bengang dgn Astro vavik yg sesuka hati buang segala mala Japanese dr tv iols..
Iols tak hilang lagi bitter.. Sorry..

Lulz teringat plak kadang2 mesti jumpa fans Kpop mengata Jpop tiru group2 dorg tu, setiap kali jumpa group2 Jpop yg jenis sassy ganas.. Ehhh perasannyaaa.. Padahal dorg tu yg salah konsep sejak dulu asyik dgn stereotype Jpop ni kawaii suara buat2 comel.. Pemalas nak explore maka dorg tak tahu lah sejak 90s awal 2000s lagi Jpop dah ada mainstream girls group yg sassy ganas mcm Twenty4-7, Ya-Kyim, Nudyline, Foxxi MissQ.. Boleh buat hilang mood kalau jumpa golongan suka claim2 ni, nyampah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2022 06:54 PM | Show all posts
Suke-dono replied at 26-3-2022 08:15 PM
Ooh hehe biasanya kdrama ni mmg kurang dari aspek originality pon...sesetengah lah bukan semua...d ...

Setuju dgn semua point uols..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2022 07:31 PM | Show all posts
AeriSha replied at 27-3-2022 06:37 PM
Doctor X punya surgery yg episod akhir season 2 tu ke?Yg tu kan berdasarkan kisah benar surgery yg ...

Ntah lah rasanya high risk gila kot keluarkan semua organ letak atas tray....mcm senang nak kena infection...tapi I malas follow pasal bosan dgn Yonekura yg selebihnya...semua watak dia strong female...tu yg bosan pada I...maklum I kan lelaki... jgn kata Yonekura watak KimuTaku pun I bosan dah...asyik dapat watak sepesen je sampai tua....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2022 07:42 PM | Show all posts
AeriSha replied at 27-3-2022 06:51 PM
Haaa tu lah seboleh mungkin iols akan mengelak sebut pasal kuriya..
Sejak akhir2 ni jah iols bengan ...

Tu lah sesetengah fans lah bukan semua...

Tapi bab astro tu sebab dia buang animax ke yg uols bitter tu? Tapi sekarang ni boleh kata semua channel TV ada show/drama korea dah...sampai KixHD dgn Primetime pon selalu tayang show dari korea...


Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AeriSha at 2-4-2022 06:39 PM
Suke-dono replied at 27-3-2022 07:31 PM
Ntah lah rasanya high risk gila kot keluarkan semua organ letak atas tray....mcm senang nak kena i ...


Ni haaa cer baca pasal ex vivo surgery:
https://columbiasurgery.org/cond ... nts/ex-vivo-surgery
Lepas tengok episod Dr.Daimon perform ex vivo surgery ni iols terus Google & mmg jumpa pasal doktor Jepun yg perform surgery ex vivo kat luar negara, kisah ni yg inspired surgery dlm episod tu..

Kalau Jdramas terutamanya medical rasanya tak perlu bimbang sgt pasal detail ke apa sgt, attention to details Jdramas biasanya mmg tip top, mungkin ada lah tu yg kureng pasal ni kot, tapi tak pernah plak iols jumpa.. Doctor X ni pun yg sebenarnya bukan medical drama terbaik di kalangan Jdrama, banyak lagi yg lebih hebat.. Cuma Doctor X mmg imo the most entertaining.. Watak Daimon Michiko mmg bertepatan dgn apa yg iols minat jadi sudah tentu iols follow rapat2 cite ni..
Cuma iols faham lah kalau sesapa rasa menyampah dgn series ni, mcm2 sbb pun ada, mcm plot berulang ke ha gitoh..

Ini artikel kalau sesapa berminat baca analisis perbandingan bbrp tv series medical, dibandingkan dgn Doctor X.. Tapi secara klako lah.. Betul apa point2 dorang?
https://mydramalist.com/article/ ... ctor-hero-011014551
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Suke-dono replied at 27-3-2022 07:42 PM
Tu lah sesetengah fans lah bukan semua...

Tapi bab astro tu sebab dia buang animax ke yg uols ...


A'ah.. Sejak Astro vavik buang ch Animax iols terang2an tunjuk bitter kat thread sebelah.. Lama2 nanti ok lah kot..

Kebanyakkan org kita, medium hiburan kita mmg berkiblatkan kuriya dah..
Tapi selagi tak ganggu iols, iols tak kisah pun sebenarnya.. Ataupun bila terang2an perkara2 yg overrated atau overclaimed pastu direndah2kan pihak lain, ni yg buat iols hilang sabar kadang2.. Kalau iols tak baca takpe lagi.. haha..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.093444 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list