CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2590|Reply: 42

[Politik] Edisi bertengkar : Ucapan dasar Zahid ‘lompong’, tak sentuh ‘tawaran’ menarik bagi rakyat, kata Khairy

[Copy link]
Post time 18-3-2022 06:54 PM | Show all posts |Read mode
Tuan presidang pon dah kena sound dengan askar2 Mael Sabri

Kah kah kah


Sumber

                Ucapan dasar Zahid ‘lompong’, tak sentuh ‘tawaran’ menarik bagi rakyat, kata Khairy                                                     FMT Reporters -

                    March 18, 2022 5:41 PM                                                        
                                                            
Khairy Jamaluddin berkata, terlalu awal untuk mengatakan sekarang adalah masanya untuk mengembalikan mandat kepada rakyat jika perkara lebih penting tidak diselesaikan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin mengkritik ucapan dasar Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sebagai lompong kerana tidak menyentuh krisis yang melanda Malaysia dan usaha pemulihan negara secara mendalam, khasnya membabitkan pendidikan, kesihatan awam dan peralihan ke fasa endemik.

Sekiranya mahu mengembalikan mandat kepada rakyat semula katanya, Umno perlu mengemukakan “tawaran” menarik yang akan memberi harapan kepada orang ramai.

Beliau juga sinikal dengan dakwaan Zahid bahawa lebih 180 bahagian Umno mahu pemilihan parti diadakan selepas pilihan raya umum (PRU) dan mahu melihat semula usul sama ada apa yang dikatakan dalam ucapan dasar itu adalah benar.

“Saya rasa dari sudut parti, keinginan untuk mengembalikan mandat semula, mandat yang segar bagi membina sebuah kerajaan yang lebih stabil itu adalah jelas.



                                                                                                            

“Tetapi dari sudut kerajaan, dari sudut perdana menteri dan menteri-menteri daripada Umno, perkiraan kita juga adalah soal pemulihan negara yang sedang berlaku.

“Mungkin sedikit kelompongan dalam amanat tadi adalah tiada sentuhan dengan pemulihan yang sedang berlaku, pemulihan dan peralihan ke fasa endemik, pemulihan ekonomi yang kita sudah lihat sudah mula bibit-bibitnya,” katanya dalam wawancara bersama Astro Awani hari ini.

Khairy turut mempersoalkan tawaran BN kepada rakyat menjelang PRU.

Beliau memberi contoh krisis pendidikan yang menyaksikan wujudnya “lost generation” susulan pendidikan mereka terjejas dan enyelesaian akan dikemukakan oleh Umno bagi menanganinya.

                                                                                                                                                                           
“Jadi kita kena ada satu program, di mana mereka yang hilang peluang pendidikan selama dua tahun ini dari segi ‘catch-up’ kompetensi mereka, asas pendidikan mereka, jadi dasar ini perlu menjadi dasar Umno tentang bagaimana mahu merapatkan jurang pendidikan yang diperluaskan sebab Covid-19.”

Mengenai memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang yang dianggap Zahid sebagai mahu “membunuh” Umno, Khairy berkata, MoU itu bertujuan menstabilkan negara untuk tujuan pemulihan.

“Yang kedua, bagi memastikan reformasi institusi dapat dilaksanakan, contohnya akta antilompat parti dan sebagainya. Jadi saya rasa ia tidak mengambil masa yang lama. Tetapi, biarlah ‘timing’ itu cantik bagi saya, sebagai menteri kesihatan, dari segi pemulihan negara kita, soal kesihatan awam.”

Bekas ketua Pemuda Umno itu berkata, Zahid juga tidak menyebut soal kesihatan dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 itu.

“Pandemik ini, dengan izin, ‘has exposed the gap in our healthcare system’. Sebab itu, saya usulkan kertas putih dibawa ke Parlimen untuk kita meningkatkan jumlah pelaburan dalam kesihatan awam, bukan sahaja kerana pandemik, tapi masalah masyarakat menua dan penyakit tak berjangkit yang akan berlaku.

“Bila kita kata nak kembalikan mandat, ‘what is the solution?’ Sebelum kita selesaikan dalam parti, agak ‘premature’ untuk kita kata – inilah masa nak kembalikan mandat rakyat. Penyakit tak berjangkit…long Covid…era endemik ini bagaimana?” soalnya.

PRU15

Berhubung prestasi Umno dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) dan pilihan raya negeri (PRN) lalu, Khairy tidak mahu parti itu dilambung keangkuhan dan terasa hebat.

“Saya tak nak dalam Umno ini sebab beberapa keputusan PRN dan PRK, kita rasa kita hebat dan tahu segalanya. Ini kembali pada keangkuhan yang dulu. Kita perlu duduk bersama bincang tentang isu dan krisis yang dihadapi rakyat sekarang.”

