CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1547|Reply: 31

[Politik] Pengalaman 30 tahun di Kelantan, PAS yakin PN kerajaan terbaik

[Copy link]
Post time 11-3-2022 08:48 PM | Show all posts |Read mode
PONTIAN: Gabungan PAS bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memimpin BERSATU bukan sahaja akan mampu mentadbir negeri, tetapi membentuk Malaysia dengan lebih baik pada masa akan datang.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS terbukti sudah memiliki pengalaman di Kelantan selama lebih 30 tahun walaupun ditekan dan serba kekurangan tetapi mampu bertahan dan mentadbir dengan baik.

Terangnya, pengalaman itu perlu digabungkan dengan kebijaksanaan dan pengalaman Tan Sri Muhyiddin untuk memacu Persekutuan di mana perubahan ke arahnya mesti bermula daripada kepercayaan diberi rakyat di PRN Johor.

Beliau berucap demikian pada Ceramah Penerangan Perikatan Nasional (PN) Sempena PRN Johor bersama Timbalan Presiden BERSATU, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu di DUN Benut, di sini malam tadi.

“Bangsa Johor mesti membuktikan ‘kejantanannya’ untuk menjatuhkan Umno dalam pilihan raya nanti. Jika tidak boleh menukar Kerajaan Umno atau takut membuat perubahan, jangan makan asam pedas dan mee racun,” selorohnya.

Ceritanya, dalam tempoh 5 tahun berturut-turut yakni daripada tahun 2021, Kelantan berjaya mencatatkan Belanjawan surplus iaitu perolehan lebihan ke atas belanjawan, dengan tahun lepas sahaja mencatatkan sebanyak RM40 juta.

Katanya, hasil belanjawan yang sedemikian itu adalah bukti kebijaksanaan pimpinan PAS Kelantan dalam mengurus sumber kewangan kerajaan negeri biarpun berada dalam keadaan sekatan dan serba terhad serta kekurangan.

Jelas beliau, perkara tersebut berlaku dalam keadaan orang mengata ‘Lebai tidak mahir memerintah, tidak berkebolehan’, tetapi Kelantan terus membangun lebih 30 tahun walaupun dihadapkan pelbagai tekanan ke atas negeri itu.

“Saya berkelulusan Master daripada University of Birmingham, England. Saya tidak pernah menyebutnya tetapi pada malam ini saya ingin sebut kerana terdapat orang yang memperlekehkan kepimpinan PAS.

“Mentang-mentang pakai kopiah, kain sarung, mereka mengira yang kita tidak arif dalam berbahasa English. Jika setakat Ibrahim Ali, dari pagi hingga ke malam saya boleh speaking. Begitulah contohnya,” ujarnya memberitahu keupayaan sumber manusia yang wujud dalam PAS.

Pun begitu menurutnya, perubahan telah berlaku apabila PAS bersama-sama dengan parti lain di peringkat Persekutuan, di mana menerusi pelbagai peruntukan, masalah-masalah yang diisukan ke atas negeri itu dapat diatasi.

“Orang memperlekehkan kita kerana masalah air masih tidak selesai. Kita tidak boleh menyelesaikan masalah air tersebut kerana pemimpin Umno pada waktu tersebut yang menghalang peruntukan ke negeri Kelantan. Negeri Johor pada masa dahulu juga susah.

“Saya masih mengingati semasa saya berada di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 80-an, sepanjang jalan di Muar dipenuhi dengan tong dan tempayan kerana tiada air. Adakah tuan dan puan masih ingat? Hal ini bermakna negeri yang diperintah oleh Umno sendiri pun bermasalah.

“Tetapi, sekiranya diberikan peruntukan yang mencukupi di Kelantan, insya-Allah kita boleh menyelesaikan termasuk masalah air. Pulau Pinang boleh menyelesaikan masalah air kerana Kerajaan Persekutuan pada waktu tersebut memberikan soft loan sebanyak RM2 bilion.

“Johor juga memperoleh RM2 bilion. Tetapi, telah dinafikan hak tersebut di Kelantan semasa itu. Ini yang kita perlu fahami. Oleh sebab itu, Kelantan mengatakan “Kalau duit takde, jadi bodo selaluh. Cerdik ni bilo ado duit.” Jadi, kita di Kelantan tiada duit.

“Cuba beri RM2 bilion kepada Kelantan, kita boleh menyelesaikan masalah air. Daripada masuk ke akaun Najib (bekas Perdana Menteri), lebih baik hantar kepada Negeri Kelantan,” sindir beliau.

