CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1062|Reply: 13

[Politik] Hanya DAP menyinar di Johor, PH akan buat 'bedah siasat' segera

[Copy link]
Post time 13-3-2022 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Pakatan Harapan (PH) akan melakukan ‘post mortem’ dalam kadar segera bagi memastikan kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat diperbaiki.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, ‘post mortem’ itu tiada lain bagi membolehkan mereka kembali bangkit dengan segera dan seterusnya bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Beliau berkata, persiapan perlu dilakukan segera memandangkan UMNO-Barisan Nasional (BN) dilihat terlalu ghairah untuk mengadakan PRU15 secepat mungkin.

“Sudah tentu, PH pernah menjadi kerajaan dan sudah biasa juga dengan peranan sebagai pembangkang. Jadi, kami tidak putus asa.

“Kami akan terus berpegang kepada semangat setia kawan dalam usaha mengorak langkah mendapatkan kembali mandat rakyat.

“Kami akan teruskan usaha sebagai suara rakyat yang lantang membela bangsa Johor dengan memainkan peranan semak dan imbang,” katanya ketika sidang media PH di Pusat Operasi PH dekat Senai di sini, malam tadi.

Turut serta dalam sidang media yang diadakan sempena keputusan PRN Johor adalah Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Hadir sama ketika pertemuan pada malam kemuncak PRN Johor adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Sahalahuddin Ayub dan Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar.

PRN Johor menyaksikan PH bersama rakan sekutunya, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memperoleh kemenangan bagi 13 calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 57 calon yang dipertaruhkan.

DAP memenangi 10 kerusi, manakala PKR, Amanah dan MUDA masing-masing dengan satu kerusi.

Aminolhuda yang juga Pengerusi Amanah Johor berkata, keputusan dicapai PH bersama MUDA itu bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan.

https://suaramerdeka.com.my/prn-johor-ph-buat-post-mortem-segera-kaji-silap-dan-kekurangan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2022 10:56 AM | Show all posts
setiap kali PRK, PRN nak bedah siasat...
tapi bila pilihanraya ratib najib  najib  najib  1mdb  1mdb  1mdb.....isu yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
DAP DAP DAP memey sedap
lamo lamo ah! ah! kohok sedap
dipegey-pegey disedut-sedut





http://youtu.be/saDk2tHbO50
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 11:32 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 13-3-2022 12:36 PM

PH bukan bijak pun so the peguam negara time depa, rupanya tak pandai -  ntahlah bila jadi macam ni i tertanya apa asas pertimbangan depa ni dalam  isu kedaulatan negara kena seriousah ...hal Pulau Batu Putih and then Hal Tuntutan Waris Tak sah Sulu ke atas Malaysia bebaru ni .
haish kata pandai sangat, kan?

nak tahu - ni pasal tuntutan waris tak sah sulu ke atas sabah bebaru ni ?


ni i bace dari FB Najib razak
https://www.facebook.com/najibrazak


Biarpun kami baharu lepas PRN Johor tetapi saya rasa isu ini perlu mendapat perhatian orang ramai sebab ianya melibatkan isu kedaulatan negara.
Minggu lepas, negara kalah kes mahkamah di Sepanyol dan diarahkan untuk bayar gantirugi sebanyak RM63 bilion kepada keturunan Sultan Sulu.
Sekiranya kita tidak bayar maka kita perlu serahkan wilayah Sabah kepada mereka.

Keturunan Sulu saman negara kita pada tahun 2019 ketika pentadbiran kerajaan PH atas alasan Malaysia melanggar perjanjian 1878 antara kerajaan Sulu lama di Filipina dan wakil Syarikat Borneo Utara British yang pernah mentadbir wilayah yang kini Sabah setelah negara hentikan bayaran RM5,300 setiap tahun.
Bayaran tersebut dihentikan pada tahun 2013 selepas insiden pencerobohan Lahad Datu yang mengakibatkan pengorbanan 10 ahli anggota negara keselamatan.
(Apa? Kamu langgar perjanjian dengan ceroboh negara kita dan bunuh 10 wira kami, masih harap kami bayar kamu?)



Yang saya tak faham ialah Peguam Negara masa kerajaan PH telah tulis surat pada tahun 2019 kepada peguam UK yang mewakili keturunan Sulu yang sedang saman negara kita untuk mengaku Malaysia kesal dengan pemberhentian bayaran dan menawar untuk bayar "tunggakan" dari tahun 2013 hingga tahun 2019 berjumlah RM48,300 bagi menyelesaikan kes.