Katanya, hanya 55% pengundi keluar mengundi pada PRN Johor.

“Kalau kita lihat kepada pengundi yang hadir, jelas kemenangan itu berpihak pada BN (Barisan Nasional). Tapi, ‘turnout’ tak tinggi macam PRU. Kita perlu betul-betul lihat kenapa mereka tak keluar? Kalau diadakan PRU, adakah mereka akan keluar? Kalau mereka keluar, mereka undi siapa? Ini benda yang kita tak boleh ‘take for granted’.”

Beliau bagaimanapun memahami aspirasi disuarakan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan supaya PRU dipercepatkan ketika Umno kuat.

“Saya tahu timbalan presiden kata ‘strike while the iron is hot, of course the iron is hot now’, tapi dalam keadaan pertandingan apa? Pertandingan di mana sebahagian besar tak kembali untuk mengundi? Yang berada di perantauan dan negeri lain tak balik? Bukan saya kata tidak pada PRU, tapi saya lihat soal keyakinan kita sedikit ‘premature’.

“Kita kena betul-betul melihat, kaji, beri fokus pada kumpulan pengundi yang belum lagi yakin untuk mengundi, kalau lebih ramai Undi18 keluar, apa tawaran kita pada mereka? Takkan nak sentuh pasal (insentif) kerja 3D (kotor, sukar dan bahaya) sahaja, sudah tentu lebih daripada itu.”


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2022 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti wak jahit sumpah laknat 180 bahagian kejei ada berani ka?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 07:23 PM | Show all posts
Kj sepatutnya ganti zahid. zahid ni tak ada guna kepada rakyat... yang dia tahu kalau umno dapat sokongan maka periuk nasinya akan terjaga ..  ada atau tak ada tidak akan memberi apa-apa kesan kepada rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Konpem lah ko x de dlm senarai calon UMNO PRU15
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Way Bam KJ I like iurstatement purcayalah
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Komen beliau ada benarnya.
Tapi ya lah kebenaran itu sedikit pahit untuk ditelan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2022 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudah2an wak jahir ni cepatlah gi ngadap Tuhan...x guna pun jd pemimpin....licik utk dirinya saja
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku ucapan presiden tadi berbau sinis, macam banyak tak puas hati je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2022 09:50 PM | Show all posts
orang2 mcm jahid ni patut hantar ukraina sana.  kasi otak dia tumbuh balik.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
KJ kn kalah masa bertanding dgn Zahid president umno dl tu..xhbs lagi ke dendam tu? Hahha
Dua2 aku xsuka..
Semua xguna hahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 11:33 PM | Show all posts
tawaran KJ kpd raykat vaksin vaksin vaksin
dah kalah tu kalah la ikut lg cakap atok saka
menangis dibucu katil dengan fan twidder
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 11:34 PM | Show all posts
next pru kj masuk bursatu je lah nak pertahankan jobu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 12:37 AM | Show all posts
.
Tentang krisis Covid, itu kerja Menteri Kesihatan, bukan Presiden UMNO.

Tentang pendidikan terjejas kerana Covid, itu kerja Menteri Pendidikan dan Kesihatan, bukan Presiden UMNO.

Kerja utama Presiden UMNO adalah memimpin UMNO untuk kalahkan lawan2nya di medan politik, terutamanya DAP/PH, spt langkah "strike when the iron is hot" = PRU15 harus diadakan secepat mungkin.
.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 01:06 AM | Show all posts
zorrro_03 replied at 18-3-2022 09:50 PM
orang2 mcm jahid ni patut hantar ukraina sana.  kasi otak dia tumbuh balik.

cemana lah org ameno boleh undi dia jd presiden. haiyooo
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 07:44 AM | Show all posts
kali ni sokg kj..eh zahid ni..masih lg nk jd pres..mohon undur plss...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah lompong..bagi jer la dos tambahan ke 3..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2022 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
tolonglah rakyat xnak zahid jd pm, kalu boleh bunuh terus karier politik dia awal2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolong lah camp mael kj ni do something to jatuhkan zahid n jibon dr umngok...2 ekor ni n kuncu2 depa mmg tak berguna langsung pada masyarakat..harap nyahkan depa dr umngok..kurang sikit busuk umngok tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 09:20 AM | Show all posts
aku terdgr smlm ucapan dia...rasanya mcm dari awal sampai akhir mengutuk pembangkang...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Hello KJ ...ni PAU...bukannye kempen PRU. Kau tu muka pun selekeh ada hati nak tegur orang sana sini...elok berambus jer dari Umno....masalah rakyat pun kau takleh digest.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 12883 Replies : 3
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.067807 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list