CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11652|Reply: 205

[Politik] Tahniah : Onn Hafiz cicit Onn Jaafar dilantik MB Johor ke-19. Update#92

[Copy link]
Post time 14-3-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 15-3-2022 07:10 PM


ADUN Machap, Onn Hafiz Ghazi adalah anak saudara Hishammuddin Hussein dan cicit kepada Onn Jaafar yang mengasaskan Umno.

Spekulasi bertebaran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Onn Hafiz Ghazi akan dilantik sebagai Menteri Besar baharu Johor, dan akan mengangkat sumpah jawatan esok.

Perkembangan terbaharu itu menyusul gesaan ADUN Benut, Hasni Mohammad supaya Barisan Nasional (BN) memilih orang muda untuk memimpin Johor, walaupun beliau sebelum ini diangkat sebagai calon MB gabungan itu.

Onn Hafiz berusia 43 tahun dan dilihat pemimpin muda berwibawa di negeri itu. Pada pilihan raya negeri (PRN) Johor Sabtu lalu, beliau menewaskan tiga pencabarnya di kerusi DUN Machap dengan majoriti 11,029 undi.

Sehingga kini, tiada makluman rasmi mengenai upacara mengangkat sumpah Menteri Besar, selepas hampir 48 jam keputusan PRN Johor diumumkan.

Bagaimanapun, sumber mengatakan majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar Johor akan berlangsung di istana negeri esok.

Anak saudara kepada Hishammuddin Hussein dan cicit kepada Onn Jaafar yang mengasaskan Umno, Onn Hafiz berkecimpung dalam dunia politik dengan menyertai Pemuda Umno Sembrong pada 2006.


Onn Jaafar

Petang tadi, Zahid dilaporkan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Johor Bahru dalam pertemuan hampir sejam.

Sebelum itu, Zahid dan Hasni dilapor mengadakan mesyuarat di Johor Bahru. Hasni kemudian mengeluarkan kenyataan mahukan pemimpin muda menerajui negeri itu, susulan kemenangan besar BN pada PRN Sabtu lalu.

“Demi kemakmuran negeri yang berpanjangan, saya mencadangkan agar pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin negeri Johor.

“Di bawah kepimpinan baharu, Johor akan menjadi lebih makmur dan sejahtera. Tiada ideologi politik, ahli politik dan parti politik yang lebih besar, lebih penting dan lebih utama daripada Johor Darul Ta’zim,” kata Hasni dalam kenyataan tanpa menghurai lanjut.

Zahid sebelum ini berkata, Hasni akan dinamakan sebagai calon Menteri Besar untuk dilantik oleh Istana Johor.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2022 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm betul je khabar angin tu

JOHOR BARU: Johor Barisan Nasional chairman Datuk Hasni Mohammad has proposed for the party to choose a young leader to helm the state.

This, he said, was based on the support and the role of the younger generation, which were key towards the state's development and continued prosperity.

"The state government under my leadership has tried its best to make Johor resilient in facing the challenges of the Covid-19 pandemic.



"InsyaAllah (God willing), under the new leadership, Johor will become even more prosperous.



"As I said in my speech on the night BN clinched victory (in the recently-concluded state election) there is no political ideology, politician or political party that is bigger or more important than Johor Darul Takzim.

"Now is the time for us to build a more prosperous Johor together," he said in a statement.

BN chairman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi had earlier been granted an audience with the Sultan of Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

However, he had remained mum when asked by reporters on the outcome of the audience and who would be the next Johor MB.

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
sepesen je muka
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ni pusing2 sedara mara org tu gak.. Dah xde org lain gamaknya kat tanah air ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Umpama keluarga Kennedy. Legasi moyangnya diteruskan oleh generasi seterusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Pink59 at 14-3-2022 10:01 PM

Adoi nak luah pun susah kang kena angkut pc.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-3-2022 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pink59 replied at 14-3-2022 10:00 PM
Adoi nak luah pun susah kang kena angkut pc.

X pe...kami faham
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 14-3-2022 09:38 PM
Malaysia ni pusing2 sedara mara org tu gak.. Dah xde org lain gamaknya kat tanah air ni..