Saya memang tak faham kenapa dia kesal. Dia kesal bahawa "hanya" 10 ahli anggota keselamatan kita terbunuh atau apa?

Lagipun, keturunan Sulu sanggup upah peguam UK untuk saman kita untuk pampasan berpuluh bilion Ringgit di negara Sepanyol.


Jadi, adakah Tommy dan kerajaan PH fikir bahawa keturunan Sulu akan hentikan kes setelah dibayar pampasan RM48,300 sahaja?

Akibatnya, selain kerajaan PH tidak menghantar wakil ke kes mahkamah Sepanyol, surat peguam negara tahun 2019 ini yang dijadikan bukti dan alasan utama oleh peguam keturunan Sulu bagi menang kes ini sebab surat ini disifatkan sebagai pengakuan bahawa negara telah "salah" dan kita "kesal".


Surat tahun 2019 ini juga digunakan oleh peguam UK minggu lepas untuk sangkal pendirian peguam negara hari ini bahawa identiti waris terbabit diragui.
"10 Mac 2022: Peguam UK sangkal dakwaan AGC mengenai identiti waris Sultan Sulu"
https://www.freemalaysiatoday.com/.../peguam-uk-sangkal.../

Sekiranya kamu kata Malaysia sudah mengaku salah dan kesal, adakah kami masih berpeluang untuk menang kes ke?
Sebab ini isu berat, saya nak tanya pemimpin-pemimpin kerajaan dahulu termasuk Mahathir, Guan Eng dan Muhyiddin:
Adakah surat yang luar biasa bodoh ini diluluskan jemaah menteri masa itu ataupun ianya hanya surat dari Tommy sebagai Peguam Negara sahaja?
Dan mengapa keturunan Sulu perlu tunggu dari tahun 2013 hingga kerajaan bertukar tangan pada tahun 2018 sebelum memulakan saman terhadap negara?
Korang sudah hilangkan Pulau Batu Puteh tanpa penjelasan sebaik sahaja korang ambil alih kerajaan.
Jangan pulak kedaulatan Sabah turut hilang ataupun negara perlu bayar pampasan RM63 bilion akibat kelemahan dan kebodohan korang juga.





Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 13-3-2022 10:56 AM
setiap kali PRK, PRN nak bedah siasat...
tapi bila pilihanraya ratib najib  najib  najib  1mdb  1mdb ...

Kannn. Tak bosan ke bawa isu Najib. Biarla mahkamah buat kerja depa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 11:40 AM | Show all posts

Ade Pokcik Yindia Tadi

Kabo kat aku, "BN menang.  Elok la.."

U go postmortem that la DAP oii.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2022 11:50 AM | Show all posts
menyinar,semangat setiakawan pebenda oiiiiii????dapig decreasing seats.PH baik kautim  dgn PN la dari sembang khemah besar dgn muda,madey pelanc semua tu.tapi PN ada lobai tu yg aku menyampah
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
perlu ke nak bedah tipah bagai? mula2 skali jgn terima muda dlm ph. suka hati dia la nak tubuh blok ketiga dgn atokcow+warisan pon asalkan jgn mudah2 hilang kerusi sblm bertanding. kedua sudah2 la meratib najib walaupon dia salah, fokus isu yg directly bagi kesan kat rakyat bawahan. najib mencuri ke tak mencuri rakyat bawahan tersepit jugak. walaupon dgn 3-4 blok besar bertanding dan bakal menguntungkan bn, lantak la wey, tak larat aku nak tgk katak terloncat2 dan jugak pakatan berpecah belah akibat kewujudan duri dlm daging.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2022 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mohon segala mala otai dalam semua parti politik...BERSARALAH....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 12:48 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 13-3-2022 11:32 AM
PH bukan bijak pun so the peguam negara time depa, rupanya tak pandai -  ntahlah bila jadi macam ni  ...

.
Ini Tommy Thomas (jadi AG, lantikan puak DAP) dan kerajaan PH/DAP macam menderhaka kepada negara dan Agong. PH/DAP patut diharamkan oleh Malaysia.?

.


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Besok menang harga minyak turunnnn… dah lupa letew.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Hazabedah tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 01:21 PM | Show all posts
mohon kekalkan terus DSAI sebagai Ketua Pembangkang supaya byk lagi PH kalah PRN
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 01:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 3051 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.066262 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list