Hadir sama adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

https://harakahdaily.net/index.php/2022/03/09/pn-boleh-mentadbir-negeri-bawa-malaysia-lebih-baik/

Single Polls, Total 20 Users voted

Poll is finished

10.00% (2)
55.00% (11)
25.00% (5)
10.00% (2)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2022 09:09 PM | Show all posts
Johor patut contohi Kelantan...

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sb pentadbiran kelantanla ramai org xsuka PAS. Dahlah selalu kalah fitnah
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa xde pilihan.. syok sendiri or masuk bakul angkat sendiri...masalahnya org menyampah kau memerintah lama kat kelantan tapi haprak pembangunan xde dan org marahkan anak2 perantau yg sibuk undi pas tapi x duduk kat negeri sendiri...alami pembangunan kat kelantan....pas plg x pandai perintah tapi nak kata xde rasuah...ada je
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Great .
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik butoh pakhang
- Negeri takde air
- Ramai rakyat sskjp berhijrah ke negeri lain utk cari kerja
- negeri terkotor sampah menimbun
- gomen negeri hanya reti tebang balak utk jana income..tp bodoh tak reti jana income dgn bende lain.ujung2 membangun bersama mercedes
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2022 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya berkelulusan Master daripada University of Birmingham, England
Ye ke bukan dia ni dulu ada isu tak habih blajar ke dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Jauh sungguh pergi berkempen. Oh ya,rakyat kelantan pun ramai bekerja di johor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2022 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 12-3-2022 08:00 AM
cmf_premierleag replied at 11-3-2022 10:44 PM
Terbaik butoh pakhang
- Negeri takde air
- Ramai rakyat sskjp berhijrah ke negeri lain utk cari kerj ...


Hahaha
Hamik ko dah kena carut
Selayaknya di carut bila tak berpijak di bumi yang nyata dok asyik terawang-awang ajerrr
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 11-3-2022 10:45 PM
Saya berkelulusan Master daripada University of Birmingham, England
Ye ke bukan dia ni dulu ad ...

Hahaha
Kan dah kantoi membongak
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 08:23 AM | Show all posts
lawak antarabangsa sgat
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 10:35 AM | Show all posts
Macamana lah orang boleh percaya PAS lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak oiiii..
Nak gelak ke nak nanges dengar cengginih punya statement
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 01:20 PM | Show all posts
Lobai2 hamPAS ni cermin tadak kaa di rumah?? bertahun2 pegang Kelate tuuu... apa lobai2 ni buat?? sekadar beli kereta resmi baru sambil tebang balak ke hulu ke hilir diselangi takbirrr ke sana ke sini kununn Isle sudah menang ..

Dalam banyak2 partai politaik... partai Lobai hamPAS paling tak buleh pakai... dah la tak reti memerintah, jadi penunggang ugama... tak malu betoi lobai2 serta para pengikut depa yang bengap tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ekonomi negeri klantan dijana oleh balak dgn gaji penjawat awam yg ramai kt sana...klau takde 2 benda ni kelantN akn miskin mcm timor leste
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2022 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 11-3-2022 11:52 PM
Kenapa xde pilihan.. syok sendiri or masuk bakul angkat sendiri...masalahnya org menyampah kau memer ...

Dok atas tikar semaye X
Dok ngulit bini baru ✓
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Normabaru at 12-3-2022 03:33 PM
cmf_premierleag replied at 12-3-2022 12:44 AM
Terbaik butoh pakhang
- Negeri takde air
- Ramai rakyat sskjp berhijrah ke negeri lain utk cari kerj ...


Jgn lopa negeri banjir xpenah settle..

Pastu mentaliti rakyat kelate sume
sampah mcm parti pas jgk
Asobiyah xblh blah
Pastu beranak mcm tikus..tp taraf hidup kekal bawah b40

Mai kl mcm jakun seksi kalah pelach
Tp blk klate ttpla hidup isele

Nmpk sgt gagal total deme ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 12-3-2022 01:31 PM
Pastu mentaliti rakyat kelate sume
sampah mcm parti pas jgk
Asobiyah xblh blah

teringat @Maideen. dulu selalu ckp ummah sskjp bukak gerai nasi campor kt sblh tong sampah besar dbkl kt selayang
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 12-3-2022 11:53 AM
Mak oiiii..
Nak gelak ke nak nanges dengar cengginih punya statement

Perasaan bercampur baur antara sedih dan terharu lah sangat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.087786 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list