Sama macam drama kul 7 laaa..muka sama jer..tajuk lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2022 10:18 PM | Show all posts
kita tengok....................makan popcorn drama akan di tayangkan ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke mana tumpahnya kuah
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 10:19 PM | Show all posts
hoooiiiiiiiiii bau kencingggggggggg haringgggg woiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan ler buat malaysia macam company, bley disambung pewaris laks  
Biarler pemimpin yang benar2 telus dan layak
Sudah2 ler jenis tarah hasil bumi malaysia demi kepentingan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 10:20 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 14-3-2022 09:14 PM
Mcm betul je khabar angin tu

JOHOR BARU: Johor Barisan Nasional chairman Datuk Hasni Mohammad has p ...

mmg betul laaaa.....esok angkat sumpah.pilihan sultan.padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 10:21 PM | Show all posts
Politik kita mcm jawatan keturunan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2022 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols personally agak kecewa kalo Datuk Hasni x jd MB Johor. I nampak dia jujur dan genuine. Moga Datuk Hasni kekal MB lah hendaknya dan ini cuma khabar angin sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 10:22 PM | Show all posts
puak2 yg suruh bubar...bubar tu bawak2 la bertaubat.kena plot twist kaw2 nehhh.sokongla lagi penyamun...sokonglahhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2022 10:22 PM | Show all posts
Kenapa laaaaaa aku baca tajuk tringat jaafar onn
Choiiiii
Onn jaafar
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 10:23 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 14-3-2022 10:24 PM

oh  i see... IR ADUN Benut yg current MB nak Onn Ghazi jadi MB , okay jugak orang muda elok juga diberi peluang anyways...Onn Ghazi ni pun kat Machap banyak juga undi yang dimenanginya.

awat Ir ADUN Hasni buat gitu ye?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak intan najuwa ada bertanding prn ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 10:30 PM | Show all posts
Sumber: Onn Hafiz MB baru Johor
Diterbitkan:  Mar 14, 2022 9:28 PM

Dikemaskini: 10:01 PM
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap, Onn Hafiz Ghazi dikatakan mendapat perkenan sebagai menteri besar Johor yang baru.

Menurut sumber dalaman Umno, bekas exco kerajaan negeri itu bakal mengangkat sumpah esok.

Umno dikatakan mengemukakan tiga nama iaitu penyandang, Hasni Mohammad, Mohd Puad Zarkashi dan Onn Hafiz sebagai calon menteri besar.

Bagaimanapun nama Onn Hafiz dikatakan telah mendapat perkenan istana.

Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan Hasni lewat petang tadi yang mencadangkan pemimpin muda menerajui kerajaan negeri.

"Umno mengemukakan tiga nama termasuk Hasni, namun hanya satu nama yang dipilih.

"Hampir pasti Onn Hafiz bakal menteri besar Johor yang baru," kata sumber berkenaan kepada Malaysiakini.

Onn Hafiz yang berusia 43 tahun merupakan anak saudara kepada Hishammuddin Hussein dan cicit kepada Onn Jaafar yang mengasaskan Umno.

Pada pilihan raya negeri (PRN) Johor Sabtu lalu, Onn menewaskan tiga pencabarnya di kerusi DUN Machap dengan majoriti 11,029 undi.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Hasni yang juga pengerusi BN Johor mencadangkan pucuk pimpinan parti agar memilih orang muda untuk memimpin Johor, setelah melihat sokongan dan kedudukan orang muda yang penting dalam pembangunan negeri.

Hasni berkata langkah itu juga demi memastikan kemakmuran negeri berpanjangan.

Dalam kenyataan lewat petang ini, dia berkata kerajaan negeri di bawah pimpinannya telah berikhtiar sebaik mungkin untuk menjadikan Johor berdaya tahan dalam mendepani cabaran-cabaran pandemik Covid-19.

“Insya-Allah di bawah kepimpinan baru, negeri Johor akan menjadi lebih makmur dan sejahtera," kata Hasni.

Petang tadi, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi turut dilaporkan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Johor Bahru dalam pertemuan hampir sejam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.072215 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list